Sunday 31 March 2013

Berbicara tentang orang itu

Dia insan biasa,
Tapi berwatakan seolah-olah dialah yang teristimewa,
Gayanya dialah yang paling tabah,
Tabah menghadapi kehidupan.
Kadang-kadang ada yang kurang selesa,
Siapa yang suka jika pelik dipandangan mata,
Mungkin berkata-kata hiba untuk menarik perhatian,
Menceritakan soal hati dengan mereka yang entah dari mana,
Jika hati dah sayang panjatkanlah kepada yang berhak,
Sayang bukan senang dimulut
Tapi ianya harus lahir dari hati dan seiringkan dengan perbuatan.
Gayanya seolah-olah dialah yang tahu tentang perasaan,
Bercakap tentang itu dan ini,
Hakikatnya dia hanya membuka kelemahannya sendiri,
Sedikit demi sedikit dia bercerita,
Lama kelamaan terserlah jua..
Jika ingin sahabat sentiasa mendampingi dan menyayangi
Jangan pernah tersalah cakap tentang soal hati,
Kalau mahu yang terbaik seperti orang lain miliki,
Berusahalah.,,
Jangan hanya tahu mengadu dan bersedih..
Seolah-olah dialah manusia yang paling sedih.
Tapi sedihnya hanya senjata untuk meminta belas..
Kebahagiaan bukan hak milik mutlak,
Kebahagiaan harus hadir tika kita mampu tersenyum dan air mata
Masih bergenang...

Parahnya rasa itu

Lidah mana yang tidak tergigit,
Rambut mana yang tidak pernah putus,
Itulah hakikat yang perlu diketahui.

Aku berbicara bila aku rasa perlu,
Aku luahkan bila aku rasa aku perlukan ruang,
Aku cuba untuk fahami tapi seolah-olah tidak pernah dimegerti.

Aku pinta itu dan ini,
Hanya aku tahu itu perlu bagi aku,
Aku bukan nak menyusahkan,
Tapi engkau yang melebihkan apayang tak perlu,

Berlaku adillah jika kamu mahu,
Aku boleh miliki sendiri apa yang aku mahu,
Tapi kerana kata-katamu aku akur,
Aku cuba ikut rentakmu,

Tapi sekarang aku rasa aku mahu kayuh,
Kayuh apa yang telah aku lakukan,
Kayuhan aku terhenti seketika kerana tanggungjawab,
Aku mahu teruskan kayuhan yang terhenti demi satu destinasi.

Time for sharing

Hye! Petang sudah.
Tip top ..tip top jam kat dinding rupanya kita dah di hujung bulan mac.
April pasti muncul tak lama lagi. Masa ni kadang-kadang terlalu cepat meninggalkan kita.
Ntah la, petang ni tak tahu la rasa nak bercakap sorang2... buang tebiat eh?
Bukan la, kita nak berkata2 kat dlm blog ni je...
Ntah rasa bosan, sangat bosan. Tapi tak tahu kat mana kena mulakan...
Maybe kena ajak si dia bercuti kot...
Perlukan suasana lain untuk seketika.
Tiba-tiba je teringat dekat seorang sahabat lama. Macamana la agaknya dia sekarang.
Sihat ke tak? Huhu.. Harapnya dia sihat la. Bila kita tak hiraukan dia, kita rasa macam nak tahu perkembangan dia. Tapi bila kita ambik tahu semakin dia jadi mengada-ngada tanpa kawalan.
Aggghhh... yang tu kita tak suka sebenarnya. Tahap mengada2 yang tinggi, jadi cara selamat jauhkan diri dari dia.
Biasalah, kita pun bukan elok sangat. Sekurang-kurangnya kita tak suka kita lari dari dia,bukan bermakna kita benci. Tapi kita nak ruang untuk kita. Kalau kita dah tahu perangai diakita tak boleh tahan, kita kena la ambil tindakan. Maksud kita tindakkan larikan diri la hehe.. tapi jangan la korang ikut cara yang tak berapa nak betul ni ek? ^.^

