Showing posts with label DuaPuluhEmpatJam. Show all posts
Showing posts with label DuaPuluhEmpatJam. Show all posts

Thursday, 30 May 2013

Lama tak semestinya semua dah jadi basi.

Hye!
Lamanya kita menyepikan diri.
Kalau nak tahu sebab? Kita sendiri pun dah x sure.
Cuma yang pasti tempoh 24jam sehari belum mampu ditangani.
Atau mungkin bumi makin pantas berputar,
Atau mungkin matahari semakin laju memecut orbit.

Tapi....
Sepantas mana pun masa berlari,
Sederas manapun air menghayutkan bendasing,
Saya masih berdiri disini.
Masih gagah dengan anugerah kesihatan.
Masih perkasa dengan semangat untuk terus mencari...
Mencari bekalan untuk bawa kesana nanti.

Sunday, 14 April 2013

Ciptalah Keindahan Itu

Happy?
Ya Sangat happy.
Kenapa?
Sebab saya suka kehidupan yang indah. Dan saya akan berusaha untuk menjadikannya ia bermakna.

Indah bukan bererti ianya sentiasa mewah dalam timbunan harta.
Indah dalam hati yang sentiasa ada rasa syukur.
Jika diberi roti ku terima dengan hidangan roti bersama milo,
Jika dihidangkan ikan kering aku akan jadikan ianya hidangan nasi goreng bersama ikan kering.
Itulah sebuah keindahan yang terlalu subjektif untuk manusia.

Andai kita menerima yang kurang, cubalah menciptanya menjadi lebih.
Andai nampak buruk dimata, cubalah hiaskannya menjadi baru dan cantik.

Hindarkanlah untuk menjadi terus pasif dari keindahan sebuah kehidupan.

Sunday, 7 April 2013

Kisah hari ini.

Rasa nak bercerita,hari ini semua orang tahu hari Ahad. Kalau sebelah Pantai Timur memang hari ni hari berkerja. That why, my hubby takde kat sisi. *sedih ^.^ (poyo). Selepas 40 hari En hubby cuti dan hari ni hari pertama dia kena masuk ofis. Okey bila sebut pasal hari pertama, tuannya mesti lah takde kat rumah. ALLAHURABBI,Tuhan je yang tahu perasaan tu. Bayangkanlah, kalau hari2 kita mkn sama2, minum sama2, main sama2, mandi sama2, lipat baju sama2, duduk sama2 rendah bangun sama2 tinggi bila sorang dah hilang, sorang lagi mulalah monyok tahap power rangers.
Memang SAH yang sorang lagi tu takkan aman, tapi nasib baik seminggu je. Perasaan ni nak je ikut yang sorang lagi tu g Kerteh. Sekurang2nya masih ada peluang nak berkepit. Apa nak dikata... PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh).

Monday, 1 April 2013

Jika masih ada waktu.

Hari ini aku dan engkau mampu tersenyum,
Tersenyum melihat keindahan alam yang terbentang,
Sama-sama berjalan menyusuri pantai,
Sambil terdengar bicara ombak memukul pantai. 
Indahnya ironi alam,
Tangan aku dan engkau erat saling berpegangan,
Aku suka bila engkau ada,
Ada menemani mengisi masa,
Masa kita bukanlah terlalu singkat tapi tidak
Juga terlalu panjang,
Hari ini kita masih bersama,
Aku impikan sesuatu yang boleh membahagiakan,
Aku dan engkau sentiasa mencuba,
Aku tahu engkau sayang,
Aku tahu engkau kasih,
Dan aku terlalu tahu yang engkau sangat penyayang.
Aku dan engkau kini hingga selamanya.


Sebuah Hati

Indah bila dua perasaan saling merasai,
Saat saya melihat awak,
Seakan masa terhenti,
Berhenti untuk menemani kita,
Saya selesa berada disamping awak,
Rasa selamat...
Rasa dilindungi...
Dan yang paling penting sentiasa rasa dihargai...
Terima kasih awak utk rasa ini.

