Tuesday, 5 November 2013

Aku Seorang Anak dan Kakak

Assalamualaikum.

Cuaca hari ni mendung dan redup.
Aku tak tahu kenapa hati ini tersentuh.
Terlalu lembut dan rapuh,
Rapuh seperti biskut....
Mungkin Allah menyayangi aku,
Membuka pintu hati dan taubat untuk hambanya,
Aku hamba yang perlu bersyukur,
Bersyukur kerana mempunyai keluarga,
Mempunyai suami, umi dan ma yang baik,
Masih ada adik dan adik ipar yang memahami.

Sesekali aku merindui walid,
Aku rindu nasihatnya, aku rindu ajarannya,
Aku rindu keletahnya,
Namun siapalah aku untuk memiliki kesempurnaan,
Aku tak mampu memuaskan hati semua pihak,
Aku sabar mendengar kejian dan kata-kata dari belakang.
Aku tersentuh dengan apa yang kau utarakan.

Aku sememangnya seorang anak,
Seorang anak yang mempunyai tanggungjawab.
Tanggungjawab terhadap keluarga,
Tanggungjawab kepada kedua ibu...
Ibu sendiri dan ibu mertua tiada bezanya,
Bagi aku kedua2nya adalah ibu.
Ibu sendiri adalah ibu yang menjaga aku,
Ibu mertua adalah ibu yang menjaga insan separuh jiwaku.
Kedua-duanya adalah sama.

Siapa kamu dan kamu yang sesuka hati melemparkan kata2,
Seolah-olah kamu tahu semuanya.
Kamu mengerti sebuah rasa,
Berkata-katalah sesuatu yang kamu tahu,
Bukannya berkata perkara yang kamu rasa.
Sudahlah menjaga perilaku orang,
Tetapi jagalah perilaku sendiri.

Lidah ibarat pedang,
Andai terkena lukanya parah.
Sebelum mengeluarkan kata2 berfikirlah.
Jika kamu mampu, kamulah yang laksanakan.
Bukan hanya mampu bercakap tapi tindakannya kosong.

Aku dah lali dengan mereka yang berkata2 bijak,
Tapi aksinya hanya debu berterbangan.
Hati aku terguris,
Tapi aku tahu Allah ingin memberi peringatan,
Aku tahu Allah tetap bersamaku,
Andai aku lalai,
Allah menyedarkanku.

Aku berusaha untuk melakukan yang terbaik
Untuk mereka2 yang tersayang,
Aku mahu menjadi anak yang menjaga ibu bapanya,
Aku mahu menjadi anak dan menantu yang baik kepada keduaNya.
Selagi aku mampu, aku laksanakan.
Jika aku tiada ruang dan waktu
Aku harapkan Allah ampuni aku,
Kau peliharalah kedua-dua ibu bapaku,
Hanya Engkau tempat meminta pertolongan,
Mulut-mulut manusia yang tidak bertanggungjawab,
Engkau hentikanlah,
Bercakaplah sesuatu yang engkau tahu bukan engkau rasa.

Saturday, 28 September 2013

Cinta Aku Pada 'Sihat'.

Aku tertengok pasal 'kau',
Dia ceritakan tentang kelebihan 'kau,'
Dia juga ceritakan keistimewaan 'kau.'
Dia beria-ria bagitau tentang 'kau'
Aku sekadar mendengar dari jauh dan melihat seolah-olah tak nampak.

Keesokannya, benda yang sama juga aku lihat.
Aku memekakkan telinga dan 'membadakkan' badan
Aku dengan tabiat makan aku tanpa sedikit pun memikirkan tentang 'kau'
Aku memang penggemar makanan.
Aku suka makan 'fastfood'
Aku suka makan nasi lepas tu minum ais
Nikmatnya aku.

Hampir dua minggu 'kau' selalu cuba mendampingi aku,
Aku masih lagi dengan cara aku.
Aku masih lagi dengan tabiat aku.
Aku bukan tak dengar ramai orang disekeliling aku berkata itu dan ini.
Semakin mereka kata semakin aku 'membadakkan diri'
Ohhhh 'Kenapa dengan kau Badak!'

