Showing posts with label Cetusan Minda. Show all posts
Showing posts with label Cetusan Minda. Show all posts

Sunday, 7 July 2013

Belaian kasih sayangNya sering ku damba


Hati ini kadang- kadang alpa dengan urusan dunia.
Melihat ke langit ku berbicara, " Ya Allah, Adakah Kau melihatku dengan kasih sayang? "
Merasa diri kerdil seketika di pandangan Sang Pencipta.
Sejauh mana aku berjalan semuanya hanya dengan KebesaranMu
Sepantas mana aku berlari semuanya atas IzinMu.
Terkadang aku lupa,terkadang aku leka..,
Leka dengan nikmat yang Engkau anugerahkan
Namun, Kasih SayangMu sentiasa utuh dalam eratan pelukanku..

Memandang gunung yang menghijau aku bertanya sendiri,
" Ya Allah, Betulkah Engkau MengasihiKu kerana rasa cintaku kepadaMu?"
Hati tiba- tiba bergelodak sebak.
Ya Hayyu Ya Qayyum, 
Sesungguhnya aku hamba yang rindu kasih sayangMu..




Tuesday, 2 April 2013

Seorang Hamba

Saya tahu awak hargai saya, 
Saya tahu awak cintakan saya, 
Saya tahu awak sayangkan saya,

Sekuat manapun cinta kita tetap akan berpisah,
Kerana setiap yang hidup pasti akan merasai mati,
Saya nak kita sama2 beribadah,
Awak imamkan solat,
Awak menjadi guru bila saya baca Al-Quran,
Agar kita sama-sama kumpul saham untuk
Terus bersama di syurga Ilahi.
I love You till Jannah.

Hari berganti hari

Jika hari ini 1 hb,
Itu bermakna ia semakin dekat,
Awak dan saya baru berada dipermulaan,
Permulaan sebuah persahabatan,
Lalu muncullah 2hb,
Saat itu masa begitu pantas,
Dalam masa mengenali antara awak dan saya,
Hanya bantuan teknologi yang menghubungkan,
Keesokannya muncullah 3hb,
Perbualan semakin rancak,
Banyak benda yang ingin dikongsi,
Dan ianya adalah satu perasaan yang sangat selesa,
4hb sudah,
Setiap hari saya tunggu awak,
Tunggu dengan perasaan yang cukup indah, 
Mungkin itukah cinta?,
Persoalan hanya dipendam kerana masing-masing belum meluahkan,
Semakin pantas masa berlari,
Sudah masuk 5hb,
Macam biasa awak dengan pelajaran awak,
Dan saya dengan hal belajar saya,
Setiap pagi awak kejutkan utk ke kelas,
Sangat suka bila dengar suara itu,
6hb tiba-tiba menjengah,
Perasaan gembira berkenalan dengan awak semakin parah,
Parah apabila gembira menjadi rindu,
7hb awak bagitahu yg awak akan menjalani ujian praktikal,
Saya mengiakan kerana bagi saya itu biasa,
Tapi awak jelaskan yang kita akan terputus hubungan buat sementara,
Terpisah dek jarak dan teknologi,
Awak berpraktikal di pelantar minyak,
Hari ke-8
Rasa tak happy sebab esoknya awak akan pergi,
Tapi saya tak tunjukkan rasa itu,
Saya berlagak biasa, 
Sedangkan dalam hati hanya Dia yang tahu,
Hari ke 9
Awak bersiap-siap untuk ke sana,
Jika tiap hari awak temankan saya, 
2 minggu awak akan hilang,
Saya tak tahu nak cakap apa, 
Tapi sebelum awak pergi
Saya sempat lafazkan I will miss you...
Sampai sekarang saya ingat saat itu.
Kenangan awak dan saya,
Hari ke 10
Tiada sms dan tiada panggilan telefon,
Sangat tak best rasanya,
Tapi saya cuba sibukkan diri dengan assigment,
Sangat sibuk tapi dlm fikiran awak masih ada,
Hari ke 11,
Malam itu awak telefon,
Hati saya seakan-akan jatuh ke lantai,
Happy sangat2 dengar suara yg saya cam itu,
Saat itulah awak melafazkan untuk berkawan dgn lebih rapat,
Awak dan saya berkenalan hingga sekarang...
Awaklah suami tercinta saya sampai Syurga.

