Tuesday 28 April 2020

Kembali lagi dengan sejuta kegemilangan

Syukur kehadrat Ilahi kerana masih sempat mencoretkan kata dipaparan ini. hampir bertahun-tahun menyepi dari meninggalkan abjad di blog yang tak seberapa ini. tiada apa yang nak diceritakan sekadar ini memulakan kembali asahan bakat menulis. Isinya pun masih tak terkeluar dari benak lagi. paling mudah cerita pasal perkembangan diri jela kan?

Last menulis ketika anak dara saya Daiyan Adalia berumur 1 tahun, kini dia dah membesar sihat bersama adiknya Danish Affan yang berumur 3 tahun sekarang. Syukur dengan nikmat cahaya mata itu. Kini, saya menetap di Paka Terengganu.

Saya berhasrat untuk menulis cerita "TENTANG RASA'' di ruangan ini, harap ada sahabat_sahabat yang membaca dan meninggalkan komen agar ianya lebih jelas berfungsi. iyalah, memandangkan blog ni biasa-biasa sahaja dari saya yang biasa ni hehe.

Wednesday 4 January 2017

Glory 2017

Alhamdulillah, hari ni kita dah berada di tahun baru masihi 4 Januari 2017. Masih belum terlambat untuk saya ucapkan selamat tahun baru jihad ekonomi. Banyak kenangan, suka duka, sejarah yang telah kita cipta dan lalui.

Tahun 2017 kita dah dapat kejutan yang merencat ekonomi keluarga. Apakah? Ianya mestilah kes kenaikan harga minyak mentah kan. Urut dada, kita sebagai rakyat yang maharein yang taraf ni tidak mampu melawan kecuali kita ubah ekonomi keluarga kita sendiri. Tak guna nak persoalkan sebab bukan ada orang layan, bukan ada perubahan. Jadi, sampai bila kita nak alami penderitaan penindasan ekonomi ni kalau kita sendiri tidak berusaha. Makan pakai kita bukan ada orang peduli, bukan ada yang simpati. Nak tak nak, itu masalah kita. Jika kita ingin berbelanja besar kita kena usaha cari jalan sendiri. Kalau kita rasa nak lebih lakukan lebih. Sebab sudah tiada makna untuk menyalahkan sesiapa, kalau kita salahkan pun ia langsung tak mengubah apa-apa. Malah menambahkan kemarahan yang sedia ada. Sedih kan? Tapi itulah realiti hari ini. Tak perlu bimbang, sebab segala rezeki Allah yang tentukan, kerja kita hanya usaha.

Bercakap pasal usaha, usaha apa yang kita nak buat? Adakah usaha berjimat? Boleh kalau kita pilih untuk berjimat tapi berbaloikah? Adilkan hidup ini kita lalui tanpa buat perkara yang kita suka. Tanpa beli barang idaman kita. Sampai sekat selera untuk jamu keinginan untuk merasao nikmat makanan yang lazat dan berkhasiat.

Kalau anda tanya soalan tu kepada saya, saya lebih rela mulakan sesuatu dengan usaha untuk saya dapat duit. Mungkin ada yang tak suka cara saya. Itu terpulang kepada hak masing-masing. Ada isteri lebih rela turun pukul 7 pagi pergi kerja balik petang dan uruskan anak-anak dan rumahtangga. Ada isteri yang lebih bahagia anak- anak mereka diasuh dan ditinggalkan kepada pengasuh, ada isteri yang nak tak nak terpaksa keluar kerja untuk sama-sama tampung ekonomi keluarga. Ianya terpulang kepada kehendak dan keadaan.

Tapi bagi saya, saya lebih suka uruskan sendiri keperluan anak. Jika itu pilihan saya semestinya saya kena terima yang saya bukanlah bekerja dengan majikan dengan masa yang telah ditetapkan. Saya lebih suka bekerja tanpa terikat dengan mana-mana arahan. Masa saya hak saya. Maka, berniaga adalah kerja yang saya boleh lakukan. Berniaga itu mudah dan akan mendatangkan rezeki yang lebih lumayan jika kita disiplin dan komited melaksanakannya. Alhamdulillah tahun baru semangat baru dan semoga plan untuk tahun ini berjaya saya capai. Eh berniaga ada plan jugak ke?

