Thursday 26 April 2012

Suburnya nikmat kesyukuranku Atas kurniaanNya.

Bagaikan bermimpi dialam mimpi, segala impian akan terlaksana. Memang hobi saya 'travel' and yang paling penting kalau nak travel mestilah ada wang yang cukup, tempat menginap yang selesa dan yang penting insan pendamping yang menemani. Of course la keluargakan, husband, ummi adik kan....hehe.

Memang belum ada pengalaman g oversea, tapi Alhamdulillah tahun ni segalanya akan termakbul. Dah lama sebenarnya kita nak g jalan-jalan luar negara, bukan apa view dia mmg cantik. Lau kat Beijing yang paling suka sbb nak jalan dekat tembok china je. Sure lah sambil-sambil exersice kan, tapi rasa nak g musim salji je, lau bulan 6 ni comfirm musim panas, lau musim sejuk bulan mac kot....

Tahun depan dah target nak g Gold Cost Australia. Biarlah g China musim panas pun, salji banyak lagi kat Muka bumi Allah ni. Tujuan share ni bukan nak bangga diri ok but just untuk sharing, lau kata orang jauh perjalanan luas pemandangan terjana idea kan?....hehehe

Sure ramai couple-couple yang baru kawin macam kami nak g honey moon and interested to bring your sweet heart gi jalan-jalan kan?....korang boleh je nak minta dayah tolong sbb group ni ada 10 orang and we are the first booked for this, 4 hari 3 malam okey. harga tak perlu banyak kalau nak tahu sila PM kat facebook. ;p

Sunday 22 April 2012

Jalan ku untuk menuju Syurga adalah dengan bantuanmu , Wahai Suamiku.


1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......

My Colour With My Style Life

HILANGKAN MASALAH SAKIT KEPALA
WARNA: MERAH
kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya , letakkan tuala lembab berwarna merah diatas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenalin
...
MENGURANGKAN TEKANAN DITEMPAT KERJA
WARNA: BIRU
Anda rasa tertekan? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru.Ia berupaya meransangkan suasana tenang dan ianya dapat mengurangkan tekanan darah. Cuba ubah “screen saver” computer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenangdan kurangkan rasa tegang

ELAKKAN INSOMNIA
WARNA: MERAH JAMBU

Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa diwaktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna tersebut. Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. ~ Suasana yang romantik…

CERIAKAN MOOD ANDA
WARNA: JINGGA
Apabila anda merasa murung atau cuba untuk mengembalikan tenaga anda, cuba sesuatu yang berwarna jingga. Insyaallah pasti mood anda akan berubah.

LENYAPKAN KELETIHAN
WARNA: HIJAU
Terdapat pendapat yang mengatakan warna ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan.

Saturday 21 April 2012

Only you may touch My Heart

Become Loving.
When you are in the embrace,
become the embrace.
Forget yourself so totally
that you can say,
'I am no more.
Only love exists.'
Then the heart is not beating.
but love exist.'
Than the blood is not circulating,
but love is circulating.
than eyes are not seeing,
love is seeing.
Then hands are not moving to touch,
love is moving to touch.
Become love
and
enter everlasting life.

Friends indeed is like Snow white and Cinderella

When thing's are looking positive in your life friends get to know who you are. When you are negative in life, you get to know who your true friends are. There will be a ton of people around when times are easy. But take note of who remains in your life when times get tough, especially the people who sacrifice the resources they have in their life to help you improve yours when you need it most. These people are your true friends. And this I have learned.

Andai Dia Tercipta untuk Menghiasi hari-hariku.


Kita berkenalan bukan dalam perancangan.
Secara kebetulan engkau muncul dalam hidupku.
bila menggamit memori silam, ku panjatkan SYUKUR ke hadrat ilahi kerana mempertemukan 2 hati yang sangat istimewa.
ALHAMDULILLAH YA ALLAH....

Cinta kami terpatri ketika usiaku 21 tahun dan masih belajar di salah sebuah Pusat Pengajian Tinggi Awam di Ibu Kota. Jika nak di fikirkan jarak yang jauh tidak mampu aku gambarkan macamana la nak berjumpa dengan insan penyeri hati yang masa tu belajar di sebuah pusat pengajian di Pantai Timur. 
Namun, semuanya telah tercatat di Luf Wahfuz atas suratan Ilahi.

Pertemuanku dengan si cinta hati, Mekar terjaga samai sekarang 
dan alhamdulillah kami akan membina Istana Syurga Cinta pada hujung bulan mei.
thank you Allah jagakan buah hati saya.
Aku Cinta Dia, Ahmad Faisal Muhamad.

Bila Hati Bersulamkan Naluri Wanita

Perasaan RINDU lahir dari hati, fitrah insan yang sangat istimewa.
Rindukan seseorang umpama titisan embun yang menanti titik ke rumput nan hijau.




 
Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :

" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah aku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..

Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..

Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..

Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..

Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

P/S : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia....

Friday 20 April 2012

Perut Terisi, Kasih terpatri antara dua insan untuk menyatukan hati

Pagi ni, dengan bangganya kita jadi supir abang dengan amin a.k.a din. Hehe
Memang best lakan pagi ni dapat bergelak dengan Fatin, best friend masa duk belajar
sama2 dulu. Sama-sama kongsi rasa, bila dah besar makin rapat gayanya.

