Saturday 21 July 2012

1 Ramadhan bersama yang tersayang

Alhamdulillah dah separuh hari berpuasa, sekarang dah tepat jam 3ptg. Mungkin dah ramai yang terfikir juadah apa lah yang nk dimasak untuk dijamu insan2 tersayang. heee ;) Kita pun tak tahu lagi nak masak apa, hubby pun tidur lg suasana kat sini agak sejuk sbb hujan. hahaha..dari tingkat atas ni nampak laju je air hujan jatuh mencurah bumi. sejuk je, duk kat beranda sambil layan lagu n tgk sawah yang hijau mmg best. segarrrr je rasa ;). Baru je ingat ptg ni nak keluar cari juadah femes di bulan puasa dekat pasar ramadhan. Tapi lau hujan mcm ni mmg agak malas la..hahahha. apa2 pun kita tgk mcmana hehe ;p

Semalam masa sahur, kita yang masak untuk family & hubby!. Congrats to me sbb first time served makanan sahur hehe. Kalau tahun2 sebelum ni hanya tlg2 umi kat dapur mcm tu je. Awal jugak kita masak semalam, buat sup tulang dgn drumstik ayam msk merah,ikan haruan masin, telur heeee ;p. Tapi happy sangat & beruntung sbb en.suami mmg cool habis, abang yang tlg kat dapur semalam. Bahagia dapat suami yang macam ni. Sayang abang tau. Jap lagi sayang msk yang special untuk abang berbuka. Ingat jap lagi nak buat ayam tandori.hahaha... Special resepi buat tersayang... Selamat Berpuasa Semua :)

Thursday 19 July 2012

from him to her ....

Perkahwinan adalah satu ikatan yang sah antara seorang lelaki dan perempuan. Saat yang paling bermakna dlm kehidupan dan tak kan nak biarkan memori indah itu hilang begitu sahaja kan?.... bagi saya kalau boleh setiap detik dan saat akan sy catat demi masa depan. Mana tahu bila dah ada anak jap lagi dia boleh baca balik segala tulisan dan kata2 ni... Mungkin masa tu umur saya dah semnakin senja ;). Itu lumrah kehidupan hehe.... Barang2 yang akan menjadi kenangan sampai bila2...heeee ;p
Segala pemberian bukanlah bermakna segala2nya lengkap. tapi sekurang2nya, kain sembahyang ini mampu menjawab ketika dipadang mahsyar nanti bagaimana ibadah solat yang tuannya laksanakan. Adakah cukup 5 kali solat yang wajib, atau adakah amalan2 sampingan lain yang ianya boleh menjadi saksi. Semoga aku menjadi wanita solehah & Isteri pendamping suami.
Semuanya dah jadi kenangan tapi yang ni tak guna lagi sayang hahaha...Kalau boleh nak je g body shop beli yang lain. Yang ni simpan dalam bakul tu lagi tak usik. Kalau masuk bilik tidur mmg nampak la wangioan ni...hahaha. Yang abg punya dah guna. Katanya yg isteri bagi kena lah guna.. dan dan je ;p I miss you sayang. cepatlah balik. Ni dia g solat jumaat ni. hahaha bukan dia tahu ;) (kalau tahu pun bila dah kerja) kat sana baru abang belek2 blog ayang kan?...hehe ;p
yang ni mmg terbaik. Baru satu resepi yang kita cuba buat. Ayam madu hahaha.... tu pun masa kat umah mertua. Time tu kita terasa sangat nk makan ayam madu. so kita dgn adik ipar bukan main semangat buat. last2 tak jadi. resepi dia ciplak katne ntah! tak pandai buat resepi..hahahahah....

Kelebihan dan kelemahan bukanlah alasan tapi ianya keistimewaan...

Sering kita menyalahkan kekurangan yang ada dalam mengharungi kehidupan. Tidak mampu untuk mencapai target yang kita inginkan laju je kita salahkan kelemahan yang ada dlm diri. Bukankah Allah menciptakan kita dengan sebaik-baik kejadian. Allah maha tahu segalanya. Jadi knp perlu berkeluh kesah dgn semua itu. Saya mmg tak faham dengan mereka yang selalu membangkitkan isu kelemahan diri yang myebabkan mereka kurang dalam kehidupan. Ntah pelik! mungkin mereka nak mengambil perhatian dari seseorang itu saya tak pasti. Tapi saya pernah terjumpa perkara ini secara realiti.

