Tuesday 2 April 2013

Hari berganti hari

Jika hari ini 1 hb,
Itu bermakna ia semakin dekat,
Awak dan saya baru berada dipermulaan,
Permulaan sebuah persahabatan,
Lalu muncullah 2hb,
Saat itu masa begitu pantas,
Dalam masa mengenali antara awak dan saya,
Hanya bantuan teknologi yang menghubungkan,
Keesokannya muncullah 3hb,
Perbualan semakin rancak,
Banyak benda yang ingin dikongsi,
Dan ianya adalah satu perasaan yang sangat selesa,
4hb sudah,
Setiap hari saya tunggu awak,
Tunggu dengan perasaan yang cukup indah, 
Mungkin itukah cinta?,
Persoalan hanya dipendam kerana masing-masing belum meluahkan,
Semakin pantas masa berlari,
Sudah masuk 5hb,
Macam biasa awak dengan pelajaran awak,
Dan saya dengan hal belajar saya,
Setiap pagi awak kejutkan utk ke kelas,
Sangat suka bila dengar suara itu,
6hb tiba-tiba menjengah,
Perasaan gembira berkenalan dengan awak semakin parah,
Parah apabila gembira menjadi rindu,
7hb awak bagitahu yg awak akan menjalani ujian praktikal,
Saya mengiakan kerana bagi saya itu biasa,
Tapi awak jelaskan yang kita akan terputus hubungan buat sementara,
Terpisah dek jarak dan teknologi,
Awak berpraktikal di pelantar minyak,
Hari ke-8
Rasa tak happy sebab esoknya awak akan pergi,
Tapi saya tak tunjukkan rasa itu,
Saya berlagak biasa, 
Sedangkan dalam hati hanya Dia yang tahu,
Hari ke 9
Awak bersiap-siap untuk ke sana,
Jika tiap hari awak temankan saya, 
2 minggu awak akan hilang,
Saya tak tahu nak cakap apa, 
Tapi sebelum awak pergi
Saya sempat lafazkan I will miss you...
Sampai sekarang saya ingat saat itu.
Kenangan awak dan saya,
Hari ke 10
Tiada sms dan tiada panggilan telefon,
Sangat tak best rasanya,
Tapi saya cuba sibukkan diri dengan assigment,
Sangat sibuk tapi dlm fikiran awak masih ada,
Hari ke 11,
Malam itu awak telefon,
Hati saya seakan-akan jatuh ke lantai,
Happy sangat2 dengar suara yg saya cam itu,
Saat itulah awak melafazkan untuk berkawan dgn lebih rapat,
Awak dan saya berkenalan hingga sekarang...
Awaklah suami tercinta saya sampai Syurga.

No comments:

Post a Comment