Wednesday 23 May 2012

Hanya kerana jam itu bulat dan bernombor.

Sudah lama tak update segala macam update kat mana2 funtion alam maya. Sorry la... tapi mmg terlampau sibuk sampai takde masa nak update segala bagai yang pernah dan biasa dayah buat. hahahaha.
Memang rasa rindu gak nk update itu update ini tapi apakan daya. ni pun baru siap buat persiapan. Esok dah bertukar status.... Harapnya semua berjalan lancar seperti yang dirancang.

Doakan kami, just only 26 jam dari sekarang! Persiapan demi persiapan, detik demi detik semkin pantas!

Sunday 20 May 2012

Bila aku bosan aku akan membawa jariku berdansa....

Hari ahad dah nak melabuhkan tirainya, isnin akan berlabuh....Namun mood aku untuk buat kerja belum lagi ada. Mmg nak tunggu air naik ke paras hidung agaknya. Ntah! aku rasa macam takde perasaan, takde feel nak tet.......... Aku dah cakap kat dia, nasib baik esok dia nak datang tolong. terubatlah rindu sikit. sebenarnya kita rindu la.... Semua benda tak jadi, esok dah nak datang teman okey la sikit.

Ni aku duk berkurung je dalam bilik. Peristiwa tadi masih melekat dlm kepala. Aku mogok lapar! aku malas nk kluar mkn...Malas ckp aku nak layan benda yang aku pegang sekarang ni je. Biarlah yang penting aku rasa selesa. Memang orang tengok aku asyik happy je padahal kalau aku dah melenting lama la nak redha. huhu

Sekarang ni aku rasa aku tak nak buat apa-apa. Kerja yang bersisa tu tunggu si dia datang esok lah. sekarang aku malas nak fikir. Aku dengan suara dia pun aku tension!!

Bila kehendak aku di'eksploitasi'kan, daripada teddy bear comel bertukar jadi hulk!

Hari ini macam biasa aku bangun pagi dengan perasaan happy. Mana tak nya bangun2 tgk ikan, tgk kura-kura...hati jadi riang. Tenang je tgk ikan berenang-renang dlm air. mmg aku happy lah.... Petang aku ingat aku nk keluar settlekan pasal weding...tiba2 aku dapat call yang blh spoilkan mood aku yang mmg cun habis.

Sampai sekarang aku masih panas hati. tadi bila dapat tahu je benda tu aku terus call abg aku bvagitu. Macam biasa dia lagi cool n tenang dr aku. So dia lah yang cuba sejukkan hati yang panas membara. Tapi sayang mmg aku tengah begang tahap 200 juta kali begang...... Pujukan si dia pun tak menjadi.

Last-last aku g mandi tu pun mulut aku tak henti hentu &&*291829##?...>// . Bila aku geram mmg semua keluar. Sabar pun ada hak batasan jugak... Hari ni dah 3 kali si dia call nak tenangkan aku. tapi tak dapat. Ntah aku mmg bila dah jadi mmg aku takleh nk terima bulat2.... Ni org yang panaskan hati aku dan kroninya ada. Kroni yang tidak bsalah ni tanya pasal 'benda' yg aku nak tu dan setuju dgn keinginan aku. So kembali mcm yang aku nak....

Tapi hati aku masih panas! aku bila dah kena mmg lambat nak sejuk. Kesian bakal suami aku dia lak yang kena pujuk. Padahal bukan salah dia.

Monday 14 May 2012

Cinta Hadir untuk membahagiakan bukan untuk membawa kesedihan.


Hadirnya cinta akan membuat kan manusia makin bersemangat, hidup akan jadi indah,masa akan berputar laju. Itulah hebatnya cinta, namun kita seharusnya meminta pertolongan Allah untuk memberikan jodoh yang paling sesuai dalam hidup kita. Jangan pernah ada kesal setelah anda telah lalui cinta itu, jangan mengada2 nak mengungkit. Berani pilih beranilah hadapi segalanya.