Ohh semestinya. Kita berniaga secara serius sehatusnya ad plan yang kita dah rancang. Ingat, rancang dan buat. Insyaallah kita jumpa di penulisan yang seterusnya. Berhenti disini dahulu dengan kata laluan, berniaga is awesome. Bye!

Sunday 18 December 2016

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi, hari ini saya masih sihat dan masih dikekalkan nikmat iman dan islam. Bagaimana keadaan kita hari ini?

Adakah cukup bahagia?
Adakah cukup selesa?
Adakah cukup segalanya?

Kita ada hak untuk bahagia dengan pilihan hidup kita. Kita berhak menentukan halatuju kebahagian yang ingin kita kecapi. Kita akan bahagia bila kita dapat apa yang kita impikan. Sebelum dapat kita perlu berusaha sedaya mungkin. Semangat dan kekentalan itu harus ada. Harus padat dan rapi dalam diri. Yakin bahawa kita mampu capai impian kita selagi kita tidak kenal erti putus asa dan mengalah.

Keselesaan kita pada hari ini bukan atas nasib kita tetapi sebab ketekunan kita pada saat kita bermula. Setiap kejayaan yang kita raih bukan usaha kita hari ini, mungkin usaha kita 3 bulan yang lalu. InsyaAllah yakinlah.


Tuesday 13 December 2016

Sihat Itu Kebahagiaan

Senyum tanda kita kuat.
Senyum memberi satu energi luar biasa kepada pemiliknya.
Detik-detik yang berlalu untuk lakran tahun 2016 semakin singkat.
Masih banyak usaha dan tindakan yang perlu dilaksanakan untuk penutup tahun ini.

                                  Salam Sayang dan salam kebahagian.

Sunday 16 October 2016

Kembali Memegang Tinta

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang membaca tulisan saya pada pagi ini. Alhamdulillah syukur, akhirnya dapat juga buka blog yang hampir setahun bersarang ni. Maaf ya jika ada kawan-kawan yang follow blog saya tapi takde any update. Panjang sungguh story yang bakal saya kongsikan.

Alhamdulilah...alhamdulillah...alhamdulillah. excited boleh mengarang dalam nj masih tak hilang lagi. Tak pefcaya pun ada boleh jumpa balik blog ni. Sebenarnya kita kehilangan maklumat, tapi alhamdulillah sekali xah jumpa mudah pula. Dunia makin pantas kan....

Banyak fasa dah saya lalui sepanjang kesepian saya xari blog ni. Banyak perubahan yang dah jadi dan yang bakal terjadi tu saya tak pasti, kita hanya rancang kan... And the best planner ever is Allah s.w.t. apApapun nanti saya akan keep update cerita-cerita terbaru. Kisah kisah best dan bermanafaat untuk kita semua. Akhir kata untuk sesi post pertama untuk kali ini.

Yeayyyyy!!! Boleh blogging lagi. Happy tak kepalang macam mak jemah kat bawah ni sambil santai-santai. Good morning eveybody. Emuahhhh!😘

Sunday 31 May 2015

Menulis Itu Satu Cara Untuk Ekspresi

Assalamualaikum... Selamat petang Semua!
31 May 2015 Mencatat Sejarah Lagi...

Sejarah Dan Pasrah.
Sedih Dan Hiba. Itulah Rasanya.
Malas Nak Fikir Keadaan Sekeliling.
Malas Nak Fikir Apa Orang Kata.
Malas Nak Layan Semuanya.

Aku Nak Cari Ketenangan Aku.
Maafkan Aku Andai Perbuatanku Mendatangkan Kesusahan.
Aku Hanya Aku,
Aku Wujud Untuk Mencari Kedamaian Diriku.
Masa Aku Untuk Hadapi Masalah Aku.
Siapa Kamu Untuk Mempersoalkan Hak Aku.

Sabar Ada Tahapnya.
Sabar Tak pernah berpenghujung.
Namun sesekali aku longlai layu jatuh.
Aku manusia biasa yang biasa terseliuh dan terjatuh.
Fahami Pribasi Aku.
Itu Sahaja Yang Aku Nak!

Tuesday 1 April 2014

Usaha lagi!