Friday 29 March 2013

Perasaan utk dilepaskan pergi

Lepaskanlah rasa sakit itu,
Lepaskan seolah-olah kamusudah tidak perlukannya,
Jika ia ada kesakitan itu kian menanah,
Kian membusuk di dalam hati.
Lepaskan ke udara,
Bagai beon yang terbang ditiup angin,
Biar ia tidak muncul lagi,
Biar ia pergi jauh membawa segalanya.
Saat rasa sakit itu hilang,
Baru kita tersedar akan sesuatu,
Tapi sekarang masih tidak pasti,
Tidak tahu apakah rasa itu,
Biarkan....
Biarkan ia terus pergi,
Pergi jauh dari rasa ini,
Rasa yang semakin parah di hati..
Semoga kesembuhan akan tiba nanti,
Sedia kala macam sebelum ini,
Tapi perlukan waktu utk pulih...
Sembuhah wahai perasaan.

Wednesday 27 March 2013

Biru Love Hijau



Dahulu kala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut kepada langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit kepada laut, warna langit sama dengan warna laut.    

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata ‘aku cinta padamu’ ke telinga langit. Setiap kali si langit mendengar penuh cinta laut, langit tidak menjawab apa-apa, hanya tersipu-sipu malu, wajahnya kemerah-merahan. Suatu hari,datang awan..

Begitu melihat kecantikan si langit, awan seketika itu juga jatuh hati terhadap langit. Tentu sahaja langit hanya mencintai laut, setiap hari hanya melihat laut sahaja. Awan sedih, namun tidak berputus asa, mencari cara dan akhirnya mendapat akal. Awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin dan menyusup ketengah-tengah langit dan laut, menghalang pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit, sehingga dengan gelombangnya laut berusaha mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi, tentu sahaja tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan laut dan langit. Angin rasa harus membantu mereka menyingkirkan awan yang mengganggu.

Dengan tiupan yang keras dan kuat, angin meniup awan. Awan terpecah-pecah menjadi banyak bahagian, sehingga tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas, tidak berupaya lagi mengungkapkan perasaan terhadap langit. Kerana berasa tersiksa dengan perasaan cintanya mengunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.

Hinggalah sekarang, kasih antara langit dan laut tidak terpisah. Kita juga boleh melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada satu garis di antara laut dan langit, di situlah mereka berpacaran.
p/s;Jika tercipta dia untuk dirimu, pasti akan dicambahkan kasih dan ditemukan juga dua jiwa walaupun seisi alam menghalang, namun jika tidak pasti bercerai kasih juga akhirnya. Sesungguhnya suratan Allah itu lebih Maha Teliti perancangaNYA.



Remember


Ingatlah tarikh-tarikh penting yang berlaku dalam hidup 
kita berdua. Raikanlah hari-hari istimewa bersama.
Masa yang diisi bersama dapat melahirkan satu perasaan saling.
Saling menghargai kehadiran antara satu sama lain.

I Miss You Forever~!


Just For You


Good Morning!...
Sebenarnya tidak sukar untuk seseorang lelaki menjadi romantik
buat pasangan. Wanita bukan mendambakan  hadiah yang berharga 
untuk mengekspresikan perasaan cinta. 
Cukuplah sekadar, mencipta impian untuk sentiasa 
bersama-sama menjalani kehidupan.

I Love You So Much!