Tapi sampai bila aku nak bela Badak,
Sampai bila aku nak biarkan badak bersama-sama aku?
Persoalan itu semua aku yang perlu jawab.
Bukan laki aku, bukan umi aku, dan bukan adik beradik aku.
Tapi Aku. Eh, 'Aku kah?'

29 September Badak aku tersedar!
Tersedar yang Badak tak kan selamanya 'membadak'
Badak akan cuba menjadi kancil.
Aku mula terfikir, kenapa badak dah berubah?
Ohhh mungkin Badak dah mula terpengaruh dengan 'KAU'
Aku setuju untuk tidak membadak, dan sekarang aku yakin dengan 'KAU'.
Tapi tanpa Badak aku takkan mengenali 'KAU'.
KINI AKU dan KAU semakin serasi, BADAK aku kini gembira.
Dulu BADAK aku 122kg. Sekarang badak aku dan nampai lain.
AKU sayang "KAU".

Tuesday, 17 September 2013

Gigih untuk tempoh dua minggu dan seterusnya.

Good Morning lemak2 terkumpul ;).
Pagi ni dah datang semangat nak burning fat. Aku ni dalam hati memang ada keinginan nak kurangkan berat badan, tapi setakat ni hangat2 tahi ayam je. Rasanya dah tiba masanya, hangat2 tahi ayam tu aku tukar jadi suam2 air terjun. Hahaha... Kenapa suam2 air terjun eh? Meh nak habaq, suam2 tu cam slow la kan tapi air terjunlah air yg paling berani. Terjun dr tempat tinggi tu. Kuasa loncatan x tau la berapa... bunyi hebat kira jadilah. Hehe.
Semalam aku tak boleh tido, En.hubbu pun pukul 9.lebih baru msg. Balas msg lepas kan rindu menggebu jap, lepas tu offline & try lelapkan mata. Pejam punya penjam akhirnya tak terpejam. Kita pun x tahu knp susah sangat nk tido, last2 bangun. Pakai sport shoes then pergi peluk tridmill dah nk peluk laki takde. Haha...
Finally 20-30 minit jugak la aku laki a.k.a jalan. Bukan buang tebiat ke apa, cuma kalau aku buang peluh sekurang2nya badan aku letih & mudah nak tido. Haha.
Bangun pagi tadi, lepas sebahyang subuh lepak2 jap. Masa lepak atas katil tu terfikir, laki aku ad pesan jaga makan. Huh!, apa lagi bangun terus pakai sport shoes. Gila kentang semangat. Haha. Tapi okey la, semangat tu yg boleh burn fat aku yg berketul2 ni. Ghaiiiyok!... Misi menukar saiz baju! Haha.

Bila besar susahnya nak cari saiz baju.

Hari ni cik abg dah pergi kerja, macam biasa bila dah takde kerja sangat barulah tangan ni rajin nak menulis. Perempuan memang suka meluah dengan penulisan. Kadang-kadang bila kita rasa sesuatu yg kita sendiri kurang senang mudah je kita akan terasa. Sbb tu lah aku suka meluah. Meluahkan apa yang terbuku dihati dengan cara penulisan. Sebenarnya, aku tengah bosan tambah geram. Manusia yang ada disekeliling kita ni bukan semua baik. Kadang2 dia melihat kita dengan satu perasaan dengki. Minta2 lah kawan2 aku yg baca ni bukan yg jenis macam tu. Jangan ya you olllsss hehe ;)
Hati manusia ni tak nampak,sbb tu kita tak tahu apa isi hati dia. Namun, aku tahu ada manusia yg sedang cuba berubah. Baguslah, sekurang-kurangnya datang rasa keinsafan untuk berubah. Tapi tak kurangnya yg mulut puaka, mengata orang tapi sebenarnya dalam tak sangka dia pun lebih kurang. Aku rasa nak je bagitau, sape2 yg dah jadi ibu jagalah mulut. Jangan terlampau takde insuran sangat. Ada satu kes yg aku rasa terpanggil nak bagitau, adalah hamba Allah ni, senang je dia bercakap tentang anak orang. Kalau bercakap benda baik alhamdulillah itu yg sepatutnya, tapi masalah dia bercakap tentang keburukan. Ini itu ini itu ×÷%€#$÷×€+ dan macam2 lagilah. Sekejap je Allah nak buka aib dia, Allah tunjukkan dekat anak2 dia sendiri. Allah balas setimpal. Itulah kalau kita rasa kita bagus, sebenarnya kita silap. Kita silap sbb ada lagi orang yg lebih bagus, jadi tak payah lah nak berlagak bagus dan mengata itu ini tentang orang. Semuanya takde faedah.
Tahniah la sbb kamu dah bergelar ibu, tapi jagalah pertuturan. Jika kita membuka 10 aib orang, Allah akan buka lebih banyak keaiban kita. Jaga2lah, jika kita sayang anak2 kita, jangan sekali mengata anak orang atau anak saudara sendiri. Huh! Banyak lak mak cik jemah berleter petang2 ni. Bukan apa saje nak bagitau, nak ingatkan. Harapnya kalau ada yg terasa baguslah. Cepat2 berubah ;)
Kita ni dah tak sabar2 nak tukar baju saiz xxl tu, sambil2 jaga makan kita jagalah hati ya ;) baiiiii...

