Showing posts with label Soalnya Hati. Show all posts
Showing posts with label Soalnya Hati. Show all posts

Wednesday, 27 March 2013

Remember


Ingatlah tarikh-tarikh penting yang berlaku dalam hidup 
kita berdua. Raikanlah hari-hari istimewa bersama.
Masa yang diisi bersama dapat melahirkan satu perasaan saling.
Saling menghargai kehadiran antara satu sama lain.

I Miss You Forever~!


Sunday, 14 October 2012

I hate them!

Assalamualaikum.. dah lama tak singgah kat blog ni almost sebulan kot (lebih pun tak tahu). Dari semalam lagi terasa begitu kuat sebuah penyesalan. Namun sebuah penyesalan mana mungkin dapat diubah sbb ianya telah terjadi. Hurmmm... sedih pun ada sebenarnya bila kenangkan kembali tapi aku tetap pujuk hati ni supaya terus positif. Peluang masih ada jika aku optimumkan usaha. Mungkin persekitaran yang kadang2 membuat aku dihimpit rasa bersalah.

Memang benar, penghargaan itu terlalu susah untuk dilihat lagi2 kalau aku ni seolah2 membuang peluang yang ada. Tapi sekarang aku bukan boleh membuat keputusan sesuka hati seperti dahulu sbb aku dah ada tanggungjawab lain. Aku ikhlas dan suka dgn 'tittle' baruku. Kegembiraan mmg ada cuma dalam masa yang sama aku mula dihimpit dgn sedikit penyesalan. Awalnya aku mmg berpotensi,tp setelah mendapat permata yang aku inginkan aku lepaskan peluang yang sememangnya adalah hak milikku. Aku keliru,serius!

Sekarang, aku malas nk fikir tanggapan orang bila melihat reaksi2 yang membuatkan aku sakit hati. Ingatlah, bukan senang untuk aku terima apa yg aku rasai. Aku akan buktikan yg bidang aku pilih skrg mampu bawa aku jauh. Lupakan tentang ketebergantungan, lupakan tentang pujukan. Aku akan capai keinginan yang aku rencanakan dahulu. Thanks sbb dah bukakan mata aku!

Friday, 3 August 2012

Mencipta syurga rumahtangga.

Assalamualaikum ;p Semoga hari ini penuh dengan keceriaan dihati kita semua. Hari ni rasa nak tulis pasal kahwin, sbb tadi ada kawan lelaki yang sama belajar dekat u dulu tanya pasal urusan merisik. happy to him semoga Allah permudahkan jalan untuknya .hehe ;) Berniatlah berkahwin kerana Allah, kerana itulah pangkal jalan yang dapat kita susuri kembali apabila bertembung dengan masalah dalam kehidupan berumahtangga. 

Semasa kita bercinta segalanya indah dah sangat bahagia. Namun tak semua rumahtangga akan capai tahap kebahagiaan yang hakiki. Mesti ada yang bergolak. Namun, kita harus mencuba untuk membwa rumahtangga kita kearah jalan yang diredhai Allah. Dalam semua perkara sebenarnya kita mesti mendahulukna Allah. Allah yang menganugerahkan rasa sayang kpd pasangan, Allah yang membawa kebahagiaan dalam hati kita. Takkan kita dah bahagia tergamak untuk kita lupakan Allah. Untuk ingat kpd Allah bukan sekadar dengan berkata-kata, namun ianya perlu dengan amalan & kelakuan kita setiap hati ;)

Selalunya kita sering mendengar persoalan ini, "Ada apa dengan cinta?" Bukan semua daripada kita memiliki cinta. Cinta ini luas sebenarnya, ada cinta kita kpd Allah, cinta kpd rasul, cinta kpd suami, cinta kpd ibu bapa, & tidak kurang cinta kepada sahabat. Kita sebenarnya tidak boleh lari dari perasaan cinta yang dianggap fitrah bagi mereka yang bernyawa. Cinta dicipta oleh Allah untuk lelaki & wanita beribadah kepadanya. Selagi cinta berlandaskan dan bermatlamatkan ibadah. 