Macam biasa, sebelum Mesra Mall( tempat exersice) yelakan window2 shopping
hehehehe...
Sebelum MM buka dayah g lepak rumah fatin, belikan nasi bungkus utuk sarapan pagi
untuk baby fatin yang dah tak sabar2 nak keluar.
InsyaAllah namanya Hami, sbb dan scan n BABY BOY!....


Tapi baby ni bijak sangat tau, aktif pulak tu.
Hami dah berkomunikasi even still dlm rahim. ngee;p
Fatin mmg ajar anak dia, selalu berbual sbb suami fatin kerja balik malam.
Kalau sembang, dia akan bagi isyarat kaki. If hami dengar kan dia akan bagi respon dengan
cara hulurkan kaki. So boleh nampak la, benjolan kat perut mommy dia....
heee ;p
sweetkan ?

Bukan gambar ni yang sweet, jangan salah faham eh?...
Gambar ni sekadar hiasan, nak imaging camanelah bila time kita nanti....hoooyeh!
Saya belum bersedia, tapi kalau ada rezeki, insyaAllah.
Nak baby yang comel, nak pakaikan gaun pink, sweet muah sayang baby hami.
Buat masa skrang kita main dengan baby kita yang ni.
Sugar Glaider kan tgh reggy, nanti kita dapat cucu. heee ;p


Thursday 19 April 2012

Kau Sahabatku Kau Teman sejati


"Seseorang berada di atas agama kawannya."
Aku terlalau rindukan kawan-kawan aku, bila kita bersendirian
perkara yang bermain di dalam kepala ialah sahabat yang rapat. 
kawan yang memahami dan yang mampu menggembirakan.
bagi aku, kawan lah yang mampu mencoret seribu macam cerita dalam kehidupan.
 
Demikian pesan Nabi kita. 
Kenapa ya? 
Kita sangat terkesan dengan cara hidup siapa yang menjadi pendamping kita.Kita selalu cuba untuk memenuhi kepuasannya agar diri kita diterima sebagai kawannya.             
       Maka, Carilah kawan baik yang cara hidupnya selari dengan petunjuk al-Quran dan al-Sunnah.Carilah kawan baik yang kepuasan hidupnya diletakkan dengan memuaskan kehendak Allah.             
       Nak cari di mana?Hmm, memang susah nak cari. Mudahnya, kita jadilah kawan yang terbaik untuk siapa sahaja yang hadir sebagai 'kawan' dalam hidup kita.Sayangi mereka. Tunjukkan mereka contoh terbaik. Disebabkan mereka 'istimewa'lah, Allah jumpakan kita dengan mereka. Jom, hargai kawan-kawan di sekeliling kita hari ini juga.
   
              Bagaimana menghargai?Oh! Anda jauh lebih kreatif daripada saya. Jika tiada kreativiti, mintalah idea daripada Allah yang Maha Kreatif, sumber inovasi kita semua. Serulah nama-nama-Nya

Wednesday 18 April 2012

A World without You.


'...tanpa lelaki lelaki, siapalah wanita dan begitulah sebaliknya'....
Segalanya diciptakan bersebab, mana mungkin kita sebagai hamba ingin melawan fitrah berpasangan itu sendiri. Hanya akal yang waras 
perlu memainkan peranan sebagai seorang khalifah Allah, serta memakmurkan bumi Ilahi ini.

Dengan CINTA manusia akan berasa sempurna, cinta bukan hanya kepada kekasih
namuh ianya umum dan general.
CINTA seorang adik kepada kakaknya,
CINTA seorang pelajar terhadap pelajarannya,
CINTA seorang peniaga kepada perniagaannya.
dan yang paling hakiki yang kita wajib ingat dan laksanakan
ialah CINTA KEPDA HU RABBI 

Allah yang melontarkan rasa cinta dalam diri kita, 
kenapa kita dengan angkuh tidak mahu melaksanakan tuntutannya.
'DUNIA MAKIN MAJU CINT PUN MAU BIJAK MA"

Seorang lelaki yg Baik Akan membimbing Perempuan yg disayanginya Menjadi lebih Baik.


2 hari dayah tak update blog. Tak sempat nk update la sbb sibuk dgn urusan harian yang memerlukan komitmen tulang empat kerat yang sgt2 kritikal. hahaha

Kelmarin, ada satu peristiwa yang sangat menyentuh hati wanita dayah. Tak pernah terlintas dihati apa yang berlaku akan menjadi satu pahatan memori yang tak mungkin dayah lupa sebagai seorag insan yang bergelar bakal isteri kepada suami yang tercinta.

Tarikh 17hb April 2012,jam 8.30 malam, sambil-sambil dayah pakai mask kat muka dayah terkeluar kata2
yang bagi dayah hanya
satu ungkapan gurauan yang tak mampu menyentuhkan hati seorang lelaki

"abang, kalaulah muka ayang sama dgn masa ayg pakai masker 
(topeng putih tu)hahahha
 abang akan sayang ayag lg tak? andaikata ayanag kemalangan atau sakit teruk?'...

seketika, aku menunggu jawapan, tapi bkn suara dlm wadah lontarkan perkataan tapi ku dengar esakan dr bakal suami yang sememangnya bertahkta dihati,
dia menangis!.....
aku terkejut, cuba dayah kawal suasana.
hanya suara ini yang terlakar merdu di bibirnya,
"Sayang, abang sayang ayang. Tolong jgn ckp bukan2 abg tak sanggup kehilangan ayang."