Jika dilihat dari sudut luaran, tiada apa yang bezanya dia dgn orang lain. semuanya sama, di fikiran saya mungkin dia terlalu rendah diri sehingga kelemahan itu menjadi bebanan yang berat dan besar di kepalanya. Malah tanpa sengaja dia sendiri yang membuka aib dan membuka kelemahan untuk tontonan orang sekeliling. Bukankah kita tidak boleh membuka aib orang?...Mbuka aib orang itu dosa,tapi kalau membuka aib sendiri?.....fikir-fikirkanlah bersama ;))

Andai Cinta Hadir, Akulah yang paling bahagia...

Sayang, hidup ini indah bila disisi abang. Segalanya hanya untuk abang, cinta ini mmg indah bila kita sentiasa mengayamkan belitan kasih sayang dalam setiap detik dan saat. Indah bila bergelar seorang isteri. Bahagia menjadi seorang isteri kpd suami yang sangat murah dengan kasih sayang. Alhamdulillah jodoh ini panjang dan sentiasa dipelihara olehNya. Ameen.

Hari ini pagi2 kita dah keluar balik Pasir Putih,...Temankan atok abang pergi hospital. Masa kat hospital sempat lagi bergurau, setiap masa ada gurauan. Disitulah lahirnya rasa kasih kpd pasangan ;))

Selamat Malam Semua, Masa untuk Berkasih - sayang ;p Cinta adalah fitrah yang Allah lemparkan dlm diri ummat manusia. Apakah makna cinta dlm diri manusia?... Itu adalah bagaimana cara kita berinteraksi, berhubungan, berkasing- sayang hanya kerana Allah. Cinta Halal ketika Cinta bertasbih. Semoga Allah limpahkan kasih sayang kpd suamiku, En. Ahmad Faisal Muhamad, Isterimu amat mencintaimu dagn sepenuh hati. Terima Kasih sayang untuk cinta ini. :))

Wednesday 18 July 2012

Perasaan yang hadir adalah untuk kita halusi dengan kasih sayang...

Selamat petang guys!
Sekarang jarum jam tepat di angka 7p.m. Macam biasa perasaan yang hadir tetap sama bahagia bersama si dia, dari pagi sampai ke petang. Saat saya menarikan keypad ni En. Suami ada kat laman rumah sedang buat sarang untuk burung dengan adik iparnya :). Burung tu sangat comel okey nanti ada masa saya uploadkan gambar tu...Sekarang tak sempat kot bateri fon dah zero. hehe ;p

Saja je petang ni nak santai2 rasa nak catatkan detik2 indah untuk hari ini. Mana mungkin hari ini datang lagi pada hari esok kan?...hehe. Hari ni macam biasa bangun2 je sarapan dengan nasi lemak. Fuuuuhhh!! bercerita pasal nasi lemak ni mmg sedap la, sambal dia mirip dgn nasi lemak yang paling kita suka. Nasi lemak ni nak kata special sangat tak la, tapi mungkin rasanya yang buat kita teringatkan nostalgia nasi lemak masa sek. rendah dulu. Mmg berselera lah tiap2 hari makan nasi tu pun tak pe ;)) hehe.

Hari ni kitorang tak keluar pun, hajat hati mmg teringin nak g Balai Islam. Sana ada aktiviti antara 4 panel. Tajuk 'Bicara Selebriti' dan yang dijemput adalah hero filem 'Ketika Cinta Bertasbih' mmg kita minat gak la cerita tu. Islamic loving style ;p Tapi hubby kita tak nak g lorhhh!! dia mmg tak suka tempat ramai orang ni lagi2 malam. Tapi kalau time ni ada kat Pasir Puteh sure dia g ni..hoho... takpeklah mungkin takde rezeki. Lain kali la kot ;). Kita okey je, banyak kali gak ajak dia hari ni. Mungkin 7 kali ada kot hahahah...last2 dia ajak g makan satay. Rasuah la tu, abang mmg macam tu dia suka mgusik tapi itulah abang... Sayang sangat2 kat dia..