Nak turunkan berat badan bukan mudah.
Tapi bukan juga susah. Asal ada disiplin..
Wish me luck!
Ni sebulan lebih diet & guna produk BLINQ.
Target sebelum Aidilfitri ;)

Monday 24 February 2014

Perkembangan Diet


Arrgggh! dulu memang bunyi macam tu bila tak boleh mkn yang sedap2.
now, alhamdulillah. Dah boleh berlapang dan lega soal mkn masa diet terutamanya.
Dah berapa minggu tak makan nasi, dah berjaya!.
berjaya bab pantang nasi la, yela kalau dulu wajib ada nasi.
Pergi mana-mana pun tetap akan cari nasi, biasalah perut melayu.
Tapi bukan sebab nasi 100% sebenarnya, cuma bagi saya bila ada nasi selera makan akan berganda 
sampai berlipat-lipat kali.
heeeee oleh sebab tu nak tak nak, paksa ke rela 
kena stop pengambilan nasi dan hanya makan lauk.

Alhamdulillah, kalau ada antara silent reader sy yang nak diet, anda boleh cuba 
alihkan pandangan mata & selera dari nasi. Selebihnya gantikan dengan protein.

Sekarang, ramai yang mencari alternatif untuk diet.
Dah, saya nak syorkan cara diet athkin. Memang berbaloi, tak membantutkan selera makan.
cuma diet kita lebih sedap. High protein tu...
Okey, jap eh. Nak siap2 turun breakfast. 
ngeeeee ;)

Sepatutnya memahami komitmen dia...


Perasaan ni dah lama tak datang menjengah, tapi bila dah datang segala yang negetif automatik
akan ada. Adoi, benci tambah geram tambah nak tumbuk_tumbuk biar faham pun ada.
menyusahkan! 

Cubalah untuk memahami komitmen dia, boleh?
Ni semua nampak dia, itu dia, urusan ni dia, urusan tak sepatutnya pun bagi kat dia.
Heiiiiii!, rasa nak lempang orang je.... (macam garang je)
Tapi bukan sengaja, dah tak faham_faham. Kadang-kadang 
tahap kesabaran ni pun boleh hilang gak kalau masih tak faham-faham.

Sepatutnya kau dah tua, kau kena memahami komitmen orang muda. Bukan nak perhambakan.
Ni semua benda serah kat dia. Bosan!
Menyampah!
Mentang-mentang dia mudah, baik senang_senang je nak keluarkan itu, buat ini, 
tambah itu kadang_kadang benda yang tak sepatutnya pun ditambah-tambah.
Ditambah-tambah untuk menampakkan terlalu sempurna, nak itu dan ini melebihi keperluan.

heiiii tolong la jangan banyak ragam.
kamu, kamu dan kamu, kamu tepi sana kamu tepi sini
dengar ni....
DIA PUN ADA URUSAN DIA!!!!!!

TOLONG FAHAM UNGKAPAN ITU.

Terlalu melebih dan melampau boleh buat orang rimas!


Sunday 23 February 2014

apa khabar diet?

janji nak perkenalkan bisnes kan?
tapi tak sempat la sorry sangat-sangat..
mungkin lepas ni kita boleh bercerita tentang my bisnes...

hari ni tak rasa nak bercerita tentang bisnes mak bedah ke, bisnes kak tipah ke
sebab kita dalam mood bercuti...
bercuti sekali sekala sambil ikut cik abang kursus kan...

rindu nak aktif blogging tapi tak ada kesempatan...
bukan sibuk pun tapi ada benda lain yang lagi penting...
hope kawan2, silent reader i sihat- sihat selalu ya ;p

Saturday 7 December 2013

Lamanya...

Assalamualaikum.
Lamanya x update any info kat sini.
Lepas n blog ni akan jadi medan berbisnes...
Harap ada yang sudi singgah ;)
Hidayah with loves ♥

Tuesday 5 November 2013

Aku Seorang Anak dan Kakak

Assalamualaikum.

Cuaca hari ni mendung dan redup.
Aku tak tahu kenapa hati ini tersentuh.
Terlalu lembut dan rapuh,
Rapuh seperti biskut....
Mungkin Allah menyayangi aku,
Membuka pintu hati dan taubat untuk hambanya,
Aku hamba yang perlu bersyukur,
Bersyukur kerana mempunyai keluarga,
Mempunyai suami, umi dan ma yang baik,
Masih ada adik dan adik ipar yang memahami.