Terima kasih ya Allah.
I love him so much dgn keberkatanMu.



sahabat Jadilah kalian macam lebah, rela mencari debunga demi menganugerahkan madu untuk santapan kita.

Sahabat untuk kita bergelak ketawa mudah nak temui,tapi yang setia disisi ??
Mungkin ramai yang pernah dengat ayat ni kan, dunia sekarang memang tak lari dengan hakikat kehadiran dan kehilngan sahabat dalam kehidupan.

"Sahabat yang sejati adalah sahabat yang memperhambakan diri kpd penciptanya".Tak salah bagi kita memilih sahabat, kerana sahabatlah yang sedikit sebanyak mencorakkan kehidupan kita. Jika buruk sahabat mampu kita ubah, alhamdulillah itu kelebihan.

Sebaliknya bagi mereka yang mudah terpengaruh, berhati-hatilah dalam memilih sahabat.
Dunia Allah ciptakan untuk saling mengenali,bukannya untuk berlumba-lumba mengejar duniawi sampai tertinggal ukhwah islami.

The Miracle of SEMCELL

Tuesday 17 April 2012

Bukan sekadar Nasi Ayam Linda Onn yang mampu mengumpulkan aura selera makan ku.

 Beselerakan!???
 Dayah mmg minat mee ni kalau g The Chicken Rice shop, bak kata iklan produk Linda Onn ni macam kita selalu dgar dekat iklan dlm radio ERA tu ' bukan sekadar nasi ayam....' ngeeee 
Mmg mampu membuka selera bila mkn mee dia dengan sup, sangat sedap!

Sebenarnya, soal mkn ni kita layankan je tapi mmg fav la kedai ni, hehe.
Ayam yang nampak huitam tu ayam madu, tapi cara masakan dia mmg unik la wa cakap lu. mampu menarik rasa ghairah utk makan...hahahahhaha.
Ayam yang putih tu ayam stim, kawan buah hati dgn buah hati je makan nasi kita n makan mee demi diet yang berkesan. hahahah.
setakat ni dah 18 hari tak makan nasi,hahhaha....
Tapikan, badan ni nak kata dah kecil takde la sangat sbb badan dayah mmg kasar n besar sbb tu kalau turun 
2 3 kg tu takde nampak kesan sangat.
Tips untuk turunkan berat badan la tak nk mkn SEMCELL macam dayah bileh je minum air.

Kawan dayah ada share tips untuk diet, badan kita n lau tak silap 10 kg 1 liter air, so gandakanlah 
dengan berat badan kamu,kamu dan kamu dengan air tu...
So, dia blh flushing habissss...
lalalallalal... stay healty korang...;p

Saturday 14 April 2012

Carta Hati I need your shoulder :'(

Bila aku rasa macam 'angry bird' aku perlukan dia, aku nak dia, aku nk bahu dia, aku rindu... sangat 2 rindu kan abang. tengok gambar abang dah buat ayang tenang, tanpa sedar air mata mengalir....
ohhhh!! tolong aku bukan manja, tapi aku ada perasaan. aku mmg perlukan dia. Abang, i need your shoulder :'(. I really2 need.
sekali lagi aku jadi angry bird, ntah la kenapa biar aku je yang tahu. satu perangai aku dari dulu sampai sekarang aku mmg tak suka manusia yang kasar dengan aku. mmg pantang datuk nenek moyang la. ni dah bahasakan diri aku dah... huh! sabar sabar!....
ntah la, memang betul aku nampak happy ceria je kan, tapi bukan manusia kalau tak reti marah, tak reti terasa,tak reti geram....
aku pun manusia la, wanita cumanya aku bukan lemah -lembut, ayu sopan...sbb tu aku jarang kamcing dengan perempuan. aku lebih suka berkawan dengan lelaki. bagi aku perempuan ni banyak songeh, suka mengada-ngada tak bertempat. ehhh! betul boleh mengada2 tapi jgn lah melampaui batas. Mmg aku boleh kira dengan jari kawan2 perempuan aku yang boleh satu kepala. Sbb mmg aku tak suka dengan hipokrit, cerewet, sampai sekarang ada lagi kawan aku yang macam tu, rasa hebat agaknya, tak pun rasa cantik... ntah aku pun tak tahu.
Perempuan ni sebenarnya ngada-ngada je lebih lagi2 kalau dgn lelaki...ahhhhhh!
gediiiiiik, aku mmg anti. sbb tulah aku lebih selesa berbual ke, debat ke dgn lelaki. aku suka cara pemikiran lelaki. tapi kalau perempuan ni aku bukan tak ada tapi aku ada geng, lau sekolah rendah dulu 4 atau 5 orang je yang aku kamcing, sek men pun sama. so aku tak suka manusia yg hipokrit, kau nk sombong lantak kau lah!
kau nk kata aku apa katalah. yang penting aku tahu siapa aku, dan aku tahu apa yang aku buat orang lain tahu. aku tahu dari dulu lagi kau mmg tak puas hati, tapi aku biarkan je. tahap kesabaran aku pun ada batasan wei.
sekian!
harap faham,aku mampu berkawan dengan manusia yang betul2 jadi diri sendiri bukan hipokrik menagih simpati or perhatian

taburkan Segenggam Salji pada Secubit Api, cinta akan semarak kembali.