Saya tetap akan bersama awak,
Setia menemani kita awak susah,
Berdampingan dengan awak bila awak perlu,
Memahami awak saat awak buntu,
Kerana adanya saya hanya untuk awak,
Tanpa awak siapalah saya.

Kita saling melengkapi,
Saat awak jauh saya sepi,
Terima kasih awak,
Sebab adanya awak disisi
Hidup saya bererti.

Sunday, 31 March 2013

Parahnya rasa itu

Lidah mana yang tidak tergigit,
Rambut mana yang tidak pernah putus,
Itulah hakikat yang perlu diketahui.

Aku berbicara bila aku rasa perlu,
Aku luahkan bila aku rasa aku perlukan ruang,
Aku cuba untuk fahami tapi seolah-olah tidak pernah dimegerti.

Aku pinta itu dan ini,
Hanya aku tahu itu perlu bagi aku,
Aku bukan nak menyusahkan,
Tapi engkau yang melebihkan apayang tak perlu,

Berlaku adillah jika kamu mahu,
Aku boleh miliki sendiri apa yang aku mahu,
Tapi kerana kata-katamu aku akur,
Aku cuba ikut rentakmu,

Tapi sekarang aku rasa aku mahu kayuh,
Kayuh apa yang telah aku lakukan,
Kayuhan aku terhenti seketika kerana tanggungjawab,
Aku mahu teruskan kayuhan yang terhenti demi satu destinasi.

Time for sharing

Hye! Petang sudah.
Tip top ..tip top jam kat dinding rupanya kita dah di hujung bulan mac.
April pasti muncul tak lama lagi. Masa ni kadang-kadang terlalu cepat meninggalkan kita.
Ntah la, petang ni tak tahu la rasa nak bercakap sorang2... buang tebiat eh?
Bukan la, kita nak berkata2 kat dlm blog ni je...
Ntah rasa bosan, sangat bosan. Tapi tak tahu kat mana kena mulakan...
Maybe kena ajak si dia bercuti kot...
Perlukan suasana lain untuk seketika.
Tiba-tiba je teringat dekat seorang sahabat lama. Macamana la agaknya dia sekarang.
Sihat ke tak? Huhu.. Harapnya dia sihat la. Bila kita tak hiraukan dia, kita rasa macam nak tahu perkembangan dia. Tapi bila kita ambik tahu semakin dia jadi mengada-ngada tanpa kawalan.
Aggghhh... yang tu kita tak suka sebenarnya. Tahap mengada2 yang tinggi, jadi cara selamat jauhkan diri dari dia.
Biasalah, kita pun bukan elok sangat. Sekurang-kurangnya kita tak suka kita lari dari dia,bukan bermakna kita benci. Tapi kita nak ruang untuk kita. Kalau kita dah tahu perangai diakita tak boleh tahan, kita kena la ambil tindakan. Maksud kita tindakkan larikan diri la hehe.. tapi jangan la korang ikut cara yang tak berapa nak betul ni ek? ^.^

Friday, 29 March 2013

Perasaan utk dilepaskan pergi

Lepaskanlah rasa sakit itu,
Lepaskan seolah-olah kamusudah tidak perlukannya,
Jika ia ada kesakitan itu kian menanah,
Kian membusuk di dalam hati.
Lepaskan ke udara,
Bagai beon yang terbang ditiup angin,
Biar ia tidak muncul lagi,
Biar ia pergi jauh membawa segalanya.
Saat rasa sakit itu hilang,
Baru kita tersedar akan sesuatu,
Tapi sekarang masih tidak pasti,
Tidak tahu apakah rasa itu,
Biarkan....
Biarkan ia terus pergi,
Pergi jauh dari rasa ini,
Rasa yang semakin parah di hati..
Semoga kesembuhan akan tiba nanti,
Sedia kala macam sebelum ini,
Tapi perlukan waktu utk pulih...
Sembuhah wahai perasaan.

