Monday 29 October 2012

Dalam hati ada taman. Just smile!

Hye! Selamat pagi ;)

Yang indah itu kenangan,
Yang meriah itu khangatan,
Yang setia itu panorama alam,
Yang bahagia itu ketenangan,

Ibarat hubungan suami isteri yang sentiaa memerlukan. Dambaan hati yang sentiasa bersyukur dengan kehadiran seseorang yang istimewa dalam hidup. Kita dalam meniti hari2 kehidupan perlu ada nilai positif yang tinggi dalam diri barulah menemui kebahagiaan abadi. Indah mmg tak mampu nak gambarkan.Kadang-kadang kita perlu bijak untuk mengawal segala perkara yang mampu menggugat kegembiraan dan kebahagian.Manusia mana yang tidak ada nilai cemburu apabila melihat kita sentiasa tersenyum,namun iu bukan penghalang bagi. Mereka yang cemburu blh dianggap lalat2 yang curi2 untuk hinggap pada makanan yang kita hidangkan. Just forget it!.


todayis tuesday! Me sangat2 happy okey sbb ada 2 benda yang sgt2 best hari ni. okeylah nanti kita update blog lagi;) Thank pada kawan blogging baru. hope kita dapat berkawan n sharing something yang interesting!

Friday 19 October 2012

Good Morning, sayang!


Assalamualaikum! Sinar mentari seakan-akan menyapa riang tanda ada cinta dalam hati kita ;)
Hiduplah seolah-olah hari ini adalah anugerah, pasti kita akan hargai setiap detik dan saat yang terlalu indah. Hidup dalam ketenangan adalah nikmat yang terlalu besar dan hanya mampu bersyukur!.


Ketenangan itu laksana sebatang sungai di tengah-tengah hutan yang ditemui oleh seorang pengembara yang tersesat didalam hutan. Pengembara yang tersesat lebih kurang 48 jam, mesti dapat mengambarkan bertapa indahnya rasa ketenangan apabila mendengar dengan jelas keasyikan aliran air sungai yang mengalir sambil diiringi bunyi unggas yang ada disekitarnya.


               Bertapa indahnya nilai ketenangan jiwa yang dianugerahkan oleh Pencipta.   
             Sebagaimana ketenangan menghayati keindahan alam semulajadi, setenang itulah hati
 insan yang sentiasa dekat hubungannya dengan Allah. Sekali masalah datang, mereka tidak pernah kenal erti untuk mengeluh. Sebaliknya kecintaan dan tahap keimanan mereka semakin 
bertambah. Dalam hatinya, redha apabila diuji. Jarang sekali untuk mendengar kalimah 'mengungkit' apatah lagi untuk tidak bersyukur.


Kadang-kadang ada yang tanpa segan mengaku yang dirinya redha dgn ketentuan tetapi setiap percakapan yang dilontarkan seolah-olah mahu menutup kelemahan 
sendiri.

Thursday 18 October 2012

Titisan hujan, itulah rahmat tuhan :)

Assalamualaikum everyone!
Pagi masih mendung, langit menitiskan air matanya tanpa henti mungkin air mata untuk membasahi bumi dgn nikmat kasih sayang Allah :). Dari subuh tadi sampai skrg dah pukul 10.30 a.m diri bertemankan hujan yang renyai2..hehe. Apa khabar ya insan tercinta disana?..Di tengah2 samudera yang membiru... Hope, you are fine dear. Everyday I'm gonna miss you! Pagi ni takde apa aktiviti, maybe masak tghari dgn penuh kasih sayang jelah hari ni. Nak ajak nenek dgn mak sedara datang rumah. Jamu diorang lunch! hehe...



Hujan- hujan ni agaknya apa resepi yang sedap dimakan?... Nantilah eh dah siap masak semua,baru tahu apa juadah yang tersediakan. Hehe.. Memang kita skrg ni dah masuk musim tengkujuh, rata2 tempat dah hujan. Kadang2 hujan ni mendamaikan,sbb bunyi dia tu seolah2 berbicara tentang sesuatu. Memang ada melodi...haha :p. Tapi, kalau macam semalam mmg serik kot. Dayah nk g bank in duit kat maybank, awalnya  cuaca malam okey je. Takde petanda nak hujan langsung, bila dah sampai sana titisan air mula luruh. Mmg basah la dibuatnya. Masuk lak Maybank bederet kot orang beratur,dgn air condnya lagi btl2 membuatkanku rasa sejuk. buahahaha ;0Bayangkanlah, dah la jeans kat bahagian kaki dan basah, then blouse & selendang pun kuyup kena lah aircond mmg terbeku sekejap la. Tapi masa duk beratur kat Maybank mmg menguji kesabaran. Nak deposit cash tu sampai makan masa berejam2.. geram pun ada masa tu tapi takpe bukan salah HUJAN hehe. ;p

Wednesday 17 October 2012

Do what you want to do. It's enought!