kadang-kadang isteri mengamuk
Dengan ombak prasangka dan lautan cemburu
Pa bukti setiamu suami?
Atau apakah kau sedang berkira-kira
hendak "mendua','mentiga' dan'mengempatkanku'?
Kadang-kadang aku disergah suami
ketika keringat masih membasah
baru melangkah masuk ke pintu
ketika itu bermuhasabahlah diri
Mungkinkah suami berdosa dengan tuhan
atau bersalah dengan insan
Mungkin banyak penganiayaan dan kezaliman

suami,
hadirkanlah diri ke cermin hati
kaji diriMu satu persatu
kalau liar...berhentilah
kalau berdosa bertaubatlah
sebaliknya jika ternyata isteri yang meluluNasihatlah suamimu baik-baik
usaplah ubun-ubunnya
ciumlah dahinya
Ingatlah mustika kata dalam kitab lama-lama
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
akan mendapat balasan pahala Nabi Ayyub

Atau ingatlah pesan Ummar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri,
" Bersabarlah,kerana sesungguhnya isteri telah banyak membantu kita
Dia yang menyelamatkan kita
dari amukan nafsu
dia yang menjaga anak-anak kita
dia yang membantu menjaga kita
dia yang membantu bersihkan rumah kita,
lalu apakah salahnya kita bersabar dgn kerenah mereka?'



Dunia di cipta untuk Manusia dan Manusia dicipta untuk Akhirat.

                Petang yang hening, selepas solat asar bermunajatlah sayang-sayangku....
Sekarang tiba masanya untuk dayah muntahkan segala perasaan yang terbuku dihati untuk hari ini...

Jeng ....jengggg...jeeejennnng! 

sebenarnya petang ni sunyi je suasana, tv tak buka radio tak on dan hanya laptop jer yang menemani. Tapi takpe dayah suka. Sebenarnya memang dayah tak heran lau takde orang kat rumah sebab kadang2 kita perlukan masa untuk bersendirian. Memang arwah walid pun suka bersendiri. Mungkin anak walid aku ni...hahahhhaa. tapi semua orang cakap k.long comel macam ummi (ayat perasan sikit)......lama dah tak masuk bakul angkat sendiri. tapi tu kira okeylah kan?...
sekurang-kurangnya takdelah dayah letak bakul tu 3 meter lepas tu dengah susah payahnya dayah lompat...hahhhaa....
okeylah, kita berbalik kepada luahan perasaan tadi. ni kan ruangan soal hati. So kita kena menjiwai watak la.
 
Refer to the images... korang rasa kalau lah kamu,kamu, dan kamu di tempat itu agak2 la bahagia tak....ngeh2,,,
 
Jangan nak tipu la, manusia yang pegang tittle perempuan ni mmg suka macam tu, tapi biarlah habis sekolah dulu kalau nak bercinta. sbb apa tau cinta dan berkasih sayang tu fitrah semula jadi. Dalam Al-quran sendiri pun, sebelum kita bacakan kalimah cinta Allah s.w.t dia di mulakan dengan kalam, bismillahirahmanirahim bermaksud; dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang.
 
So, korang fahamkan apa yang dayah cuba nak sampaikan disini. Hati ini sangat rindukan seseorang. Allah dah ajar hambanya berdoa, so berdoalah doa zhulaikha khas untuk perindu perindu tegar seluruh Malaysia. ;p

Syurga Cinta di Timur semenanjung Malaysia

Kembalikan daya tarikan Cinta dengan melatih diri menjadi baik dan kita mengeluarkan ion-ion positif dalam diri untuk menarik mereka yang berada jauh dalam hidup yang kemurungan dan ken'negetifan'.......
Di sinilah dipanggilnya semangat, dorongan atau lebih tepat 'moral support'.
Bukaan senang,dan tidak susah melakukan tanggungjawab ini, ia mudah seperti mkn kokocrunch dgn susu segar je. hehehehheeh ;p

Pada diri manusia yang ada tarikan yang bolehkan satu komunikasi skill yng mantap tugas ini sangatlah mudah easy as A B C. Maksudnya, jika kita positif dan orang lain juga akan positif, maka kita akan mudah tertarik dah berhubung 'to each other'.

Dayah senang hati sangat petang ni, so rasa nak hadiahkan pepatah lama2 je kat you all semua, "burung yang sama warna dan bulu yang sama,akan terbang sekawan'. Suasana inilah yang kita jari dikalangan kita. Mmg tak dinafikan melayu mmg kuat dengki tapi abaikan mereka yang 'mereng' kepala otak. jarilah yang mampu meningkatkan tahap pemikiran dan daya intelektual untuk menyedarkan mereka-meraka yang kurang bernasib baik. 
aku rindukan sahabat. Memang tak disangka bila kita yang dulu-dulu masih berhingusan tapi sekarang memang terbaik. Masing-masing dah berjaya dengan kerjaya dan life style yang tersendiri.

I am proud of you friends, korang tetap di ingatanku. Walaupun dulu ada yang langsung tak rapat tapi tanpa korang hidup gua tak kan terisi dengan warna -wari luna la. Kalau saya tak sakit suke leh g abroad gak kan wal. hehehehehhe..... best bila tengok kamu-kamu dan kamu g overseas. tapi takpe nanti kita buat umrah sama2 tiru gaya wanna dan izza. eh sorang lagi akiudah yang mmg syok duk tgk abang2 hensem bermata biru kat ausie....ohhhh i miss you la.

