Showing posts with label Kiasan Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Kiasan Motivasi. Show all posts

Wednesday, 27 March 2013

Biru Love Hijau



Dahulu kala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut kepada langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit kepada laut, warna langit sama dengan warna laut.    

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata ‘aku cinta padamu’ ke telinga langit. Setiap kali si langit mendengar penuh cinta laut, langit tidak menjawab apa-apa, hanya tersipu-sipu malu, wajahnya kemerah-merahan. Suatu hari,datang awan..

Begitu melihat kecantikan si langit, awan seketika itu juga jatuh hati terhadap langit. Tentu sahaja langit hanya mencintai laut, setiap hari hanya melihat laut sahaja. Awan sedih, namun tidak berputus asa, mencari cara dan akhirnya mendapat akal. Awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin dan menyusup ketengah-tengah langit dan laut, menghalang pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit, sehingga dengan gelombangnya laut berusaha mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi, tentu sahaja tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan laut dan langit. Angin rasa harus membantu mereka menyingkirkan awan yang mengganggu.

Dengan tiupan yang keras dan kuat, angin meniup awan. Awan terpecah-pecah menjadi banyak bahagian, sehingga tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas, tidak berupaya lagi mengungkapkan perasaan terhadap langit. Kerana berasa tersiksa dengan perasaan cintanya mengunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.

Hinggalah sekarang, kasih antara langit dan laut tidak terpisah. Kita juga boleh melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada satu garis di antara laut dan langit, di situlah mereka berpacaran.
p/s;Jika tercipta dia untuk dirimu, pasti akan dicambahkan kasih dan ditemukan juga dua jiwa walaupun seisi alam menghalang, namun jika tidak pasti bercerai kasih juga akhirnya. Sesungguhnya suratan Allah itu lebih Maha Teliti perancangaNYA.



Friday, 25 January 2013

Akrab dengan sentuhanmu

Tanpa faktor akrab kita kelihatan asing dan berdiri pada jarak yang jauh
meskipun fizikalnya kita saling berdiri bersebelahan.

Keakraban mampu mempamerkan nilai keserasian.
Keserasian muncul apabila kita saling faham
sehingga muncullah sesuatu yang indah untuk dikenang.

'Hello, I miss you'..
Ungkapan yang nampak simple tapi impaknya memberi kesan bahagia pada jiwa.
tanda kita saling menghargai erti perasaan yang hadir kepada pasangan.
Ciptalah suasana indah dan romantik bersama kerana hangatnya cinta
hanya kita yang merasai.

Akrab dalam kebahagiaan untuk keabadian generasi.
Kajian meyebut sentuhan pasangan memberi cas-cas elektron 
yang mengembalikan keseimbangan tenaga.

Apabila kita banyak menghubungkan diri secara fizikal,
kita dan pasangan lebih mudah bertindak spontan bagi melakukannya lagi.

pesanan penaja: Insan tersayang bukanlah hiasan,
tapi ia diciptakan untuk menghiburkan hati dan menenangkan jiwa :)



Wednesday, 2 January 2013

Gelombang Positif

'Peluang kedua?'... 'Jangan jadi pisang berbuah dua kali...' ...."dah nasib kau yang ni tak menjadi, tak yah la sedih2"... 'lupakan yang lama,cipta yang baru'. 

Sebelum baca entry ni,sila senyum dulu ya hehe...
Nak tambah seri aura muka la pagi2 ni, jangan asyik nak monyok je. Rezeki pun jauh lau asyik tengok muka ketat je... Kalau senyum manis je, sekurang-kurangnya leh la buat pahala pagi2 ni. Nak keluar g sedekah comfirm takkan la kan, baik duk umah je. Lain la kalau yang kerja kat luar, pagi2 dah jumpa client ^^^^~

Mesti kamu kamu yang sedang ralit membaca pernah dengar dialog-dialog yang tertera kat atas tu kan?
Sebenarnya, kalau nak cerita kisah aku lagi la panjang berjela-jela. Sebenarnya hidup ni bukannya mudah untuk kita lalui, tapi bukan juga susah untuk kita hadapi. Kadang;kadang aku pelik bila tengok manusia yang sering mengeluh, sering mengucapkan kata2 seolah-olah dia dlm kesedihan. Sering rendah diri.

