Showing posts with label Atlas Journey. Show all posts
Showing posts with label Atlas Journey. Show all posts

Sunday, 31 May 2015

Menulis Itu Satu Cara Untuk Ekspresi

Assalamualaikum... Selamat petang Semua!
31 May 2015 Mencatat Sejarah Lagi...

Sejarah Dan Pasrah.
Sedih Dan Hiba. Itulah Rasanya.
Malas Nak Fikir Keadaan Sekeliling.
Malas Nak Fikir Apa Orang Kata.
Malas Nak Layan Semuanya.

Aku Nak Cari Ketenangan Aku.
Maafkan Aku Andai Perbuatanku Mendatangkan Kesusahan.
Aku Hanya Aku,
Aku Wujud Untuk Mencari Kedamaian Diriku.
Masa Aku Untuk Hadapi Masalah Aku.
Siapa Kamu Untuk Mempersoalkan Hak Aku.

Sabar Ada Tahapnya.
Sabar Tak pernah berpenghujung.
Namun sesekali aku longlai layu jatuh.
Aku manusia biasa yang biasa terseliuh dan terjatuh.
Fahami Pribasi Aku.
Itu Sahaja Yang Aku Nak!

Monday, 24 February 2014

Perkembangan Diet


Arrgggh! dulu memang bunyi macam tu bila tak boleh mkn yang sedap2.
now, alhamdulillah. Dah boleh berlapang dan lega soal mkn masa diet terutamanya.
Dah berapa minggu tak makan nasi, dah berjaya!.
berjaya bab pantang nasi la, yela kalau dulu wajib ada nasi.
Pergi mana-mana pun tetap akan cari nasi, biasalah perut melayu.
Tapi bukan sebab nasi 100% sebenarnya, cuma bagi saya bila ada nasi selera makan akan berganda 
sampai berlipat-lipat kali.
heeeee oleh sebab tu nak tak nak, paksa ke rela 
kena stop pengambilan nasi dan hanya makan lauk.

Alhamdulillah, kalau ada antara silent reader sy yang nak diet, anda boleh cuba 
alihkan pandangan mata & selera dari nasi. Selebihnya gantikan dengan protein.

Sekarang, ramai yang mencari alternatif untuk diet.
Dah, saya nak syorkan cara diet athkin. Memang berbaloi, tak membantutkan selera makan.
cuma diet kita lebih sedap. High protein tu...
Okey, jap eh. Nak siap2 turun breakfast. 
ngeeeee ;)

Tuesday, 15 January 2013

Cepatlah pulih

Heeee serious terpaksa a.k.a terdesak. Kena terima hakikatlah yg en.suami tersayang awk jauh. So untuk jangka masa 2 minggu segalanya perlu dibuat by your own ngeh3.
En.Myvi ni tak sihat mcmane ntah, bila start n nk tukar gear dia mcm nak melompat ngeh3
ai tak kan nak bertukar jadi kuda kot. Sian la tuan kamu kalau nk jadi kuda. Tapi kalau ada kuasa kuda cam ferarri tu okey la kot.
Heeee serius x best, sini semuanya org laki aku sorang je gegurl. Awakkkkkkk!!
Balik la cepat,teman saya ngeh3. ~~~ tik tok tik tok 6 hari lagi.

Wednesday, 2 January 2013

let's start


Senyuman itu anugerah.
Bila aku melihat kau tersenyum,hatiku lebih hebat getaran girangnya.
Hati sentiasa mahu melakukan yang terbaik untuk dipamerkan kepada kau yang teristimewa.
Itulah indahnya bila kita telah berkongsi hidup. Segalanya perlu berada dalam keadaan 'saling'.

Saling memahami, saling memerlukan...Saling memberi, saling menerima...
dan yang paling penting saling menghargai dan saling menghormati.
Haaaa nampak kan berapa banyak saling dah yang aku bagi...
Memang hidup berdua ni perlukan tahap keserasian yg tinggi.
Barulah senyuman akan terukir abadi gitu! hehe.

Pagi ni cuaca still mendung dan titisan air cinta tak selebat kelmarin.
Biasalah namanya musim tengkujuh kan?
3 Januari 2013...
Apakah yang anda inginkan?