Bukan aku tak pernah bercinta sebelum ini, bukan juga aku tak pernah kecewa namun aku anggap perkara tu biasa. Patah tumbuh hilang berganti. Buat apa nk meraung, menangis dengan lelaki yang tak guna. Aku hairan sebenarnya jika aku lihat ada sesetengah wanita yang sanggup bermandikan air mata setiap hari demi kerana seorang yang di cintai.

Tolong la buka mata, untuk apa cinta hadir tapi untuk membinasakan diri sendiri. Bukankan cinta itu indah sehinggakan shah jehah membina istana kepada mumtaznya. Namun jangan dianggap jika suami bagikan segala hartanya itu adalah kayu pengukur kehidupan. Tidak, bahagia ni adalah subjektiktif tanpa mengguris hati dan perasaan. Hidup kena hadapi dan jalani dengan ceria barulah masalah mampu ditangani.

Jangan nak menangis kerana lelaki tak guna, wanita kamu kena bangkit jangan hari2 nak mengadu damba pasal masalah, sampai bila masalah itu nak hilang jika kamu sendiri yang tidak mahu bangkit. Sekarang wanita harus bijak, bijak dan kental. I wish you luck ;D

Sunday 13 May 2012

Boling lawan aku ke? atau aku lawan boling!

yeeeha! panas bukan main. Aku tiba 2 rindu kat air cond sejuk. Lau pekena boiling sedap gak ni. sbb aku tgh geram + letih + takde mood. Main baling-baling bola syok ni. Aku mmg lau takde mood kejap je, lau aku ada mood semua orang tak mampu nk layan, Asyik duk pot pet pot pet. ni aku badmood dgn org2 aku telan!.......

Papa love Mamam Mama pun syg papa....eee geli lak.

Aku ni mmg besar, sejak kecik lagi dah nampak aura-aura the hulk. ;p
Ingat lagi zaman dulu2 ramai yang berkenan tapi aku dgn slumber ckp tak nk awk kecik, tak nk awk rendah tak nk tak sesuai dengan sy. Bkn nak hina ke apa dah betul kita besar tak kn nk couple dgn yang kecik, nak jalan pimpin tgn pun malu. jap g lau kluar dgn husband org tnya eh, nk g mana bawa adik ni. hahahhahah
malas aku. Ni aku dah jumpa yang sam dgn aku. awal2 aku macam lidi je, slim hahhaah perasan!
lps tu aku asyik mkn tok sedor diri jadilah belon hahhaha....

Kawan aku siap panggil kami papa n mama. whatever la, yang penting memang aku dah jd mommy sugar glaider. lallalalala ;p
hidup mau ceria. Jangan bermuram durja okey! lau dah namanya unian tu terimalah, sedarlah siapa kita sebab masing2 ada masalah hidup. Aku pun ada tapi aku bersyukur lalalallala ;p

Penantian itu indah, berniaga itu hobi.

hai, saya jual hand beg! nak beli tak?...hahahaha,
sure kalau korang tengok kata aku jual kan. tapi sebenarnya ni masa takde kerja. hahahha. Yang aku pegang tu beg kawan lama, lama gila kot tak hang out.... Ni dia g toilet aku pun pau ambik gambat, leather kan aku suka gak. so pegang pun jadi la. beg dentist kan.,....hahahha poyo je.
Teka lah mana beg aku dan mana beg dia. Tengah dia g toilet cek abg aku yang snap gambar yang kurang sopan ni. Lama kot dentist n gi toilet sempat aku minum mkn bagai lagi tau!

hah! ni sebab tunggu lama sangat minah ni aku msg dia, hahahah tu pun tak datang2 lagi.
Masa ni aku rasa nak bla je ehhh tak la gurau je, kawan aku ni sama tua je dgn aku tapi dia comel n kecil. Sampai kat hospital org ingatkan dia kerani je. hahahahah
Kesian kamu, g belajar india pun kerani jugak hahahhahaha ;D

Saturday 12 May 2012

Tambahan bilangan iris mata.

