Showing posts with label Luahan bila Solo. Show all posts
Showing posts with label Luahan bila Solo. Show all posts

Saturday, 16 February 2013

Sabarlah bila teras diri diuji.

Kadang- kadang bila bersemuka dengan manusia yang pentingkan diri, hati jadi geram.
Geram bila manusia itu seolah-olah ingin mencabar tahap kesabaram kita.
Jika kita mampu mengawal kemarahan kita dengan mencuba untuk memaniskan muka,
Sebenarnya itu adalah satu kemenangan.
Kemenangan kita dalam mengawal emosi sebenarnya.
Indahnya sabar, jika aku mampu tersenyum bila engkau datang menyakitkan hati.
Indahnya sabar, bila aku terpaksa membengkakkan telinga mendengar setiap tomahan kau.
Indahnya sabar, bila aku diperlakukan mengikut rasa hati kau yang menggelodak.
Kadang-kadang aku terfikir,
Sampai bilakah aku harus bersabar dengan kerenah kau.
Sampai bilakah aku harus menunjukkan sifat lemah lembut didepan engkau.
Sampai bila??...
Persoalan itu biarlah antara aku dengan kau.
Aku takkan bersikap kurang waras.
Jika kau minyak aku takkan jadi api.
Jika kau angin aku juga takkan jadi api.
Andai kehadiran aku dapat memarakkan lagi api sengketa.
Tapi sampai bilakah kau akan berubah....
Sedarlah wahai manusia yang bernama 'kau'.

Rindu datang lagi...

Ya Allah sampaikanlah perasaan rinduku kepada suamiku, Ahmad Faisal Muhamad. Hanya dengan bantuanmu, perasaanku akan jadi tenang. Bergeloranya perasaan yang Engkau ciptakan, Indahnya perasaan bila bersama dia. Petang ni rindu bertamu di lubuk hati. Bertapa kuatnya perasaan ini. Dia pernah berpesan, andai perasaan itu datang bacalah doa Zulaikha. Dengan bantuan Allah jiwa akan jadi lapang, si dia yang jauh disana turut akan merasai degup jantung kerinduan pasangannya. Angin makhluk Allah yang boleh menolong menyampaikan rasa rindu.
Ya Allah sangata ku rindu insan yang istimewa disisiku. Aku rindu dia. Bertapa aku terfikirkan dia, teringatkan dia dalam setiap urusanku. Memang dalam tempoh dia pergi mencari rezeki akan ada satu hari perasaan ini akan bergetar kuat. Akan ada satu hari yang aku tidak mampu melawan rasa rindu, rasa ingin bersua muka.
Ya Allah aku yakin dengan kekuasaanmu, Aku yakin aku mampu hadapi apa yang terbaik untukku.
Satukanlah hati kami, lindungilah kami dari perasaan hasad dan dengki manusia. Panjangkanlah jodoh ikatan kami. Mesrakan hubungan kami, hanya dia cintaku. Hanya dia yang bertahkta dihatiku.

Hati mereka.

Aku kenal seseorang yg merupakan kawan kepada kawan. Awalnya aku lihat dia berperangai okey. Segalanya nampak sempurna, tak ada terdetik dihati pun tentang rasa kasihan atau simpati. Hanya aku anggap dia manusia biasa, dan aku anggap dia macam kawan-kawanku yang lain.

Sepanjang perkenalan aku perhatikan dia manusia yang jenis tidak suka orang lain melebihi dia dari segenap hal. Awal-awal aku ingatkan perkara itu biasa, tapi dari cerita yang dia sampaikan seolah-olah dia ni bukan calang2 orang. Dia bercerita tentang mereka2 yang lain sering memujinya. Aku tak pasti apakah motif sebenar hal itu diutarakan. Bagi aku manusia ni memang suka bila dipuji, lagi2 orang yangmemuji itu berbeza jantina.

Sangkaku, mungkin dia rasa bangga. Bangga bila orang sekeliling puji. Tapi takpe aku buat2 tak kisahje dengan perasaan tak senang tu. Biarlah dia rasa macam tu asalkan dia tak mengganggu aku dan kehidupan aku. Tapi firasatku salah, dia seakan2 mencabar apabila dia menceritakan hal yang bagi aku memang meluat.

Sejak dari hari itu aku rasa menyampah. Memang perangai aku tak boleh nak layan orang yang aku tak suka. Serius aku bukan jenis penipu dan boleh buat2 suka pada seseorang. Bila aku tak berkenan tentang sesuatu aku akan tunjukkan terus. Bagi aku lebih baik berterus terang daripada bermuka-muka. Mungkin itulah kelemahan aku sebagai seorang hamba.

