Thursday, 26 April 2012

Suburnya nikmat kesyukuranku Atas kurniaanNya.

Bagaikan bermimpi dialam mimpi, segala impian akan terlaksana. Memang hobi saya 'travel' and yang paling penting kalau nak travel mestilah ada wang yang cukup, tempat menginap yang selesa dan yang penting insan pendamping yang menemani. Of course la keluargakan, husband, ummi adik kan....hehe.

Memang belum ada pengalaman g oversea, tapi Alhamdulillah tahun ni segalanya akan termakbul. Dah lama sebenarnya kita nak g jalan-jalan luar negara, bukan apa view dia mmg cantik. Lau kat Beijing yang paling suka sbb nak jalan dekat tembok china je. Sure lah sambil-sambil exersice kan, tapi rasa nak g musim salji je, lau bulan 6 ni comfirm musim panas, lau musim sejuk bulan mac kot....

Tahun depan dah target nak g Gold Cost Australia. Biarlah g China musim panas pun, salji banyak lagi kat Muka bumi Allah ni. Tujuan share ni bukan nak bangga diri ok but just untuk sharing, lau kata orang jauh perjalanan luas pemandangan terjana idea kan?....hehehe

Sure ramai couple-couple yang baru kawin macam kami nak g honey moon and interested to bring your sweet heart gi jalan-jalan kan?....korang boleh je nak minta dayah tolong sbb group ni ada 10 orang and we are the first booked for this, 4 hari 3 malam okey. harga tak perlu banyak kalau nak tahu sila PM kat facebook. ;p

Sunday, 22 April 2012

Jalan ku untuk menuju Syurga adalah dengan bantuanmu , Wahai Suamiku.


1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......

My Colour With My Style Life

HILANGKAN MASALAH SAKIT KEPALA
WARNA: MERAH
kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya , letakkan tuala lembab berwarna merah diatas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenalin
...
MENGURANGKAN TEKANAN DITEMPAT KERJA
WARNA: BIRU
Anda rasa tertekan? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru.Ia berupaya meransangkan suasana tenang dan ianya dapat mengurangkan tekanan darah. Cuba ubah “screen saver” computer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenangdan kurangkan rasa tegang

ELAKKAN INSOMNIA
WARNA: MERAH JAMBU

Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa diwaktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna tersebut. Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. ~ Suasana yang romantik…

CERIAKAN MOOD ANDA
WARNA: JINGGA
Apabila anda merasa murung atau cuba untuk mengembalikan tenaga anda, cuba sesuatu yang berwarna jingga. Insyaallah pasti mood anda akan berubah.

LENYAPKAN KELETIHAN
WARNA: HIJAU
Terdapat pendapat yang mengatakan warna ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan.

Saturday, 21 April 2012

Only you may touch My Heart

Become Loving.
When you are in the embrace,
become the embrace.
Forget yourself so totally
that you can say,
'I am no more.
Only love exists.'
Then the heart is not beating.
but love exist.'
Than the blood is not circulating,
but love is circulating.
than eyes are not seeing,
love is seeing.
Then hands are not moving to touch,
love is moving to touch.
Become love
and
enter everlasting life.

Friends indeed is like Snow white and Cinderella

When thing's are looking positive in your life friends get to know who you are. When you are negative in life, you get to know who your true friends are. There will be a ton of people around when times are easy. But take note of who remains in your life when times get tough, especially the people who sacrifice the resources they have in their life to help you improve yours when you need it most. These people are your true friends. And this I have learned.

Andai Dia Tercipta untuk Menghiasi hari-hariku.


Kita berkenalan bukan dalam perancangan.
Secara kebetulan engkau muncul dalam hidupku.
bila menggamit memori silam, ku panjatkan SYUKUR ke hadrat ilahi kerana mempertemukan 2 hati yang sangat istimewa.
ALHAMDULILLAH YA ALLAH....

