Tuesday 5 November 2013

Aku Seorang Anak dan Kakak

Assalamualaikum.

Cuaca hari ni mendung dan redup.
Aku tak tahu kenapa hati ini tersentuh.
Terlalu lembut dan rapuh,
Rapuh seperti biskut....
Mungkin Allah menyayangi aku,
Membuka pintu hati dan taubat untuk hambanya,
Aku hamba yang perlu bersyukur,
Bersyukur kerana mempunyai keluarga,
Mempunyai suami, umi dan ma yang baik,
Masih ada adik dan adik ipar yang memahami.

Sesekali aku merindui walid,
Aku rindu nasihatnya, aku rindu ajarannya,
Aku rindu keletahnya,
Namun siapalah aku untuk memiliki kesempurnaan,
Aku tak mampu memuaskan hati semua pihak,
Aku sabar mendengar kejian dan kata-kata dari belakang.
Aku tersentuh dengan apa yang kau utarakan.

Aku sememangnya seorang anak,
Seorang anak yang mempunyai tanggungjawab.
Tanggungjawab terhadap keluarga,
Tanggungjawab kepada kedua ibu...
Ibu sendiri dan ibu mertua tiada bezanya,
Bagi aku kedua2nya adalah ibu.
Ibu sendiri adalah ibu yang menjaga aku,
Ibu mertua adalah ibu yang menjaga insan separuh jiwaku.
Kedua-duanya adalah sama.

Siapa kamu dan kamu yang sesuka hati melemparkan kata2,
Seolah-olah kamu tahu semuanya.
Kamu mengerti sebuah rasa,
Berkata-katalah sesuatu yang kamu tahu,
Bukannya berkata perkara yang kamu rasa.
Sudahlah menjaga perilaku orang,
Tetapi jagalah perilaku sendiri.

Lidah ibarat pedang,
Andai terkena lukanya parah.
Sebelum mengeluarkan kata2 berfikirlah.
Jika kamu mampu, kamulah yang laksanakan.
Bukan hanya mampu bercakap tapi tindakannya kosong.

Aku dah lali dengan mereka yang berkata2 bijak,
Tapi aksinya hanya debu berterbangan.
Hati aku terguris,
Tapi aku tahu Allah ingin memberi peringatan,
Aku tahu Allah tetap bersamaku,
Andai aku lalai,
Allah menyedarkanku.

Aku berusaha untuk melakukan yang terbaik
Untuk mereka2 yang tersayang,
Aku mahu menjadi anak yang menjaga ibu bapanya,
Aku mahu menjadi anak dan menantu yang baik kepada keduaNya.
Selagi aku mampu, aku laksanakan.
Jika aku tiada ruang dan waktu
Aku harapkan Allah ampuni aku,
Kau peliharalah kedua-dua ibu bapaku,
Hanya Engkau tempat meminta pertolongan,
Mulut-mulut manusia yang tidak bertanggungjawab,
Engkau hentikanlah,
Bercakaplah sesuatu yang engkau tahu bukan engkau rasa.