Saturday, 2 February 2013

Hati-hati meraih kasih

Kebahagiaan, Kegembiraan, Keindahan
ianya seakan indah untuk diutarakan
mampu mengubah persepsi untuk turut memiliki
bagi mereka- mereka yang masih dibelenggui  kesedihan,
kemurungan dan kelesuan mungkin mereka terkapai-kapai ingin meraihnya.

Di fikiran mereka mungkin
Indah jika mereka memiliki apa yang mereka inginkan,
Tapi tidak semua yang kita dambakan berhak menjadi hak milik kita
Kadang-kadang ianya bergantung kepada nasib
Bukan semuanya memiliki keindahan seperti yang kita sedang lakar

Tidak semua orang yang mengimpikan
 berhak mengecapi sebuah kebahagiaannya sendiri
ada yang sentiasa merintih untuk menjadi insan yang didamba oleh seseorang yang istimewa
ada yang mengharapkan sahabat 
ada yang mengharapkan kepada ibu bapa
ada yang mengharapkan kepada pasangan
ada yang mengharapkan masyarakat
Tapi untuk apa?
Adakan mereka kesunyian?
Adakan mereka ingin buktikan yang mereka bahagia
Adakan mereka ingin menonjolkan diri
atau mungkin memang perangainya sejak azali begitu?

Mereka mungkin tidak memiliki sesebuah kebahagaian barangkali..
Kadang-kadang aku terfikir sendiri bila berhadapan dengan manusia pelik
Tapi bagi aku kemahuan untuk memiliki itu betul
cumanya jangan terlalu taksub untuk meraih kasih sayang dari mereka yang bukan hak kita
Jika memiliki suami raihlah cinta dia
bukan membabi buta mencari sebuah kasih sayang yang tidak bertuan.
Tiada insan yang tidak pandai kecuali mereka sendiri yang mencari penyakit.



Nikmat sebuah kegembiraan


Bila aku melihat Engkau hati berbunga riang
Adakan itu perasaan yang normal bagi seorang yang bergelar insan
Hanya Aku dan Engkau yang dapat rungkaikan
Itulah indahnya sebuah perhubungan
Perhubungan yang dibina atas sebuah keserasian
Keserasian yang memupuk dua jiwa saling mendambakan

Aku hadir untuk lengkapkan kehidupan Engkau
Engkau tiba dengan membawa sejuta kebahagian
Saling kita berkasih sayang memupuk jasad yang masing-masing mendambakan

Engkau tercipta untuk membahagiakan
Aku terukir untuk Engkau dambakan
Itulah indahnya satu perasaan
Perasaan yang Pencipta anugerahkan
bagi melengkapi sebuah kehidupan

Kehidupan yang berpaksikan cinta seorang hamba
Cinta seorang suami yang tulus kepada isterinya
Hadirnya kesetiaan yang bisa terhenti saat ajal tiba
Kegembiraan yang hakiki bila bersama Engkau selamanya.



