Sunday 31 March 2013

Parahnya rasa itu

Lidah mana yang tidak tergigit,
Rambut mana yang tidak pernah putus,
Itulah hakikat yang perlu diketahui.

Aku berbicara bila aku rasa perlu,
Aku luahkan bila aku rasa aku perlukan ruang,
Aku cuba untuk fahami tapi seolah-olah tidak pernah dimegerti.

Aku pinta itu dan ini,
Hanya aku tahu itu perlu bagi aku,
Aku bukan nak menyusahkan,
Tapi engkau yang melebihkan apayang tak perlu,

Berlaku adillah jika kamu mahu,
Aku boleh miliki sendiri apa yang aku mahu,
Tapi kerana kata-katamu aku akur,
Aku cuba ikut rentakmu,

Tapi sekarang aku rasa aku mahu kayuh,
Kayuh apa yang telah aku lakukan,
Kayuhan aku terhenti seketika kerana tanggungjawab,
Aku mahu teruskan kayuhan yang terhenti demi satu destinasi.

No comments:

Post a Comment