Cewah! bukan main skema lagi ayatnya kan, sebenarnya tak perlu nak tunggu awal tahun pun kalau 
nak buat perubahan. Bila2 masa je kita boleh mulakan. Tapi dah terdidik macam tu agaknya jiwa2 manusia ni. hehehe (termasuk aku sekali ke?) @#!$%^&
Haa tahun ni aku tak nak capai azam apa2 sangat. Kalau buat azam berjela-jela panjangnya pun
kalau tak laksanakan basi jugak jadinya. Cuma tahun 2013 ni bagi aku tahun untuk bisnes.
Haaa dah habis dah tahun untuk bersuka-ria, tahun untuk kesana kesini...
(mak aiii ayat macam nak tinggalkan dunia travelling je) kah kah kah....

Tak travel tetap travel.
Motifnya, bisnes bakery tahun ni mesti jalan. Memandangkan skrg ad kat umah mertua 
takleh nk start lagi la. Kebetulan semalam aku keluar g KB dgn encik tersayang,
macam2 peralatan dan aku beli. Memang ahad ni aku plan nak mulakan, tapi tak taulah...
Sempena berganjaknya usia aku masuk angka 25 tahun,
Hari sabtu genap usia aku 25 tahun pada tarikh 5 Januari 2013.

Yes! I like no 5 disitu. Semua yang indah2 ada pada no 5.
Wedding aku pun tarikh cantik sbb aku suka 5.
25.5.2012
InsyaAllah nak jana pendapatan 5 angka. Ameen.




Hanya Dia


Hidup adalah satu perjalanan. Ianya penuh dengan liku untuk menuju destinasi abadi.
Alhamdulillah hari ini hari kedua dalam perkiraan tahun masihi.
Namun pelaksanaan untuk angka baru perlu diisi sempurna.

2 Januari 2012
Tarikh itu merupakan tarikh penuh nostalgia untuk aku.
Segala apa yang terbuku telahaku rungkaikan demi setebal lipatan
secara satu persatu. Aku alihkan satu lipatan demi satu lipatan untuk menggambarkan 
perasaan yang ada didalam seketul daging ini. Aku tahu impian aku akan aku godek sampai aku puas hati. Aku tak kisah tentang anasir-anasir yg datang.

Tipu kalau aku kata aku tak tersinggung. Aku badan sebesar badang tapi berhati tisu. 
Jiwa ku, naluri ku dan perasaanku tetap ada sebab aku hanyalah manusia biasa.

'tidakkah kamu mengerti tentang hal itu?'........
Perasaan geram aku tetap menyala dan membakar.  Tika ini aku rindukan arwah ayah!
Walid k.long rindu, ummi k.long nak balik. Tapi siapalah aku untuk dapatkan apa yg aku nak sekarang ni. Takpe aku akan butakan mata dan pekakkan telinga.
(ingat je walid mutira jernih akan gugur)

Ya Allah Engkau tempatkan lah insan yang aku sayang di Jannahmu.
Aku terlalu rindu dia Ya Allah.

Aku sayang dia, tapi aku pasrah Engkau lebih sayangkan dia.
Aku redha tentang semua itu. Tapi sesekali bila ingatanku melayang
aku akan terkenangkan dia.
Semoga Allah cucurkan rahmat kpd dia

Wednesday, 7 November 2012

Friend's Wedding Aimi + Abu


Congratulations!

Minggu lepas dapat raikan pengantin baru.
Sahabat yang sama2 menuntut kat UiTM Shah Alam dulu.
Aimi & Abu


Cinta mereka bermula masa kat alam kampus la. Dua2 kawan kita, kitorang sama
fakulti tapi berbeza cos hihi. Ape2 pun tahniah!
Sesat tapi bermanafaat! bayangkanlah hari wedding diorang ni, 
dayah dgn hubby dari Subang Jaya 
naik KL dulu. Dari KL nk g umah pengantin, punyalah susah! haha :p
tak pasal2 kenyang mkn langsat time tuh! hoho >.<



Sweet candy is like our sweet memory okey.
Suka sgt idea garden wedding korang! HEHE...


Dari tghari kami Suami + isteri bertolak, dlm pukul 3 lbh baru blh tgk pengantin.
Bayangkanlah, sbelum sampai mmg 4 5 orang kawan kami call suh bagi direction (GPS la katakan) haha.
Nasib baik suami kita sabar, tapi muka dia tak blh nak senyum kan?...hahaha
muka letih sbb drive kot.
Btw I love you! hehe


Tapi, apa pun syukur sbb dpt REUNION dgn geng UITM balik slps bbrp tahun x jumpa.
Happy & enjoy sangat2.
Walaupun tak sempat nak jumpa semua,tapi sekurang2nya dpt
juga lepaskan rindu dkt geng2 ni.