Friday 13 April 2012

Yes! he is...incoming call again

mood happy baru je dengar suara yang tercinta. Perasaan rindu yang menebal semalam menetuk pintu hatinya. I miss you abang, hanya alat ini yang mampu menghubungkan kita. Sayangggg abang sangat2...
cepatlah selasa...hahahahaha.
kalau ada doremon memang sekarang juga ayang panggil tau, tapikan sayang seribu kali sayang, yang ada hanyalah doralin tapi tu pun yang najib punya...wawawaw

abang knp putus?...
memang line slow as snail pig eh?...hahahhaha

i miss you, nobody nobody not you....
hahahahah...abang ayang happy ni tau tak?...rindu banyak-banyak dan rindu ketat-ketat....
kalaulah boleh nampak wajahku disini memang kemewet ayang senyum tau! 

Traveling is my hobby too

yes! i love travel, ntah bila dah makin dewasa ni makin jelas hobby saya. kalau dulu sayalah manusia yang paling susah nak keluar jalan-jalan. Tapi sekarang, kalau ada masa terluang memang jalan la kerja. bukan apa, korang pun selalu dengarkan, 'jauh perjalanan luas pandangan' ada banyak yang best bila travel ni....


setakat ni aim hanya travel dalam negara, sbb next yer dah ada dua vocation trip yang menanti. InsyaAllah kalau diizinkan bumi manusia yang paling maju akan ku kunjungi. JEPUN. Sebut je jepun semua akan terbayang tentang masyarakatnya yang memang maju dan berdisiplin. I loike ;p

tapi setakat ni baru tahu cakap sikit-sikit bahasa jepun but it's not a big problem. hahahahha
'wata shi wa hidayah des!' yang lain boleh belajar hahahah..... satu lagi kita memang teringin nak mkn kimchi...ohhhh kimchi sedapnya pedas2 dan deperam....agak2 halal ke tak ek...

lau travel kat Malaysia ni asyik makan secret recipe je memanjang. Pantang nampak SR sure masuk. sbb kita rindukan air yogurt dia je. tp kita minta yang special sikit yogurt buah strawberry plus with banana....
wow! yummmy lalalalalallala ;p

choclate indulgence mmg sedap tapi mmg kita suka drinking yogurt dia..lalalala. tapi tak sah lak kan kalau tak mkn kek sedap tu. hari tu masa g makan sempat gak dayah tanya korang buat kek ni kat belakang kedai ni ke?....

terkejut jap dgn jawapan yg cashier SR tu cakap, katanya kek ni semua semuanya dihantardari KL. that means utk menjaga QC dia mmg buat sendiri n weekend baru hantar stock baru, that why kita mkn kat mana2 pun rasanya tetap mavelouse! lalalallalal



Are You Happy

Jika benar meraka kata mereka sayangkan kita,mereka cintakan kita ketahuilah seadanya.....
lelaki yang sayangkan kita dia sanggup melakukan apa sahaja untuk melihat kita tersenyum.
Tiada tanda yang mampu kita lihat melalui rohaniah atau batiniah yang pasti dan paling senang hanya melalui raut muka dan raut wajah yang dipamerkan....

Jika benar dia sayangkan kita dan kita sayangkan dia, wang, masa dan tenaga tidak menjadi perbandingan. segalanya ikhlas dari lubuk hati asalkan kita mampu buat pasangan rasa bahagia,rasa disayangi dan saling memahami....

Bukan senang untuk menikmati syurga cinta yang harmoni tanpa komitmen dari kedua-dua belah pihak. meh saya sajikan analogi yang paling mudh, bayangkan anda sugar glaider. jikasaya sebagai tuan anda sediakan epal,anggur dan jambu batu...
apakah reaksi anda yang berlatarbelakangkan sugar glaider.

ohhhh! pastinya anda akan segera makan buah itu. reaksinya anda makan tentulah sebab anda suka dengan sajian yang saya sediakan....
itulah hukum tarikan sebenarnya.
"the power of law attraction".

Masihkan Kau Ingat

The images shows everything, detik pertemuanku bermula hanya dengan sekeping photo dan inilah gambarnya. Siapa tahu jodoh itu datang tanpa diundang,jodoh itu hadir dgn aturan Ilahi. Picture ni umur dayah 21 tahun, muka pun budak2 lagi heee. tapi masa ni nampak macam kurus sikit la dari sekarang...hahahhaa

Detik pertemuan Cinta Sejati kami, hanya kerana dari mata turun kehati, Si dia suka melihatku memakai cermin mata. lalalalala, aku mmg dari form 2 lagi bermata empat. ntah bagaimana aku ni mmg suka surfing internet dan aku mmg suka layan imesh download-download lagu then adalah jejaka bertegur sapa....

just because this images buat aku bahagia sampai sekarang.
the power of images hahahahahah

Interpretasikan Cemburu

cemburu?? dengar jer perkataan itu sudah tentu fikiran dah cakap itu aura negetifkan?....
bagi dayah cemburu mampu jadi positif jikaindividu pandai mengeksploitasikan the meaning beside jelouse!

Pernah dengar tak ungkapan cinta, 'cemburu tandanya sayang'.....
mmg ungkapan ni lah yang dayaah nk ketengahkan pada korang , bila bercinta perasaan itu haruslah hadir tanda kita 'take a good care for my love'....tak gitu...
dan ianya juga menjadi satu hukum bagi memiliki cinta yang betul-betul bahagia namun berwspada jangan terlalu cemburu.

lelaki rimas dengan sikap cemburu buta sebenarnya. gunakan minda dan pandai-pandailah jaga hati pasangan.

