We're on the boat!
Yes, lovely experience for me and hubby.
"Pulau Perhentian, here we come!."
Yeeeahhh! ingat lagi before snap pic ni kita laung camtu masa kat atas bot.
Bayangkan masa tu bot membelah laut biru,
serius I teruja okey!..
Bayangkanlah sebelum ni kalau tengok laut pun bila g pantai.
Tapi untuk naik boat macam ni memang first time.
Kitorang dah sampai dekat Jeti Kuala Besut lebih kurang pukul 9 pagi.
Tapi kali ni honeymoon bukan berdua macam biasa,
Kali ni 3couple suami isteri yang pergi pulau.
Haa, ni kita selitkan sedikit pemandangan dari tepi pantai dekat pulau tu.
Memang best la, kitorang stay sana 3 hari 2 malam utk 2 orang
dalam Ringgit Malaysia 700.
Haaa lepas musim tengkujuh ni boleh la sape2
yang berminat nak g honeymoon sana.
Pemandangan memang cantik,
tu baru pemandangan kat darat dan yang paling penting
pemandangan yang dalam perut bumi.
Memang cantik.... jeng jeng jeng....
haaa, bukan main lagi tersengeh tu.
Mana tak sengehnya, hari ni kitaorang nak g snokling.
Sampai kelmarin takde buat aktiviti sangat, just layan kepala je.
Pagi keesokkan harinya barui ada aktiviti.
Kat Pulau Perhentian ni ada dua buah pulau, which is pulau perhentian kecik & besar.
So masa nk pergi tu decide betul2 k...ngeh2
Okey masa naik bot n memang mantap la hentakan bot dgn ombak. Cun habiss...
Nasib baik takde yang mabuk.
Masa ni sambil2 tempat best nk snokling, kerja nya ialah bergambar.
Ni semua kawan2 hubby.
Balik dari kerja bawa bini2 jalan-jalan.
Yelah, 2 minggu dah tinggalkan kami para isteri ni kan?
Tulah dalam sebulan mesti akan habiskan masa g travel mana2 yg best.
InsyaAllah next planning g Pulau Redang.
Tapi masih on progress...
Ada rezeki sampai la tu.
Ok time ni baru nak start terjun nk tgk view kat bawah.
Bila dah turun 'Subhanallah Cantiknya'.
Semua spesies batu karang ada.
Macam tak percaya pun ada, memang la sebelum ni duk
tengok orang scuba dlm National Geographic je...
Ni real punya.
Ikan;ikan pelbagai warna ada.
Tapi yang pasti memang tak pernah tgk. Just one word to describe 'colourful'..
Ni masa nk tunggu shark datang.
Ok shark! Jerung sedepa tangan la jugak.
Aku tak berani nak turun masa ni, takut la bila dengar shark.
just tengok dari atas bot hihi....
Nak kata aku penakut pun aku tak kisah sbb memang penakut pun.
Bayangkanlah, kat dasar tu bukannya cerah macam kat atas.
Bawah tu suram je, tu yang takut tu...hihi
lagi2 bila nk skodeng jerung.
Memang tak la....
Kalau setakat bagi ikan makan ni boleh la.
Ikan-ikan ni takla sebesar shark. ngeh2..
Masa ni memang teruja,
bayangkanlah ikan penuh keliling berebut nak mkn roti.
Letak je kejap 'put pat put pat'
diorang mari mkn dekat tangan.
Perrrrggghhhh! A.m.a.i.z.i.n.g
No comments:
Post a Comment