Cuba tgk deco cake ni...
Pandai diorang buat, designer mmg patut designkn sendiri la wedding cake.

 Aimi & Abu hensem bergaya dgn menu diorang!Hahaha, dah mcm nk buka restoran dah haaa...
Semoga ikatan suami isteri yang terbina, kekal hingga ke syurga!

Nanti tiap2 kaliu anniversary g la panjat bukit tonggek kat depan fakulti tu eh?
haha...bukit tu mmg banyak kenangan yang terindah!
''Friends Forever".

  Yang paling best dpt jumpa & peluk my bestfriend ni.
inilah sahabat sejati kita dr sem1 lagi... Keep in touch!
Kalau ikutkan hati mmg tak habis nak bcakap, banyak benda nak sharing!
Tapi takpe nanti kita jumpa lagi ;)


Semalam, Hari ini, Esok

Indahnya kelopak mawar menghiasi taman,
Nyaman dipandang si teruna dan dara,
Selamat Pagi teman2ku sekalian,
tiba masa kita bersua.


Haiii!!!!!
Hope semua sihat dan bahagia 
bersama suami tersayang!

           Biasalah pagi ni terjaga dlm pelukan mesra seorang suami. Tadi me buka fb then tgk ada status rintihan seorang isteri yg suaminya sama kerjaya dgn hubby 
kita. Sebenarnya bukan senang nak handle rumahtangga seorang diri tanpa suami,dgn kerjaya sendiri lagi, anak2 lagi mmg memerlukan kekuatan "ironwomen" hehe.....


Bila tgk status dia tadi me mmg blh faham dan rasa perasaan dia. Bersyukur sgt2 sbb 
tak perlu nak strees mcm isteri yang berkerjaya.
\Bukannya me tak nk berkerjaya mcm org lain tapi sejak dr
sekolah menengah lagi dah target utk buat perniagaan sendiri. Alasannya hanya satu hehehe..
Sure klau sy ckp isteri2 kat luar sana pun bersetuju. 

Sebabnya sy tak nak berhadapan dgn strees! 
Iyalah klau kita berkerja sendiri dr segi management kita yang tentukan. 
Tak payah nk bersusah payah tadah telinga nak dgr 
arahan dari bos, (yg tu mmg paling pantang sbb sy x suka diarah sbnrnya hihihi)

Lagi yang paling2 tak sedap bila kes cuti.
Haaaaa, faham jelah klau cuti ni,takkan hari minggu 2 hari je nak jaga family, 
ishk! iskh! mmg saya tak setuju. Lau blh hari2 uruskan urusan keluarga itu yang best. 
Hidup ni bukan semata2
nak BERKERJA! hehe.... keluarga yang paling utama. Uruskan kepoerluan suami dan anak2.

Sbb tulah kita bersyukur sgt2 sbb en.hubby tersayang pun lebih suka kita berbisnes sendiri.
Masa + komitmen lebih berfaedah. Bila hubby balik blh ikut dia 
jalan2 hehe... Biasalah, hidup semua ada cabaran,
kalau takde cabaran bukan hidup namanya ;)

Wednesday, 17 October 2012

Do what you want to do. It's enought!

Salam & Hye everyone!,
Hope my friends happy lah dengan life sekarang. Manusia mana yang happy 24 jam kan,sangat mustahil jika ada manusia yang mampu happy memanjang tanpa ada emosi lain macam geram ke, bosan ke dengan situasi   yang dialami, cemburu ke, marah ke, rindu ke, sedih ke... kan kan :p * hope kawan2 semua mampu jalani hari dengan penuh rasa syukur dan bangga sbb masih hidup dalam nikmat IMAN dan ISLAM. Dayah hari ni biasa2 je, maklumlah hidup takde stress sangat sbb dayah banyak free je skrg, maklumlah bisnes bakery skrg tak berapa nak rajin lagi! Ahaksss, suka2 hati je kan?... tapi betul mmg perangai dayah mcm ni. Selagi takde mood or perasaan nk buat benda tu mmg tak kan buat!. Kalau buat pun mmg hasil dia lingkup!...haha. Buat masa sekarang rehat dulu. InsyaAllah ahad ni mula sibuk.



