Showing posts with label Sahabat Sejati Ibarat Chipsmore.. Show all posts
Showing posts with label Sahabat Sejati Ibarat Chipsmore.. Show all posts

Sunday, 14 July 2013

Berbicara tentang rasa.

Aku tidak pasti dimanakah harus aku mulakan kata-kataku ini,
Biarlah jari-jemariku menari rancak diatas keyboard ini,
dan mungkin dia mengerti huruf apakah yang mampu dia meniti.
Aku sebenarnya tidak memahami apa yang manusia itu inginkan,
aku seakan tidak mengenali dia walaupun kami telah berkawan lama.
Itu semua tentang hati, soal rasa tak siapa boleh teka..

Aku kenali dia melalui penceritaan,
ada yang bercerita tentang dia dan aku mula jatuh simpati,
Aku mendengar kisahnya hatiku melonjak untuk mengenalinya..
Mengenali orang yang dimaksudkan dalam cerita yang aku dengar,
Tentang sejarah hidupnya, tentang kehidupannya..
Aku mula berkenalan di alam maya,
Ada yang memberitahuku hidupnya sunyi tanpa teman,
Aku cuba menemaninya walaupun aku juga mempunyai ruang waktu yang terhad.
Setelah mengenalinya aku tahu dia perempuan yang baik.
Petah berkata-kata dan kadangkala yang aku suka 
tentangnya adalah tentang jiwanya.
Jiwanya terlalu rapuh dengan cinta dan sangat tabah melawan derita.

Itu yang aku suka tentang dia,
Segalanya bemula, namun siapa sangka kami
sekarang terpaksa berenggang untuk menjaga hati masing-masing.
Menjaga hati aku yang paling utama.
Aku tak mampu berpura-pura dengan rasa.


Monday, 22 April 2013

Akulah Kisah Lalumu


Awak selalu cakap yang awak lemah,
Awak selalu mengadu yang awak sedih,
Awak selalu bagitahu yang awak dah letih dengan kehidupan awak.
Saya kelu bila awak ucapkan kata-kata itu.
Kelu kenapa awak sanggup ungkapkannya.
Sabarlah dengan ujian itu, walau berat pasti ada yang membantu.
Kesedihan kadang2 boleh membunuh hati awak dari menerima kebahagiaan,
Awak lupakan sejenak kesedihan itu.
Balutlah hati awak dengan kekuatan, kerana saya tahu bukan ada manusia setabah awak.
Kadang-kadang saya lihat awak seolah-olah kesedihan itu tidak pernah wujud,
Saya lihat awak sentiasa senyum, sentiasa gembira
walaupun hakikanya ada seribu kesedihan.
Itulah ketabahan yang sebenar, kalau saya di tempat awak, saya belum tahu apakah reaksi yang
saya akan buat. Mungkin lebih teruk dari awak...
Tapi percayalah, awak sebenarnya insan yang istimewa.
Saya boleh bersahabat dengan awak,saya boleh kenal awak, 
boleh tahu keadaan awak. Rasa simpati itu melebihi apa yang awak tahu.
Saya sentiasa doakan kesejahteraan awak.
Kuatkan hati, teruskan tersenyum.
Saya tahu, awak sahabat saya yang paling tabah.

Tuesday, 12 February 2013

Perasaan Menyampah


Sibuk sangat dia nak ambik tahu pasal kita.
Sedangkan aku bukan suka sangat ada orang yang iri hati ni.
Kalau betul kamu nak berkawan, berkawanlah dengan cara baik tanpa ada niat tersembunyi.
Ni bayangkanlah, boleh dia bercerita tentang benda yang tak sepatutnya. 
Aku tak tahu dengan tujuan apa dia ceritakan kisah tu, 
Motif nak rosakkan kebhagian kami atau memang dia dan kepingin nak merasai juga
apa yang aku lalui bersama yang tersayang. Itulah orang kata, kalau dah ada perasaan hasad ni memang susah nak jadi kawan. Yang ada hati suci murni je yang maintain boleh jadi best friend.
Kalau yang perangai ntah apa2 tu, biarlah cukup sekali sahaja jumpa.
Jumpa dan berkawan maksud aku.Orang yang jenis macam tu memang tak boleh buat kawan.

