Monday, 31 December 2012

A.r.a.b.i.a.n.B.a.y.R.e.s.o.r.t


Yes! Here is Arabian Bay,May I help you miss?

Itulah indah budi bahasa kalau manusia pandai berbicara.
Sapaan yang boleh menyejukkan hati, 
Yelah kalau pasangan suami isteri pergi honeymoon mestilah nak layanan a.k.a 
servis yang baik kan?

Orang kata biar berbaloi percutian tu kan.
Semua orang nak yang macam tu, 
mmg orang senget je kot yang tak kisah! ngeh ngeh :p

Ya, berbalik kepada cerita,
Siapa yang pernah sampai Bukit Gambang Resort City memang tahu la lokasi sebenar
tempah ni hehe ,
so tak yah cerita panjang lebar la ek?



Haaa, cuba teka cik abang ni sedang buat apa?
tempat ni kitorang bagi nama "silent hills".
Kalau nak tahu knp nama dia camtu 
cuba saksikan dengan mata hati & mata 2 biji apa yg terjadi.
Masing-masing tak endahkan kehadiran sape2 kat situ kan?
hihi yang nampaknya semua duk sibuk dgn urusan diorang.
Sebenarnya gambar ni kita snap time depa2 ni duk sibuk
nk photoshoot tuk family besar tangga barat.
ngeh2....


ini model yang tak asing lagi diseantero dunia blog! hahahah
Ni posing sebelum depa2 ni sibuk nak berjalan turun bukit g tapak sukaneka.

Yup! Sukaneka memang tak asing lagi kalau ada aktiviti cam family day ni. 
Soheh tambah wajib ada, yelah time ni la nk eratkan ikatan tali2 yg ada dgn simpulan yg kemas kan?
Masa ni la nk kenal2 semua orang, haaa blh dikatakan aku knl semua. Mana tak ye nya
semua orang aku tegur. 
Ehem3 peramah tahap gaban k, bak kata suami aku..hihi :p



yang ni 2 awesome guys.
Hensem2 kan geng tangga barat cluster ni. 
yang baju hitam tu memang tak asing lagi, kehensemannya memang menjadi pujaan 
gadis2 klate. Tapi gadis terengganu jugak yang dapat kan?
 hahahaha... (kalau dia baca mmg besar lobang hidung la)


Ehhhhh..... Ehhh....
Ehhhh.....
Ehhhhh....
Muka hairan tengok model kat bawah tu cam nak terbalik agaknya...hihi
tapi memang la. Suami ambo ni memang klaka, setiap masa gelak kalau dia ada. 

Macam2 aksi, then yg khemah diorang pegang tu sebenarnya permainan tau.
Haa mungkin ada yang dah tahu pasal game ni...
Yang pasti mmg cun habis game n.
Next....
G main air lak, lebih kurang sejam sukaneka
lepas tu masing2 berangkat g dkt water theme park!
piiiiiiuuuuunnnng :p

Sunday, 30 December 2012

Hye nyamuk!

Dah aman lagi tenang...
tiada lagi gangguan umpama gangguan nyamuk
(berong2 tepi telinga )........
bila kelibat dia hilang dari pandangan
terasa tenteram..

Itulah...
siapa suruh kau memberong ditepi telingaku
mataku berpinar-pinar menahannya
sampai ku tak tahan lagi dgn sikap kau nyamuk
aku nyahkan kau sepertimana 
aku nyahkan mangsa2 perosak yg mendampingiku.

Aku memilih untuk hidup bebas tanpa parasit
Parasit yang menagih simpati
yang acap kali berbicara ntah apa2...
Umpama nyamuk yg berong2 ditepi telinga
Tidak faam apa maknaya.
Yang pasti nyamuk itu ingin meminta darahku.
Ohhh nyamuk
semalam suamiku kata
bunuh je nyamuk tu.....
So,aku apalagi terus menampar
dan melenyapkan segala jenis alternatif
yang berkaitan dgn kau....