Tuesday 17 July 2012

Just because today is Tuesday

Hye semua!....
Alhamdulillah pagi ni baru boleh rehat sepuas2nya. Home sweet home, penat gak badan asyik berjalan je... Tenaga dah recover balik...heee ;p. Hari ni baru ada masa nak update blog yang dah lama sepi ni... Maklumlah banyak sangat urusan yang perlu didahulukan, mmg mcm ni kalau suami dah ada disisi. Seminggu rasa cepat je berlalu. Kalau masa tunggu tak payah nak cakap la kan lama nak rak!....hehe.kan  Harap korang pun happy n bahagia dengan kehidupan yang dijalani okey!...Hidup ni terlalu singkat kalau nak difikirkan....

Pagi ni mmg kitorang bangun lewat, tak sempat nak tgk adik2 g sekolah, sorry ya adik2 kak long & abang long sangat2 penat. Semalam bertolak dari kerteh pukul 5.30 petang sempat singgah mkn2 dulu lebih kurang pukul 11mlm baru sampai rumah. Tulah mengantuk punya pasal, terpaksalah duk bergilir drive dengan suami tersayang...
Memang bosan dah drive ada pak supir tak ?...hahahhaha...lau ada syok gak macam style2 mak datin tu hahhaha.... berangan je. Anyway kami happy sekarang. Alhamdulillah anugerah dari Allah.

Saturday 7 July 2012

Malam Sudah Melabuhkan Tirainya

Rindu kat abang la, sekarang dah nk pukul 2 pagi dah tapi mata takleh lelap. Tadi tunggu jugak hubby call tapi mcm lewat, biasa dlm pukul 8 lbh2 tu dah mmg dapat dengar suara dia dah. Malam ni macam lewat lak, mungkin sibuk kata hatiku. Tapi semua kerja takleh buat sampai 2 3 saat adik aku call suh turun buatkan roti...( sebelum tu aku dah tersengeh ingatkan hubby call)...lps tu aku turun la bawah sbb dapur umah aku kat bawah bkn kat atas. huh...

Then adik aku ambik2 barang nak buat kerja masak-memasak. Sedangkan kakak dia langsung takde mood nk buat. Tapi demi kasihkan adik aku buat la kan, kan menangis budakkecik tu aku lak yang kena kan?....hehehhe. Jam masa tu dah kul 10.30 haisshh aku dah tertanya2 knp la hubby aku ni tak call lagi.

So aku ambik hanset terus je laju aku update status FB. Buat masa ni FB je penghubung kami bila hubby kerja. I miss you so much. Tak sampai 5 min fon berdering! Yehaaaaa, hati aku melonjak riang. Mana tak suka jantung hati penawar cinta kalbuku call. abang ngadu penat takpe balik ni ayang urutkan suami ayang ni eh... I miss you sayang, skrg mesti abang tgh stand by kan, mlm ni pun hubby kerja. Pagi esok baru blh tido... Take a good care sayang... :))

Andai rindu mampu diseru,engkaulah segala2nya untukku.

Comelkan anak singa laut ni, hubby kita mmg tahu kita suka binatang. Haish masa tgk patung ni mmg geram, bulu dia haishhh lembut. Hubby kita mmg dah faham,wife dia suka teddy tapi yang ni mmg kita tertarik pun. Ni masa jalan2 kat melaka. Sekarang dah petang sabtu, yeahh 2 hari lagi kami nak dating puas2 hehehe..
sekarang hubby duk kerja, jaga diri ya sayang. Setiap hela nafasku, ada rasa hangat cintamu....

Hangatkan cinta demi sebuah kebahagiaan, Sayang suami saya. Andai engkau hadir hidupku ceria, tak siapa yang mampu menggantikan tempatmu dihatiku.... :p

Friday 6 July 2012

bulan madu di awan biru..

Kat sini tempat kitorang dating sambil menikmati suasana pantai yang tenang
Happy sangat, walaupun kitorang tak sempat nak pergi honeymoon jauh lagi sbb jadual kerja hubby agak padat Awana Kijal pun dah jadi hehe..Masa ni dah nampak suasana kat bawah dah rasa sangat2 nyaman dan segar. Bayangkanlah dengan pohon nyior melambai bagai,desir angin myapa telinga kan.... Sangat segar udara kat sini mmg sesuai untuk mereka yang nk lepaskan kesibukan kerja dan bercuti-cutian bersama yang tersayang.