Memang lumrah wanita adalah untuk dicintai dan lelaki adalah pemberi cinta,jangan sesekali abaikan yang tersayang . nasihat khidmat masyarakat.
Penuhi harimu dengan perasaan CINTA.... ngeeeee;P

Sekadar Kicauan Burung Di balik Mentari.

huh! hari ni hari kedua aku duk layan dunia blogging.
hiiiiii semua,selamat pagi..............
semalam kan tidur lewat maunya lepas je sembahyang subuh,mata ni terlalu berat...lalalla
ni baru bangun tidur, tapi sekarangkan segalanya ku rasa dah berubah...
aku tak tahu knp?
knp dgn terlalu drastik dia menukarkan perbuatannya...
kadang2 aku geram,tapi nasihat buah hatiku juga yang aku ikut... SABAR!
THANKS SYG, MMG PAGI NI NAMPAK MUKA SAYANG JE TERUS POTTTTT PEEETTTT!
apa yang tak kena pun ntah la.....hai kalau lah tak sabar..............
mood pagiku terganggu.....

Bicara Hati Kecilku


Mempunyai suami penyayang impian setiap isteri. Isteri mana yang tidak bahagia memiliki putera idaman hati yang memang pelengkap utama dalam hidup. Saya cintakan awak apa adanya.


Wahai Suamiku,
Jadilah abang bagi sayang,
sebagai seorang ayah,seorang ibu dan saudara.
sayang mengharapkan abang memiliki kasih sayang seorang ayah,
lemah lembut seorang ibu
dan pelindung kebahagiaan seorang suami.
Engkaulah insan yang bertahkta dihatiku, Ahmad Faisal Muhamad.


Abang mampu membantu sayang membina mahligai impian kita,sama-sama berusaha mengecapi bahagia. Allah telah temukan kita dengan perasaan yang sama,dgn kelebihan dan kehebatan yang sama. Kita sama-sama suka memasak. I love you. Saat ayang menulis ni jam berdetik malu menghalakan jarum ke angka 1.40 minit pagi. Sayang tak mampu nak melelapkan mata. Tawamu menghiburkan hati lara. I miss you so much dear. You are my life, you are my sunshine....

Untaian rindu yang masih berantai

12.35a.m

Sungguh aku tak mampu nak gambarkan perasaan saat aku menekan petak-petak kecik ini. hati sedang dirundum pilu. betul, saat ni rasa perlukan seseorang untuk menemani. sekadar mendengar luahan hati. Manusia ni tak semuanya beruntung,tak semuanya bagus... ada yang contranya. mustahil untuk memiliki sifat yang 100% sama.

Malam ni terasa rindu yang amat, mmg dalam jangka masa 14hari mmg akan ada sehari yang mampu membuatkan ku rasa gelisah, rasa yang tak mampu ku ucapkan dengan kata-kata yang pasti hanya kombinasi huruf ini yang mampu ku rangkaikan menjadi perkataan.
R.I.N.D.U.K.A.M.U

Between to loves

Apa yang ada jarang disyukuri
apa yang tiada sering dirisaukan
nikmat yang dikecap bila hilang baru tersedar
Apa yang diburu hanyalah impian yang mampu membangkitkan jemu
Andaikata yang diimpi mampu digenggam
ohhh!!! dunia
Ibarat air di lautan,diminum hanya menambah haus
ohhhh!! nafsu
Bagaikan fartamogana di padang pasir
Panas membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagaikan bayang-bayang bagi manusia yang tidak kenal
erti sebuah KESYUKURAN
Dilihatnya ada ditangkapnya hilang



I begin with semcell

 yes! time for sharing...
i wanna tel you about the benifit first...
  • Sem cell helps to delays skin aging- faktor pekerjaan dan kadr stress mmg cepat tua.;p
  • helps reduce wrinkles and fine lines,esp crow feet- haha,yang dah ada kedut tu jom try minum mcm dayah.
  • promotes skin elasticity and firmness- so kulit tetap anjal....lalalla

dayah bagitau tiga je dulu, ni dayan start makan suplement ni tak sampai seminggu tapi dah rasa perubahannya. yang sachet hijau tulah semcell rasa dia best cam air rebina pun ada. sebab nikan campuran berries...mmg sedap! selain cantik mmg tak myusahkan hidung la. kdg2 sampai tutup hidung kot nak kkn tapi tidak la dgn semcell...lalalala.

Malam Masih Muda Remaja.

Ntah,setiap kali nak hilang dari pandangan hati sentiasa tidak merelakan. Aku pun tak pasti dengan perasaan sendiri. Kadang-kadang keliru 'what kind of feeling'.....nak kata rindu aku baru je lepas dengar suara, nak kata aku nak teman aku mmg dah ada dia. Tapi mmg lah hadirnya memberi seribu erti dlm hidup.
Mmg terbukti makhluk perlu berpasangan, dimana adanya malam kat situlah bergantinya siang, dimana adanya lautan di selah sana jugalah ada daratan.....

aku nak dia. mungkin jarak yang mampu mengajarku erti sebuah kesetiaan. Sebelum aku mengenalinya aku hanya mampu sebut perkataan 'setia' namun hakikatnya baru sekarang aku mengerti makna setia. Kalau nak di interpretasikan gambar hiasan ini,aku mampu menghuraikan satu persatu perasaan karton ni....
bertapa hebatnya perasaan yang aku miliki ini. hanya aku mampu gambarkan dengan perasaan. sesungguhnya Allah hadirkan dia untuk menyempurnakan aku. aku bahagia bersamamu....