Sebenarnya orang macam ni la yang paling bahaya dalam masyarakat. 
yes! bahaya. Bahaya sangat2, sebab apa tau...
Sebab mereka dah memiliki satu pemikiran yang negetif. Bahaya kalau kita sentiasa dalam keadaan negetif ni, semua benda akan tak menjadi. Bayangkanlah, kalau tiap-tiap hati kita sentiasa berduka lara hanya kerana sesuatu yang tidak kesampaian. 

Semangat?.. Sure hilang.
Komitment? sure dah takde
Kebahagian?.. Haaa kebahagian pun akan musnah.
lihat bertapa mudahnya, aura negatif ni menggugat diri kita. Masalahnya bukan setakat diri kita orang disekeliling pun akan terkena aura yang sama. Bayangkanlah, seorang yang sentiasa bermuram durja berjumpa dengan kawan. Jika diteliti apabila seorang kawan melihat je wajah sugul +monyok + tak ceria. Automatik si kawan pun tak berani nak senyum. See!

Haa bagi aku, aku selalu tampilkan diri dalam keadaan positif.
InsyaAllah minda positif pasti akan bangkit.
Jika aku ceritakan tentang pengalaman aku hidup selama lebih kurang 3 hari lagi nk genap 25 tahun mesti korang akan kata macam2. Memang banyak kejatuhan aku temui, tapi itu bukan alasan untuk aku meratapi .

Sebaliknya, Progress minda jadi positif. 
Yehhhha! Orang berjaya tak pernah akan temui kesedihan.
Percayalah :p


Sunday, 30 December 2012

Hye nyamuk!

Dah aman lagi tenang...
tiada lagi gangguan umpama gangguan nyamuk
(berong2 tepi telinga )........
bila kelibat dia hilang dari pandangan
terasa tenteram..

Itulah...
siapa suruh kau memberong ditepi telingaku
mataku berpinar-pinar menahannya
sampai ku tak tahan lagi dgn sikap kau nyamuk
aku nyahkan kau sepertimana 
aku nyahkan mangsa2 perosak yg mendampingiku.

Aku memilih untuk hidup bebas tanpa parasit
Parasit yang menagih simpati
yang acap kali berbicara ntah apa2...
Umpama nyamuk yg berong2 ditepi telinga
Tidak faam apa maknaya.
Yang pasti nyamuk itu ingin meminta darahku.
Ohhh nyamuk
semalam suamiku kata
bunuh je nyamuk tu.....
So,aku apalagi terus menampar
dan melenyapkan segala jenis alternatif
yang berkaitan dgn kau....

Jangan disangka air yang tenang tiada nyamuk.
Dalam air lah tempat nyamuk paling suka membiak.
Nyamuk membiak bukan dgn kadar yg sikit.
Tapi dengan jumlah yg banyak....

Yang kadang2 blh menggelikan  
boleh mendatangkan mual
boleh merasa tengitnya bau itu...
Sekarang bebas.

lenyaplah kau nyamuk dari kami.
Suamiku kata lagi,
tak perlu nk mengenang kalau buat diri selalu x selesa 
atau ayat lebih manis dan tersusun 'sakit hati'.
Semoga nyamuk tenang.
Bila2 masa nyamujk boleh mati.
Hanya dengan sekali tamparan.Tapi sayang,
nyamuk mana mampu membuat amalan macam
manusia. 
Agaknya, klau dia tahu sudah tentu dia akan
beramal seolah-olah tidak akan sanggup
menghisap darah lagi....
hehehe babai nyamuk!


Thursday, 19 July 2012

Kelebihan dan kelemahan bukanlah alasan tapi ianya keistimewaan...

