Sunday 18 December 2016

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi, hari ini saya masih sihat dan masih dikekalkan nikmat iman dan islam. Bagaimana keadaan kita hari ini?

Adakah cukup bahagia?
Adakah cukup selesa?
Adakah cukup segalanya?

Kita ada hak untuk bahagia dengan pilihan hidup kita. Kita berhak menentukan halatuju kebahagian yang ingin kita kecapi. Kita akan bahagia bila kita dapat apa yang kita impikan. Sebelum dapat kita perlu berusaha sedaya mungkin. Semangat dan kekentalan itu harus ada. Harus padat dan rapi dalam diri. Yakin bahawa kita mampu capai impian kita selagi kita tidak kenal erti putus asa dan mengalah.

Keselesaan kita pada hari ini bukan atas nasib kita tetapi sebab ketekunan kita pada saat kita bermula. Setiap kejayaan yang kita raih bukan usaha kita hari ini, mungkin usaha kita 3 bulan yang lalu. InsyaAllah yakinlah.


No comments:

Post a Comment