Just wanna tell you about LOVE

Jodoh seperti juga dengan kaedah rezeki,ianya telah ditentukan ketika kita dalam perut ibu lagi. hebatkan?
Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan kepada kita di hadapan sana. Adakah yang baik atau sebaliknya.....

 Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkanNya agar berusaha. Carilah jodoh yang baik serta rezeki yang elok. persoalannya, siapakah jodoh kita? berapa banyak rezeki yang bakal kita dpt? dan bila nak jumpa dgn jodoh kita?. Itu bukannya kerja kita untuk mempersoalkan soalan yang merapu tu. Ianya ketentuan Yang Maha Menciptakan. Milik kita hanyalah berusaha. Jadi berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan.

Jangan persoalkan siapa dihatiku.

jika kau minta intan permata tak mungkin ku mampu, tapi kalau kau minta roti dan pizza aku pandai jamu. hahaha. suka la lagu yuna terukir di bintang. Meaning yang tersirat lebih menarik dari yang tersurat.
inilah yang dikatakan cinta. bagi aku nak mencintai seseorang bukanlah susah, jika kita kenali dia dengan mata hati dah fahami dirinya segalanya akan jadi mudah. As simple as you sing a song twinkle twinkle little star,how i want the what you are...lalallalalla(sambung sendiri)

 bagi dayah kan dah dapat bakal suami yang macam sekarang ni memang hadiah yang terindah. bukan cinta kami tak diuji, mmg banyak ujiannya lau nak diceritakan tapi bukan tontonan,hahahha. lau nak tahu kena dtg weding kami sure dayah cerita.hahahahha ;p

yang penting dalam hidup berpasangan kita kena baik tutur kata,manis senyuman dan mudah memberi kebaikan,itulah nanti yang akan menawan hati pasangan. lau tak caya try call pakwe or hubby kamu...hahahha. ilove you dear.

The powerful smiling and the law of attraction

Jadilah orang yang baik,nanti kita yang akan tarik kebaikan. Segala kebaikan akan datang kepada kita seperti besi yang tertarik kepada magnet. Pernah dengar tak orang selalu cakap jika kita murah dengan senyuman pastinya kita akan murah rezeki.
  
Dalam konteks murah rezeki ni dayah spesifikasikan dgn lebih terperinci. Suka dayah bagi analogi senyum untuk korang, bayangkan seorang budak kecik yang sangat comel. pipinya gemuk bulu matanya lentik, then ada @ wanita yang sorang tu gemok dan bermuka masam(mengalahkan cuka haha) dan seorang lagi wajahnya ayu, ada terselit satu senyuman manis. agak2 korang la baby comel tu nak dekati siapa?

hahahhahahahahah jawab sendiri, it's depends on your mind lalalalala...

disinilah 'rezeki' diaplikasikan,sama juga dengan mak cik yang jual kat pasar korang nk g beli sayur klau mak cik tu senyum korang beli tak?....hahahhaha

Cerna Minda dalam bingkai kehidupan

mengharungi samudera kehidupan
kita ibarat pengembara
hidup ini adalah perjuangan
tiada masa untuk berpangku tangan
setiap titis peluh dan darah
tidak ada sinar ditelan masa
segores luka dijalan Allah
kan menjadi saksi sebuah pengorbanan
Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Jihad adalah jalan juang kami
 Mati di jalan Allah adalah cita-cita tertinggi kami.

Payung Cinta Dari Putera Hati.

 
                                    Pernah dengar tak tentang perkataan 'SEDEKAH CINTA'

' Jika bersedekah niatkan atas nama isterimu. Bantulah mereka dengan pahala sedekah kerana ramai para
isteri yang akan menjadi penghuni neraka' Masih terngiang-ngiang lagi di cuping telinga yang nipis ni. waweeee bahaya juga nk jadi isteri ni. Tapi jangan bimbang suami kan mampu menyelamatkan kita.

Berdoalah selalu,rintihlah dengan penuh kasih sayang kepada Allah, bermanjalah,bertafakurlah dengan lunak suaramu yang lembut kepada Ya Rabbul jalil. jgn nk lunakkn suara nk goda lelaki hensem lak. biasalah sekarang ramai manusia yang gedik...hahahahha. sempat lagi aku mengata orang. Astagrafirullah.

jadilah isteri yang mampu melembutkan hati suami,isteri yang bijak menyediakan hidangan istimewa untuk suami tercinta dan anak2... suami pasti bahagia. lalalalallala.
AFM I MISS YOU.

An essay for my lovely 'me'

Tajuk posted ni dayah memang tujukan untuk diri sendiri. Tangan laju je duk tekan butang keyboard petang ni. Suasana sunyi je sebab semua orang gerak g KB. Dayah mmg malas nak ikut,badan letih lagi.(padahal tak buat kerja berat pun). Maybe letih berfikir agaknya.

   Minat untuk blogging ni terjana bila dayah guna produk semcell haha...rasa nak cari kelainan la,lagipun boleh sharing segalanya. Yang nak baca dialukan dan yang tak nak tak payah. 'as simple as that'. tak perlu semak -semak duk fikir.hahahaha.