 Haiii guys!
Selamat Malam semua, haa ni nak bagitua sbb mmg rasa nk share pasal kisah spek malam ni. Sebab tanpa spek mungkin sy dgn si dia tak bersatu. Dia suka tgk kita pakai spek ni. Cinta Kaca Mata kottt ;D
Sebenarnya spek yang cantik lagi comel ni hilang tau, genap 3 hari hilang ntah kemana. puas kot cari merata. Dalam keta, dlm bilik, tingkat atas, tingkat bawah tapihasilnya habuk. MMg feduuup tak jumpa.

Then bagun pagi tadi tgk ada kat atas meja mkn kat dapurrrrr! nak melompat tapi......tetttt!
huhuhuhu...cari punya cari rupanya spek ni ada kat atas penutup washing machine. Macammana la blh tak jumpa masa cari, nasib tak basuh terus lau tak keluar air mata darah la. Sebelum yang ni spek dulu hilang tak jumpa terus. Mana tak nya hilang masa main water coaster jatuh lam air kot...huhu. ;D

Friday 11 May 2012

I will just pretend to hug you until you get here!


Semua tahu kan kuasa pelukan, seseorang mampu dapat kekuatan apabila dipeluk dan terpeluk. Namun jarang yang nak berpeluk?...ehhh ye ke?...ntah! jawab sendiri.
Macam Rasulullah kan, Baginda sentiasa tersenyum, ceria dan sentiasa menolong kerja-kerja rumah.
Hanya apabila azan bergema, Baginda akan berhenti dan tergesa-gesa
menuju ke Masjid seolah-olah tidak kenal isterinya.

Jangan terkejut jika dayah bagitahuBaginda akan sama-sama mandi dengan isterinya
dan mencedok air dari bekas yang sama. Bukan berlakon-lakon okey!
Tetapi itulah realiti peribadi rasulullah, insan paling pengasih dan penyayang
.Perbuatan ini hanya lahir dari hati nurani yang paling murni.
I love you, saya tahu awak pun sama macam ni. ;D

Kesian tapi it maybe a reason!


Kesian gak lau jadi macam ni, yang si kuning ni bukan main lagi nyatakan hasrat n perasaan pada si biru. Tapi malang sangat sbb si biru langsung tak layan sbb dah ada hiburan lain.
Hai lelaki janganlah kamu lakukan benda yang seumpama ini krn hati wanita ni sangat lembut dan perlukan belaian kasih sayang. Tapi kalau suami dia buat tak layan macam ni asyik berendam air mata darah je sentiasa,bila masa dia nk dapat nikmat hidup. 

So, take care for your partner, jangan pernah mengatal dengan perempuan lain atau sebaliknya. Jangan terkejut kalau ada isteri yang kurang perhatian dari suami dia akan beralih arah, tapi nauzubilah la kan. Sekarang macam2 cerita ada untuk elak berita panas sayangilah pasangan anda okeyyyy! ;D

Bila perasaan itu datang lagi.


Rindu kat buah hati la. Malam ni tiba-tiba je rasa sunyi.Walaupun mata duk layan tgk tv. Kalau abg ada sure dia buat lawak. Dayah lak mmg suka gelak. huuuuu tak taulah knp tp mmg gitu.
Petang tadi abg ada call masa tu macam tak sesui je nak gayut sbb dayah ada kerja. huuuu I miss you la.
Rindu nak dengar suara abang. Tadi abang janji nak call malam tapi tak sure la pukul brp. harapnya abang baca la apa yang ayang tulis ni. biasalah hanya internet je penghubung jiwa kami buat masa 2 minggu. Abang kalau abg dah siap buat kerja jangan lupa eh ;D

Tadi lepas abang call dlm pukul 6 lbh kot ma call, tengok la esok ayang g rumah. Tapi ma kata tadi lau esok benda tu tak siap lagi. lusa ma mai hantar umah dayah, maknanya ahad la... isnin selasa! yeayyyyyy! 
I love Selasa..... I miss you.

Timang-timang dua pupu, ambik berkat

Comelkan uwais ni. Memang best je pegang baby. Nak order baby lah !
Kalaulah sesenag tu mmg semua orang dah ada ramai baby. Uwais ni baru 2 bulan, asyik nak tidur je. tapi geram gila tengok pipi bambam dia. nak cuim2 je rasa. betullah kata orangbaby ni dia takde kerja lain selain tido. heaven la sangattttttt!.....

