Monday 22 April 2013

Akulah Kisah Lalumu


Awak selalu cakap yang awak lemah,
Awak selalu mengadu yang awak sedih,
Awak selalu bagitahu yang awak dah letih dengan kehidupan awak.
Saya kelu bila awak ucapkan kata-kata itu.
Kelu kenapa awak sanggup ungkapkannya.
Sabarlah dengan ujian itu, walau berat pasti ada yang membantu.
Kesedihan kadang2 boleh membunuh hati awak dari menerima kebahagiaan,
Awak lupakan sejenak kesedihan itu.
Balutlah hati awak dengan kekuatan, kerana saya tahu bukan ada manusia setabah awak.
Kadang-kadang saya lihat awak seolah-olah kesedihan itu tidak pernah wujud,
Saya lihat awak sentiasa senyum, sentiasa gembira
walaupun hakikanya ada seribu kesedihan.
Itulah ketabahan yang sebenar, kalau saya di tempat awak, saya belum tahu apakah reaksi yang
saya akan buat. Mungkin lebih teruk dari awak...
Tapi percayalah, awak sebenarnya insan yang istimewa.
Saya boleh bersahabat dengan awak,saya boleh kenal awak, 
boleh tahu keadaan awak. Rasa simpati itu melebihi apa yang awak tahu.
Saya sentiasa doakan kesejahteraan awak.
Kuatkan hati, teruskan tersenyum.
Saya tahu, awak sahabat saya yang paling tabah.

Hati Tiba2 Sayu Mengenangkan Dia


Segala benda yang bertulis tentang awak memang boleh dipadam,
Langsung tidak sama dengan kenangan awak dan saya. Sekali awak hadir 
dalam hidup saya bukan mudah untuk ia luput dari ingatan.
Awak buat saya risau,
Awak sunyi tanpa berita,
Awak sihatkah?
Awak sakitkah?
Semua tu saya tak tahu.
Saya rasa nak tanya khabar berita awak,
Tapi apa kan daya awak senyap tanpa berita.
Saya risau bila tak dapat lihat status awak,
Kadang2 awak berbicara tentang rasa, ia membuatkan saya sedikit memahami apa yang terjadi.
Entahlah, kadang2 saya keliru dengan perasaan yang datang.
Bila terlalu rapat ia menimbulkan perasaan yang negetif,
Bila berjauhan saya rasa rindu.
Ketahuilah awak, sebenarnya bukan niat hati untuk menjauh, bukan sekali kerana ingin membuang 
kenangan. Tapi, hati ini lemah untuk menerima kemesraan itu. Lemah untuk berfikiran positif antara kamu dan dia. Itulah hal yang perlu kamu tahu. Bertabahlah kamu disana, harap2 kamu sihat.
Jangan pernah berputus asa dengan dugaan hidup, bertabahlah kerana aku tahu kau mampu bertahan.

Sunday 14 April 2013

Ciptalah Keindahan Itu

Happy?
Ya Sangat happy.
Kenapa?
Sebab saya suka kehidupan yang indah. Dan saya akan berusaha untuk menjadikannya ia bermakna.

Indah bukan bererti ianya sentiasa mewah dalam timbunan harta.
Indah dalam hati yang sentiasa ada rasa syukur.
Jika diberi roti ku terima dengan hidangan roti bersama milo,
Jika dihidangkan ikan kering aku akan jadikan ianya hidangan nasi goreng bersama ikan kering.
Itulah sebuah keindahan yang terlalu subjektif untuk manusia.

Andai kita menerima yang kurang, cubalah menciptanya menjadi lebih.
Andai nampak buruk dimata, cubalah hiaskannya menjadi baru dan cantik.

Hindarkanlah untuk menjadi terus pasif dari keindahan sebuah kehidupan.

Sunday 7 April 2013

Kisah hari ini.

Rasa nak bercerita,hari ini semua orang tahu hari Ahad. Kalau sebelah Pantai Timur memang hari ni hari berkerja. That why, my hubby takde kat sisi. *sedih ^.^ (poyo). Selepas 40 hari En hubby cuti dan hari ni hari pertama dia kena masuk ofis. Okey bila sebut pasal hari pertama, tuannya mesti lah takde kat rumah. ALLAHURABBI,Tuhan je yang tahu perasaan tu. Bayangkanlah, kalau hari2 kita mkn sama2, minum sama2, main sama2, mandi sama2, lipat baju sama2, duduk sama2 rendah bangun sama2 tinggi bila sorang dah hilang, sorang lagi mulalah monyok tahap power rangers.
Memang SAH yang sorang lagi tu takkan aman, tapi nasib baik seminggu je. Perasaan ni nak je ikut yang sorang lagi tu g Kerteh. Sekurang2nya masih ada peluang nak berkepit. Apa nak dikata... PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh).

Tuesday 2 April 2013

Seorang Hamba

Saya tahu awak hargai saya, 
Saya tahu awak cintakan saya, 
Saya tahu awak sayangkan saya,

Sekuat manapun cinta kita tetap akan berpisah,
Kerana setiap yang hidup pasti akan merasai mati,
Saya nak kita sama2 beribadah,
Awak imamkan solat,
Awak menjadi guru bila saya baca Al-Quran,
Agar kita sama-sama kumpul saham untuk
Terus bersama di syurga Ilahi.
I love You till Jannah.