Wednesday, 11 September 2013

Belajarlah untuk bertabah


Semalam masa on the way datang sini, sampai dekat Lebuhraya Karak, jalan Genting Sempah menuju Gombak ada kemalangan. 2 buah bas bertembung, bayangkanlah banyak mana nyawa yang melayang.
Mengucap panjang kita bila tengok darah-darah yang masih baru di atas jalan raya dengan serpihan kaca bertaburan. Allahuakbar, tiba-tiba terdetik dalam benak kepala, " Emm, kesiannya dekat keluarga mangsa nahas". Apa boleh buat, kuasa Allah mengatasi segalanya. Siapalah kita untuk melawan percaturannya, hanya redha dan bersabarlah dengan ujian.

Memang kadang- kadang kita terasa sangat sakit dan pedih apabila diuji, namun siapakah kita untuk menyangkal segala peraturan yang telah tersurat. Ajarlah hati supaya berzikir dan bertasbih menerima ketentuan. Tidak ada manusia yang mahukan sesuatu yang buruk, andai kita mendapat yang buruk mungkin hanya buruk di pandangan mata kita namun tidak pada pandangan disisi Allah.

Usahlah menangis teresak-esak, mengenangkan nasib diri. Malah melangkahlah, jika Allah sayangkan orang yang kita cinta pasrahlah. Kerana hanya Dia yang berhak.
Semoga hati kita sentiasa bertabah dengan segala musibah. Ingat Allah hati pasti akan menjadi tenang.





Lama dibiarkan sepi



Lamanya tak update blog, adakah manusia yang rindu?
Hari ni takde buat apa pun kat dalam bilik, tiba2 teringat nak buka blog yang dah lama 
ditinggalkan bersarang. Entah2 dah berkulat pun tak tahu..hehe.

Alhamdulillah, hari ni bumi Shah Alam sangat nyaman. Berkampung lah kita dekat
 sini selama 4 hari, tak salahkan tukar suasana. 
Semalam bertolak dalam pukul 10 pagi, suami dah cakap kita gerak ni sambil2
layan kepala. Sajelah tu, suami kita memang suka berhenti-berhenti, 
kalau sepatutnya 2 jam dah sampai, kalau suami drive boleh 4 jam baru sampai.
Adalah tu tempat yang dia akan singgah. Bayangkanlah, dalam pukul 10 gerak dari Terengganu, 
pukul 9 baru sampai Shah Alam. Lama kan?

Ni kita stay kat Concorde Hotel, so duk dalam bilik petak ni sunyi jugak sorang2.
Suami lepas breakfast tadi, terus gi tempat training. So isteri masuk
bilik mengadap laptpop. Tengok apa yang patut, baca apa yang boleh. 
Biasalah tu, nak tunggu pukul 4 lambat lagi. 
Kalau takde perasaan bosang takdelah update blog yang bersarang ni.. 
Apapun, bersyukur sebab masih mampu bernafas dengan nyaman. 
sambil taip butang2 laptop ni sambil tengok masjid biru kat depan mata ni.
Nasib jugak ada nice view utk dijamu, kebetulan bilik kita ngadap masjid negeri, Masjid Shah Alam 



Sunday, 14 July 2013

Berbicara tentang rasa.

