Wednesday 21 November 2012

Seminggu sahaja.


Angin bertiup ayu malam ni kan?..
Rasa nk memblogkan diri jap mlm ni.
Maklumlah rasanya dah lama tak update blog! bukan apa, bila suami ada kat rumah mmg jarang a.k.a
takde masa sangat nk tarikan jari jemari kat sini... B.U.S Y..hihi ^.^

Malam sudah berlabuh, macam biasa rutin sebagai seorang isteri 
kpd seorang suami yang mencari rezeki jauh dari pandangan mata mmg macam ni.. 
Sesekali bila jauh kita akan lebih menghargai erti sebuah pertemuan.Mana tak ya nya, biasa kita selalu je
pandang pasangan kita, alik2 hari ni tgk tiada...
Mmg akanb terasa la kan ketiadaannya kan?...



Rasa rindu itu hadir bila perlu,
Perlu tika kita saling berjauhan,
Kutub utara & kutub selatan seakan berbicara,
Pertemuan untuk menjalinkan kasih sayang.
Pertemuan untuk mengukuhkan ikatan.
Jika jauh pasti ada rindu yang bertamu. 
Itulah hakikat yang biasa akan ditempuhi oleh semua
yang berjauhan.

Haish macam puitis lak aku malam ni..haha
Mybe ada darah A.Samad Said kot yang terpancut! hehe..



Dah 2 hari berjauhan dgn si dia. Biasalah bertugas utk mencari rezeki utk isteri kan..
(lagi2 isteri dia kuat makan) hehe...terpaksalah kena g kerja jauh2...
Tapi takpe, berjauhan itu menguji kesetiaan orang kata..
hihi...

Walaupun seminggu tidur tidak sebantal, 
tapi hati ini tetap sayang...Cewah! 
kalau abang baca mesti tergelak ni kan..hahaha..


Nasiblah sekarang ni, dunia dah maju. Teknologi mengatasi kemampuan yang terbatas.
Kalau hidup zaman P.Ramlee mmg parah la aku rasa.
takkan nk berhubung dgn jantung hati pakai ketuk2 botol kot. 
kat laut mana nak ada benda alah tu...
Tak kiralah, bertapa jauhnya kami tapi kemesraan tetap terjalin.
Terima kasih TM..haha...
(tiba-tiba)....




Pepatah Melayu sering menyebut, "alah bisa tegang biasa"
begitulah hakikatnya diriu sekarang. hehehe.
memang aku dah biasa hidup macam ni, kena berjauhan dengan suami demi keluarga kami jugak.

Tapi kesian jugak, sepatutnya hari selasa en.suami dah kena fly
sebab masalah-masalah teknikal pagi esok baru check in kat airport!
I will be waiting for you dear!
tak lama pun seminggu...hehe
Tak sabar lak nak tunggu saat berjumpa. 
Itulah indahnya sabar...

Mesti korang confius, apasal lak tiba2 keluar perkataan sabar kan?
  
Haaa, meh nak bagitahu....
Indahnya sabar sebab sanggup menunggu, sanggup bersabar melalui saat2 yang tak best.
Tak best?
Aah mmg tak best, biasa ada insan yang ada disisi, ulit tidur, suap mkn, 
tp bila dah tiada kena la buat sendiri kan..hahaha.
(celoteh je tu)
Bukan senang k nak hidup berdikari ni, tapi apa2 kita kena hadapi dan redha. 
Bila kita ikhlas, redha kita akan bahagia dengan kehidupan kita.
Kita akan rasa bersyukur dgn nikmat kemanisan rumahtangga yang
Allah anugerahkan. 
S M I L E......

Tuesday 13 November 2012

Bila Kaki Terus Melangkah


Yang ni nk bercerita pasal strawberry berry berry.hehehehe
Kalau korang g Cameron tak sah
 kalau tak pegang or makan or tgk buah merah ni.
Time ni sempat gi lawat ladang strawbery lagi, awal2 masa jejak kaki kat tanah rata ni 
pak cik dayah yg menetap sana yg tunjukkan jalan 
(sbb dia tak smpat nk ikut nk balik bercuti kat kg..cikgu la katakan) 
so dia tunjukkan jalan. 






Keesokan harinya baru kita
 ( umi + adik2 + mama + adik2 ipar + hubby).
Awal2 sampai ladang, hati dah rasa teruja sbb dr jauh nampak pokok lavender ngeh2. 
Org g ladang strawbery nk tgk benda alah yg warna merah tu kan?..
aku nk tgk bunga hihi. Pelik dari org sikit :P
Lepas puas tgk lavender baru pegang ini buah yg
 glamour ngeh ngeh...

Haaa ni ada gambar mak cik berposing! 
hak hak hak.....