Cinta kami terpatri ketika usiaku 21 tahun dan masih belajar di salah sebuah Pusat Pengajian Tinggi Awam di Ibu Kota. Jika nak di fikirkan jarak yang jauh tidak mampu aku gambarkan macamana la nak berjumpa dengan insan penyeri hati yang masa tu belajar di sebuah pusat pengajian di Pantai Timur. 
Namun, semuanya telah tercatat di Luf Wahfuz atas suratan Ilahi.

Pertemuanku dengan si cinta hati, Mekar terjaga samai sekarang 
dan alhamdulillah kami akan membina Istana Syurga Cinta pada hujung bulan mei.
thank you Allah jagakan buah hati saya.
Aku Cinta Dia, Ahmad Faisal Muhamad.

Bila Hati Bersulamkan Naluri Wanita

Perasaan RINDU lahir dari hati, fitrah insan yang sangat istimewa.
Rindukan seseorang umpama titisan embun yang menanti titik ke rumput nan hijau.




 
Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :

" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah aku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..

Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..

Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..

Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..

Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

P/S : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia....

Friday, 20 April 2012

Perut Terisi, Kasih terpatri antara dua insan untuk menyatukan hati

Pagi ni, dengan bangganya kita jadi supir abang dengan amin a.k.a din. Hehe
Memang best lakan pagi ni dapat bergelak dengan Fatin, best friend masa duk belajar
sama2 dulu. Sama-sama kongsi rasa, bila dah besar makin rapat gayanya.

Macam biasa, sebelum Mesra Mall( tempat exersice) yelakan window2 shopping
hehehehe...
Sebelum MM buka dayah g lepak rumah fatin, belikan nasi bungkus utuk sarapan pagi
untuk baby fatin yang dah tak sabar2 nak keluar.
InsyaAllah namanya Hami, sbb dan scan n BABY BOY!....


Tapi baby ni bijak sangat tau, aktif pulak tu.
Hami dah berkomunikasi even still dlm rahim. ngee;p
Fatin mmg ajar anak dia, selalu berbual sbb suami fatin kerja balik malam.
Kalau sembang, dia akan bagi isyarat kaki. If hami dengar kan dia akan bagi respon dengan
cara hulurkan kaki. So boleh nampak la, benjolan kat perut mommy dia....
heee ;p
sweetkan ?

Bukan gambar ni yang sweet, jangan salah faham eh?...
Gambar ni sekadar hiasan, nak imaging camanelah bila time kita nanti....hoooyeh!
Saya belum bersedia, tapi kalau ada rezeki, insyaAllah.
Nak baby yang comel, nak pakaikan gaun pink, sweet muah sayang baby hami.
Buat masa skrang kita main dengan baby kita yang ni.
Sugar Glaider kan tgh reggy, nanti kita dapat cucu. heee ;p


Thursday, 19 April 2012

Kau Sahabatku Kau Teman sejati


"Seseorang berada di atas agama kawannya."
Aku terlalau rindukan kawan-kawan aku, bila kita bersendirian
perkara yang bermain di dalam kepala ialah sahabat yang rapat. 
kawan yang memahami dan yang mampu menggembirakan.
bagi aku, kawan lah yang mampu mencoret seribu macam cerita dalam kehidupan.
 
Demikian pesan Nabi kita. 
Kenapa ya? 
Kita sangat terkesan dengan cara hidup siapa yang menjadi pendamping kita.Kita selalu cuba untuk memenuhi kepuasannya agar diri kita diterima sebagai kawannya.             
       Maka, Carilah kawan baik yang cara hidupnya selari dengan petunjuk al-Quran dan al-Sunnah.Carilah kawan baik yang kepuasan hidupnya diletakkan dengan memuaskan kehendak Allah.             
       Nak cari di mana?Hmm, memang susah nak cari. Mudahnya, kita jadilah kawan yang terbaik untuk siapa sahaja yang hadir sebagai 'kawan' dalam hidup kita.Sayangi mereka. Tunjukkan mereka contoh terbaik. Disebabkan mereka 'istimewa'lah, Allah jumpakan kita dengan mereka. Jom, hargai kawan-kawan di sekeliling kita hari ini juga.
   