Tuesday, 26 March 2013

Me yang rajin ;)

Meh nak cerita, kita memang tak suka ubat. Weeeha! Ntah, tak tahu kenapa jadi berperangai pelik camtu. Kalau ikutkan, awal bulan 3 haritu kita dah kena g klinik sbb ada appointment dgn doc pasal penyakit perempuan. Tapi sampai hari ni kita tak nak g...huhu... Degil kah kita?
Zzzz tak yah jawab la, sebab bukan kamu kenal kitapun. Kita n jenis yang mcm mana kan?... kalau kenal pun sbb dari cerita2 yang kita sharing kat sini je hehe...
Ntah la makan ubat n mungkin rasa dia pahit tambah keras tambah tak bestkot.
Sebab tu jarang yang nak mempertaruhkan diri demi menelan ubat.. keh keh;)
Tapi kalau tanya kita memang kita jawab ubat tu tak rasa manis macam cadbury haha....
Kalau ubatpun susah nak telan, nasihat orang pun payah jugak.
Yelah, suami kita dah habis gayamemujuk suh g klinik. Kita tetap buat2 lupa la,buat2 ada hal la hahah... nasib suami kesayangan kita tu kuat sabar. Kalau tak hurm... tak tahu la nk cakap apa.
Ke memang orang yang jenis payah mkn ubat ni tak suka dgr nasihat eh?...
Ye saya tinggalkan satu persoalan disitu..... bye2

Monday, 25 March 2013

Di suatu malam

Perasaan tidak puas hati tu selalu je datang bila aku kat sini.
Ntah la orang cakap kadang2 tempat pun kena sesuai dengan jiwa.
Bila dah tak suka macam2 boleh jadi.
Tapi itulah, nak jumpa yang sejiwa bila kan?

Hati sekarang rasa makin jauh,
Jauh dari keseronokan yang diri sendiri idamkan.
Mungkin harus di cuba dengan rasa berdikari.
Tidak terlalu bergantung.
Sebab bila ada rasa kebergantungan ianya seakan rumit.
Ntah la.. sukar nak di gambarkan melalui penceritaan.

Hanya tunggu masa untuk bertindak.
Bertindakmenggunakan akal dan usaha.
Untuk mendapatkan apa yang aku idamkan bukan macam sebiji kacang.
Memang memerlukan komitmen.

Takpelah, asal kesedaran tu ada.
Jika niat baik, insyaAllah ada yang membantu.
Setakat ini aku harus redha dan bersabar.
Perkara sekeliling yang tak menyenangkan aku...
Benda alah ni la yang bukan aku takde jiwa...
Takde perasaan rasanya.
Tapi apakan daya, selagi mampu ku tahan...
Akan cuba untuk bertahan.
Tapi bukan bertahan membabi buta.
Tapi bertahan mengikut rentak sendiri.

Tuesday, 19 March 2013

Bisikan Rasa

Saya bila gembira akan terukir senyum dibibir. Siapa sahaja yang melihat pasti akan tahu perasaan yang tak perlu digambarkan itu. Itulah ekspreasi yang boleh menggambarkan emosi. Bila saya masam maknanya saya tengah 'moody' dan takde siapa yang berani nak tegur. Yelah, kalau dah muka masam macam cuka sape je yang berani nak tegur. Kalau ada yang berani pun mungkin dia dah berfikir banyak kali. Tapi pernah terfikirkah kita bagaimana nak ekspresikan cinta?
Kalau emosi dan perasaan ada caranya takkan bab ekspresi cinta takda kan?
Kadang-kadang luahan cinta ni bergantung kepada individu tu sendiri. Kalau dia rasa pasangan dia suka makan mungkin dengan cara memasak di boleh zahirkan perasaan cinta. Mana kita tahu kan? Heeee, habis dah kita melalut %÷●{[\~···{♡] ntah apa2 ni.... biasalah bila bosan memang jari jemari ni akan menari laju dekat blog....
Serius bosan, rasa cam nak balik apal je..... zzzzzZzzzZZZzzZZZZzzzzz....