  
Tgklah bertapa freshnya strawbwry ni.
Hai mmg best la kalau blh menetap sini, dah la sejuk
hari2 boleh makan.
Petik + telan. Petik + telan = kenyang haha.






haaaa ni dia pokok lavender! Perggghhh,,
memang teruja bagai la aku bila dpt tgk pokok ni.
Tak kira la klau korang kata aku jakun ke apa,
sbb seumur hidup aku,ni first time tgk pokok ni
REAL okey!



haaaa ni dia pokok lavender! Perggghhh,, memang teruja bagai la aku bila dpt tgk pokok ni.
Tak kira la klau korang kata aku jakun ke apa,
sbb seumur hidup aku,ni first time tgk pokok ni REAL okey!

Korang tahu tak pokok ni boleh tumbuh tak dkt cuaca biasa ?
Mana tahu kot2 dia nak suhu sederhana cam cameron je. 
Haiiishhhh mmg teruja la ak dgn warna purple ni... Sweet! ahaks...


Sejauh mana pun, kaki melangkah Ingatlah dia sentiasa.
Dia tetap ada untuk hambanya, Bila merasai nikmat kurniaannya aku terpaku.
Beruntungkah aku?
Bertuahkan aku?
Dia ada menemani hambanya..
Dia rindu rintihan hambanya....

Pernah dgr tak org ckp, lau mkn strawbery kat sana rasa dia manis?

Haaa, skrg terbukti sudah. Mmg manis jauh bezanya rasa yg kat supermarket.
Subhanallah! hebatnya.. Mybe korang akan kata yg kat SM lain kan, ni yang kami wat balik pun bila rasa
jauh bezenya dgn yg mkn kat ladang.

Sana mmg rasa dia manis.
Adakah disebabkan cuaca?..hurmmm
Ntah la, aku pun x tahu.



Bergambar itu hobi :p
InsyaAllah next time blh berkunjung lah lagi.




Selagi kaki mampu berjalan,
Selagi tenaga boleh diguna pakai,
selagi mata belum tertutup dan terus pejam.


Monday 12 November 2012

Sepagi di Ladang Teh

Hai...!
Pagi2 lagi dah bangun walaupun sejuk bagaikan tidur dalam peti ais. 
Memang tidur kena pakai stoking,sweater & yang paling penting...selimut pakai blanket 
yang paling tebal. Kalau tak mmg beku la atas katil hehe :p
Bangun pagi udara dia mmg segar, sangat2 nyaman. Buka tingkat apartment je
terasa dingin bayu mengigit tubuh.hihi

Cuaca mmg sangat cun untuk g explore ladang teh.


Hati2 ya bila turun tangga. Ni baru lepas sihat dr..dot dot dot.
Ni pengalaman ngeri dkt cameron tapi takpe kita tetap happy sbb mungkin bukan rezeki. 
Walau sekejap sahaja pemberianNya ada,tapi kita dah dapat lalui pengalaman itu.
Hubby pujuk nanti boleh usahakan lagi. So tak perlu nak sedih2 hehe.

  
Tangga ni mmg curam, bayangkan kat depan ni menghijau pokok2 teh yg segar.
Memang sangat2 teruja, cantik!






















Haaaa.. ni muka excited hahaha.
lucu kan tapi takpe ni semua kenangan.
Ladang teh ni nampak je panas, tapi sebenarnya suhu sejuk tu tak terasa panas.
Maybe cahaya je ad tp suhu sejuk cam duk dlm air cond! hehe.

Dingin membalut hati yg dalam Bahagia.



Ceria bila berdua,
Bahagia apabila saling menghargai,
Cinta adalah anugerah untuk menuju redha Ilahi,
Memiliki insan kurniaanya adalah nikmat terindah,
Andai Cinta pamerkanlah kpd Penciptanya.
Kedinginan membuatkan aku semakin cinta,
Semakin rindu dgn kekuasaanNya.



Senyum lebar je kan?..Mana tak lebarnya dapat jalan2 lagi hehe..
haaaa, ni hari pertama sampai kat Tanah Rata, Cameron Highlands ;)

Fuhhhh!, perasaan bila sampai tak yah ckp la, sure2 happy hehe....
Boleh holiday lagi, yang paling best g honeymoon bawak family sekali tu yang makin
meriah. Sangat2 meriah, sampai2 tu mmg segar dari ladang udara dia, sejukkkk!!!
tapi masyuk. 

Sure rindu cuaca & suhu kat sana....
ehhh! *dah start melalut! hihi :p




Amboi2 siap buat peace lagi kat korang ni?..
 (kononnya cute la tu) 
haa,masa sampai tu lepas check in apartment kitorang terus g jalan2. hehe..
Masa tu dlm pukul 4 kot...


Ni masa jalan2 tgk apa yang ada terjumpa la topi yang suami kita pegang ni.
Haaa kepala teddy uuols! hehe..
Kalau kita ni kecik a.k.a. kanak2 lagi sure nak beli satu.hehe...