Bila terdetik rasa itu

Ternyata diriku sungguh istimewa buatmu,
Setiap tingkahmu mampu mengukirkan satu senyuman
 indah dalam jiwaku..
Biarpun ia nampak terlalu biasa namun 
setiap tingkahmu aku mampu memorikan dalam cebisan neutronku

Tiap kali usul yang kamu lontarkan
laju saraf-sarafku berjalan 
Bagaikan lompatan air terjun yang menjunam dari tempat yang tinggi

Hanya aku yang bisa mengerti setiap ungkapan
 yang Engkau lafazkan.
Hatiku sentiasa berdetik seperti jarum jam yang setia dengan saatnya
Minit dengan jamnya..
Selagi putaran alam tidak berhenti
selagi itulah mekarnya perasaan ini tetap 
ada bersemadi bersama jasad

Engkau yang teristimewa
Ada ketika aku perlu dan sentiasa berusaha untuk mendampingi
bila terpaksa berjauhan
Namun, itulah yang mengajar erti sebuah kerinduan
dalam dua jasad insan yang saling memerlukan.




Monday, 31 December 2012

Right one is enough


Ada cinta yang agung antara hamba dan Tuhannya.
Ada cinta yang kudus antara seorang ibu dengan anaknya.
Ada cinta yang setia.
Ada cinta kasih antara teruna dan dara.
Ada cinta persaudaraan yang tiada bandingan utuhnya.
Ada cinta sesama makhluk yang begitu tulus dan mulia.

Cinta hampir dikatakan tidak memilih usia.
Cinta tidak pernah mengenal erti sebuah darjat.
Cinta tidak pernah memilih rona bangsa.
Tiada catatan miskin atau kaya dalam kamus cinta

Sunday, 22 April 2012

Jalan ku untuk menuju Syurga adalah dengan bantuanmu , Wahai Suamiku.


1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......

Saturday, 14 April 2012

taburkan Segenggam Salji pada Secubit Api, cinta akan semarak kembali.

kadang-kadang isteri mengamuk
Dengan ombak prasangka dan lautan cemburu
Pa bukti setiamu suami?
Atau apakah kau sedang berkira-kira
hendak "mendua','mentiga' dan'mengempatkanku'?
Kadang-kadang aku disergah suami
ketika keringat masih membasah
baru melangkah masuk ke pintu
ketika itu bermuhasabahlah diri
Mungkinkah suami berdosa dengan tuhan
atau bersalah dengan insan
Mungkin banyak penganiayaan dan kezaliman

suami,
hadirkanlah diri ke cermin hati
kaji diriMu satu persatu
kalau liar...berhentilah
kalau berdosa bertaubatlah
sebaliknya jika ternyata isteri yang meluluNasihatlah suamimu baik-baik
usaplah ubun-ubunnya
ciumlah dahinya
Ingatlah mustika kata dalam kitab lama-lama
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
akan mendapat balasan pahala Nabi Ayyub

Atau ingatlah pesan Ummar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri,
" Bersabarlah,kerana sesungguhnya isteri telah banyak membantu kita
Dia yang menyelamatkan kita
dari amukan nafsu
dia yang menjaga anak-anak kita
dia yang membantu menjaga kita
dia yang membantu bersihkan rumah kita,
lalu apakah salahnya kita bersabar dgn kerenah mereka?'



Friday, 13 April 2012

Between to loves

Apa yang ada jarang disyukuri
apa yang tiada sering dirisaukan
nikmat yang dikecap bila hilang baru tersedar
Apa yang diburu hanyalah impian yang mampu membangkitkan jemu
Andaikata yang diimpi mampu digenggam
ohhh!!! dunia
Ibarat air di lautan,diminum hanya menambah haus
ohhhh!! nafsu
Bagaikan fartamogana di padang pasir
Panas membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagaikan bayang-bayang bagi manusia yang tidak kenal
erti sebuah KESYUKURAN
Dilihatnya ada ditangkapnya hilang



Cerna Minda dalam bingkai kehidupan

mengharungi samudera kehidupan
kita ibarat pengembara
hidup ini adalah perjuangan
tiada masa untuk berpangku tangan
setiap titis peluh dan darah
tidak ada sinar ditelan masa
segores luka dijalan Allah
kan menjadi saksi sebuah pengorbanan
Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Jihad adalah jalan juang kami
 Mati di jalan Allah adalah cita-cita tertinggi kami.