Sunday, 10 February 2013

Habis jiwang kita jalan2 lak

He is mine. I'm happy because of you. Cuti 3 minggu cinta hati hamba ni dah nak berakhir. Hamba pun nak berjalan + berdeting dengan kesayangan hamba. Love you so much sayang.
Jom berderakkkkssss....... ~publish♡ kah2 macam dialong lisa surihani #~Istanbulakudatang#~

Saturday, 9 February 2013

Salahkah dia atau kesiankan nasib mereka

Awal biasanya heboh dengan kenduri kendara, masa bercinta semua indah. Tapi sekali angin bertiup kencang sekali kompas hilang arah. Itulah kehidupan yang kita sendiri yang mendiami belum betul2 kenal. Dunia manusia yang bercinta semua indah, dunia manusia yang berpenyakit hari2 hanya berusaha untuk melawan virus, manusia yang pentingkan kerjaya hanya bergelumang dengan kerja 24 jam. Itulah dunia yang saya cuba karangkan... adakah sama dengan dunia yang anda cipta?

Persoalan itu biarlah mereka sendiri yang jawab. Cubalah fahami hati dia yang kadang-kadang terguris dengan sikapmu.Jangan cipta masalah kalau diri tidak pandai nak tanganinya. Manusia bila bercakap semua pandai, jangan kerana mulut nasib manusia lain yang binasa.
Adakah kerana salah dia, nasib mereka yang tergadai.Mereka masih belum mampu membuat keputusan sendiri, andai digolek ki kiri maka kirilah ia. Jika digolek ke kanan maka kananlah ia. Amat sedih kiranya nasib mereka sekali ke kiri dan sesekali ke kanan. Terhuyung hayang sebab nakhoda yang biasa memandu arah sering membuat hal. Sering mencipta masalah.

Entahlah, manusia ni bila nak beria-ria tapi bila dah tak nak sekelip mata buang. Adakah terlalu murah erti sebuah penghargaan. 7 tahun bersama harungi suka dan duka tapi kini hanya lesu memandang nasib diri. Andai salah, janganlah malu untuk perbetulkan. Buanglah keegoaan yang sebesar gunung kerana langsung tak memadai untuk mencerminkan nasib merrka yang masih bertatih. Jika dulu sayang, kenapa kini bukan makin menebal rasa sayang itu. Bukankah peribahasa 'sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit' jelas nak tunjukkan bila makin lama maka makin bertambah. Itulah yang sebaiknya, rasa sayang pun biarlah begitu. Setiap detik rasa sayang hadir dalam jiwa pasangan, belai pasangan dengan perasaan yang penuh kasih sayang.