Kawan ni biarlah ikhlas.Jangan pernah ada niat buruk, tapi selalunya jarang
nak jumpa yang betul2 baik ni. Bukan nak cakap takde langsung, ada tapi jarang
nak dapat.So, kalau nak senang kita mula dari diri kita sendiri. 
Mulakan untuk berubah menjadi kawan yang baik.
Kawan yang tak pernah nak menyusahkan dengan sifat2 mengada-ngada.
Memang aku ni jenis anti dengan orang yang mengada-ngada.
Ntah apa la yang diorang nak tonjolkan dengan perangai mengada-ngada tu?
"ko ingat, ko comel eh?"...G cermin diri la dulu~@#$^%&*!~


Thursday, 20 December 2012

Macam ragam sampai rasa nk ignore terus.

Malam berlabuh sudah,siap sedia semua^^. esok ada planning kan :p
(masing2 punya plan la kan).....

Pernah jumpa tak orang yg ada virus 'syok sendiri'..hihi. Biasa yg jenis syok sendiri ni kalau x dirawat 
blh jd penyakit 'gila bayang yg kronik!' hihi
tak faham betul la dgn sikap ngada2 dia,ntah apa yg dia nk
sebenarnya.~~ Teeeeet! (aku rimas tlg la jgn nk mengediks sgt)

Kenal pun secara tak sengaja,awal2 blh tahan tapi dah makin lama terasa jgk nok! 
kenalah pndai sikit jgn nk 'publickan' kesengalan pemikiran tu sangat.
Wanita ni kalau tahap berfikir dia tinggi mmg ok la (tapi ada jgk yg KO tahap malapetaka)
kah kah kah... dah tahu ada suami jgn la nk membebalkan diri dgn menggatal & mengayat 
sangat!..


Monday, 29 October 2012

Dalam hati ada taman. Just smile!

Hye! Selamat pagi ;)

Yang indah itu kenangan,
Yang meriah itu khangatan,
Yang setia itu panorama alam,
Yang bahagia itu ketenangan,

Ibarat hubungan suami isteri yang sentiaa memerlukan. Dambaan hati yang sentiasa bersyukur dengan kehadiran seseorang yang istimewa dalam hidup. Kita dalam meniti hari2 kehidupan perlu ada nilai positif yang tinggi dalam diri barulah menemui kebahagiaan abadi. Indah mmg tak mampu nak gambarkan.Kadang-kadang kita perlu bijak untuk mengawal segala perkara yang mampu menggugat kegembiraan dan kebahagian.Manusia mana yang tidak ada nilai cemburu apabila melihat kita sentiasa tersenyum,namun iu bukan penghalang bagi. Mereka yang cemburu blh dianggap lalat2 yang curi2 untuk hinggap pada makanan yang kita hidangkan. Just forget it!.


todayis tuesday! Me sangat2 happy okey sbb ada 2 benda yang sgt2 best hari ni. okeylah nanti kita update blog lagi;) Thank pada kawan blogging baru. hope kita dapat berkawan n sharing something yang interesting!

Sunday, 13 May 2012

Penantian itu indah, berniaga itu hobi.

hai, saya jual hand beg! nak beli tak?...hahahaha,
sure kalau korang tengok kata aku jual kan. tapi sebenarnya ni masa takde kerja. hahahha. Yang aku pegang tu beg kawan lama, lama gila kot tak hang out.... Ni dia g toilet aku pun pau ambik gambat, leather kan aku suka gak. so pegang pun jadi la. beg dentist kan.,....hahahha poyo je.
Teka lah mana beg aku dan mana beg dia. Tengah dia g toilet cek abg aku yang snap gambar yang kurang sopan ni. Lama kot dentist n gi toilet sempat aku minum mkn bagai lagi tau!

