Friday, 3 August 2012

Mencipta syurga rumahtangga.

Assalamualaikum ;p Semoga hari ini penuh dengan keceriaan dihati kita semua. Hari ni rasa nak tulis pasal kahwin, sbb tadi ada kawan lelaki yang sama belajar dekat u dulu tanya pasal urusan merisik. happy to him semoga Allah permudahkan jalan untuknya .hehe ;) Berniatlah berkahwin kerana Allah, kerana itulah pangkal jalan yang dapat kita susuri kembali apabila bertembung dengan masalah dalam kehidupan berumahtangga. 

Semasa kita bercinta segalanya indah dah sangat bahagia. Namun tak semua rumahtangga akan capai tahap kebahagiaan yang hakiki. Mesti ada yang bergolak. Namun, kita harus mencuba untuk membwa rumahtangga kita kearah jalan yang diredhai Allah. Dalam semua perkara sebenarnya kita mesti mendahulukna Allah. Allah yang menganugerahkan rasa sayang kpd pasangan, Allah yang membawa kebahagiaan dalam hati kita. Takkan kita dah bahagia tergamak untuk kita lupakan Allah. Untuk ingat kpd Allah bukan sekadar dengan berkata-kata, namun ianya perlu dengan amalan & kelakuan kita setiap hati ;)

Selalunya kita sering mendengar persoalan ini, "Ada apa dengan cinta?" Bukan semua daripada kita memiliki cinta. Cinta ini luas sebenarnya, ada cinta kita kpd Allah, cinta kpd rasul, cinta kpd suami, cinta kpd ibu bapa, & tidak kurang cinta kepada sahabat. Kita sebenarnya tidak boleh lari dari perasaan cinta yang dianggap fitrah bagi mereka yang bernyawa. Cinta dicipta oleh Allah untuk lelaki & wanita beribadah kepadanya. Selagi cinta berlandaskan dan bermatlamatkan ibadah. 

No comments:

Post a Comment