Rasa nak jumpa sangat dia

Bila sampai sini banyak kenangan yang datang. Dulu datang disambut, dirai tapi sekarang semuanya berubah. Hubungan dia dah tak sama macam dulu, kesian pun ada bila ingatkan dia. Jarak aku dgn dia tak jauh sangat sebab tetap dalam negeri Melaka. Melaka bukan negeri yang besar sangat pun kan?...
Kadang-kadang hati rasa tak adil sangat dengan apa yang dah terjadi kepada dia. Nasib dia seorang wanita memang kesian. Bagai 'habis madu sepah dibuang'. Hakikatnya aku memang tak puas ati dengan keputusan yang telah dibuat. Hati wanita mana yang tidak digoris jika orang yang dia anggap sebagai imam suka2 bergurau tentang perempuan lain dihadapan isteri. Ya Allah kuatkanlah hati wanita itu. Aku tak tahu nak tolong dia macammana lagi, pernah aku nasihatkan dia dan beri kata2 semangat. Sebab hanya itu dayaku untuk membantu. Aku sayang dia dgn anak2 keladinya. Hubungan aku dgn anak2 keladi mmg rapat, si comel tu memang pintar. Sayang seribu kali sayang bagi aku.
Aku cuba bersangka baik dengan apa yang dah terjadi. Hati wanita ni bukannya keras,ia paling lembut dan mudah terasa.Aku kesiankan nasib anak2 yang masih bertatih untuk mencari laskar warn dalam kehidupan. Nasibnya akan terabaikah? Aku simpati.
Rasa ada sesuatu yang tidak adil. Bagi aku yang juga seorang perempuan, cuba bayangkan jika suami kita sendiri bercakap dan memuji perempuan lain disepan kita. Adakah perbuatan itu menjaga hati isteri?...~ ohh kalau jawapan me memang sah2 dia tak menjaga hati isterinya. Kalau betul kita sayangkan permaisuri yang bertakhta di hati mesti kita jaga hatinya dari disakiti.

Friday, 8 February 2013

Melaka Here We Come


Baru siap packing barang, maybe jap2 lagi kot nk gerak ke Melaka.
sempat lagi kita nk berblogging.
Bak kata blogging tegar, blog ni lebih kurang sama je dengan diari.
Cuma yang sedikit berbezanya ialah diari ni online then ramai yang
boleh baca catatan dalam diari ni.
Diari Alaf Baru.. :)

Pagi ni awal sangat kita bangun dari tidur, suami yang kejutkan lagi.
Mood hari ni memang ceria + happy + best habis...
Alhamdulillah la kan, setiap kali terjaga insan yang disayangi sentiasa ada disisi.
Itu semuanya adalah anugerah kurniaannya.
Siapa kita untuk menolak dan mengingkari untuk menerima pemberianNya.

Sekali kasih sayang kita sudah bertau dengan insan yang bergelar suami
saat itulah kita perlu setia mendampiongi dia.
Setiap tawa, setiap kegembiraan dikongsi bersama.
Nasib kami kira okey sebab beza umur lebih kurang sama, cuma dia beza setahun lebih tua.

Kadang-kadang dari segi pemikiran banyak yang sehaluan. Alhamdulillah
Dari segi minat lagi lah best sebab memang kami berkongsi hobi yang sama.
Suka bela ikan, suka travel dan yang paling best sekarang
suami pun dah slow2 minat dunia fotografi.
Yeayyy..sangat2 teruja bila dia dah hadiahkan lense mikro..
Boleh la kita shoot dekat Bandaraya Melaka...
Okey sayang2 semua, tunggu update kami dari Melaka ya..hehe



Kau Kunci Hatiku


Setiap kali aku rasa terharu bila kau ucapkan kata-kata sayang padaku meskipun 
saat itu keadaanku tidak terurus.
Hati dan perasaan terlalu jauh untuk menggapai rasa cinta yang telah kita hadirkan sebelum ini.
Percintaan kita diuji setelah 2 tahun perkenalan.
Perkenalan hanya dalam alam maya, Kau hadir ketikaku masih lagi bergelar penuntut.
Ingatkan lagi saat indah itu, saat kita berkenalan.
Awalnya bermula dari sahabat, bila hari berganti hari
kita saling menyulam ikatan persahabatan.

Sikapmu, Hemahmu, Personalitimu
memang membuatkan aku tertarik. Alhamdulillah kita meluahkan perasaan sayang
dan mula berkenalan dengan lebih rapat.
Saat itu indah dan sangat hebat perasaannya.
Walau jarak kita jauh tapi hati kita tetap utuh.
Aku di Shah Alam dan kau di Terengganu.
Sama-sama menghabiskan pelajaran untuk meniti sebuah kehidupan baru.