Aku anggap dia tidak wujud lagi. Mungkin dulu aku boleh bertoleransi, tapi bila melebihi had aku rasa lebih baik kita terus menjauh. Menjauh bukan bererti benci, aku harap dia sedar tentang apa yang dia dah cakapkan kepada aku menghunus jantung perempuanku. Cintailah diri sendiri jangan tawarkan terlalu murah harga cintamu itu.

Thursday, 14 February 2013

Fitrah Cinta

Cinta yang bertandang di lubuk hati itu fitrah.
Suamiku yang sangat setia,
Biarlah aku sentiasa teringatkan wajahmu yang jernih,
Aku akan berasa tenang dengan pancaran cintamu yang lahir
Dari raut wajah yang bersihmu.
Itulah yang membuatkan aku tidak mahu berpisah dari dirimu.

Adakah kau pernah mendengar atau terbaca kata-kata daripada
Sayidina Umar R.A, kebajikan yang ringan adalah yang menunjukkan
Wajah berseri-seri dan mengucapkan kata-kata yang lembut.

Tetapi sayangku, bahagiakanlah dirimu terlebih dahulu
Dengan melakukan perkara-perkara yang diredhai oleh Allah.
Sudah pasti engkau akan dapat membahagiakan diriku pula.

Sayangku, kebahagiaan yang terindah adalah apabila engkau
Senyum akan jelas keikhlasan timbulan pada tulang pipimu
Dan terpancar cahaya dari matamu.

Kekalkanlah senyumanmu itu di dalam istana kita.
Senyumanmu itu sangat penting buat diriku dan iringilah
Dengan sentuhan lembut jari jemarimu.
Engkaulah pembalut kasih sayangku...

A Note For You

Kata-kata sayang tak akan berhenti. Sekalipun ianya tak sempat ku catatkan diruangan ini, namun ia tetap tersemat dlm memori. Kadang-kadang melalui penulisan aku mampu eksperesikan perasaanku, emosiku. Itulah dunia penulisan bagi aku. Bila aku bersendirian ada abjad-abjad ini yang menemani. Itulah hobi aku, melepak di ruangan blog ni.
Bila bosan aku terasa nak menulis. Mungkin dengan menulis aku rasa puas. Semua orang ada cara masing2 untuk hilangkan rasa bosan dan bila bosan aku akan ingatkan dia. Dia yang selalu ada, dia yang sentiasa buat aku tersenyum. Dia yang faham aku. Heee kalau dia ada ni mesti aku dah ajak dia keluar jalan2, masa yang berkualiti ketika berdua.
Selepas kawin kita tetap bercinta, bila malam berlabuh dia akan call. Aku faham kerjaya dia, tapi kadang2 aku perlukan dia untuk menemani aku. Biasalah kan, tapi demi mencari rezeki semua itu kami anggap cabaran. Walau sesekali jiwa faham tentang semua itu, tapi bukankan aku insan biasa. Yang tidak pernah lari dari sifat semulajadi manusia.
Hari ni dah 3 hari tanpa dia disisi. Aku tak sabar nak menghitung hari ke4 hingga hari ke7... tinggal beberapa hari je lagi. Ntah kali ini, rasa rindu macam awal2 dulu. Harap abang sihat kat sana, then boleh buat kerja & rehat secukupnya. I love you from deep of my heart.

Sifat mengadanya aku tak suka

Aku ada berkenalan dengan perempuan ni, pada mulanya aku dengan dia berjumpa sbb dia adalah kawan kepada kawan aku. Sebelum ni aku tak pernah tahu tentang dia, tapi sebelum aku dia memang kawanku pernah ceritakan serba sedikit tentang latarbelakang dia. Bila aku tahu tentang ceritanya terbit rasa simpati dengan apa yang terjadi kepada dia. Sejak dari hari itu aku seolah2 ingin kenal dan nak membantu dia. Memang aku kalau aku dah kesian memang aku akan tolong sedaya yang boleh. Mungkin orang lain tak sanggup buat tapi aku dah buat. Begitulah aku, tapi sayang setelah aku berkesempatan jumpa dia. Rupanya indah khabar dari rupa.

Perbuatannya banyak menyakitkan hati. Memang awalnya aku simpati tapi bila terlalu mengada-ngada dan meminta yang bukan2 aku dah hilang sabar. Rasa simpati dan kasihan bertukar menjadi menyampah. Itulah kita bukan kenal hati manusia kan? Jika awalnya kita rasa bersimpati dan ingin tolong bila berhadapan dengan situasi kita sudah tak sanggup nak berkawan.