I miss him so much! Bila kita hadirkan rasa ikhlas, menghargai dan rasa saling sayang menyayang hidup kita akan sentiasa rasa sweet.
Rindu nak pergi lagi la, hehehe....
Kadang2 kita hidup ni bukan semata2 kena kerja je kadang2 kena juga rehatkan minda dan badan,barulah stress takde. kualiti hidup pun bagus. lagi2 kalau dapat berjalan, bergurau senda dengan insan tersayang. hari2 nak honeymoon pun boleh.
Cinta saya hanya untuk awak, kasih saya abadi untuk suami tercinta. I love you so much !...

Awak tak pernah letih melayan kerenah saya...

Tak pernah kenal erti penat, dia selalu ada untuk saya setiap masa dan ketika. Dimana ada saya disitulah ada awak. Tu yang kadang2 bila berjauhan rasa sangat kehilangan tau, setiap saat kita berkepit. Tapi sayang tahu abang pun sama, tapi takpe demi kerjaya dan keluarga abang sanggup hadapinya. 2 minggu bukannya lama sangat kan sayang hehehehe...ketika ini hati sangat rindukan abang sayang ni. haishhh malam baru dapat dengar suara kan...hehe. Yang ni gambar masa kitaorang gi jalan2 dekat pantai. lepas family day ummi hehe

CintaMu hadir bawa ku erti Bahagia....

Bila engkau hadir jantungku berdegup kencang, aku terlalu rindu saat itu. CintaMu hadir membawa aku satu rasa yang tak mampu aku ceritakan, ianya seakan hidup dlm jiwaku. Aku terlalu sayangkan kamu seadanya. Aku terima kelemahanmu untuk menyempurnakan hidupku. Tanpa mu hatiku sepi, tanpamu jiwaku sunyi. Itulah hakikatnya, namun aku kuat walau apa pun yang berlaku aku anggap itu cubaan untuk mengukuhkan ikatan cinta kita. Sayang saya pada awak selamanya tanpa ada ragu dan sangsi krn saya tahu Awak sayang saya sangat2... I love you sayang ;p

Penguat Semangat Bukti Cinta

Selamat Pagi Semua !!!
Semoga hari ni kamu kamu dan kamu semua sihat berada disamping pencinta hati... Semalam dayah bpleh tidur lena, awal2 duk tunggu tepon berdering tapi nampaknya takde...hehehe, Yelah masa kitorang bersembang azan berkumandang en.suami terpaksa putuskan talian, tapi takpe sbb penantian tu hanya untuk sementara je. Malam ni pulak kan?...hehehe..
Kalau korang berjauhan dengan insan tersayang mmg saya jamin hal yang sama jugak yang korang akan tunggu. Betul, kita ni sebenarnya takleh nak hidup sorang2 kita perlukan seseorang untuk sentiasa membajai hati kita dengan siraman kasih sayang. Kalau takde tu hidup macam tak indah sangat! hehe...
Lagipun masa bercinta boleh je bergayut sampai berjam-jam takkan masa dah kawin ni tak nk gayut kan?,,,hahhahah Ingat lagi masa belajar dulu, tepon  ni mmg blh tukar dgn telinga kalau kecik. Bayangkanlah, 24 jam dapat call free dr digi sbb guna PLAN U kan, guna je 2 ringgit then leh free call n sms kpd pguna digi 24 jam. haha masa tu tak kira kat mana asyik duk gayut, sebelum g clas, balik clas, sblm mkn, slps mkn masa buat assigment pun sempat g bergayut! hahahahah teruk gila.
Ingat lagi masa tu kita stay kat kolej,so semua kawan perasan asyik bergayut je....tapi sekarang cinta kami dah bersatu. Saya sayang suami saya ;p
Tanya jelah semua isteri kat dunia ni, siapa tak syang suami.huhuhu... auwww, kita rindu la ni tu yang dayah bercerita je kat sini. tak tahu pun sape yang baca. tapi abang sure kalau tak busy buka juga blog ayang kan?... abang jaga diri eh kat sana. Tak sabar dah nk jumpa ni...lalalalalla I miss you ;p