Tadi ada costumer datang, tengah best2 duk layan tv tiba2 muncul!. Tulah namanya rezeki,kita takj perlu bimbang pasal rezeki ni sbb Allah tu Maha Pemurah lagi Maha penyayang..tup tup tanpa kita sedar itu adalah rezeki. Heeee ;p. Costumer dayah ni seorang cikgu, comel lagi hehe... Dayah just panggil dia Cik Mah, ada tempahan untuk sekolah dia. Ahak! Pizza is coming... ekekeke! Panjang pulak berceloteh malam ni,maybe hati senang kot!... Kita nak hati senang ni bukan susah, just buat apa yang kita suka sure happy. Lepas costumer balik tadi around pukul ^p.m dayah ber'gardening'. Yehaaaa! This is my interesting hobby. Dayah mmg minat kat tumbuhan ni. Layankan je, skrg ada projek nak buat taman kat depan rumah. Ada lanskap takdelah bosan sangat pandangan mata kan?... heee. Lagipun, dalam Islam bertani itu adalah satu Ibadah! :p I love this kind of things.... :)

Thursday, 19 July 2012

Andai Cinta Hadir, Akulah yang paling bahagia...

Sayang, hidup ini indah bila disisi abang. Segalanya hanya untuk abang, cinta ini mmg indah bila kita sentiasa mengayamkan belitan kasih sayang dalam setiap detik dan saat. Indah bila bergelar seorang isteri. Bahagia menjadi seorang isteri kpd suami yang sangat murah dengan kasih sayang. Alhamdulillah jodoh ini panjang dan sentiasa dipelihara olehNya. Ameen.

Hari ini pagi2 kita dah keluar balik Pasir Putih,...Temankan atok abang pergi hospital. Masa kat hospital sempat lagi bergurau, setiap masa ada gurauan. Disitulah lahirnya rasa kasih kpd pasangan ;))

Selamat Malam Semua, Masa untuk Berkasih - sayang ;p Cinta adalah fitrah yang Allah lemparkan dlm diri ummat manusia. Apakah makna cinta dlm diri manusia?... Itu adalah bagaimana cara kita berinteraksi, berhubungan, berkasing- sayang hanya kerana Allah. Cinta Halal ketika Cinta bertasbih. Semoga Allah limpahkan kasih sayang kpd suamiku, En. Ahmad Faisal Muhamad, Isterimu amat mencintaimu dagn sepenuh hati. Terima Kasih sayang untuk cinta ini. :))

Saturday, 7 July 2012

Malam Sudah Melabuhkan Tirainya

Rindu kat abang la, sekarang dah nk pukul 2 pagi dah tapi mata takleh lelap. Tadi tunggu jugak hubby call tapi mcm lewat, biasa dlm pukul 8 lbh2 tu dah mmg dapat dengar suara dia dah. Malam ni macam lewat lak, mungkin sibuk kata hatiku. Tapi semua kerja takleh buat sampai 2 3 saat adik aku call suh turun buatkan roti...( sebelum tu aku dah tersengeh ingatkan hubby call)...lps tu aku turun la bawah sbb dapur umah aku kat bawah bkn kat atas. huh...

Then adik aku ambik2 barang nak buat kerja masak-memasak. Sedangkan kakak dia langsung takde mood nk buat. Tapi demi kasihkan adik aku buat la kan, kan menangis budakkecik tu aku lak yang kena kan?....hehehhe. Jam masa tu dah kul 10.30 haisshh aku dah tertanya2 knp la hubby aku ni tak call lagi.

So aku ambik hanset terus je laju aku update status FB. Buat masa ni FB je penghubung kami bila hubby kerja. I miss you so much. Tak sampai 5 min fon berdering! Yehaaaaa, hati aku melonjak riang. Mana tak suka jantung hati penawar cinta kalbuku call. abang ngadu penat takpe balik ni ayang urutkan suami ayang ni eh... I miss you sayang, skrg mesti abang tgh stand by kan, mlm ni pun hubby kerja. Pagi esok baru blh tido... Take a good care sayang... :))

Wednesday, 20 June 2012

Zoo Melaka here we are!