Monday, 14 May 2012

Cinta Hadir untuk membahagiakan bukan untuk membawa kesedihan.


Hadirnya cinta akan membuat kan manusia makin bersemangat, hidup akan jadi indah,masa akan berputar laju. Itulah hebatnya cinta, namun kita seharusnya meminta pertolongan Allah untuk memberikan jodoh yang paling sesuai dalam hidup kita. Jangan pernah ada kesal setelah anda telah lalui cinta itu, jangan mengada2 nak mengungkit. Berani pilih beranilah hadapi segalanya.

Bukan aku tak pernah bercinta sebelum ini, bukan juga aku tak pernah kecewa namun aku anggap perkara tu biasa. Patah tumbuh hilang berganti. Buat apa nk meraung, menangis dengan lelaki yang tak guna. Aku hairan sebenarnya jika aku lihat ada sesetengah wanita yang sanggup bermandikan air mata setiap hari demi kerana seorang yang di cintai.

Tolong la buka mata, untuk apa cinta hadir tapi untuk membinasakan diri sendiri. Bukankan cinta itu indah sehinggakan shah jehah membina istana kepada mumtaznya. Namun jangan dianggap jika suami bagikan segala hartanya itu adalah kayu pengukur kehidupan. Tidak, bahagia ni adalah subjektiktif tanpa mengguris hati dan perasaan. Hidup kena hadapi dan jalani dengan ceria barulah masalah mampu ditangani.

Jangan nak menangis kerana lelaki tak guna, wanita kamu kena bangkit jangan hari2 nak mengadu damba pasal masalah, sampai bila masalah itu nak hilang jika kamu sendiri yang tidak mahu bangkit. Sekarang wanita harus bijak, bijak dan kental. I wish you luck ;D

Friday, 11 May 2012

I will just pretend to hug you until you get here!


Semua tahu kan kuasa pelukan, seseorang mampu dapat kekuatan apabila dipeluk dan terpeluk. Namun jarang yang nak berpeluk?...ehhh ye ke?...ntah! jawab sendiri.
Macam Rasulullah kan, Baginda sentiasa tersenyum, ceria dan sentiasa menolong kerja-kerja rumah.
Hanya apabila azan bergema, Baginda akan berhenti dan tergesa-gesa
menuju ke Masjid seolah-olah tidak kenal isterinya.

Jangan terkejut jika dayah bagitahuBaginda akan sama-sama mandi dengan isterinya
dan mencedok air dari bekas yang sama. Bukan berlakon-lakon okey!
Tetapi itulah realiti peribadi rasulullah, insan paling pengasih dan penyayang
.Perbuatan ini hanya lahir dari hati nurani yang paling murni.
I love you, saya tahu awak pun sama macam ni. ;D

Kesian tapi it maybe a reason!


Kesian gak lau jadi macam ni, yang si kuning ni bukan main lagi nyatakan hasrat n perasaan pada si biru. Tapi malang sangat sbb si biru langsung tak layan sbb dah ada hiburan lain.
Hai lelaki janganlah kamu lakukan benda yang seumpama ini krn hati wanita ni sangat lembut dan perlukan belaian kasih sayang. Tapi kalau suami dia buat tak layan macam ni asyik berendam air mata darah je sentiasa,bila masa dia nk dapat nikmat hidup. 

So, take care for your partner, jangan pernah mengatal dengan perempuan lain atau sebaliknya. Jangan terkejut kalau ada isteri yang kurang perhatian dari suami dia akan beralih arah, tapi nauzubilah la kan. Sekarang macam2 cerita ada untuk elak berita panas sayangilah pasangan anda okeyyyy! ;D

Saturday, 21 April 2012

Bila Hati Bersulamkan Naluri Wanita

Perasaan RINDU lahir dari hati, fitrah insan yang sangat istimewa.
Rindukan seseorang umpama titisan embun yang menanti titik ke rumput nan hijau.