Aku tidak pasti dimanakah harus aku mulakan kata-kataku ini,
Biarlah jari-jemariku menari rancak diatas keyboard ini,
dan mungkin dia mengerti huruf apakah yang mampu dia meniti.
Aku sebenarnya tidak memahami apa yang manusia itu inginkan,
aku seakan tidak mengenali dia walaupun kami telah berkawan lama.
Itu semua tentang hati, soal rasa tak siapa boleh teka..

Aku kenali dia melalui penceritaan,
ada yang bercerita tentang dia dan aku mula jatuh simpati,
Aku mendengar kisahnya hatiku melonjak untuk mengenalinya..
Mengenali orang yang dimaksudkan dalam cerita yang aku dengar,
Tentang sejarah hidupnya, tentang kehidupannya..
Aku mula berkenalan di alam maya,
Ada yang memberitahuku hidupnya sunyi tanpa teman,
Aku cuba menemaninya walaupun aku juga mempunyai ruang waktu yang terhad.
Setelah mengenalinya aku tahu dia perempuan yang baik.
Petah berkata-kata dan kadangkala yang aku suka 
tentangnya adalah tentang jiwanya.
Jiwanya terlalu rapuh dengan cinta dan sangat tabah melawan derita.

Itu yang aku suka tentang dia,
Segalanya bemula, namun siapa sangka kami
sekarang terpaksa berenggang untuk menjaga hati masing-masing.
Menjaga hati aku yang paling utama.
Aku tak mampu berpura-pura dengan rasa.


Monday, 8 July 2013

Menunggu KedatanganMu dengan penuh kesyukuran


Ramadhan bulan pengampunan,
Bulan yang ada didalamnya seribu keampunan dan magfirah.
Alhamdulillah, kali ini bulan yang ditunggu datang lagi.
Menjengah lagi menemui ummat-ummat Muhammad S.A.W..

Saat bulan Ramadhan datang,
Sambutlah ia dengan pengisian amalan.
Anugerah bulan yang melipat gandakan pahala kepada yang melakukan.
Syukur sangat kerana puasa tahun ni dapat disyukuri bersama suami tersayang.
Ada peneman untuk bersolat terawih,
Ada Imam untuk mengimani solat berjemaah...
Walaupun hanya 2 minggu dapat berpuasa bersama itu sangat memadai.

Allah kurniakan segala kasih sayang kepada hambanya,
Semperna kedatangan Ramadhan Karem sama-samalah kita
membaca surah-surah cintaNya...
Berusahalah teman-teman.
Selamat Berpuasa dari Saya dan suami...
Salam Ramadhan...



Sunday, 7 July 2013

Belaian kasih sayangNya sering ku damba


Hati ini kadang- kadang alpa dengan urusan dunia.
Melihat ke langit ku berbicara, " Ya Allah, Adakah Kau melihatku dengan kasih sayang? "
Merasa diri kerdil seketika di pandangan Sang Pencipta.
Sejauh mana aku berjalan semuanya hanya dengan KebesaranMu
Sepantas mana aku berlari semuanya atas IzinMu.
Terkadang aku lupa,terkadang aku leka..,
Leka dengan nikmat yang Engkau anugerahkan
Namun, Kasih SayangMu sentiasa utuh dalam eratan pelukanku..

Memandang gunung yang menghijau aku bertanya sendiri,
" Ya Allah, Betulkah Engkau MengasihiKu kerana rasa cintaku kepadaMu?"
Hati tiba- tiba bergelodak sebak.
Ya Hayyu Ya Qayyum, 
Sesungguhnya aku hamba yang rindu kasih sayangMu..




Ucapkanlah rasa sayang itu seadanya

Bila sayang segalanya menjadi indah,
Saat saya sedih awak ada ceriakan saya,
Tika hati sedang rindu ada suara yg menyayikan lagu rindu,
Biar suara tak sehebat Hafiz, lagu tu tetap beralun merdu,
dapat mengulit perasaan.