   Manusia ni sunyi lau takde teman, nasib baik dunia sekarang canggih ada jugak robot petak besar gedabak ni boleh buat kawan..... hahahaha.
'salam perkenalan semua,introduce you blogger baru'...lalallalaala ;p

pesanan penaja, ni gambar muda setahun setengah.jangan terpedaya dengan dakyah teknologi okey!

A flower in the pot.

Setuju tak kalau dayah kata, 'siapa kita sewaktu tua dicorakkan oleh masa muda remaja kita'.
kalaulah kita sedar tentang hakikat tu, 'sure' ramai yang akan menjaga masa muda mereka.
masa mudalah zaman yang paling genting untuk mencipta kerjaya,untuk mencari jodoh,untuk membina mahligai. dan yang paling penting untuk mendekatkan diri kpd Allah. Siramilah dan bajailah cinta yang ada dalam diri dengan potensi yang sebenar-benarnya anda miliki.
jangan sampai tersilap langkah dan merugikan masa depan diri sendiri.

C.I.N.T.A Andropaus dan Menopaus

Pasangkan niat untuk berkahwin kerana Allah, sebaik-baiknya itulah pangkal jalan yang dapat kita susuri kembali apabila bertembung dengan masalah dalam kehidupan berumah tangga. Pada awalnya kebahagiaan dan biarlah penghujungnya kemesraan. Kita tukarkan budaya orang Melayu yang suka pasang 4. cuba contohi bangsa lain, diorang SETIA PADA YANG SATU.

    CINTA ibarat air yang mengalir,walau jarak memisahkan namun hubungan tetap intim dan bahagia.
Bukan jarak yang menjadi ukuran dalam sebuah perhubungan,namun asas utama....
                                    ^.^ KESETIAAN DAN KEPERCAYAAN
                                    >.< SALING IKHLAS
yang lain korang fikirlah sendiri,dengan berkasih sayang manusia mampu ceria sepanjang masa. Hebatnya anugerah Allah pada kita. Ada apa dengan C>I>N>T>A??

    Untuk menjawabnya mari sama-sama dayah hidangkan satu analogi, ANALOGI CINTA.

'bayangkan tentang sebatang pen. Pena dicipta untuk menulis,keyboard dicipta untuk menaip( sbb guna KB skrg haha) selagi ianya digunakan untuk menulis,selagi itulah pen akan menari-nari diatas kertas. Sebaliknya jika pena itu dijadikan chopstik makan mee maggi perisa kari???
anda fikirlah,jangan bawa akal tu free je kat atas kepala...(versi ngepek) wawawawa.....
                               

The beauty is subjective it's depends on the eyes.

"Abang tidak takut, kalau tiba-tiba wajah atau keadaan tidak serasi dengan citarasa abang...errr maksud sayang kita masih manusia kan nanti ada kedut,ada 'spare tyre' dekat perut!.."
tiba-tiba,suara garau kedengaran sambil ketawa,..............
   "Ya kita masih manusia. Tetapi kita bukan sekadarmanusia tetapi hamba Allah dan khalifah di bumi Allah. Isteri ialah teman rapat kita untuk memikul amanah dan menrencanakan misi yang amat fleksible itu".
Aku terpinga-pinga macam kurang faham.....'errrrr...' sambil mengkerutkan dahi yang dah berkerut.
'hurrrrm!  abang pasti...?'
   Setenang air di lautan, "ya sayang, bagi abang awaklah segala-galanya. Tanpa awak disisi mana mungkin abang mampu berdiri seteguh ini. Abang dah berikan tulang rusuk abang pada ayang,abang akan jaga ayang dan lindungi ayang bagaikan mutiara di dasar lautan.'
   Mataku berkaca,sambil mataku menatap wajah insan tersayang tangannya ku gengam erat. "Sesungguhnya,abanglah pintu laluan utama,ayang menuju ke syurga'
 S.y.u.r.g.a isteri terletak pada S.u.a.m.i.
Cintailah aku bukan kerana rupa,tapi cintailah aku kerana agamaku,hilang agama dari diriku maka,
jauhlah rasa cintaku padaMu.
I always love you sayang.

Thursday 12 April 2012

Bring back your youth easy as 1.2.3. ;p

   
       Research has shown that, THE PRIMARY causes of aging is the depletion of stem cell within the body. A new breakthrough in anti-aging , A new formulation contain stem cell extract from a rare Swiss apple to help keep you looking and feeling YOUNG from your age.

      Tipulah kalau dayah kata" kamu,....kamu... kamu dan kamu tak nak nampak muda.' terutama Wanita hahhahaha... Allah dah lumrahkan 9/10 daripada nafsu dalam badan manusia,perempuan yang paling banyak. Antara 9 salah satu daripadanya ialah kecantikan, kekemasan,kecemerlangan,ketepatan dan banyak lagi la....

    Sekadar perkongsian, yang selebihnya kena rajin-rajin jagalahkan terutamanya 'exersice' dan pemakanan. lalalala.....

     Dayah dah minum semcell ni hari n dah masuk 4 sachet,then tadi tuan kedai yang jual nasi tu puji...
'hai kak long makin sari makin comel'... then kita jawab, 'hahahah, ni puji ada maknalah tu,tak pe abg din bulan % jap g abg din kena tolong gulai umah k.long'...hahaha

Padahal dalam hati, Ya Allah! suka,suka suka....ku tahu cantikku hanya pinjamanMu tapi aku di anugerahkan wajah ni tanda kesyukuranku padaMu.