Haa, semua sibuk duk cari barang2 atau ada yang buat2 sibuk. 
Kat sini macam2 ada, start dari barang yang paling kecik sampai la 
yang sebesar2nya.... 
sayur ada,bunga ada, baju ada...hihi



bantal ni blh buat peluk2, nasib baik sana tak hujan.
Kalau hujan sure semua kecewa...hihi

Tapi senyum kemewet pun badan tetap letih, hihi. Bayangkanlah jalan 
Gua Musang tu banyak sangatlubang...haha ;p




Haaa masa ni dah penat berjalan duk pusing2 kedai tgk apa yang ada.
Sampai kat pintu kereta pun blh nk bergambar bagai lagu kan..hihi



This one is special from someone!
Thanks for the lovely rose ;)

Wednesday 7 November 2012

Friend's Wedding Aimi + Abu


Congratulations!

Minggu lepas dapat raikan pengantin baru.
Sahabat yang sama2 menuntut kat UiTM Shah Alam dulu.
Aimi & Abu


Cinta mereka bermula masa kat alam kampus la. Dua2 kawan kita, kitorang sama
fakulti tapi berbeza cos hihi. Ape2 pun tahniah!
Sesat tapi bermanafaat! bayangkanlah hari wedding diorang ni, 
dayah dgn hubby dari Subang Jaya 
naik KL dulu. Dari KL nk g umah pengantin, punyalah susah! haha :p
tak pasal2 kenyang mkn langsat time tuh! hoho >.<



Sweet candy is like our sweet memory okey.
Suka sgt idea garden wedding korang! HEHE...


Dari tghari kami Suami + isteri bertolak, dlm pukul 3 lbh baru blh tgk pengantin.
Bayangkanlah, sbelum sampai mmg 4 5 orang kawan kami call suh bagi direction (GPS la katakan) haha.
Nasib baik suami kita sabar, tapi muka dia tak blh nak senyum kan?...hahaha
muka letih sbb drive kot.
Btw I love you! hehe


Tapi, apa pun syukur sbb dpt REUNION dgn geng UITM balik slps bbrp tahun x jumpa.
Happy & enjoy sangat2.
Walaupun tak sempat nak jumpa semua,tapi sekurang2nya dpt
juga lepaskan rindu dkt geng2 ni.


Cuba tgk deco cake ni...
Pandai diorang buat, designer mmg patut designkn sendiri la wedding cake.

 Aimi & Abu hensem bergaya dgn menu diorang!Hahaha, dah mcm nk buka restoran dah haaa...
Semoga ikatan suami isteri yang terbina, kekal hingga ke syurga!

Nanti tiap2 kaliu anniversary g la panjat bukit tonggek kat depan fakulti tu eh?
haha...bukit tu mmg banyak kenangan yang terindah!
''Friends Forever".

  Yang paling best dpt jumpa & peluk my bestfriend ni.
inilah sahabat sejati kita dr sem1 lagi... Keep in touch!
Kalau ikutkan hati mmg tak habis nak bcakap, banyak benda nak sharing!
Tapi takpe nanti kita jumpa lagi ;)


Semalam, Hari ini, Esok

Indahnya kelopak mawar menghiasi taman,
Nyaman dipandang si teruna dan dara,
Selamat Pagi teman2ku sekalian,
tiba masa kita bersua.


Haiii!!!!!
Hope semua sihat dan bahagia 
bersama suami tersayang!

           Biasalah pagi ni terjaga dlm pelukan mesra seorang suami. Tadi me buka fb then tgk ada status rintihan seorang isteri yg suaminya sama kerjaya dgn hubby 
kita. Sebenarnya bukan senang nak handle rumahtangga seorang diri tanpa suami,dgn kerjaya sendiri lagi, anak2 lagi mmg memerlukan kekuatan "ironwomen" hehe.....


Bila tgk status dia tadi me mmg blh faham dan rasa perasaan dia. Bersyukur sgt2 sbb 
tak perlu nak strees mcm isteri yang berkerjaya.
\Bukannya me tak nk berkerjaya mcm org lain tapi sejak dr
sekolah menengah lagi dah target utk buat perniagaan sendiri. Alasannya hanya satu hehehe..
Sure klau sy ckp isteri2 kat luar sana pun bersetuju. 

Sebabnya sy tak nak berhadapan dgn strees! 
Iyalah klau kita berkerja sendiri dr segi management kita yang tentukan. 
Tak payah nk bersusah payah tadah telinga nak dgr 
arahan dari bos, (yg tu mmg paling pantang sbb sy x suka diarah sbnrnya hihihi)

Lagi yang paling2 tak sedap bila kes cuti.
Haaaaa, faham jelah klau cuti ni,takkan hari minggu 2 hari je nak jaga family, 
ishk! iskh! mmg saya tak setuju. Lau blh hari2 uruskan urusan keluarga itu yang best. 
Hidup ni bukan semata2
nak BERKERJA! hehe.... keluarga yang paling utama. Uruskan kepoerluan suami dan anak2.

Sbb tulah kita bersyukur sgt2 sbb en.hubby tersayang pun lebih suka kita berbisnes sendiri.
Masa + komitmen lebih berfaedah. Bila hubby balik blh ikut dia 
jalan2 hehe... Biasalah, hidup semua ada cabaran,
kalau takde cabaran bukan hidup namanya ;)