Tuesday 26 March 2013

Me yang rajin ;)

Meh nak cerita, kita memang tak suka ubat. Weeeha! Ntah, tak tahu kenapa jadi berperangai pelik camtu. Kalau ikutkan, awal bulan 3 haritu kita dah kena g klinik sbb ada appointment dgn doc pasal penyakit perempuan. Tapi sampai hari ni kita tak nak g...huhu... Degil kah kita?
Zzzz tak yah jawab la, sebab bukan kamu kenal kitapun. Kita n jenis yang mcm mana kan?... kalau kenal pun sbb dari cerita2 yang kita sharing kat sini je hehe...
Ntah la makan ubat n mungkin rasa dia pahit tambah keras tambah tak bestkot.
Sebab tu jarang yang nak mempertaruhkan diri demi menelan ubat.. keh keh;)
Tapi kalau tanya kita memang kita jawab ubat tu tak rasa manis macam cadbury haha....
Kalau ubatpun susah nak telan, nasihat orang pun payah jugak.
Yelah, suami kita dah habis gayamemujuk suh g klinik. Kita tetap buat2 lupa la,buat2 ada hal la hahah... nasib suami kesayangan kita tu kuat sabar. Kalau tak hurm... tak tahu la nk cakap apa.
Ke memang orang yang jenis payah mkn ubat ni tak suka dgr nasihat eh?...
Ye saya tinggalkan satu persoalan disitu..... bye2

Monday 25 March 2013

Di suatu malam

Perasaan tidak puas hati tu selalu je datang bila aku kat sini.
Ntah la orang cakap kadang2 tempat pun kena sesuai dengan jiwa.
Bila dah tak suka macam2 boleh jadi.
Tapi itulah, nak jumpa yang sejiwa bila kan?

Hati sekarang rasa makin jauh,
Jauh dari keseronokan yang diri sendiri idamkan.
Mungkin harus di cuba dengan rasa berdikari.
Tidak terlalu bergantung.
Sebab bila ada rasa kebergantungan ianya seakan rumit.
Ntah la.. sukar nak di gambarkan melalui penceritaan.

Hanya tunggu masa untuk bertindak.
Bertindakmenggunakan akal dan usaha.
Untuk mendapatkan apa yang aku idamkan bukan macam sebiji kacang.
Memang memerlukan komitmen.

Takpelah, asal kesedaran tu ada.
Jika niat baik, insyaAllah ada yang membantu.
Setakat ini aku harus redha dan bersabar.
Perkara sekeliling yang tak menyenangkan aku...
Benda alah ni la yang bukan aku takde jiwa...
Takde perasaan rasanya.
Tapi apakan daya, selagi mampu ku tahan...
Akan cuba untuk bertahan.
Tapi bukan bertahan membabi buta.
Tapi bertahan mengikut rentak sendiri.

Deria Penglihatan

Kata pujangga, dari mata turun ke hati.
Hebatnya panahan mata yang membawa terus ke hati dan melekat terus di dalam jiwa.
Mata juga adalah organ yang mudah terangsang.
Justeru sebagai isteri, jamulah pandangan suami dengan penampilan kemas, cantik dan menarik.
Lelaki mudah tertarik pada kecantikan yang dipamerkan.
Berhiaslah agar si dia tidak berpaling kepada yang lain.

Tuesday 19 March 2013

Bisikan Rasa

Saya bila gembira akan terukir senyum dibibir. Siapa sahaja yang melihat pasti akan tahu perasaan yang tak perlu digambarkan itu. Itulah ekspreasi yang boleh menggambarkan emosi. Bila saya masam maknanya saya tengah 'moody' dan takde siapa yang berani nak tegur. Yelah, kalau dah muka masam macam cuka sape je yang berani nak tegur. Kalau ada yang berani pun mungkin dia dah berfikir banyak kali. Tapi pernah terfikirkah kita bagaimana nak ekspresikan cinta?
Kalau emosi dan perasaan ada caranya takkan bab ekspresi cinta takda kan?
Kadang-kadang luahan cinta ni bergantung kepada individu tu sendiri. Kalau dia rasa pasangan dia suka makan mungkin dengan cara memasak di boleh zahirkan perasaan cinta. Mana kita tahu kan? Heeee, habis dah kita melalut %÷●{[\~···{♡] ntah apa2 ni.... biasalah bila bosan memang jari jemari ni akan menari laju dekat blog....
Serius bosan, rasa cam nak balik apal je..... zzzzzZzzzZZZzzZZZZzzzzz....