Buah hatiku Boboy & Gegurl

 aksi sugar glaider yang makin hari makin mencuit hati. Ada binatang ni hati mmg suka, nak dijadikan cerita masa dayah belajar kat Uitm Shah Alam, ada la roomate yang bela binatang ni secara haram kat kolej. hehe.
Ainna ni mmg suka binatang2 cam ni,dari situlah pasang impian nk bela juga. binatang ni sangat2 manja tau!
 dia juga suka mkn mknan yang pelik2. Dayah mmg suka masak, ni dayah buat pisang ala2 sedap gitu. combine dgn coco crunch susu hehe. Sebenarnya ni sarapan dayah sbb dia bau pisang yang manis tu dia main bedal je mknan tuan dia. hahahha. Tapi kitorang kongsi je sbb tak kisah pun. ;D
 kalau dia mkn telur mmg mcm ni la gayanya. Siap berebut laki bini ni tau. lapar kot! hahahha
Boboy dayah bagi mkn jarang2 je telur, biasanya banyak kpd buah lah kan, buah apple besar tu mmg fav dia selain anggur,jambu batu,ciku. hehe macam manusia dah. Hari tu dayah mkn goreng pisang! huh habis dibedalnya tau!....
 Ni lah tempat tidur saya. Papa saya yang belikan kata boboy. gegurl kat sebelah sana. Gegurl sejak preggy ni asyik nak tidur je tau! kesian boboy main sorang2.....Sayang boboy n gegurl. Tak sabar nak main dgn anak korang, nenek duk tunggu cucu ni hahahahha ;D

Thursday 10 May 2012

Lost 5 kilo untuk 5 hari dan sangat bahagia.


Just wanna share something. Semua wanita mmg nak kan penampilan yang anggun dan cantik. Mustahil la kalau ada yang nk tampiul hodoh! Alhamdulillah sangat2, sbb berat badan dah turun, bayangkan kelmarin dayah timbang hilang 5 kg macam tak percaya. Tapi this fact!!!!!
Memang dayah disiplin sikit2 je, hahahah. tapi kurang la makan nasi buah pun dulu kadang2 je beli. Tapi skrg tiap kali keluar beli. Sbb baby dayah mkn buah sebenarnya heheheh. makan tu kadang2 jugak.
Tapi dayah amalkan semcell baru habis sekotak sbb bukan hari2 mkn. ngeeee ;p
Alhamdulillah masalah kulit pun dah hilang. dulu muka ni teruk naik jerawatr. Malu lah kalau org tgk sure dia kata pengotor sbb muka penuh jerawat. Tapi skrg dah kurang!....Dayah ada resdung sebenarnya. Mkn tomyam sikit je, haaa nahas la naiknya. Padahal bkn telan sotong pun, just hirup kuah. huhuhu.

TApi sekarang tiada lagi. YEAAAAH ! semcell terbaik ;p

Berjuanglah Wahai Isteri.

Hai everyone!
Ni nak naikkan feel sebagai seorang isteri to be sebenarnya, hari ni kat rumah takde orang. Ummi keluar pergi invite menginvite terinvite...;D. saya percaya dengan sepenuh kepercayaan dan meyakini seada-ada keyakinan bahawadalam hidup ini, andai saja orang itu membuka mata seluas-luasnya macam ikan lolong mereka akan temui titik pertemuan tentang pembelajaran baru. Tak semestinya kat sek je kita belajar.

Apa jua yang kita lihat, kita sentuh dan kita rasa itu adalah proses pembelajaran. Semakin hari pintu kubur semakin melambai-lambai kita dengan panggilan keinsafan, panggilan kesyahduan. Kalau boleh ingin shj mereka tolong kkhabarkan wahai kamu kamu kamu semua. solatlah, kerana aku tak sanggup mendengar rintihan azab siksa mereka yang ingkar.