 
Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :

" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah aku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..

Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..

Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..

Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..

Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

P/S : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia....

Wednesday, 18 April 2012

A World without You.


'...tanpa lelaki lelaki, siapalah wanita dan begitulah sebaliknya'....
Segalanya diciptakan bersebab, mana mungkin kita sebagai hamba ingin melawan fitrah berpasangan itu sendiri. Hanya akal yang waras 
perlu memainkan peranan sebagai seorang khalifah Allah, serta memakmurkan bumi Ilahi ini.

Dengan CINTA manusia akan berasa sempurna, cinta bukan hanya kepada kekasih
namuh ianya umum dan general.
CINTA seorang adik kepada kakaknya,
CINTA seorang pelajar terhadap pelajarannya,
CINTA seorang peniaga kepada perniagaannya.
dan yang paling hakiki yang kita wajib ingat dan laksanakan
ialah CINTA KEPDA HU RABBI 

Allah yang melontarkan rasa cinta dalam diri kita, 
kenapa kita dengan angkuh tidak mahu melaksanakan tuntutannya.
'DUNIA MAKIN MAJU CINT PUN MAU BIJAK MA"

Friday, 13 April 2012

Malam Masih Muda Remaja.

Ntah,setiap kali nak hilang dari pandangan hati sentiasa tidak merelakan. Aku pun tak pasti dengan perasaan sendiri. Kadang-kadang keliru 'what kind of feeling'.....nak kata rindu aku baru je lepas dengar suara, nak kata aku nak teman aku mmg dah ada dia. Tapi mmg lah hadirnya memberi seribu erti dlm hidup.
Mmg terbukti makhluk perlu berpasangan, dimana adanya malam kat situlah bergantinya siang, dimana adanya lautan di selah sana jugalah ada daratan.....

aku nak dia. mungkin jarak yang mampu mengajarku erti sebuah kesetiaan. Sebelum aku mengenalinya aku hanya mampu sebut perkataan 'setia' namun hakikatnya baru sekarang aku mengerti makna setia. Kalau nak di interpretasikan gambar hiasan ini,aku mampu menghuraikan satu persatu perasaan karton ni....
bertapa hebatnya perasaan yang aku miliki ini. hanya aku mampu gambarkan dengan perasaan. sesungguhnya Allah hadirkan dia untuk menyempurnakan aku. aku bahagia bersamamu....

Just wanna tell you about LOVE

Jodoh seperti juga dengan kaedah rezeki,ianya telah ditentukan ketika kita dalam perut ibu lagi. hebatkan?
Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan kepada kita di hadapan sana. Adakah yang baik atau sebaliknya.....

 Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkanNya agar berusaha. Carilah jodoh yang baik serta rezeki yang elok. persoalannya, siapakah jodoh kita? berapa banyak rezeki yang bakal kita dpt? dan bila nak jumpa dgn jodoh kita?. Itu bukannya kerja kita untuk mempersoalkan soalan yang merapu tu. Ianya ketentuan Yang Maha Menciptakan. Milik kita hanyalah berusaha. Jadi berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan.

Jangan persoalkan siapa dihatiku.

jika kau minta intan permata tak mungkin ku mampu, tapi kalau kau minta roti dan pizza aku pandai jamu. hahaha. suka la lagu yuna terukir di bintang. Meaning yang tersirat lebih menarik dari yang tersurat.
inilah yang dikatakan cinta. bagi aku nak mencintai seseorang bukanlah susah, jika kita kenali dia dengan mata hati dah fahami dirinya segalanya akan jadi mudah. As simple as you sing a song twinkle twinkle little star,how i want the what you are...lalallalalla(sambung sendiri)

 bagi dayah kan dah dapat bakal suami yang macam sekarang ni memang hadiah yang terindah. bukan cinta kami tak diuji, mmg banyak ujiannya lau nak diceritakan tapi bukan tontonan,hahahha. lau nak tahu kena dtg weding kami sure dayah cerita.hahahahha ;p

yang penting dalam hidup berpasangan kita kena baik tutur kata,manis senyuman dan mudah memberi kebaikan,itulah nanti yang akan menawan hati pasangan. lau tak caya try call pakwe or hubby kamu...hahahha. ilove you dear.