Sesekali aku merindui walid,
Aku rindu nasihatnya, aku rindu ajarannya,
Aku rindu keletahnya,
Namun siapalah aku untuk memiliki kesempurnaan,
Aku tak mampu memuaskan hati semua pihak,
Aku sabar mendengar kejian dan kata-kata dari belakang.
Aku tersentuh dengan apa yang kau utarakan.

Aku sememangnya seorang anak,
Seorang anak yang mempunyai tanggungjawab.
Tanggungjawab terhadap keluarga,
Tanggungjawab kepada kedua ibu...
Ibu sendiri dan ibu mertua tiada bezanya,
Bagi aku kedua2nya adalah ibu.
Ibu sendiri adalah ibu yang menjaga aku,
Ibu mertua adalah ibu yang menjaga insan separuh jiwaku.
Kedua-duanya adalah sama.

Siapa kamu dan kamu yang sesuka hati melemparkan kata2,
Seolah-olah kamu tahu semuanya.
Kamu mengerti sebuah rasa,
Berkata-katalah sesuatu yang kamu tahu,
Bukannya berkata perkara yang kamu rasa.
Sudahlah menjaga perilaku orang,
Tetapi jagalah perilaku sendiri.

Lidah ibarat pedang,
Andai terkena lukanya parah.
Sebelum mengeluarkan kata2 berfikirlah.
Jika kamu mampu, kamulah yang laksanakan.
Bukan hanya mampu bercakap tapi tindakannya kosong.

Aku dah lali dengan mereka yang berkata2 bijak,
Tapi aksinya hanya debu berterbangan.
Hati aku terguris,
Tapi aku tahu Allah ingin memberi peringatan,
Aku tahu Allah tetap bersamaku,
Andai aku lalai,
Allah menyedarkanku.

Aku berusaha untuk melakukan yang terbaik
Untuk mereka2 yang tersayang,
Aku mahu menjadi anak yang menjaga ibu bapanya,
Aku mahu menjadi anak dan menantu yang baik kepada keduaNya.
Selagi aku mampu, aku laksanakan.
Jika aku tiada ruang dan waktu
Aku harapkan Allah ampuni aku,
Kau peliharalah kedua-dua ibu bapaku,
Hanya Engkau tempat meminta pertolongan,
Mulut-mulut manusia yang tidak bertanggungjawab,
Engkau hentikanlah,
Bercakaplah sesuatu yang engkau tahu bukan engkau rasa.

Saturday 28 September 2013

Cinta Aku Pada 'Sihat'.

Aku tertengok pasal 'kau',
Dia ceritakan tentang kelebihan 'kau,'
Dia juga ceritakan keistimewaan 'kau.'
Dia beria-ria bagitau tentang 'kau'
Aku sekadar mendengar dari jauh dan melihat seolah-olah tak nampak.

Keesokannya, benda yang sama juga aku lihat.
Aku memekakkan telinga dan 'membadakkan' badan
Aku dengan tabiat makan aku tanpa sedikit pun memikirkan tentang 'kau'
Aku memang penggemar makanan.
Aku suka makan 'fastfood'
Aku suka makan nasi lepas tu minum ais
Nikmatnya aku.

Hampir dua minggu 'kau' selalu cuba mendampingi aku,
Aku masih lagi dengan cara aku.
Aku masih lagi dengan tabiat aku.
Aku bukan tak dengar ramai orang disekeliling aku berkata itu dan ini.
Semakin mereka kata semakin aku 'membadakkan diri'
Ohhhh 'Kenapa dengan kau Badak!'

Tapi sampai bila aku nak bela Badak,
Sampai bila aku nak biarkan badak bersama-sama aku?
Persoalan itu semua aku yang perlu jawab.
Bukan laki aku, bukan umi aku, dan bukan adik beradik aku.
Tapi Aku. Eh, 'Aku kah?'

29 September Badak aku tersedar!
Tersedar yang Badak tak kan selamanya 'membadak'
Badak akan cuba menjadi kancil.
Aku mula terfikir, kenapa badak dah berubah?
Ohhh mungkin Badak dah mula terpengaruh dengan 'KAU'
Aku setuju untuk tidak membadak, dan sekarang aku yakin dengan 'KAU'.
Tapi tanpa Badak aku takkan mengenali 'KAU'.
KINI AKU dan KAU semakin serasi, BADAK aku kini gembira.
Dulu BADAK aku 122kg. Sekarang badak aku dan nampai lain.
AKU sayang "KAU".