Tapi memang perangai aku tak boleh berkawan dengan kawan2 perempuan yang over mengada2 ni. Kadang2 aku lebih suka berkawan dengan lelaki, sebab perangai mereka lagi simple. Mudah untuk diajak berbincang,tak delah terlalu complicated macam nak layan perempuan. Ni tak kena sikit merajuk, merajuk merajuk sampai ke tua nak merajuk.... Seriously, aku memang tak boleh tahan dengan dia. So dari sakit hati baik aku menjauhkan diri.

Lagipun, aku kenal atas kawan jugak. Lagipun aku tahu niat dia nak berkawan sebenarnya. Dia nak dekat dengan seseorang. Seseorang yang istimewa bagi aku. Bila dah rapat or kenal aku maknanya dengan orang yang istimewa buat aku tu pun dia boleh rapat jugak. But sorry! Sekilas ikan dilaut, aku kenal jantan betinanya.

Awalnya, aku tahan dengan perangai mengada2nya, sampai satu tahap peristiwa tu berlaku depan mata. Kalau nak mengada2 pun tengoklah dengan siapa, tak kan dengan semua orang nak buat perangai ngada2 tunjuk2 manja tu. Sesekali aku terfikir ni, dia ni belajar pasal akhlak ke tak sebenarnya ni... Sampai tahaptu aku tak tahan, last2 seseorang yang istimewa bagi aku suruh aku jangan layan dia. Sebab dia pun dah takde apa2, aku harap dan doakan dia sedar tentang apa yang dia dah buat tu boleh merenggangkan hubungan. Jika dia tak berubah, selamanya orang yang mendekatinya tak kan rasa selesa. Bunaglah perangai mengada2 tu, kalau nak mengada2 dengan suami boleh la. Ni tak kira orang semua nk belasah. Semoga Allah melindungi kamu dari segala aib dunia.

Wednesday, 13 February 2013

Cinta umpama benih yang sedang bercambah

Bila mata bertentang mata,mulut seolah kelu menanti suara. Hati berdegup kencang seolah ribut akan melanda. Perasaan gembira akan terpancar seolah2 dunia ini milik kita. Kehadiran seseorang yang penting dalam hidup dapat menceriakan sisa2 waktu yang ada. Begitulah perasaan mereka yang hangat bercinta.

Bersama-sama membina bahtera idaman untuk mengisi segala kemanisan kehidupan. 25 Mac 2012 adalah pintu segala kebahagiaan. Wanita mana yang tidak gembira apabila seseorang jejaka idaman melafazkan akad nikah tanda telah memiliki kita. Itulah anugerah dan kegembiraan yang nyata. Segalanya bermula, dengan restu kedua ibu bapa pasti mahligai yang dibina mampu berdiri teguh.
Selamanya Engkaulah Cinta hatiku.

Sekarang, aku bercerita sambil terkenangkan dia yang sedang bertugas di samudera. Masa sebelum kahwin lagi aku pernah mengadu yang aku tidak mampu untuk berjauhan. Inikan pula berjauhan dengannya selama 2 minggu. Satu tempoh yang agak panjang bagi aku. Tapi dia tetap memujuk, 2 minggu dia offshore 2 minggu jugak dia cuti.bayangkan masa cuti 2 minggu dia akan ada menemaniku, 2 minggu boleh bercuti, jadi aku kuatkan azam untuk mampu berdikari tanpa insan tersayang disisi. Sekarang genap 9 bulan aku mampu hidup dan menyesuaikan diri dengan kerjaya suami. Namun terkadang bila perasaan rindu datang, aku tidak mampu mengusirnya. Aku rindu dia, aku cinta dia. Selamanya aku tetap miliknya. Abang, ayang rindu...♡

Bila rasa nak bercerita...

Yes! Mood nak bercerita dah datang. Bercerita tentang hati yang ingin berbicara. Soal hati hanya aku dan dia yang tahu. Jarak yang memisahkan kita yg terasa seakan asing. Asing bila aku tidur tanpa teman, asing bila aku tengok tv sorang2, asing bila aku makan tak de kawan. Itu semua asing.
Biasa ada dia yang ceriakan hidup aku. Bangun je dari tidur mesti ada senyuman manis, tapi untuk seminggu ni aku terpaksa bangun dan mengadap teddy bear tu je dulu.

Dah lumrah bila jauh, hati saling merindu. Itulah ikatan yang jarang mampu dirasa oleh hati2 yang tak terkunci oleh cinta. Hati aku dikunci olehnya. Bila dah sayang segalanya rasa indah. Hari ni dah hari khamis, selasa ni balik la dia. Hehe... dah tak lama, just wait and see. Bila dia kerja aku kat rumah macam biasa, ni malas lagi nak buat bisnes aku tu, tunggu la. Rasa nak rehat lagi. Badan tak hilang penat lagi balik dari Melaka haritu hehe....

