Showing posts with label Sebuah pesanan. Show all posts
Showing posts with label Sebuah pesanan. Show all posts

Tuesday, 2 April 2013

Menipulah selagi mampu

Penipu memang licik,
Setiap perkataan yang dilontarkan seiring dengan putar belit,
Berkata dusta seolah-olah mainan mulut,
Hanya yang lemah tertindas dengan kata-katanya.
Bila berkata semuanya berdasarkan mainan fikiran,
Licik seolah-olah hidup satu permainan,
Perwatakan suci utk mengaburi mata si pemerhati,
Sampai bila pun belum pasti,

Mengapa dia menipu?
Tujuan apa yang dia rasa suka nak menipu?
Menipu yang dia begini dan begitu,
Menipu untuk menutup segala prasangka,
Menipu untuk mengaburi mata,
Mata mereka yang prihatin,
Mata orang yang jujur dan lurus.

Sampai bila mereka nak menipu,
Menipulah kerana kepercayaan itu mahal,
Mahal untuk dibeli oleh mereka yang pendusta.

Sunday, 31 March 2013

Berbicara tentang orang itu

Dia insan biasa,
Tapi berwatakan seolah-olah dialah yang teristimewa,
Gayanya dialah yang paling tabah,
Tabah menghadapi kehidupan.
Kadang-kadang ada yang kurang selesa,
Siapa yang suka jika pelik dipandangan mata,
Mungkin berkata-kata hiba untuk menarik perhatian,
Menceritakan soal hati dengan mereka yang entah dari mana,
Jika hati dah sayang panjatkanlah kepada yang berhak,
Sayang bukan senang dimulut
Tapi ianya harus lahir dari hati dan seiringkan dengan perbuatan.
Gayanya seolah-olah dialah yang tahu tentang perasaan,
Bercakap tentang itu dan ini,
Hakikatnya dia hanya membuka kelemahannya sendiri,
Sedikit demi sedikit dia bercerita,
Lama kelamaan terserlah jua..
Jika ingin sahabat sentiasa mendampingi dan menyayangi
Jangan pernah tersalah cakap tentang soal hati,
Kalau mahu yang terbaik seperti orang lain miliki,
Berusahalah.,,
Jangan hanya tahu mengadu dan bersedih..
Seolah-olah dialah manusia yang paling sedih.
Tapi sedihnya hanya senjata untuk meminta belas..
Kebahagiaan bukan hak milik mutlak,
Kebahagiaan harus hadir tika kita mampu tersenyum dan air mata
Masih bergenang...

Monday, 25 March 2013

Deria Penglihatan

Kata pujangga, dari mata turun ke hati.
Hebatnya panahan mata yang membawa terus ke hati dan melekat terus di dalam jiwa.
Mata juga adalah organ yang mudah terangsang.
Justeru sebagai isteri, jamulah pandangan suami dengan penampilan kemas, cantik dan menarik.
Lelaki mudah tertarik pada kecantikan yang dipamerkan.
Berhiaslah agar si dia tidak berpaling kepada yang lain.

Thursday, 10 January 2013

Aja aja Fighting

Bergembiralah....
Kenapa perlu ada jiwayang berduka
hidup ini hanyalah sementara sebelum datangnya sebuah ajal
Ajal yang tidak pernah sesaatpun menunggumu.

Senyumlah....
Disebalik senyumanmu adalah kekuatan,
Kekuatan yang sukar untuk dimengertikan
kerana hanya kamu yang merasai sebuah kesukaran...
Kesukaran itu bukan didatangkan untuk menyusahkan
tetapi kesukaran yang menguji sebuah kehidupan.

Tabahlah...
Selagi nafas dihela
Selagi nadi berdenyut kencang 
Selagi itulah kamu harus berjuang
Jangan pernah biarkan putus asa menang
Sebaliknya kamu yang menang.
Menang dari sebuah kekalahan
Bangkit dari sebuah kesedihan

Berhentilah....
Sapulah air matamu
Balutlah hatimu dengan kekuatan
Gilapkan semangatmu untuk terus menentang
Tidak kalah manusia yang lemah
Tidak tewas kita yang lelah

Bangkitlah ...
Kamu harus bangkit melawan 
Biar pun tercatat kamu akan tewas
sekurang-kurangnya kamu telah berjuang
Bukan mengalah menghadapi kekalahan
tapi mengalah demi sebuah AJAL


Your's


Masa yang berlalu mustahil akan datang kembali. Setiap detik adalah saat untuk kita abadikan. Bukan mudah untuk kita lewati segala detik indah yang telah lama kita tinggalkan. Yang paling best tika di alam persekolahan.
Cuba 'flashback' balik kitaran hidup kita. Bermula seawal tempoh kelahiran....