Demikian jugalah dalam melaksanakankehidupan berumahtangga. seriusly walaupun dah dekat. dayah masih tak percaya yang saya nak kawin...ohhhhhh!
Tapi insyaAllah dengan bantuan keluarga terutamanya ummi dayah mampu hadapi. Masa nak kawin semua org nampak dan bayangkan yang suka je, tapi tugas dan tanggungjawab tu yang penting. syurga isteri dibawah telapak kaki suami. ya Allah, lindungilah aku dari segala fitnah. jadikanlah aku hambamu yang selalu bertaubat. Aku sayang kamu.....

The reason why the love is here!

hai, selamat pagi dunia cinta!!!
bangun pagi ni mmg happy sbb sy ni mmg jenis happy go lucky... tapi ada sesuatu yang berbeza, nikmat kesihatan macam kurang okey! rasa macam nak demam la. Demam rindu ke deman kepenatah tak tahulah. Memang la sebelum ni org yang tersayang ada pesan jangan terlalu banyak fikir, kalau ada masalah terus je bagitau. Jangan biarkan lama terbuku dalam dada. Yes! Saya mmg tak stress cuma penat. Penat dgn persiapan untuk hari bahagia.

Macam biasa pagi ni awal2 pagi dah turun g hirup udara segar kat laman rumah, biasalah kan kalau kita sakit jangan nak manjakan

Tuesday 8 May 2012

he is coming

Lelaki terakhir yang mampu membuatkan hatiku tenang dan bahagia. Mungkin terlalu stress jadi aku banyak menaip, aku banyak berinteraksi. Malam ni mungkin si dia sampaikan salam rindu zhulaikha sbb aku dapat rasai satu kekuatan aura rindu yang kuat. Ni betul bukan tipu atau reka dalam tempoh 2 minggu akan ada hari yang mampu aku rasai kelainan. Lepas ni ada la call tu tanya ada rasa apa-apa tak?....
hahhahahah....rupa nya mmg dia hantar melalui angin. Ya Allah hebatkan perasaan yang Allah ciptakan.
Saat rindu bertandang, tika itu hati menyanyi riang.

   Saat bahagia memang akan bakal menjelma, semua orang yang pernah melalui detik-detik ini akan rasa bahana aura cintanya. Ya lah, cinta yang selama ini disulam, dibajai dengan kemesraan dan kasih sayang akan bertaut dan bercantum mekar. Jalinan 2 keluarga yang pasti meriah. Tak sabar lak, persiapan tu nak kata banyak takdelah, tapi alhamdulillah semakin teratur. tunggu abang balik je, dulu tak rasa pun saat2 ni. Abang je yang call tanya hari ni brp hari, brp hari.. sekarang turn aku lak kot.
hoooooyeh!.....

   Macam tak percaya kot nak jadi isteri, tapi semua wanita akan bahagis dan suka apabila cinta terbalas, cinta dibelai dan disulam dengan kasih sayang insan yang terpahat. ohhhh fon dah bunyi.... muahhh!

Berbalaskah, dulang -dulang itu.


Aura-aura cinta dah lama ada, aura-aura nak kawin je slow-slow datang. Haish hantaran aku ni dah la banyak tapi langsung tak buat apa-apa lagi. Dah buat tapi baru 2 3 tu pun tak lengkap lagi hehe. Kalau dulu akulah manusia yang paling suka buat-buat benda ni. Aku mmg suka tengok pengantin dan pelamin. hehehehe...Kalau pergi kenduri memang aku lah yang lesap dulu, lesap ke mana lagi lau bukan hilang kat pelamin. Orang lain duk serbu makanan gulai kawoh pe semua kan, tapi aku tak heran la hehehe.....

Lagi lawa lagi suka, hantaran ni mmg aku design sendiri sbb nak puas hati, maknanya majlis ni banyak buat sendiri. Tapi pelamin mmg tak lah kan, ummi siap cakap janganlah besar-besar sangat. Haiiii anaknya ni mmg suka ambik gambar, pelamin tu mmg untuk posing kenangan dengan keluarga sahabat-sahabat la. bukan nak bersanding sangat pun!....mmg tak bersanding la. ;p

Sunday 6 May 2012

Memburu impian demi sebuah kejayaan

'Apa cita-cita awak?' atau "besar nanti awk nk kerja apa?'....Demikianlah soalan;soalan hotspot yang biasa kita dengar kan. mustahil tak pernah dgr. Lagi bijak kalau kanak-kanak yang masih muda diusia tadika dah didedahkan dengan persoalan demikian. Bagi dayah persoalan ini mmg penting bagi setiap individu. Tapi jangan terapkan persoalan itu diminda mereka sebaliknya, bagi pendedahan itu yang lebih bijak.

