Seni tertinggi dalam ilmu kehidupan adalah seni untuk hidup dalam redha Allah SWT. Firman Allah SWT, " Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaanNya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikkan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya". ( al syams : 7-10)
Thursday 31 January 2013
Fall in Love again and again...
I'm Your's
My Everything
Wednesday 30 January 2013
Darah ohhhh tidak..
Mcmana nk berhadapan dengan mereka2 yang mabuk darah eh? Kalau yang tak sampai tahap kronik okeylah kan? Ni kalau tgk je tgn sendiri luka then pengsan itu mmg masalah la kan nak tanganihehe. Apa2 pun kita tgh sabar menunggu reaksi Mr.Jantung hati tgh buat X-tray.
Padahal bagi kita yang normal ni apa la sangat dengan darah tu, just bendalir berwarna merah yg ada dlm badan. Hehe kadang2 rasa lucu jugak. Tp takpelah sbg pasangan kita terima seadanya bab2 lucu ni. Tapi kan? Ya ada tapinya jugak, lau kita kat labour room nanti agaknya la kan susah ke senang eh... haha. Persoalan tu nanti kita sama2 jawab lepas ni....
Medical Check - up Mr. Jantung Hati ;)
Friday 25 January 2013
Me and you
Akrab dengan sentuhanmu
Thursday 24 January 2013
You are my everything.
Masa berkualiti bersama
Friday 18 January 2013
Indahnya hariku
Thursday 17 January 2013
Suprised harapnya....
Ntah la 2 3 hari ni aku rasa lain macam je. Semua tak kena. Start dari perasaan,pemakanan sampailah kesihatan.Semuanya rasa lain... Dalam kepala duk fikir 'adakah rezeki?' Klau betullah rezeki Alhamdulillah ;)
Sekarang selera makan aku tinggi segunung kinabalu. Makan tapi rasa tak kenyang,jadi asyik nak makan je tak kira masa. Pagi mkn, 10minit lepas tu mula la rasa lain macam. Ayoyoyo kalau mcm ni la gayanya nk dpt body mcm scha Al yahya gimana sih? Huahuahuahuuuu... Memang aku pernah pregy tapi tak lama usia janin tu. Hanya sempat aku jaga 3 minggu je. Tapi masa tu aku tak perasan selera aku kebaaaabom mcm ni ke x huhuhu... ~~ Mmg kawan aku pernah bgtau lau berbadan 2 selera makan kuat. Tapi x tau la peratus kebenarannya kan .... huhu. Serious skrg mulut aku asyik nk mengunyah je 24jam.
Haaa satu lagi, sekarang aku kuat gila tidur. Asyik ngantok je... hurmmm klau biasa mana ada tahap tidur aku camni. Jarang nk tidur ptg2, tp 2 3 hari ni jam loceng badan aku ni tersalah timing agaknya....huuuuu. Mmg ada terfikir nk check tapi takut awal lagi yelah klau bulan ni tak cuti sakit perempuan lagi mmg ada rezeki lagi la. Sambil2 tu nk tunggu En. Jantung hati balik dulu baru nk g klinik hehe. Saje nk manja2 tak nk drive g klinik sorang2... heeee ;)
Tuesday 15 January 2013
Cepatlah pulih
En.Myvi ni tak sihat mcmane ntah, bila start n nk tukar gear dia mcm nak melompat ngeh3
ai tak kan nak bertukar jadi kuda kot. Sian la tuan kamu kalau nk jadi kuda. Tapi kalau ada kuasa kuda cam ferarri tu okey la kot.
Heeee serius x best, sini semuanya org laki aku sorang je gegurl. Awakkkkkkk!!
Balik la cepat,teman saya ngeh3. ~~~ tik tok tik tok 6 hari lagi.
Sunday 13 January 2013
Pemilik Cintaku
Buku untuk bulan ni,penulis yg dah lama kita minat hehe.
Boleh la korang try beli untuk panduan membina kasih idaman melalui inspirasi kisah motivasi.
Cinta yang bertandang di lubuk hati itu fitrah. Namun, apabila ia disusuli tindak tanduk yg tidak diredhai ia akan bertukar menjadi fitnah.
" Sesiapa yang jatuh cinta,kemudian menyembunyikannya hingga kematian datanh
menjemputnya,maka dia adalah seorang yg syahid."
( Riwayat Hakim, Ibn Asakir, Al-Dailami dan lain-lain)
So kat sini jelas, sesiapa yg jatuh cinta lalu dia memelihara kesucian dirinya dan bersabar hingga ajal menjemput itu adalah syahid. Hargailah diri kita heeee :)
Pandanglah dengan mata positif
Ohhhh mak aiiii ponat! Pukul 3 pagi baru siap okey. Masa tu mata dah bertukar jadi mata panda dah.Nasib baik masa tu si dia yang tercinta ada. Teman jugak isteri dia ni kat dapur. Hihi
'Saya tahu awak utamakan saya dalam hidup awak' :) Okey habis lah bercerita pasal tu,kita sembang pasal lain lak eh. Sementara nk berperang dgn tepung & dough jap g baik rehat2 santai2layan blog dulu hehe.
