Friday 22 June 2012

Bahagia Bila Bersama

Hai..Hai..Hai, good morning everyone!..
Hari ni dah sabtu kan, cepat je masa berlalu..pejam celik dah nak dekat dgn tarikh 26hb dah. Haishh hubby dah nak kena g kerja dah and sy pun kena kerja jugak... Dah lama tak berbisnes ni. Bakery dah berhabuk dah, time hubby ada kita tak leh kerja sbb masa bersama tu penting. Bila hubby dah kerja baru semangat nak buat kerja hehe...

Puasa pun dah tak lama kalau tak silap hari ni dah tinggal 28 hari lagi nak masuk ramadhan. Hai tahun ni blh bayang je mesti meriah sambut ramadhan. Dulu sambut dgn ummi dan adik2 je tapi sekarang dengan suami tersayang. Siap mak sedara kita cakap lagi, hah tahun ni blh la rasa macamana nk kena kejut hubby siapkan sahur. Tapi takpe kita happy je sbb hubby kita comfirm akan tolong sbb dia mmg suka masak. I Love you sayang ;p

Memang kitorang suka masak dan suka makan hehe, tapi puasa ni ingat nak maintai nkan berat badan. Sekarang pun dah rasa sakit2 kat kaki sbb kena tampung berat yang berlebihan. hihi takpe boleh je diet. kita tengok la nanti macamana yer...hehehehe.

Thursday 21 June 2012

A lovely Evening!

Alhamdulillah hari ni genap 19 hari perkahwinan kami. Segalanya tersusun rapi dan sangat2 bahagia memiliki seorang suami yang penyayang. Hurrm kalau ingatkan kembali saat aku sakit dahulu mustahil untuk aku berkahwin dan menikmati kebahagiaan pinjaman Allah ini. Aku ingat lagi aku menjauhkan diri dari hubby sebaba aku tak mampu untuk mguruskan diri sendiri apatah lagi dirinya. Namun jodoh kami kuat, Allah permudahkan segalanya. Allah bagi kesembuhan padaku. Alhamdulillah.

Abang tidak pernah sedetik mengabaikanku, dia sentiasa ada disisi memberi semangat dan kekuatan untuk aku lawan penyakit sbb dia tahu dan dia tak nak kehilangan aku. Wanita mana yang tidak hiba dan bergetar hati mendengar luahan dari seorang lelaki yang dicintai. Aku bersyukur kini aku bahagia disampingnya. Thank you Allah.

Wednesday 20 June 2012

Zoo Melaka here we are!

Jalan2 memang kerja kami! ;p Ni masa pak cu syg & mak cu cuti semata2 nak bawa kitorang jalan2. Lenguh habis satu badan. Jauh kot ;p mentang2 la kita suka binatang habis satu zoo duk pusing hehe,,, ni lah yang dikatakan happy family, rindulah kat korang! Nanti kita g jalan2 lagi okey. Macam biasa bila tengok haiwan2 kat sini nak cakap tak terhibur tu terhibur jgk, sweet couple kat bawah ni lagi cun. kerjanya duk berkepit je. pengantin baru jugak kot. ;p
 Haiwan pun tahu nikmat berkasih sayang, hari2 duk berdua mmg cun la kan. Kita ni manusia pun kadang2 ada yang hilang sifat berkasih sayang, mana silapnya saya tak tahu, yang sy tahu saya syg hubby saya.
ni bukti yang kitorang penat berjalan. Mmg boleh tahan la agak penat! balik rumah semua tidur awal sbb seharian keluar berjalan, lepas satu tmpt satu tempat nasib baik aku ni jenis kuat berjalan ang i love travel. 

Tuesday 19 June 2012

Kisah Dua Hati

Mungkin kamu semua sudah memiliki pasangan sendiri. Pasangan adalah insan yang sentiasa berdampingan dengan kita samada tika senang dan susah. Alhamdulillah tanggal 25.05.2012 kami sah menjadi pasangan suami isteri yang sah. Alhamdulillah tanpa restu orang tua kami tak mungkin bersatu. I love him so much.