Bila dah ready barulah leh mulakan balik. Itu untungnya bisnes sendiri. Kerja ikut suka hati. Yang penting rezeki Allah itu tetap ada. Kita usaha kita dapat. Just ingat yang tu je....

Siapa yang pernah berjauhan pasti akan rasa apa yg aku ceritakan. Tapi aku tak pastila sejauh mana perasaan kamu. Sebab itu masing2 punya perasaan. Sejauh mana sayang kamu kepada mereka2 tu. Tapi bagi aku aku selesa berceloteh kat sini. Sekurang kurangnya dia baca apa yang aku ceritakan, biasalah kat platform sana nk online 24jam memang tak boleh. Tapi bila dia dah habis kerja, sekurang2nya dia tahu apa yang tersayang dia rasa dan luahkan. Ini je cara kamibercinta, namanya jauh. Lain la kalau suami isteri yang duduk bersama. Kerjaya dia tak sama, sebab itu lah keistimewaan cinta kami... yang penting kena saling percaya dan memahami. Berkahwin ni bukanlah susah. Semua yang kita nak buat biar selesa dan kena dengan kehendak kita.

Wednesday, 21 November 2012

Seminggu sahaja.


Angin bertiup ayu malam ni kan?..
Rasa nk memblogkan diri jap mlm ni.
Maklumlah rasanya dah lama tak update blog! bukan apa, bila suami ada kat rumah mmg jarang a.k.a
takde masa sangat nk tarikan jari jemari kat sini... B.U.S Y..hihi ^.^

Malam sudah berlabuh, macam biasa rutin sebagai seorang isteri 
kpd seorang suami yang mencari rezeki jauh dari pandangan mata mmg macam ni.. 
Sesekali bila jauh kita akan lebih menghargai erti sebuah pertemuan.Mana tak ya nya, biasa kita selalu je
pandang pasangan kita, alik2 hari ni tgk tiada...
Mmg akanb terasa la kan ketiadaannya kan?...



Rasa rindu itu hadir bila perlu,
Perlu tika kita saling berjauhan,
Kutub utara & kutub selatan seakan berbicara,
Pertemuan untuk menjalinkan kasih sayang.
Pertemuan untuk mengukuhkan ikatan.
Jika jauh pasti ada rindu yang bertamu. 
Itulah hakikat yang biasa akan ditempuhi oleh semua
yang berjauhan.

Haish macam puitis lak aku malam ni..haha
Mybe ada darah A.Samad Said kot yang terpancut! hehe..



Dah 2 hari berjauhan dgn si dia. Biasalah bertugas utk mencari rezeki utk isteri kan..
(lagi2 isteri dia kuat makan) hehe...terpaksalah kena g kerja jauh2...
Tapi takpe, berjauhan itu menguji kesetiaan orang kata..
hihi...

Walaupun seminggu tidur tidak sebantal, 
tapi hati ini tetap sayang...Cewah! 
kalau abang baca mesti tergelak ni kan..hahaha..


Nasiblah sekarang ni, dunia dah maju. Teknologi mengatasi kemampuan yang terbatas.
Kalau hidup zaman P.Ramlee mmg parah la aku rasa.
takkan nk berhubung dgn jantung hati pakai ketuk2 botol kot. 
kat laut mana nak ada benda alah tu...
Tak kiralah, bertapa jauhnya kami tapi kemesraan tetap terjalin.
Terima kasih TM..haha...
(tiba-tiba)....




Pepatah Melayu sering menyebut, "alah bisa tegang biasa"
begitulah hakikatnya diriu sekarang. hehehe.
memang aku dah biasa hidup macam ni, kena berjauhan dengan suami demi keluarga kami jugak.

Tapi kesian jugak, sepatutnya hari selasa en.suami dah kena fly
sebab masalah-masalah teknikal pagi esok baru check in kat airport!
I will be waiting for you dear!
tak lama pun seminggu...hehe
Tak sabar lak nak tunggu saat berjumpa. 
Itulah indahnya sabar...

Mesti korang confius, apasal lak tiba2 keluar perkataan sabar kan?
  
Haaa, meh nak bagitahu....
Indahnya sabar sebab sanggup menunggu, sanggup bersabar melalui saat2 yang tak best.
Tak best?
Aah mmg tak best, biasa ada insan yang ada disisi, ulit tidur, suap mkn, 
tp bila dah tiada kena la buat sendiri kan..hahaha.
(celoteh je tu)
Bukan senang k nak hidup berdikari ni, tapi apa2 kita kena hadapi dan redha. 
Bila kita ikhlas, redha kita akan bahagia dengan kehidupan kita.
Kita akan rasa bersyukur dgn nikmat kemanisan rumahtangga yang
Allah anugerahkan. 
S M I L E......