Jangan disangka air yang tenang tiada nyamuk.
Dalam air lah tempat nyamuk paling suka membiak.
Nyamuk membiak bukan dgn kadar yg sikit.
Tapi dengan jumlah yg banyak....

Yang kadang2 blh menggelikan  
boleh mendatangkan mual
boleh merasa tengitnya bau itu...
Sekarang bebas.

lenyaplah kau nyamuk dari kami.
Suamiku kata lagi,
tak perlu nk mengenang kalau buat diri selalu x selesa 
atau ayat lebih manis dan tersusun 'sakit hati'.
Semoga nyamuk tenang.
Bila2 masa nyamujk boleh mati.
Hanya dengan sekali tamparan.Tapi sayang,
nyamuk mana mampu membuat amalan macam
manusia. 
Agaknya, klau dia tahu sudah tentu dia akan
beramal seolah-olah tidak akan sanggup
menghisap darah lagi....
hehehe babai nyamuk!


Monday, 24 December 2012

Tak perlu bermadah puisi sebegitu rupa

Pernah terbaca tak status luahan rasa lebih kurang mcm ni,

"Wahai engkau yg pernah singgah dlm lubuk hatiku,
Izinkan aku melupakan bayanganmu dalam hatiku,
Aku akan hapuskan memori indah yg pernah terjadi dahulu,

Engkau menemaniku saat aku sedih,
Tapi sekarang kita macam tak pernah mengenali antara satu sama lain,
blaaa bla bla bla........ (ngeh2 puitis gitu la)

Rasa cinta tidak mudah untuk dihapuskan lagi2 bila kamu yg teringatkan dia lebih.
Hal ini akan menyesakkan kerana kamu sendiri tidak berusaha untuk mengatasinya.
Apabila bayangannya kembali dalam memori
cubalah untuk elakkan sbb hanya kamu yg mengerti perasaan itu.

Ingat setiap janji-janji yang pernah kamu berikan kpd dia dahulu
setelah dia telah berjumpa jodohnya,kamu akan lenyap dringatannya.

Menangis???
bersedih????
berasa tertekan,sakit hati, kecewa?

Kamu, marilah hilangkan rasa sesal itu
yang langsung tiada guna dan kekecewaan tanpa makna.



Berhentilah bersedih

Mengapa perlu tenggelam dalam kesedihan?
Mengapa merenung dan meratapi diri sendiri?
Mengapa tuduh Dia salah dalam menulis takdir?

Sedangkan Dia yang Maha Mengetahui segala yg berlaku tanpa kita sedari.

Tiada sedikitpun kezaliman yg dikenakan keatas kita,seorang hamba-Nya.
Cuba buang segala memori indah yang mungkin mengotori hati
dan menyesakkan dada.
Segala kenangan itu cuba membunuhmu secara diam sebenarnya.

Mengapa kamu sanggup bergenang air mata sedangkan dia terlalu bahagia.
Bukankah kamu menghiris hatimu sendiri.
Lepaskanlah dia dari setiap anganmu
hindarkanlah kenangan itu dari menjengah masuk ke dalam mindamu.

Engkau mampu bangkit  jika kamu sayangkan dirimu sendiri.
Tiada siapa yg membantu dirimu melainkan kamu.
Aku dan dia tetap sama.
Bahagia melakar sebuah kehidupan bersama.
Bukan aku ingin menunjukkan gah,tetapi sekadar menyedarkan kamu
dari dunia ciptaanmu sendiri.



Berhentilah meniti kenangan

" Apabila cinta mempertemukan jiwa di alam ketinggian,

Perpisahan di alam dunia adalah seksaan jiwa utk para pencinta,
Apabila mata tidak saling memandang,
Jiwa ini dan jiwa itu pasti terseksa rindu."