Masa tu comel tak payah nak imaging la kan.
Kulit putih melepap,pipi tembam,mulut munggil hehe. Comelnya 
kita saat itu, semua orang sekeliling sayangkan kita.
setiap saat cium pipi mulus kita.
Masa tu kita hanya pandai senyum dan sesekali ada tangisan.
Tangisan je yang pandai sebab masa tu kita mana pandai nak bercakap kan? hihi
Itulah kita seorang baby yang comel :)

Hari berganti hari,kita membesar dengan penuh kasih sayang
dari insan bergelar ayah dan ibu. Segala kebahagiaan jadi hakmutlak kita.
Dibelai dimanja dengan penuh nilai murni agar kelak hidup sentiasa berbakti.
Berjasa kepada mak dan bapak... 

Kita berganjak masuk ke dunia kanak-kanak.
'sudah semakin besar dan bijak anakku', sapa si ibu.
Ketika itu kita sudah pandai berkata-kata berceloteh dan menjadi penyeri 
hidup ibu dan ayah. Mendengar halai tawamu
menghilangkan penat si ayah.
'Waai anakku membesarlah kamu dengan didikan yang sempurna, agar kelak
menjadi anak yang berguna'. monolog si ayah.

Setelah masing-masing mempunyai kehidupan sendiri,
tanggungjawab sendiri,
kerjaya sendiri,
Dimanakan ibu dan ayah???

Monday, 24 December 2012

Tak perlu bermadah puisi sebegitu rupa

Pernah terbaca tak status luahan rasa lebih kurang mcm ni,

"Wahai engkau yg pernah singgah dlm lubuk hatiku,
Izinkan aku melupakan bayanganmu dalam hatiku,
Aku akan hapuskan memori indah yg pernah terjadi dahulu,

Engkau menemaniku saat aku sedih,
Tapi sekarang kita macam tak pernah mengenali antara satu sama lain,
blaaa bla bla bla........ (ngeh2 puitis gitu la)

Rasa cinta tidak mudah untuk dihapuskan lagi2 bila kamu yg teringatkan dia lebih.
Hal ini akan menyesakkan kerana kamu sendiri tidak berusaha untuk mengatasinya.
Apabila bayangannya kembali dalam memori
cubalah untuk elakkan sbb hanya kamu yg mengerti perasaan itu.

Ingat setiap janji-janji yang pernah kamu berikan kpd dia dahulu
setelah dia telah berjumpa jodohnya,kamu akan lenyap dringatannya.

Menangis???
bersedih????
berasa tertekan,sakit hati, kecewa?

Kamu, marilah hilangkan rasa sesal itu
yang langsung tiada guna dan kekecewaan tanpa makna.



Berhentilah bersedih

Mengapa perlu tenggelam dalam kesedihan?
Mengapa merenung dan meratapi diri sendiri?
Mengapa tuduh Dia salah dalam menulis takdir?

Sedangkan Dia yang Maha Mengetahui segala yg berlaku tanpa kita sedari.

Tiada sedikitpun kezaliman yg dikenakan keatas kita,seorang hamba-Nya.
Cuba buang segala memori indah yang mungkin mengotori hati
dan menyesakkan dada.
Segala kenangan itu cuba membunuhmu secara diam sebenarnya.

Mengapa kamu sanggup bergenang air mata sedangkan dia terlalu bahagia.
Bukankah kamu menghiris hatimu sendiri.
Lepaskanlah dia dari setiap anganmu
hindarkanlah kenangan itu dari menjengah masuk ke dalam mindamu.

Engkau mampu bangkit  jika kamu sayangkan dirimu sendiri.
Tiada siapa yg membantu dirimu melainkan kamu.
Aku dan dia tetap sama.
Bahagia melakar sebuah kehidupan bersama.
Bukan aku ingin menunjukkan gah,tetapi sekadar menyedarkan kamu
dari dunia ciptaanmu sendiri.



Berhentilah meniti kenangan

" Apabila cinta mempertemukan jiwa di alam ketinggian,

Perpisahan di alam dunia adalah seksaan jiwa utk para pencinta,
Apabila mata tidak saling memandang,
Jiwa ini dan jiwa itu pasti terseksa rindu."

Apabila cinta gagal diperolehi daripada insan yg didambakan,
apabila insan yg dia dambakan menjadi hak milik orang,
apabila segala kasih sayang bertukar kepada insan lain,
kenapa perlu ada rasa cemburu dalam diri...

Bukankah kamu mengerti yang dia sudah dimiliki oleh pendampingnya...
Berhentilah berharap dan terus mengharap....
Kerana sesuatu yang pergi tidak mungkin kembali seperti dahulu lagi.
Mengapa kamu masih berfikiran sempit..
Kembalilah kamu kepada orang yg berhak menyayangi kamu...
kepada seseorang yg telah melafazkan akad terhadap dirimu.

Buanglah segala kenangan dahulu jika ia mampu merobek hatimu...
Usah dikenang pada mereka yg kamu harapkan...
Usah mengeluh jika dirimu tidak mampu memiliki apa yg orang miliki...
Usah kamu bermuram durja dgn apa yg berlaku...

Kembalilah ke pangkuan orang yg kamu miliki
Aku pinta engkau hentikanlah segalanya.