Jalan2 memang kerja kami! ;p Ni masa pak cu syg & mak cu cuti semata2 nak bawa kitorang jalan2. Lenguh habis satu badan. Jauh kot ;p mentang2 la kita suka binatang habis satu zoo duk pusing hehe,,, ni lah yang dikatakan happy family, rindulah kat korang! Nanti kita g jalan2 lagi okey. Macam biasa bila tengok haiwan2 kat sini nak cakap tak terhibur tu terhibur jgk, sweet couple kat bawah ni lagi cun. kerjanya duk berkepit je. pengantin baru jugak kot. ;p
 Haiwan pun tahu nikmat berkasih sayang, hari2 duk berdua mmg cun la kan. Kita ni manusia pun kadang2 ada yang hilang sifat berkasih sayang, mana silapnya saya tak tahu, yang sy tahu saya syg hubby saya.
ni bukti yang kitorang penat berjalan. Mmg boleh tahan la agak penat! balik rumah semua tidur awal sbb seharian keluar berjalan, lepas satu tmpt satu tempat nasib baik aku ni jenis kuat berjalan ang i love travel. 

Friday, 11 May 2012

Timang-timang dua pupu, ambik berkat

Comelkan uwais ni. Memang best je pegang baby. Nak order baby lah !
Kalaulah sesenag tu mmg semua orang dah ada ramai baby. Uwais ni baru 2 bulan, asyik nak tidur je. tapi geram gila tengok pipi bambam dia. nak cuim2 je rasa. betullah kata orangbaby ni dia takde kerja lain selain tido. heaven la sangattttttt!.....

Buah hatiku Boboy & Gegurl

 aksi sugar glaider yang makin hari makin mencuit hati. Ada binatang ni hati mmg suka, nak dijadikan cerita masa dayah belajar kat Uitm Shah Alam, ada la roomate yang bela binatang ni secara haram kat kolej. hehe.
Ainna ni mmg suka binatang2 cam ni,dari situlah pasang impian nk bela juga. binatang ni sangat2 manja tau!
 dia juga suka mkn mknan yang pelik2. Dayah mmg suka masak, ni dayah buat pisang ala2 sedap gitu. combine dgn coco crunch susu hehe. Sebenarnya ni sarapan dayah sbb dia bau pisang yang manis tu dia main bedal je mknan tuan dia. hahahha. Tapi kitorang kongsi je sbb tak kisah pun. ;D
 kalau dia mkn telur mmg mcm ni la gayanya. Siap berebut laki bini ni tau. lapar kot! hahahha
Boboy dayah bagi mkn jarang2 je telur, biasanya banyak kpd buah lah kan, buah apple besar tu mmg fav dia selain anggur,jambu batu,ciku. hehe macam manusia dah. Hari tu dayah mkn goreng pisang! huh habis dibedalnya tau!....
 Ni lah tempat tidur saya. Papa saya yang belikan kata boboy. gegurl kat sebelah sana. Gegurl sejak preggy ni asyik nak tidur je tau! kesian boboy main sorang2.....Sayang boboy n gegurl. Tak sabar nak main dgn anak korang, nenek duk tunggu cucu ni hahahahha ;D

Saturday, 5 May 2012

Tetap Cinta Ketika Berbeza

Tiada yang lebih bermakna bagi pasangan yang mersa dan ceria kecuali hubungan yang dilimpahi kasih sayang yang mesra. Alhamdulillah Allah anugerahkan aku insan yang paling bagus. Aku sayang dia sangat-sangat Ya Allah. Terima kasih atas anugerahMu ini. Hari berganti hari, segalanya cepat berlalu. Tanpa aku sedar hanya 19 hari lagi aku akan bergelar PUAN HIDAYAH. Ohhhhh! masih tak percaya okeeey!.......

Namun siapalah aku yang tak mahu menerima hakikat kan?....dalam hati mestilah gembira sbb akan HALAL hubungan kami. Halal dan barakah itu yang kami mahukan, mmg usia 24 tahun sesetengah orang anggap itu usia yang muda, tapi bagi aku itu terpulang pada rezeki. Aku memang perlukan kasih -sayang insan yang bergelar suami.

Lagipun aku memang ada plan yang terbaik untuk hidup aku. harap Allah kabulkan doaku malam2. Aku cinta dia, aku sayang dia, aku rindu dia. I LOVE U Abang!..... ;p

Love in Paris.


Masa semakin hampir, impian dah nak jadi kenyataan. Sebelum tu mmg dah lama tak update blog.huhu..
lappy rosak la, skrin pecah gara-gara bgaduh! hahahaha...
habis aku lempar lappy sayang, sorry!... 