Hari berganti hari

Jika hari ini 1 hb,
Itu bermakna ia semakin dekat,
Awak dan saya baru berada dipermulaan,
Permulaan sebuah persahabatan,
Lalu muncullah 2hb,
Saat itu masa begitu pantas,
Dalam masa mengenali antara awak dan saya,
Hanya bantuan teknologi yang menghubungkan,
Keesokannya muncullah 3hb,
Perbualan semakin rancak,
Banyak benda yang ingin dikongsi,
Dan ianya adalah satu perasaan yang sangat selesa,
4hb sudah,
Setiap hari saya tunggu awak,
Tunggu dengan perasaan yang cukup indah, 
Mungkin itukah cinta?,
Persoalan hanya dipendam kerana masing-masing belum meluahkan,
Semakin pantas masa berlari,
Sudah masuk 5hb,
Macam biasa awak dengan pelajaran awak,
Dan saya dengan hal belajar saya,
Setiap pagi awak kejutkan utk ke kelas,
Sangat suka bila dengar suara itu,
6hb tiba-tiba menjengah,
Perasaan gembira berkenalan dengan awak semakin parah,
Parah apabila gembira menjadi rindu,
7hb awak bagitahu yg awak akan menjalani ujian praktikal,
Saya mengiakan kerana bagi saya itu biasa,
Tapi awak jelaskan yang kita akan terputus hubungan buat sementara,
Terpisah dek jarak dan teknologi,
Awak berpraktikal di pelantar minyak,
Hari ke-8
Rasa tak happy sebab esoknya awak akan pergi,
Tapi saya tak tunjukkan rasa itu,
Saya berlagak biasa, 
Sedangkan dalam hati hanya Dia yang tahu,
Hari ke 9
Awak bersiap-siap untuk ke sana,
Jika tiap hari awak temankan saya, 
2 minggu awak akan hilang,
Saya tak tahu nak cakap apa, 
Tapi sebelum awak pergi
Saya sempat lafazkan I will miss you...
Sampai sekarang saya ingat saat itu.
Kenangan awak dan saya,
Hari ke 10
Tiada sms dan tiada panggilan telefon,
Sangat tak best rasanya,
Tapi saya cuba sibukkan diri dengan assigment,
Sangat sibuk tapi dlm fikiran awak masih ada,
Hari ke 11,
Malam itu awak telefon,
Hati saya seakan-akan jatuh ke lantai,
Happy sangat2 dengar suara yg saya cam itu,
Saat itulah awak melafazkan untuk berkawan dgn lebih rapat,
Awak dan saya berkenalan hingga sekarang...
Awaklah suami tercinta saya sampai Syurga.

Menipulah selagi mampu

Penipu memang licik,
Setiap perkataan yang dilontarkan seiring dengan putar belit,
Berkata dusta seolah-olah mainan mulut,
Hanya yang lemah tertindas dengan kata-katanya.
Bila berkata semuanya berdasarkan mainan fikiran,
Licik seolah-olah hidup satu permainan,
Perwatakan suci utk mengaburi mata si pemerhati,
Sampai bila pun belum pasti,

Mengapa dia menipu?
Tujuan apa yang dia rasa suka nak menipu?
Menipu yang dia begini dan begitu,
Menipu untuk menutup segala prasangka,
Menipu untuk mengaburi mata,
Mata mereka yang prihatin,
Mata orang yang jujur dan lurus.

Sampai bila mereka nak menipu,
Menipulah kerana kepercayaan itu mahal,
Mahal untuk dibeli oleh mereka yang pendusta.

Monday 1 April 2013

Jika masih ada waktu.

Hari ini aku dan engkau mampu tersenyum,
Tersenyum melihat keindahan alam yang terbentang,
Sama-sama berjalan menyusuri pantai,
Sambil terdengar bicara ombak memukul pantai. 
Indahnya ironi alam,
Tangan aku dan engkau erat saling berpegangan,
Aku suka bila engkau ada,
Ada menemani mengisi masa,
Masa kita bukanlah terlalu singkat tapi tidak
Juga terlalu panjang,
Hari ini kita masih bersama,
Aku impikan sesuatu yang boleh membahagiakan,
Aku dan engkau sentiasa mencuba,
Aku tahu engkau sayang,
Aku tahu engkau kasih,
Dan aku terlalu tahu yang engkau sangat penyayang.
Aku dan engkau kini hingga selamanya.


Sebuah Hati

Indah bila dua perasaan saling merasai,
Saat saya melihat awak,
Seakan masa terhenti,
Berhenti untuk menemani kita,
Saya selesa berada disamping awak,
Rasa selamat...
Rasa dilindungi...
Dan yang paling penting sentiasa rasa dihargai...
Terima kasih awak utk rasa ini.

Saya tetap akan bersama awak,
Setia menemani kita awak susah,
Berdampingan dengan awak bila awak perlu,
Memahami awak saat awak buntu,
Kerana adanya saya hanya untuk awak,
Tanpa awak siapalah saya.

Kita saling melengkapi,
Saat awak jauh saya sepi,
Terima kasih awak,
Sebab adanya awak disisi
Hidup saya bererti.