hah! ni sebab tunggu lama sangat minah ni aku msg dia, hahahah tu pun tak datang2 lagi.
Masa ni aku rasa nak bla je ehhh tak la gurau je, kawan aku ni sama tua je dgn aku tapi dia comel n kecil. Sampai kat hospital org ingatkan dia kerani je. hahahahah
Kesian kamu, g belajar india pun kerani jugak hahahhahaha ;D

Saturday, 21 April 2012

Friends indeed is like Snow white and Cinderella

When thing's are looking positive in your life friends get to know who you are. When you are negative in life, you get to know who your true friends are. There will be a ton of people around when times are easy. But take note of who remains in your life when times get tough, especially the people who sacrifice the resources they have in their life to help you improve yours when you need it most. These people are your true friends. And this I have learned.

Thursday, 19 April 2012

Kau Sahabatku Kau Teman sejati


"Seseorang berada di atas agama kawannya."
Aku terlalau rindukan kawan-kawan aku, bila kita bersendirian
perkara yang bermain di dalam kepala ialah sahabat yang rapat. 
kawan yang memahami dan yang mampu menggembirakan.
bagi aku, kawan lah yang mampu mencoret seribu macam cerita dalam kehidupan.
 
Demikian pesan Nabi kita. 
Kenapa ya? 
Kita sangat terkesan dengan cara hidup siapa yang menjadi pendamping kita.Kita selalu cuba untuk memenuhi kepuasannya agar diri kita diterima sebagai kawannya.             
       Maka, Carilah kawan baik yang cara hidupnya selari dengan petunjuk al-Quran dan al-Sunnah.Carilah kawan baik yang kepuasan hidupnya diletakkan dengan memuaskan kehendak Allah.             
       Nak cari di mana?Hmm, memang susah nak cari. Mudahnya, kita jadilah kawan yang terbaik untuk siapa sahaja yang hadir sebagai 'kawan' dalam hidup kita.Sayangi mereka. Tunjukkan mereka contoh terbaik. Disebabkan mereka 'istimewa'lah, Allah jumpakan kita dengan mereka. Jom, hargai kawan-kawan di sekeliling kita hari ini juga.
   
              Bagaimana menghargai?Oh! Anda jauh lebih kreatif daripada saya. Jika tiada kreativiti, mintalah idea daripada Allah yang Maha Kreatif, sumber inovasi kita semua. Serulah nama-nama-Nya

Wednesday, 18 April 2012

sahabat Jadilah kalian macam lebah, rela mencari debunga demi menganugerahkan madu untuk santapan kita.

Sahabat untuk kita bergelak ketawa mudah nak temui,tapi yang setia disisi ??
Mungkin ramai yang pernah dengat ayat ni kan, dunia sekarang memang tak lari dengan hakikat kehadiran dan kehilngan sahabat dalam kehidupan.

"Sahabat yang sejati adalah sahabat yang memperhambakan diri kpd penciptanya".Tak salah bagi kita memilih sahabat, kerana sahabatlah yang sedikit sebanyak mencorakkan kehidupan kita. Jika buruk sahabat mampu kita ubah, alhamdulillah itu kelebihan.

Sebaliknya bagi mereka yang mudah terpengaruh, berhati-hatilah dalam memilih sahabat.
Dunia Allah ciptakan untuk saling mengenali,bukannya untuk berlumba-lumba mengejar duniawi sampai tertinggal ukhwah islami.

Saturday, 14 April 2012

aku rindukan sahabat. Memang tak disangka bila kita yang dulu-dulu masih berhingusan tapi sekarang memang terbaik. Masing-masing dah berjaya dengan kerjaya dan life style yang tersendiri.

I am proud of you friends, korang tetap di ingatanku. Walaupun dulu ada yang langsung tak rapat tapi tanpa korang hidup gua tak kan terisi dengan warna -wari luna la. Kalau saya tak sakit suke leh g abroad gak kan wal. hehehehehhe..... best bila tengok kamu-kamu dan kamu g overseas. tapi takpe nanti kita buat umrah sama2 tiru gaya wanna dan izza. eh sorang lagi akiudah yang mmg syok duk tgk abang2 hensem bermata biru kat ausie....ohhhh i miss you la.