Apabila cinta gagal diperolehi daripada insan yg didambakan,
apabila insan yg dia dambakan menjadi hak milik orang,
apabila segala kasih sayang bertukar kepada insan lain,
kenapa perlu ada rasa cemburu dalam diri...

Bukankah kamu mengerti yang dia sudah dimiliki oleh pendampingnya...
Berhentilah berharap dan terus mengharap....
Kerana sesuatu yang pergi tidak mungkin kembali seperti dahulu lagi.
Mengapa kamu masih berfikiran sempit..
Kembalilah kamu kepada orang yg berhak menyayangi kamu...
kepada seseorang yg telah melafazkan akad terhadap dirimu.

Buanglah segala kenangan dahulu jika ia mampu merobek hatimu...
Usah dikenang pada mereka yg kamu harapkan...
Usah mengeluh jika dirimu tidak mampu memiliki apa yg orang miliki...
Usah kamu bermuram durja dgn apa yg berlaku...

Kembalilah ke pangkuan orang yg kamu miliki
Aku pinta engkau hentikanlah segalanya.


Thursday, 20 December 2012

Macam ragam sampai rasa nk ignore terus.

Malam berlabuh sudah,siap sedia semua^^. esok ada planning kan :p
(masing2 punya plan la kan).....

Pernah jumpa tak orang yg ada virus 'syok sendiri'..hihi. Biasa yg jenis syok sendiri ni kalau x dirawat 
blh jd penyakit 'gila bayang yg kronik!' hihi
tak faham betul la dgn sikap ngada2 dia,ntah apa yg dia nk
sebenarnya.~~ Teeeeet! (aku rimas tlg la jgn nk mengediks sgt)

Kenal pun secara tak sengaja,awal2 blh tahan tapi dah makin lama terasa jgk nok! 
kenalah pndai sikit jgn nk 'publickan' kesengalan pemikiran tu sangat.
Wanita ni kalau tahap berfikir dia tinggi mmg ok la (tapi ada jgk yg KO tahap malapetaka)
kah kah kah... dah tahu ada suami jgn la nk membebalkan diri dgn menggatal & mengayat 
sangat!..


Wednesday, 19 December 2012

Selagi tak dapat,selagi tu tak puas hati.

Atas permintaan someone special yg suruh update blog hari ni kita update. Tapi tak 
tahu nak berceloteh pasal apa ngeh3... Kalau kita ni bnyk idea blh gttk nk 'menghuru-harakan' blog yg sepi ni hihi 

Tadi masa buka blog terbaca entry seorang kawan yg tgh blaja kat Jordan.
Yg buat aku haru biru bila dia ckp dia nk g beli jubah hari ni....
^^^^argggghhhh!! rasa nk terpekik terlolong je panggil nama dia skrg....
(kalau la dia dgr kan) hihi

Mak aiiii, sana sure melambak2 jubah yg aku nak kan.
Nak dijadikan 'story morry' haritu dia dah beli sehelai jubah hitam
ala-ala batman nk terbang hihi tapi.....
sayang tak muat kat lengan^^ ...Stress kejap! yang lagi teruk en.suami kata buat baju 
tidur jelah yang! (kihkihkih klau tidur dgn baju tu mmg buat tebiat la aku)
mana taknya! penuh dgn blink2 merelip merelap lagi~~~ 

Agggghhhhh! ^ nak nyanyi lagu ombak rindu la.


Lebih kurang camni la colour yang aku nak.
Pattern umbrella cut ke tak ke tetap tak kisah cuma, aku nak yang hujung dia ada bunga2 yg colourful
cam warna gini.huhu

Bila dah rasa nak 'termuntah' tgk warna biru itu.



Malam ni tak tahu nk 'lepak' mana,dkt fb ke dkt blog!.
 Try buka fb mcm2 rintihan,status2 geli geleman ada haha
 aku sebelum ni pun camtu gak tp sekarang je rasa macam geli2 sikit haha....