Sering kita menyalahkan kekurangan yang ada dalam mengharungi kehidupan. Tidak mampu untuk mencapai target yang kita inginkan laju je kita salahkan kelemahan yang ada dlm diri. Bukankah Allah menciptakan kita dengan sebaik-baik kejadian. Allah maha tahu segalanya. Jadi knp perlu berkeluh kesah dgn semua itu. Saya mmg tak faham dengan mereka yang selalu membangkitkan isu kelemahan diri yang myebabkan mereka kurang dalam kehidupan. Ntah pelik! mungkin mereka nak mengambil perhatian dari seseorang itu saya tak pasti. Tapi saya pernah terjumpa perkara ini secara realiti.

Jika dilihat dari sudut luaran, tiada apa yang bezanya dia dgn orang lain. semuanya sama, di fikiran saya mungkin dia terlalu rendah diri sehingga kelemahan itu menjadi bebanan yang berat dan besar di kepalanya. Malah tanpa sengaja dia sendiri yang membuka aib dan membuka kelemahan untuk tontonan orang sekeliling. Bukankah kita tidak boleh membuka aib orang?...Mbuka aib orang itu dosa,tapi kalau membuka aib sendiri?.....fikir-fikirkanlah bersama ;))

Sunday, 6 May 2012

Memburu impian demi sebuah kejayaan

'Apa cita-cita awak?' atau "besar nanti awk nk kerja apa?'....Demikianlah soalan;soalan hotspot yang biasa kita dengar kan. mustahil tak pernah dgr. Lagi bijak kalau kanak-kanak yang masih muda diusia tadika dah didedahkan dengan persoalan demikian. Bagi dayah persoalan ini mmg penting bagi setiap individu. Tapi jangan terapkan persoalan itu diminda mereka sebaliknya, bagi pendedahan itu yang lebih bijak.

Jangan biarkan pemikiran yang sepatutnya difikirkan oleh mereka yang baya -baya dayah utk mencari solusi terpinga-pinga. Cita-cita itu boleh dilentur. Yakinlah, gagal mengejar cita-cita bukanlah penamat kepada sebuah kehidupan. Kita masih boleh mengubah situasi itu sebenarnya dengan syarat kita betul-betul mahu.

Cita-cita perlu dinamik sebenarnya, ianya boleh dikembangkan diajar dan dipamerkan supaya timbul minat untuk memiliki cita-cita yang hebat. Dayah bercakap dari sudut diri sendiri. Kalau ada dikalangan pembaca yang kenal dayah dari awal persekolahan dia tahu sedikit sebanyak sejarah hidup dayah.

Tapi Alhamdulillah kejayaan kita sendiri yang cipta. Yang penting dalam diri masih ada keyakinan dan keinginan untuk berjaya, bahagia macam yang lain.
yessss!!!! if you think you can do it! yesss you can. ;p

Saturday, 14 April 2012

Syurga Cinta di Timur semenanjung Malaysia

Kembalikan daya tarikan Cinta dengan melatih diri menjadi baik dan kita mengeluarkan ion-ion positif dalam diri untuk menarik mereka yang berada jauh dalam hidup yang kemurungan dan ken'negetifan'.......
Di sinilah dipanggilnya semangat, dorongan atau lebih tepat 'moral support'.
Bukaan senang,dan tidak susah melakukan tanggungjawab ini, ia mudah seperti mkn kokocrunch dgn susu segar je. hehehehheeh ;p

Pada diri manusia yang ada tarikan yang bolehkan satu komunikasi skill yng mantap tugas ini sangatlah mudah easy as A B C. Maksudnya, jika kita positif dan orang lain juga akan positif, maka kita akan mudah tertarik dah berhubung 'to each other'.

Dayah senang hati sangat petang ni, so rasa nak hadiahkan pepatah lama2 je kat you all semua, "burung yang sama warna dan bulu yang sama,akan terbang sekawan'. Suasana inilah yang kita jari dikalangan kita. Mmg tak dinafikan melayu mmg kuat dengki tapi abaikan mereka yang 'mereng' kepala otak. jarilah yang mampu meningkatkan tahap pemikiran dan daya intelektual untuk menyedarkan mereka-meraka yang kurang bernasib baik.