Dah tak lama aku nak naik pelamin lol..badan cam badak air lagi ni. haisshhh!..
Kesian dekat future hubby badak bang! hahahhaahha....
bukan apa asyik mkn je tahu kan gini la jadinya, so korang jgn masak sedap-sedap nanti susah nk control selera makan. susah la kan?.....
Tapi memang bila dah makan, mmg tak ingat dunia. tapi tadi dah start jogging. maintain dah sikit. lallala.
nak g honeymoon sini boleh tak?.....
ehem2...nak gi sini...lallalala.

Wednesday, 2 May 2012

Bumi tetap berputar dipaksinya dengan aturan Ya Khalid

Segalanya bagaikan cepat berlaku, tanpa aku sedar segalanya dah melewati masa. Aku yang banyak dosa, lagi banyak yang mampu dan harus aku lakukan. Tanpa rahmat dan pertolongannya tidak bisa aku mampu bernafas di bumi indah ini. Namun bagi aku segalanya mmg sudah fitrah, ketentuanNya tidak mampu dilangkau. Kun fa yakun, jika benar ia bakal terjadi insyaAllah tanpa diduga ianya tetap berlaku. Siapa aku untuk halang segala aturannya.

      Semalam sudah cukup bagi aku untuk berfikir dan hadapi hari mendatang dgn hidayah Allah, aku mahu laksanakan tanggungjawabku dengan sempurna. Niat semua manusia mahukan yang terbaik, mahukan perubahan dalam hidup untuk menjadi insan yang kamil lagi intelektual. Jika Allah berkehendakkan semuanya mampu terjadi walau sesaat. Jemputlah aku sebagai tetamu istimewaMu ya Allah, jemputlah aku datang ke rumahMu, Aku rindukan syafaat Rasulku... Aku Rindu BITILLAH....

     Semalam nyawaku nyaris terangkat ke langit, aku pulang dari Kerteh. Mata sangat2 mengantuk. aku mmg rehat dan tidur 'nap' sekejap dibahu jalan. mungkin 3 4 kali bhenti tidak cukup bagi badanku rehat. Allah maha kaya, Mungkin aku tak mampu bertaubat or bernafas jika aku bertembung dengan wish smlam dgn kelajuan wish mybe 110km/j maybe. aku mengagak.Itulah kuasa tuhan, tanpa pertolongan perlindungan siapalah aku.

     Ya Allah, aku hambamu yang hina, aku hambamu yang daif, aku hambamu yang sangat lemah. Bantulah aku pimpinlah aku untuk menjadi insan yang taat kepada perintahmu, insan yang rajin menunaikan syariatmu.
Aku mahu menjaga kewajipanku sebagai muslim yang taat melaksanakan solat, berpuasa, menunaikan zakat, menunaikan haji Ya Allah, Engkau cantikkan keperibadianku secantik namaku.

       Aku mampu untuk melakukan segalanya hanya dengan izin Allah. Jika hari ini aku bahagia dengan kesenangan yang engkau Anugerahkan aku bersyukur. Hanya padaMu yang selayaknya. Aku bersyukur dengan anugerah kekayaan jiwa dan harta yang engkau limpahkan.

       Jika diibaratkan pokok, ia mempunyai daun yang lebat. maka begitulah juga syukurku padaMu.
sekarang aku semakin kuat dan gagah meniti hari yang mendatang, sakit yang engkau anugerahkankpdku membuatkan aku matang, segalanya adalah bukti kekuasaanMu. Aku mampu meniti hari-hari yang paling membahagiakan bersama insan yang tersayang.

                                             THANK YOU ALLAH, I LOVE YOU....

Thursday, 26 April 2012

Suburnya nikmat kesyukuranku Atas kurniaanNya.

Bagaikan bermimpi dialam mimpi, segala impian akan terlaksana. Memang hobi saya 'travel' and yang paling penting kalau nak travel mestilah ada wang yang cukup, tempat menginap yang selesa dan yang penting insan pendamping yang menemani. Of course la keluargakan, husband, ummi adik kan....hehe.