Biarlah mereka nk geli2 tapi agak2 la,klau 24 jam ayat cinta bermadah bagai rasa muak juga. Aku skrg nk buat motto utk fb aku, 'jgn publickan kebodohan' haha...

Tapi kat fb lah aku blh berhubung dgn seseorang.
 nk off terus rasa x blh, 2minggu tu lama kalau nk harapkan call je payah. Tp skrg aku nk jadi cerdik sikit haha :p.Mujurlah skrg aku dah blh control diri jadi hamba alam maya. Thanks kpd sesiapa je yg buat sy 'muak' dgn facebook! kikiki :)


kepingin Jubah hitam okey!

Hujan masih turun tak henti2,siapalah yg kuat sgt menyanyi tu kan? tapi takpe ada orang suka hujan sebab masing2 punya alasan la hehe. Malas nk melalut panjang...

Hari  i kita ada misi nak cari jubah hitam or abaya yg sweet. Ntah knp 2 3 hari ni nak sgt jubah tu. Kalau orang ckp 'kepingin' pun aku tak kisah sbb tahapnya mmg ala2 kepingin dah...huhu

serbu punya serbu ada la terjumpa satu jubah yg kita nak tapi warna lak takde colour hitam. Rasa nk terbang g dubai rasanya cari takpun g mekah baru senang nk dpt yg saiz besar kan hihi.....

Sunday, 9 December 2012

Postpone dulu!

Bila bersendirian aku rasa kenangan demi kenangan berlegar dlm kepala otak ni, seakan2 aku tgh pasang slide kat dalam otak ni. Malam ni badan still rasa penat lagi sebenarnya, mana taknya membontot je dlm kereta Huhu.. jauh kot dari Kuantan nk sampai Pasir Putih, nasib sepanjang perjalanan balik duk sembang-2 bergelak ketawa dlm kereta rasa cepatlah.

Tapi itulah realiti, senyum dan ketawa itu penyeri dalam meniti hari2 bersama yg tersayang. Kadang-kadang kita perlu enjoy dgn apa yg kita lakukan barulah hasilnya superb! haha. Malam ni rumah kecoh kot duk jadi pasukan sorak Harimau Malaya... Gila kecoh! Tapi itulah warni warni kebahagiaan. Kebetulan Pak Su Suami dari Melaka tu balik bercuti mmg heaven la sangat! haha... Malam ni lepas je habis tgk bola siap2 g pekena sup belut. Hah! Memang tak sah kalau balik kampung tak mkn sup belut, so malam ni kita keluar raikan. haha... Enjoy malam2. Ini yang best pasal family sebelah suami, sebelum ni jarang dayah keluar 'berderaks' malam...haha. Kat sini lain sikit, diorang suka buat kerja malam2 ni. Hahaha lau tak caya malam ni sure g window shopping kat Wakaf Che Yeh! haha Mmg havoc la.... Wakaf Che Yeh mmg glamour la utk aktiviti malam ni ngeh2... Haa shoooppppinggggg lagi. Biarlah penat balik dari Bukit Gambang City tak hilang lagi pun. Aku sbg kaki berjalan ni mmg suka haha....

Ni gambar time kat Gambang, ingat nak update blog pasal apa yg terjadi kat sana, tapi nampak gayanya next time la kita update. Tak sempat nk berblogging lama2, time suami ada kat rumah ni kena hargai peluang yang ada bersama... Good Night Everyone who reading this short  notes! ;p


Tuesday, 4 December 2012

Retro yg ntah apa2.. Dinner!

Ni rasa sunyi balik dah. Jumpa time lunch tadi je sekejap. 
2.30 p.m tadi dah masuk forum balik. 
tadi sempat la nk bergurau senda time mkn, sampai si dia perasan 
knp la bini dia ni 'galok' sgt duk usik2 dia mkn. 
Hanya satu perkataan yg terpancul dimulut
BOSAN!..