Kehadirannya menyerikan hidupku, tanpanya mungkin aku tak mampu melawan segala cabaran. Dia sangat penyayang, menjaga diriku bagaikan sang puteri. Dia insan yang kukenali ketika masih menuntut di pusat pengajian di ibu kota. Kisah perkenalan yang sangat moden. hahahhaha. Biarlah menjadi rahsia kami yang penting doakan kebahagiaan kami. I love you sayang ;p

Indah apabila halal, Cinta persis embun pagi

Assalamualaikum w.b.t
Mentari pagi menunjukkan kelibat sang cahaya yang mampu memancarkan sinaran aura setiap pagi. Angin nan bertiup bagai menyapa pipi yang montel ni...hehehhe ;p hai everyone good morning. Keeps sweet okey? walau apa pun yang kita hadapi jangan pasrah untuk mengukir senyuman. Everyday is my day. Kita akan percaya bahawa kita mapu hadapi apa sahaja cabaran yang datang menimpa.

Hari ni dayah nak share sesuatu yang menyentuh hati. Luahan hati seorang ibu yang tabah. Walaupun perit, diusahakan juga untuk menyekat titisan air matanya;. Pada awalnya aku hanya berbual biasa dgn si ibu. Kemudian tanpa diminta dia meluahkan, sebenarnya anak ibu ini terkena santau yang dihantar oleh bekas rakan sekuliahnya yang terpikat dgn jejaka bijak ini. Sebagai seorag pelajar jurusan kejuruteraan tidak mungkin rtamai gadis2 yg tak terpikat, namun takdir tidak menyebelahinya.

Pada mulanya, gadis ini sudah lama memendam perasaan terhadapnya. Dari segi perwatakan gadis ini agak sosial dari segi pemakaian. Bayangkan skirt pendek menutupi peha namun betis terpampang sepi, scarf dileher membelit leher yang hanya tinggal nan sebatang...hehehehhe ;p lps tu bila gurl ni cakap yang dia jatuh hati apa lagi mamat ni dengan berseloroh menyoalnya kembali,' haaaa kau nak kat aku'?......................
Hanya dgn soalan inilah yg membuatkan hati gadis ini diselaputi dendam kesumat sehinggalah lelaki aka anak mak cik ni jatuh sakit. Bayangkan dari umur 21 hingga usia skrg 34. ohhh Tuhan engkaulah yang maha mengetahui segalanya. Bertapa berat bahu yg dipikul berat lagi mata yang memandang.

Monday 18 June 2012

tumpang lalu...dah lama sunyi tak bertuan.

salam semua!
apa khabar eh, sihat la kan lau tak mustahil lak korang leh mngadap lappy kan,,hehehe.
Apa pun bersyukur itu yang penting jangan duk melalut cakap bukan-bukan hehe,,, Pagi ni kita kat umah mama. pagi2 lagi abang nak mkn nasi goreng, so kita masakkan nasi goreng sotong! yummmy..
Bahagia bergelar isteri kerana memiliki suami yang penyayang.

Kehidupan berumah tangga jauh lebih hebat dan bahagia berbanding solo. Walaupun dulu selalu keluar bersama tapi ianya tidak sama setelah ikatan yang terjalin menjadi sah. ianya adalah satu anugerah. Isteri dambakan kasih sayang suami dan suami perlukan perhatian daripada isteri. Itulah yang membuatkan kehidupan lagi bererti, Setiap hati ada perasaan rindu walaupun mata bertentang mata, hati tetap berdebar dengan panahan mata orang yang tersayang.

Lepas je makan kita jemur kain dan abang main dota...heheheh macam  biasa abang mmg suka main games. terlalu banyak. lepas jemur leh lah main usik2, dayah suka je kacau abang main sampai lappy ni dyah boleh guna hahahah. hubby kita dah beralih g dkt xbox lak sbb wife dia nk guna lappy!!! hahaha.. Molek sangatlah tu bini suka internet laki suka games...wahahhahahaha! I love you sayang!