Sunday 14 July 2013

Berbicara tentang rasa.

Aku tidak pasti dimanakah harus aku mulakan kata-kataku ini,
Biarlah jari-jemariku menari rancak diatas keyboard ini,
dan mungkin dia mengerti huruf apakah yang mampu dia meniti.
Aku sebenarnya tidak memahami apa yang manusia itu inginkan,
aku seakan tidak mengenali dia walaupun kami telah berkawan lama.
Itu semua tentang hati, soal rasa tak siapa boleh teka..

Aku kenali dia melalui penceritaan,
ada yang bercerita tentang dia dan aku mula jatuh simpati,
Aku mendengar kisahnya hatiku melonjak untuk mengenalinya..
Mengenali orang yang dimaksudkan dalam cerita yang aku dengar,
Tentang sejarah hidupnya, tentang kehidupannya..
Aku mula berkenalan di alam maya,
Ada yang memberitahuku hidupnya sunyi tanpa teman,
Aku cuba menemaninya walaupun aku juga mempunyai ruang waktu yang terhad.
Setelah mengenalinya aku tahu dia perempuan yang baik.
Petah berkata-kata dan kadangkala yang aku suka 
tentangnya adalah tentang jiwanya.
Jiwanya terlalu rapuh dengan cinta dan sangat tabah melawan derita.

Itu yang aku suka tentang dia,
Segalanya bemula, namun siapa sangka kami
sekarang terpaksa berenggang untuk menjaga hati masing-masing.
Menjaga hati aku yang paling utama.
Aku tak mampu berpura-pura dengan rasa.


Monday 8 July 2013

Menunggu KedatanganMu dengan penuh kesyukuran


Ramadhan bulan pengampunan,
Bulan yang ada didalamnya seribu keampunan dan magfirah.
Alhamdulillah, kali ini bulan yang ditunggu datang lagi.
Menjengah lagi menemui ummat-ummat Muhammad S.A.W..

Saat bulan Ramadhan datang,
Sambutlah ia dengan pengisian amalan.
Anugerah bulan yang melipat gandakan pahala kepada yang melakukan.
Syukur sangat kerana puasa tahun ni dapat disyukuri bersama suami tersayang.
Ada peneman untuk bersolat terawih,
Ada Imam untuk mengimani solat berjemaah...
Walaupun hanya 2 minggu dapat berpuasa bersama itu sangat memadai.

Allah kurniakan segala kasih sayang kepada hambanya,
Semperna kedatangan Ramadhan Karem sama-samalah kita
membaca surah-surah cintaNya...
Berusahalah teman-teman.
Selamat Berpuasa dari Saya dan suami...
Salam Ramadhan...



Sunday 7 July 2013

Belaian kasih sayangNya sering ku damba


Hati ini kadang- kadang alpa dengan urusan dunia.
Melihat ke langit ku berbicara, " Ya Allah, Adakah Kau melihatku dengan kasih sayang? "
Merasa diri kerdil seketika di pandangan Sang Pencipta.
Sejauh mana aku berjalan semuanya hanya dengan KebesaranMu
Sepantas mana aku berlari semuanya atas IzinMu.
Terkadang aku lupa,terkadang aku leka..,
Leka dengan nikmat yang Engkau anugerahkan
Namun, Kasih SayangMu sentiasa utuh dalam eratan pelukanku..

Memandang gunung yang menghijau aku bertanya sendiri,
" Ya Allah, Betulkah Engkau MengasihiKu kerana rasa cintaku kepadaMu?"
Hati tiba- tiba bergelodak sebak.
Ya Hayyu Ya Qayyum, 
Sesungguhnya aku hamba yang rindu kasih sayangMu..




Ucapkanlah rasa sayang itu seadanya

Bila sayang segalanya menjadi indah,
Saat saya sedih awak ada ceriakan saya,
Tika hati sedang rindu ada suara yg menyayikan lagu rindu,
Biar suara tak sehebat Hafiz, lagu tu tetap beralun merdu,
dapat mengulit perasaan.

Awak tak pernah gagal buat saya ketawa,
Orang kata bila kita dah sayang semua yang dia buat kita boleh rasa selesa,
kita hanya tahu apa yang kita buat,
Kita boleh kongsi apa yang kita rasa,
Selagi kita boleh bejalan bersama teruskan memimpin tangan ini,
Sekuat mana rasa sayang saya kepada awak
seteguh itulah kuatnya genggaman tangan ini saya pegang.

Sayang itu terlalu subjektif untuk awak dan saya,
Apa yang saya tahu, saya hadir untuk menyempurnakan awak
dan awak hadir dalam hidup saya untuk memantapkan ikatan kasih sayang kita.
Alhamdulillah sayang ini tidak pernah hilang, tak pernah lari dari lingkaran hati.


Saturday 6 July 2013

Dia membawa jantungku bersamanya

Dia membawa jantungku bersamanya.
Setiap nafas yang ku hela pasti ada dia..
Dialah pemilik jantungku..
Memilikinya aku rasa segalanya sudah cukup sempurna..
Biarlah sedikit tapi ianya terlalu cukup.
Cukup untuk meneruskan kesempurnaan berdua.
Memahaminya aku rasa bahagia,
bahagia bila segala rasa dikongsi bersama,
Kadang-kadang manisnya diterjah kepahitan,
Walaupun rasanya pahit aku rela tahan rasanya bersama-sama.

Sejauh manakah rasa pahit andai dikeman bersama
pasti rasa manis akan muncul.
Itulah kesempurnaan bercinta.

Dia membawa segalanya..
Jantungku seakan sentiasa dibawa bersama
Walau jauh mana mampu berjalan,
aku tetap akan menjadi bayang-bayangnya.
Jantungku akan tetap berdenyut selagi ada dia.
Denyutan yang sentiasa menggetarkan jiwa.