Awak tak pernah gagal buat saya ketawa,
Orang kata bila kita dah sayang semua yang dia buat kita boleh rasa selesa,
kita hanya tahu apa yang kita buat,
Kita boleh kongsi apa yang kita rasa,
Selagi kita boleh bejalan bersama teruskan memimpin tangan ini,
Sekuat mana rasa sayang saya kepada awak
seteguh itulah kuatnya genggaman tangan ini saya pegang.

Sayang itu terlalu subjektif untuk awak dan saya,
Apa yang saya tahu, saya hadir untuk menyempurnakan awak
dan awak hadir dalam hidup saya untuk memantapkan ikatan kasih sayang kita.
Alhamdulillah sayang ini tidak pernah hilang, tak pernah lari dari lingkaran hati.


Saturday, 6 July 2013

Dia membawa jantungku bersamanya

Dia membawa jantungku bersamanya.
Setiap nafas yang ku hela pasti ada dia..
Dialah pemilik jantungku..
Memilikinya aku rasa segalanya sudah cukup sempurna..
Biarlah sedikit tapi ianya terlalu cukup.
Cukup untuk meneruskan kesempurnaan berdua.
Memahaminya aku rasa bahagia,
bahagia bila segala rasa dikongsi bersama,
Kadang-kadang manisnya diterjah kepahitan,
Walaupun rasanya pahit aku rela tahan rasanya bersama-sama.

Sejauh manakah rasa pahit andai dikeman bersama
pasti rasa manis akan muncul.
Itulah kesempurnaan bercinta.

Dia membawa segalanya..
Jantungku seakan sentiasa dibawa bersama
Walau jauh mana mampu berjalan,
aku tetap akan menjadi bayang-bayangnya.
Jantungku akan tetap berdenyut selagi ada dia.
Denyutan yang sentiasa menggetarkan jiwa.



Thursday, 30 May 2013

Lama tak semestinya semua dah jadi basi.

Hye!
Lamanya kita menyepikan diri.
Kalau nak tahu sebab? Kita sendiri pun dah x sure.
Cuma yang pasti tempoh 24jam sehari belum mampu ditangani.
Atau mungkin bumi makin pantas berputar,
Atau mungkin matahari semakin laju memecut orbit.

Tapi....
Sepantas mana pun masa berlari,
Sederas manapun air menghayutkan bendasing,
Saya masih berdiri disini.
Masih gagah dengan anugerah kesihatan.
Masih perkasa dengan semangat untuk terus mencari...
Mencari bekalan untuk bawa kesana nanti.

Monday, 22 April 2013

Akulah Kisah Lalumu


Awak selalu cakap yang awak lemah,
Awak selalu mengadu yang awak sedih,
Awak selalu bagitahu yang awak dah letih dengan kehidupan awak.
Saya kelu bila awak ucapkan kata-kata itu.
Kelu kenapa awak sanggup ungkapkannya.
Sabarlah dengan ujian itu, walau berat pasti ada yang membantu.
Kesedihan kadang2 boleh membunuh hati awak dari menerima kebahagiaan,
Awak lupakan sejenak kesedihan itu.
Balutlah hati awak dengan kekuatan, kerana saya tahu bukan ada manusia setabah awak.
Kadang-kadang saya lihat awak seolah-olah kesedihan itu tidak pernah wujud,
Saya lihat awak sentiasa senyum, sentiasa gembira
walaupun hakikanya ada seribu kesedihan.
Itulah ketabahan yang sebenar, kalau saya di tempat awak, saya belum tahu apakah reaksi yang
saya akan buat. Mungkin lebih teruk dari awak...
Tapi percayalah, awak sebenarnya insan yang istimewa.
Saya boleh bersahabat dengan awak,saya boleh kenal awak, 
boleh tahu keadaan awak. Rasa simpati itu melebihi apa yang awak tahu.
Saya sentiasa doakan kesejahteraan awak.
Kuatkan hati, teruskan tersenyum.
Saya tahu, awak sahabat saya yang paling tabah.