              Bagaimana menghargai?Oh! Anda jauh lebih kreatif daripada saya. Jika tiada kreativiti, mintalah idea daripada Allah yang Maha Kreatif, sumber inovasi kita semua. Serulah nama-nama-Nya

Wednesday, 18 April 2012

A World without You.


'...tanpa lelaki lelaki, siapalah wanita dan begitulah sebaliknya'....
Segalanya diciptakan bersebab, mana mungkin kita sebagai hamba ingin melawan fitrah berpasangan itu sendiri. Hanya akal yang waras 
perlu memainkan peranan sebagai seorang khalifah Allah, serta memakmurkan bumi Ilahi ini.

Dengan CINTA manusia akan berasa sempurna, cinta bukan hanya kepada kekasih
namuh ianya umum dan general.
CINTA seorang adik kepada kakaknya,
CINTA seorang pelajar terhadap pelajarannya,
CINTA seorang peniaga kepada perniagaannya.
dan yang paling hakiki yang kita wajib ingat dan laksanakan
ialah CINTA KEPDA HU RABBI 

Allah yang melontarkan rasa cinta dalam diri kita, 
kenapa kita dengan angkuh tidak mahu melaksanakan tuntutannya.
'DUNIA MAKIN MAJU CINT PUN MAU BIJAK MA"

Seorang lelaki yg Baik Akan membimbing Perempuan yg disayanginya Menjadi lebih Baik.


2 hari dayah tak update blog. Tak sempat nk update la sbb sibuk dgn urusan harian yang memerlukan komitmen tulang empat kerat yang sgt2 kritikal. hahaha

Kelmarin, ada satu peristiwa yang sangat menyentuh hati wanita dayah. Tak pernah terlintas dihati apa yang berlaku akan menjadi satu pahatan memori yang tak mungkin dayah lupa sebagai seorag insan yang bergelar bakal isteri kepada suami yang tercinta.

Tarikh 17hb April 2012,jam 8.30 malam, sambil-sambil dayah pakai mask kat muka dayah terkeluar kata2
yang bagi dayah hanya
satu ungkapan gurauan yang tak mampu menyentuhkan hati seorang lelaki

"abang, kalaulah muka ayang sama dgn masa ayg pakai masker 
(topeng putih tu)hahahha
 abang akan sayang ayag lg tak? andaikata ayanag kemalangan atau sakit teruk?'...

seketika, aku menunggu jawapan, tapi bkn suara dlm wadah lontarkan perkataan tapi ku dengar esakan dr bakal suami yang sememangnya bertahkta dihati,
dia menangis!.....
aku terkejut, cuba dayah kawal suasana.
hanya suara ini yang terlakar merdu di bibirnya,
"Sayang, abang sayang ayang. Tolong jgn ckp bukan2 abg tak sanggup kehilangan ayang."

Terima kasih ya Allah.
I love him so much dgn keberkatanMu.



sahabat Jadilah kalian macam lebah, rela mencari debunga demi menganugerahkan madu untuk santapan kita.

Sahabat untuk kita bergelak ketawa mudah nak temui,tapi yang setia disisi ??
Mungkin ramai yang pernah dengat ayat ni kan, dunia sekarang memang tak lari dengan hakikat kehadiran dan kehilngan sahabat dalam kehidupan.

"Sahabat yang sejati adalah sahabat yang memperhambakan diri kpd penciptanya".Tak salah bagi kita memilih sahabat, kerana sahabatlah yang sedikit sebanyak mencorakkan kehidupan kita. Jika buruk sahabat mampu kita ubah, alhamdulillah itu kelebihan.

Sebaliknya bagi mereka yang mudah terpengaruh, berhati-hatilah dalam memilih sahabat.
Dunia Allah ciptakan untuk saling mengenali,bukannya untuk berlumba-lumba mengejar duniawi sampai tertinggal ukhwah islami.

The Miracle of SEMCELL