Salam & Hye everyone!,
Hope my friends happy lah dengan life sekarang. Manusia mana yang happy 24 jam kan,sangat mustahil jika ada manusia yang mampu happy memanjang tanpa ada emosi lain macam geram ke, bosan ke dengan situasi   yang dialami, cemburu ke, marah ke, rindu ke, sedih ke... kan kan :p * hope kawan2 semua mampu jalani hari dengan penuh rasa syukur dan bangga sbb masih hidup dalam nikmat IMAN dan ISLAM. Dayah hari ni biasa2 je, maklumlah hidup takde stress sangat sbb dayah banyak free je skrg, maklumlah bisnes bakery skrg tak berapa nak rajin lagi! Ahaksss, suka2 hati je kan?... tapi betul mmg perangai dayah mcm ni. Selagi takde mood or perasaan nk buat benda tu mmg tak kan buat!. Kalau buat pun mmg hasil dia lingkup!...haha. Buat masa sekarang rehat dulu. InsyaAllah ahad ni mula sibuk.



Tadi ada costumer datang, tengah best2 duk layan tv tiba2 muncul!. Tulah namanya rezeki,kita takj perlu bimbang pasal rezeki ni sbb Allah tu Maha Pemurah lagi Maha penyayang..tup tup tanpa kita sedar itu adalah rezeki. Heeee ;p. Costumer dayah ni seorang cikgu, comel lagi hehe... Dayah just panggil dia Cik Mah, ada tempahan untuk sekolah dia. Ahak! Pizza is coming... ekekeke! Panjang pulak berceloteh malam ni,maybe hati senang kot!... Kita nak hati senang ni bukan susah, just buat apa yang kita suka sure happy. Lepas costumer balik tadi around pukul ^p.m dayah ber'gardening'. Yehaaaa! This is my interesting hobby. Dayah mmg minat kat tumbuhan ni. Layankan je, skrg ada projek nak buat taman kat depan rumah. Ada lanskap takdelah bosan sangat pandangan mata kan?... heee. Lagipun, dalam Islam bertani itu adalah satu Ibadah! :p I love this kind of things.... :)

Sunday 14 October 2012

I hate them!

Assalamualaikum.. dah lama tak singgah kat blog ni almost sebulan kot (lebih pun tak tahu). Dari semalam lagi terasa begitu kuat sebuah penyesalan. Namun sebuah penyesalan mana mungkin dapat diubah sbb ianya telah terjadi. Hurmmm... sedih pun ada sebenarnya bila kenangkan kembali tapi aku tetap pujuk hati ni supaya terus positif. Peluang masih ada jika aku optimumkan usaha. Mungkin persekitaran yang kadang2 membuat aku dihimpit rasa bersalah.

Memang benar, penghargaan itu terlalu susah untuk dilihat lagi2 kalau aku ni seolah2 membuang peluang yang ada. Tapi sekarang aku bukan boleh membuat keputusan sesuka hati seperti dahulu sbb aku dah ada tanggungjawab lain. Aku ikhlas dan suka dgn 'tittle' baruku. Kegembiraan mmg ada cuma dalam masa yang sama aku mula dihimpit dgn sedikit penyesalan. Awalnya aku mmg berpotensi,tp setelah mendapat permata yang aku inginkan aku lepaskan peluang yang sememangnya adalah hak milikku. Aku keliru,serius!

Sekarang, aku malas nk fikir tanggapan orang bila melihat reaksi2 yang membuatkan aku sakit hati. Ingatlah, bukan senang untuk aku terima apa yg aku rasai. Aku akan buktikan yg bidang aku pilih skrg mampu bawa aku jauh. Lupakan tentang ketebergantungan, lupakan tentang pujukan. Aku akan capai keinginan yang aku rencanakan dahulu. Thanks sbb dah bukakan mata aku!