Jangan biarkan pemikiran yang sepatutnya difikirkan oleh mereka yang baya -baya dayah utk mencari solusi terpinga-pinga. Cita-cita itu boleh dilentur. Yakinlah, gagal mengejar cita-cita bukanlah penamat kepada sebuah kehidupan. Kita masih boleh mengubah situasi itu sebenarnya dengan syarat kita betul-betul mahu.

Cita-cita perlu dinamik sebenarnya, ianya boleh dikembangkan diajar dan dipamerkan supaya timbul minat untuk memiliki cita-cita yang hebat. Dayah bercakap dari sudut diri sendiri. Kalau ada dikalangan pembaca yang kenal dayah dari awal persekolahan dia tahu sedikit sebanyak sejarah hidup dayah.

Tapi Alhamdulillah kejayaan kita sendiri yang cipta. Yang penting dalam diri masih ada keyakinan dan keinginan untuk berjaya, bahagia macam yang lain.
yessss!!!! if you think you can do it! yesss you can. ;p

Bila mendung berarak kelabu, balutan salji membalut tubuh.

hai guys!
jumpa lagi kita kan, dayah sebenarnya boleh dikatakan sibuk la. tapi petang ni rasa nak menyibukkan diri nak menari-narikan keyboard lappy ni dengan alunan lagu balada. Suka dengan lagu ala2 yuna tu. merdu smooth je... tadi bukan main syok duk layan astro 132...gelak habis kau peah!...hahahahha. 
Mmg tu fav channel la, lucu mmg siapa yang ada penyakit pun comfirm hilang sbb duk asyik gelak. hahaha. 

Okeylah petang ni hujan bukan main lebat, guruh pun sama naik dgn hujan. Sampaikan rumah kita ' blackout' tapi lappy ni kita usung bawa masuk dalam bilik. so ummi tak perasan la lappy dia hilang. hehhehe.....
pinjam ya ummi. k.long bosan abang pun tak call lagi hari ni. biasa malam2 baru abang sayang call. 


 Biasalah darah tengah manis, ntah aku pun tak pernah rasa darah. huhu... okey kalau sahabat-sahabat nak kad kahwin kitorang jangan la segan-segan bagi alamat eh. nanti dayah poskan kat korang. Bila dah dapat kad tu jangan lupa datang eh.... tema kitorang weeding dlm taman. hihi. harapnya semua berjalan lancar. ameen.

ohhh sebut sal call ni jadi rindu pulak. yeayyy! dah tak lama abang nak balik. katanya dia nak minta cuti awal. nak balik awal maknanya leh jumpa awal. dah tak lama hubungan kitorang nak tukar status dari haram jadi halal hehe.....

Saturday 5 May 2012

Tetap Cinta Ketika Berbeza

Tiada yang lebih bermakna bagi pasangan yang mersa dan ceria kecuali hubungan yang dilimpahi kasih sayang yang mesra. Alhamdulillah Allah anugerahkan aku insan yang paling bagus. Aku sayang dia sangat-sangat Ya Allah. Terima kasih atas anugerahMu ini. Hari berganti hari, segalanya cepat berlalu. Tanpa aku sedar hanya 19 hari lagi aku akan bergelar PUAN HIDAYAH. Ohhhhh! masih tak percaya okeeey!.......

Namun siapalah aku yang tak mahu menerima hakikat kan?....dalam hati mestilah gembira sbb akan HALAL hubungan kami. Halal dan barakah itu yang kami mahukan, mmg usia 24 tahun sesetengah orang anggap itu usia yang muda, tapi bagi aku itu terpulang pada rezeki. Aku memang perlukan kasih -sayang insan yang bergelar suami.

