Showing posts with label The Zenith. Show all posts
Showing posts with label The Zenith. Show all posts

Thursday, 24 January 2013

You are my everything.

Usah dambakan isteri sehebat khadijah
Jika diri tidak semulia Rasulullah

Tidak perlu isteri secantik Balqis
Andai diri tidak sehebat Sulaiman

Usah mengharapkan suami setampan Yusuf
jika kasih tidak setulus Zulaikha

Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim
Jika diri tidak sekuat Hajar dan Sarah

Usah bermimpi mendapat lelaki seperti Ali
Jika diri tidak sehebat Fatimah.

Alhamdulillah syukur, Aku dianugerahkan seorang suami yang melengkapi hidupku.
Itu sudah cukup dan terlebih memadai. 
Tidak perlu berangan-angan untuk memiliki insan yang sempurna, sebab kesempurnaan itu
lahir dari gabungan dua hati yang betul2 saling menghargai dan memahami erti sebuah kehidupan. 

sob sob ~~ (sambil mengesat air mata) hehe..
Bukan nak berlakon tapi itulah hakikat, jika kita telah mengenali hati budi pasangan. 
Dialah segalanya yang terawal dan terakhir 
dalam hidupku.... Mungkin dengan ungkapan dapat merealisasikan impian.

Engkau hadir tika jiwaku perlukan belaian.
Engkau hadir tika hatiku merintih kemesraan.
Engkau anugerah yang terindah.
Sehati Sejiwa menggapai Jannah Ilahi atas dasar cinta seorang hamba.



Masa berkualiti bersama


Cinta mungkin dilihat remeh. Realitinya cinta banyak mengubah sejarah dunia dengan syarat
pasangan harus 'bersama tak kira masa'. Cewah ada jugak eh cam gitu tapi peratus ketepatan tu ada la 
jugak hehe :p. Ini kerana cinta yang bersahut sentiasa mendamaikan dan memberi semangat dalam
melalui hidup yang bermakna. Dimana ada awak disitulah ada saya, haaa kan best kalau ada motto macam tu. Setiap masa berkepit je bersama, tanda ikatan hubungan sentiasa intim dan terus kekal macam orang yang baru kawin tu. Dasar kehangatan itu harus dijaga agar istana kasih sayang yang dibina bersama pasangan terus wangi seharum mawar yang mekar... 

Aiiiiyakkkk jiwangkah aku? heee..takpelah bila mood memang merawang2 cintan ni jangan 
dibiarkan ia berlalu kelu. Orang kata bila dah lama tak bercerita ni memang macam2 benda nak tulis...
(okey back to the story la, pasal masa bkualiti laki bini) ngeh3.~~~

 

Pandangan suami isteri mungkin boleh memberi gambaran untuk menjadikan cinta
sebagai satu ibadah yang sentiasa ada penambahan dari masa ke semasa. 
Cinta sentiasa menjadikan manusia terus kekal berkeperibadian teguh dan tegar
dalam berhadapan dengan ketentuan hidup. Yang penting dalam hati tersemat 
nama insan yang dikasihi...

For me, honeymoon itu harus tiap2 bulan heee ;p
Bukan apa masa bersama itu harus dijaga, bukankah perkawinan itu indah.
Ramai yang pada awal-awal perkahwinan je indah tapi setelah 2 3 tahun melalui bahtera
ianya seakan2 pudar. Pudar dari senyuman, pudar dari rangkulan pelukan pasangan
dan yang paling tak best pudar dari percutian bulan madu. heeee :)


Bila dah dalam mood bercuti memang senyuman tu tak pernah hilang. 
Asyik tersengeh je 24 jam. Itulah yang harus ada dalam sebuah ikatan, sentiasa ceria
bersama pasangan. Haaa ni bercuti sambil makan namanya. 
Berat pun dah macam apa dah....ngeeee. (yang poenting harus sengeh depan makanan) haha


Satu lagi, kalau korang perasan nampak tak keserasian warna tu. hahaha.
Bagi aku lah kan, tak tahu la korang nak anggap benda ni remeh ke? tak penting ke? kan...
warna baju harus sedondon..hehe. Ntah la, kalau tak sedondon dengan si dia rasa cam tak best. Bukan nak kata cerewet tapi entahlah.

Kalau boleh setiap masa nak pakai baju sama colour..
Kalau tak pakai rasa macam tak best je, 
Macam kita naik pelamin la, baju sama colour kan? hehe
so bila dah kawin nk kleluar ke duk umah ke warna haruslah sama hehe...


Nampak banyak tapi sedikit sebenarnya... erk! *.* hahaha
Breakfast perlu bnyak sbb time bercuti tenaga banyak yang nak guna...