Sampai tergelak dia tadi. Memang dia dah faham sgt2 dgn perangai bini dia ni.
Kalau pelik2 perangai tu mmg mcm budak2 la dia kena layan. 
Sayang dia sangat2...
Tak sabar nk tunggu dia habis berforum
nak keluar jalan2 lak ni.
G jalan2 kuantan best gak ni
45 min je drive dr cherating hihi....
Malam ni dah takde aktiviti sangat.
ha sebut pasal semalam terasa nk cerita pasal dinner.
Adooooiyai...! punya la klaka dinner ni x mcm dinner yg biasa ak attend.
Majlis santai je even company koperat, 
biasa la koperat x sah kalau x formal yg ni rileks je. 
Masyuk gak PETRONAS ni haha...
Semalam dengan tema retro, dah la x ckp awal2 retro so kitorang
bedal je baju yg ada. Nampak petak2 
& bulat2 tu kira ok la. haha



Monday, 3 December 2012

Berdengdang wahai si perut

Hai blogger2 semua!
dah ready nk g lunch ke?
hurmmmm! perut kita pun sama dah bunyi2 macam2 lagu dah ni...
Tunggu la kejap2 lagi siap2 nk g lunch...
En. Suami x msg lagi neh!
biasa lah dah siap kerja dia nanti bunyi la tu suara fon memanggil....

Hari ni sepagi duk terperap dlm bilik. Ingat tadi nak g jalan2 tepi pantai
tapi badan rasa malas lak nak jln sorang2 ngeh2 ( klau berteman laju).
hurmmm... pagi ni duk ngadap tablet ni je sambil tv on kat dpn mata.
#@&^-!$ saje nk suh ada bunyi.
best gak layan sambil dgr bunyi tv silih bganti dgn deruman ombak pantai tu kan...

Sape kat sini yg suka pantai?
kalau ada yg suka best la kan...
sbb korang mesti dah tahu apa yg best kalau dah mengadap pantai.
Warnanya yang biru boleh buat jiwa jadi tenang...
Kadang2 mengadap bertapa di balkoni buat hati rasa terbuai....

Indahnya ciptaan Tuhan siap pakej dgn angin sepoi2 bahasa lagi.

Kalau dah lewat mmg macam ni la

hai semalam bertolak dr Jertih ke Cherating lbh kurang 5 jam perjalanan
Awalnya mmg niat nk teman En.hubby memandu tapi sayang, 
tak sampai setengah jam perjalan mata terus kuyu.. huhu
lagi teruk bersilih ganti duk lawan menguap dgn en.hubby. 
Kita mmg x paham la, mmg dari dulu lg ada sindrom pelik ni...
kalau kita nguap dia pun akn ikut nguap! aggghhh sentap...
yg pling klakar kita sampai tahan2 nguap sbb kesian kat dia duk nganga2 tahan mulut
dari melopongnlopong gitu haha...

last2 kita minta izin nk tidor jap... x tahan sgt! minta maap sgt x leh nk teman. 
nahhh! ambik ko...
bukan kejap je tido dlm keta smlm,
sedar2 je dah sampai kemaman doh! hihi 
kesian en hubby radio je teman drive sedangkn bini duk berdengkur sebelah!
;%#$@/! *kira teman jgk la tu kan? hihi..



lbh kurang kul 4a.m kitorang sampai cherating!
fuh, masa tu nk bjalan masuk bilik pun dah x larat..
biasalah klau kat rmh lena diulit mimpi kot time2
camni!


tp x lupa la thanks kpd en.hubby sbb memandu dgn berhemah & selamat bawa
pn.wife bercuti smbil berkhidmat dkt Resort ni kan? hihi...
Masuk je bilik rasa terubat penat bili tgk katil cmni


rasa nk humban je badan ni mcm nangka jatuh okey!
kita stay sini 2 hari tak tau la nk buat apa bila en.hubby turun kursus. 
Mybe termenung tgk laut kot...
okey jugak dpt bilik mngadap pantai... 
boleh nk layan je....huhu