Mulanya hari nu nak start pagi, tapi kalau dah namanya manusia ni memang lumrah la kan?.
Kita hanya mampu merancang ~~ kebetulan ada kawan datang rumah borak punya borak sampai pukul 11 pagi jugak la baru habis.haha bayangkanlah sebelum ni asyik rehat je kat rumah,cuti dari bisnes hampir setahun. Memang ada la rasa liat2 sikit nk mula start tu hihi.
(Biasalah diriku ni bukan mesin) kalau mesin memang senang tekan je butang on jalanlah hihi...
Takpe aku berkerja 2 minggu time hubby offshore je,bila dia dah ad kat rumah kita buat la aktiviti lain lak. Lagipun sebelum ni memang tu yang kitorang planning. Aku tak nak kerja yang susah nak dapat cuti,so kesimpulannya aku buat bisnes sendiri. Semuanya aku handle. So senang la bila suami balik kita ada kat rumah,suami ajak keluar kita boleh ikut. Ni suami kerja kita kerja masa yang berkualiti entah hilang kemana. Hihi... Semoga semua yang aku buat ni diredhaiNya tu yang penting. Last tercapai impian aku... impian x leh share kat sini bahaya hahaha :p
Saturday 12 January 2013
Kenapa perempuan dengan teddy bear tak terpisah?
Haaaa, tapi aku percaya bukan aku sorang je yang suka teddy bog ni. Ramai sebenarnya, lagi2 kalau si dia yang hadiahkan. Memang hati berbunga2 la kan, sejak dari bangku sekolah lagi ramai member2 yang hadiahkan teddy bear tapi yang gambar ni special punya. Sebab yang ni bukan pemberian ex2 boyfriend macam yang lain tapi yang ni jantung hati yang hadiahkan. My beloved husband laa ngeh3. Kalau yang lain kebanyakkan koleksi kawan2 yg hadiahkan..hihi (buruk + nostalgia dah) ^^
Tapi persoalan yang belum terjawab. Kenapa teddy bear ni sinonim dgn gegurl je? Ngeh3
Yang ni memang aku tak tahu sebab apa, maybe perwatakan perempuan ni manja,lembut sebab tu dia suka teddy bog kan kan? (Erk! Jawapan aku yg ntah pape,tp maybe la kot!)
Pernah sekali ada seseorang cakap, 'eh,dah ada suami pun x nk berenggang dgn teddy bog lagi eh'.... waaaaaweeee! Aku mampu tersengeh simpul2 ala malu je :p grrrrrr... 2 minggu je teddy bear ni jadi 'teman peluk' time si dia offshore. Lau si dia ada kat rumah buat apa nk peluk lagi kan? Kah kah kah..... ♡
Istanbul Aku Datang
Aduiii,buat pertama kalinya hari ni baru aku boleh tengok cerita yang gembar-gembur orang duk cakap romantik la sweet la tu. Memang femes dekat facebook aku kawan2 duk bercerita pasal cerita tu. Maybe sebab heroin dia lawa kot, mana taknya Lisa Surihani kot hehe... Memang comel la lisa bawa watak sweet2 gitu hehe. Tapi watak Azad yg dilakonkan oleh Tomok tu bagi aku tak berapa nak mantap ngeh2...(mcm aku lak pengarah) hihi~~ tapi takpelah sekadar nak bercerita,malam2 camni dgn elektriknya takde mmg sesuai sgt la aku nk blogging.
Istanbul memang ada view yg cantik, senireka binaan kat negara diorang mmg aku salute!
'tergamam,menggamam dan beberapa jenis gamam lagi la yg aku teruja tengok' hihi
Scene yg lisa duk atas kapal tu lawa jugak,masa dia sibuk nak cari rumah sewa sbb azad tak bagi duduk serumah. Masa tu gambar yg fotographer shoot mmg cun habis, biru laut dia dgn pemandangan bangunan kat belakang tu memang mantap.
Tak kisah la kalau nk cakap cerita ni dah basi pun, yang penting kita tengok sambil tersengeh2 (minat la sangat kalau bab cinta cintun ni kan? ) >.< hihi. Lagi satu dalam ceritani bila lisa merajuk macam2 mimik muka yg dia buat, ada sekali time dia merajuk sebab azad warning tak nk kasi berpeganggan tangan masa kat kampus, huhhh!
time tu bukan main comel lagi gayanya. hihi
Tak sabar nk tunggu si dia balik, nak nonton sama2 lah pulak! ~nmpak sangat teruja kan?
Memang teruja pun, saje je nk ajak si dia tengok cerita2 cam gini. Biasa tengok cerita hantu je kan? ngeh2. Si dia minat cerita seram,yg sorang lagi jenis penakut memang kesian la. tiap2 kli layan movie seram kita yg jadi mangsa usikan dia.
Menonton tu bagus jugak untuk eratkan perhubungan. Utamakan aktiviti bersama,kat situ kita boleh cipta keserasian. Bukan masa bercinta je nak luangkan masa tengok wayang & berhibur dgn pasangan,dah kawin pun lagi banyak aktivitu macam tu lagi bagus. heeeee ~~