Memang belum ada pengalaman g oversea, tapi Alhamdulillah tahun ni segalanya akan termakbul. Dah lama sebenarnya kita nak g jalan-jalan luar negara, bukan apa view dia mmg cantik. Lau kat Beijing yang paling suka sbb nak jalan dekat tembok china je. Sure lah sambil-sambil exersice kan, tapi rasa nak g musim salji je, lau bulan 6 ni comfirm musim panas, lau musim sejuk bulan mac kot....

Tahun depan dah target nak g Gold Cost Australia. Biarlah g China musim panas pun, salji banyak lagi kat Muka bumi Allah ni. Tujuan share ni bukan nak bangga diri ok but just untuk sharing, lau kata orang jauh perjalanan luas pemandangan terjana idea kan?....hehehe

Sure ramai couple-couple yang baru kawin macam kami nak g honey moon and interested to bring your sweet heart gi jalan-jalan kan?....korang boleh je nak minta dayah tolong sbb group ni ada 10 orang and we are the first booked for this, 4 hari 3 malam okey. harga tak perlu banyak kalau nak tahu sila PM kat facebook. ;p

Tuesday, 17 April 2012

Bukan sekadar Nasi Ayam Linda Onn yang mampu mengumpulkan aura selera makan ku.

 Beselerakan!???
 Dayah mmg minat mee ni kalau g The Chicken Rice shop, bak kata iklan produk Linda Onn ni macam kita selalu dgar dekat iklan dlm radio ERA tu ' bukan sekadar nasi ayam....' ngeeee 
Mmg mampu membuka selera bila mkn mee dia dengan sup, sangat sedap!

Sebenarnya, soal mkn ni kita layankan je tapi mmg fav la kedai ni, hehe.
Ayam yang nampak huitam tu ayam madu, tapi cara masakan dia mmg unik la wa cakap lu. mampu menarik rasa ghairah utk makan...hahahahhaha.
Ayam yang putih tu ayam stim, kawan buah hati dgn buah hati je makan nasi kita n makan mee demi diet yang berkesan. hahahah.
setakat ni dah 18 hari tak makan nasi,hahhaha....
Tapikan, badan ni nak kata dah kecil takde la sangat sbb badan dayah mmg kasar n besar sbb tu kalau turun 
2 3 kg tu takde nampak kesan sangat.
Tips untuk turunkan berat badan la tak nk mkn SEMCELL macam dayah bileh je minum air.

Kawan dayah ada share tips untuk diet, badan kita n lau tak silap 10 kg 1 liter air, so gandakanlah 
dengan berat badan kamu,kamu dan kamu dengan air tu...
So, dia blh flushing habissss...
lalalallalal... stay healty korang...;p

Friday, 13 April 2012

Masihkan Kau Ingat

The images shows everything, detik pertemuanku bermula hanya dengan sekeping photo dan inilah gambarnya. Siapa tahu jodoh itu datang tanpa diundang,jodoh itu hadir dgn aturan Ilahi. Picture ni umur dayah 21 tahun, muka pun budak2 lagi heee. tapi masa ni nampak macam kurus sikit la dari sekarang...hahahhaa

Detik pertemuan Cinta Sejati kami, hanya kerana dari mata turun kehati, Si dia suka melihatku memakai cermin mata. lalalalala, aku mmg dari form 2 lagi bermata empat. ntah bagaimana aku ni mmg suka surfing internet dan aku mmg suka layan imesh download-download lagu then adalah jejaka bertegur sapa....

just because this images buat aku bahagia sampai sekarang.
the power of images hahahahahah

An essay for my lovely 'me'

Tajuk posted ni dayah memang tujukan untuk diri sendiri. Tangan laju je duk tekan butang keyboard petang ni. Suasana sunyi je sebab semua orang gerak g KB. Dayah mmg malas nak ikut,badan letih lagi.(padahal tak buat kerja berat pun). Maybe letih berfikir agaknya.

   Minat untuk blogging ni terjana bila dayah guna produk semcell haha...rasa nak cari kelainan la,lagipun boleh sharing segalanya. Yang nak baca dialukan dan yang tak nak tak payah. 'as simple as that'. tak perlu semak -semak duk fikir.hahahaha.

   Manusia ni sunyi lau takde teman, nasib baik dunia sekarang canggih ada jugak robot petak besar gedabak ni boleh buat kawan..... hahahaha.
'salam perkenalan semua,introduce you blogger baru'...lalallalaala ;p

pesanan penaja, ni gambar muda setahun setengah.jangan terpedaya dengan dakyah teknologi okey!