Lagipun aku memang ada plan yang terbaik untuk hidup aku. harap Allah kabulkan doaku malam2. Aku cinta dia, aku sayang dia, aku rindu dia. I LOVE U Abang!..... ;p

Love in Paris.


Masa semakin hampir, impian dah nak jadi kenyataan. Sebelum tu mmg dah lama tak update blog.huhu..
lappy rosak la, skrin pecah gara-gara bgaduh! hahahaha...
habis aku lempar lappy sayang, sorry!... 

Dah tak lama aku nak naik pelamin lol..badan cam badak air lagi ni. haisshhh!..
Kesian dekat future hubby badak bang! hahahhaahha....
bukan apa asyik mkn je tahu kan gini la jadinya, so korang jgn masak sedap-sedap nanti susah nk control selera makan. susah la kan?.....
Tapi memang bila dah makan, mmg tak ingat dunia. tapi tadi dah start jogging. maintain dah sikit. lallala.
nak g honeymoon sini boleh tak?.....
ehem2...nak gi sini...lallalala.

Wednesday 2 May 2012

Bumi tetap berputar dipaksinya dengan aturan Ya Khalid

Segalanya bagaikan cepat berlaku, tanpa aku sedar segalanya dah melewati masa. Aku yang banyak dosa, lagi banyak yang mampu dan harus aku lakukan. Tanpa rahmat dan pertolongannya tidak bisa aku mampu bernafas di bumi indah ini. Namun bagi aku segalanya mmg sudah fitrah, ketentuanNya tidak mampu dilangkau. Kun fa yakun, jika benar ia bakal terjadi insyaAllah tanpa diduga ianya tetap berlaku. Siapa aku untuk halang segala aturannya.

      Semalam sudah cukup bagi aku untuk berfikir dan hadapi hari mendatang dgn hidayah Allah, aku mahu laksanakan tanggungjawabku dengan sempurna. Niat semua manusia mahukan yang terbaik, mahukan perubahan dalam hidup untuk menjadi insan yang kamil lagi intelektual. Jika Allah berkehendakkan semuanya mampu terjadi walau sesaat. Jemputlah aku sebagai tetamu istimewaMu ya Allah, jemputlah aku datang ke rumahMu, Aku rindukan syafaat Rasulku... Aku Rindu BITILLAH....

     Semalam nyawaku nyaris terangkat ke langit, aku pulang dari Kerteh. Mata sangat2 mengantuk. aku mmg rehat dan tidur 'nap' sekejap dibahu jalan. mungkin 3 4 kali bhenti tidak cukup bagi badanku rehat. Allah maha kaya, Mungkin aku tak mampu bertaubat or bernafas jika aku bertembung dengan wish smlam dgn kelajuan wish mybe 110km/j maybe. aku mengagak.Itulah kuasa tuhan, tanpa pertolongan perlindungan siapalah aku.

     Ya Allah, aku hambamu yang hina, aku hambamu yang daif, aku hambamu yang sangat lemah. Bantulah aku pimpinlah aku untuk menjadi insan yang taat kepada perintahmu, insan yang rajin menunaikan syariatmu.
Aku mahu menjaga kewajipanku sebagai muslim yang taat melaksanakan solat, berpuasa, menunaikan zakat, menunaikan haji Ya Allah, Engkau cantikkan keperibadianku secantik namaku.

       Aku mampu untuk melakukan segalanya hanya dengan izin Allah. Jika hari ini aku bahagia dengan kesenangan yang engkau Anugerahkan aku bersyukur. Hanya padaMu yang selayaknya. Aku bersyukur dengan anugerah kekayaan jiwa dan harta yang engkau limpahkan.

       Jika diibaratkan pokok, ia mempunyai daun yang lebat. maka begitulah juga syukurku padaMu.
sekarang aku semakin kuat dan gagah meniti hari yang mendatang, sakit yang engkau anugerahkankpdku membuatkan aku matang, segalanya adalah bukti kekuasaanMu. Aku mampu meniti hari-hari yang paling membahagiakan bersama insan yang tersayang.

                                             THANK YOU ALLAH, I LOVE YOU....