Payung Cinta Dari Putera Hati.

 
                                    Pernah dengar tak tentang perkataan 'SEDEKAH CINTA'

' Jika bersedekah niatkan atas nama isterimu. Bantulah mereka dengan pahala sedekah kerana ramai para
isteri yang akan menjadi penghuni neraka' Masih terngiang-ngiang lagi di cuping telinga yang nipis ni. waweeee bahaya juga nk jadi isteri ni. Tapi jangan bimbang suami kan mampu menyelamatkan kita.

Berdoalah selalu,rintihlah dengan penuh kasih sayang kepada Allah, bermanjalah,bertafakurlah dengan lunak suaramu yang lembut kepada Ya Rabbul jalil. jgn nk lunakkn suara nk goda lelaki hensem lak. biasalah sekarang ramai manusia yang gedik...hahahahha. sempat lagi aku mengata orang. Astagrafirullah.

jadilah isteri yang mampu melembutkan hati suami,isteri yang bijak menyediakan hidangan istimewa untuk suami tercinta dan anak2... suami pasti bahagia. lalalalallala.
AFM I MISS YOU.

A flower in the pot.

Setuju tak kalau dayah kata, 'siapa kita sewaktu tua dicorakkan oleh masa muda remaja kita'.
kalaulah kita sedar tentang hakikat tu, 'sure' ramai yang akan menjaga masa muda mereka.
masa mudalah zaman yang paling genting untuk mencipta kerjaya,untuk mencari jodoh,untuk membina mahligai. dan yang paling penting untuk mendekatkan diri kpd Allah. Siramilah dan bajailah cinta yang ada dalam diri dengan potensi yang sebenar-benarnya anda miliki.
jangan sampai tersilap langkah dan merugikan masa depan diri sendiri.

C.I.N.T.A Andropaus dan Menopaus

Pasangkan niat untuk berkahwin kerana Allah, sebaik-baiknya itulah pangkal jalan yang dapat kita susuri kembali apabila bertembung dengan masalah dalam kehidupan berumah tangga. Pada awalnya kebahagiaan dan biarlah penghujungnya kemesraan. Kita tukarkan budaya orang Melayu yang suka pasang 4. cuba contohi bangsa lain, diorang SETIA PADA YANG SATU.

    CINTA ibarat air yang mengalir,walau jarak memisahkan namun hubungan tetap intim dan bahagia.
Bukan jarak yang menjadi ukuran dalam sebuah perhubungan,namun asas utama....
                                    ^.^ KESETIAAN DAN KEPERCAYAAN
                                    >.< SALING IKHLAS
yang lain korang fikirlah sendiri,dengan berkasih sayang manusia mampu ceria sepanjang masa. Hebatnya anugerah Allah pada kita. Ada apa dengan C>I>N>T>A??

    Untuk menjawabnya mari sama-sama dayah hidangkan satu analogi, ANALOGI CINTA.

'bayangkan tentang sebatang pen. Pena dicipta untuk menulis,keyboard dicipta untuk menaip( sbb guna KB skrg haha) selagi ianya digunakan untuk menulis,selagi itulah pen akan menari-nari diatas kertas. Sebaliknya jika pena itu dijadikan chopstik makan mee maggi perisa kari???
anda fikirlah,jangan bawa akal tu free je kat atas kepala...(versi ngepek) wawawawa.....