Ku sangka panas hingga ke petang
rupanya hujan di tengahhari.
Ujian dalam bentuk kesihatan datang menimpaku.
Hampir dua tahun aku sakit, tapi perasaanmu terhadapku tetap sama.
Kau masih membisikkan kata cinta kepadu.
Sekali lagi air mata insanku mengalir.
Aku tak sangka begitu dalam cintamu...

Saat itu mungkin kita diuji olehNya untuk mengetahui setiakah kita
Aku sudah hambar untuk meneruskan perhubungan
tapi kau tetap setia menemani disisiku
kau tak pernah membelakangi aku dari segenap hal
Engkaulah penguat semangatku
Setiap hari engkau datang membawaku keluar bersiar-siar di tepi pantai..

Tika berhadapan dengan lautan membiru
aku cuba menjelaskan keadaanku yang tidak sama seperti awal perkenalan.
Tapi engkau tetap berdegil untuk memperisterikan aku.
Allahuurabbi....
Air mataku tidak putus2 berhenti, bukan senag untuk aku mengambil keputusan untuk berpisah
tapi aku takut aku tak mampu sihat apatah lagi untuk menjadi isterimu...

Alhamdulillah sekarang semuanya telah berubah.
setianya dia
Sayangnya dia
Cintanya dia 
dan kasihnya dia
telah membawa kami 
kealam bahagia. Tanpa siapa sangka ujian sakitku sembuh
dengan izin Allah aku pulih seperti sedia kala.
Itulah hikmah kasih sayang Allah.. 
Setelah didatangkannya ribut petir dia hadiahkan salji yang memutih
aku sekarang sah menjadi isterinya genap 8 bulan.

Usia perkahwinan yang masih awal 
dan kau telah kunci pintu hatiku hanya untuk kau seorang.
I Love You.....


Thursday, 31 January 2013

Fall in Love again and again...

Everyone says you only fall in loves once,
but thats not true
because everytime I see you
I fall in love all over again

Love doesn't make the world go round
Love is what makes the ride worthwhile

When I see your smile, 
I know it's mine..


I'm Your's


I wrote your name in the sand
but the waves washed it away

I wrote your name on my hand
but it wash off the next day

I wrote your name on a peice of paper
but I accidently threw it away

Lastly, I wrote your name in my heart
and finally forever it will stay.




My Everything


I love it when my fingers are entangled in yours
and my head was on your chest
listerning to your heartbeat
It made me feel so safe 
like nothing bad could happened to me

Just because your hug is a
pill that always work ;)


Wednesday, 30 January 2013

Darah ohhhh tidak..

Darah??? Yes! Memang pasal darah pun entry ni hehe. Pernah jumpa orang yang mabuk darah tak? Meh hari ni nk sharing cerita Mr.Jantung hati mabuk darah. Bayangkanlah sepanjang perjalanan dr rumah ke kb tadi yang terpancul dari mulut 'agghhh, sayang berdebar' grrrr so kita cuba tenangkan dengan senyum jelah hehe~~~♥ tu je yang mampu di'reaksi'kan untuk tenangkan perasaan gemuruh Mr.Jantung hati.
Mcmana nk berhadapan dengan mereka2 yang mabuk darah eh? Kalau yang tak sampai tahap kronik okeylah kan? Ni kalau tgk je tgn sendiri luka then pengsan itu mmg masalah la kan nak tanganihehe. Apa2 pun kita tgh sabar menunggu reaksi Mr.Jantung hati tgh buat X-tray.
 
Padahal bagi kita yang normal ni apa la sangat dengan darah tu, just bendalir berwarna merah yg ada dlm badan. Hehe kadang2 rasa lucu jugak. Tp takpelah sbg pasangan kita terima seadanya bab2 lucu ni. Tapi kan? Ya ada tapinya jugak, lau kita kat labour room nanti agaknya la kan susah ke senang eh... haha. Persoalan tu nanti kita sama2 jawab lepas ni....

Medical Check - up Mr. Jantung Hati ;)