Tuesday 2 April 2013

Menipulah selagi mampu

Penipu memang licik,
Setiap perkataan yang dilontarkan seiring dengan putar belit,
Berkata dusta seolah-olah mainan mulut,
Hanya yang lemah tertindas dengan kata-katanya.
Bila berkata semuanya berdasarkan mainan fikiran,
Licik seolah-olah hidup satu permainan,
Perwatakan suci utk mengaburi mata si pemerhati,
Sampai bila pun belum pasti,

Mengapa dia menipu?
Tujuan apa yang dia rasa suka nak menipu?
Menipu yang dia begini dan begitu,
Menipu untuk menutup segala prasangka,
Menipu untuk mengaburi mata,
Mata mereka yang prihatin,
Mata orang yang jujur dan lurus.

Sampai bila mereka nak menipu,
Menipulah kerana kepercayaan itu mahal,
Mahal untuk dibeli oleh mereka yang pendusta.

No comments:

Post a Comment