Sunday 6 May 2012

Memburu impian demi sebuah kejayaan

'Apa cita-cita awak?' atau "besar nanti awk nk kerja apa?'....Demikianlah soalan;soalan hotspot yang biasa kita dengar kan. mustahil tak pernah dgr. Lagi bijak kalau kanak-kanak yang masih muda diusia tadika dah didedahkan dengan persoalan demikian. Bagi dayah persoalan ini mmg penting bagi setiap individu. Tapi jangan terapkan persoalan itu diminda mereka sebaliknya, bagi pendedahan itu yang lebih bijak.

Jangan biarkan pemikiran yang sepatutnya difikirkan oleh mereka yang baya -baya dayah utk mencari solusi terpinga-pinga. Cita-cita itu boleh dilentur. Yakinlah, gagal mengejar cita-cita bukanlah penamat kepada sebuah kehidupan. Kita masih boleh mengubah situasi itu sebenarnya dengan syarat kita betul-betul mahu.

Cita-cita perlu dinamik sebenarnya, ianya boleh dikembangkan diajar dan dipamerkan supaya timbul minat untuk memiliki cita-cita yang hebat. Dayah bercakap dari sudut diri sendiri. Kalau ada dikalangan pembaca yang kenal dayah dari awal persekolahan dia tahu sedikit sebanyak sejarah hidup dayah.

Tapi Alhamdulillah kejayaan kita sendiri yang cipta. Yang penting dalam diri masih ada keyakinan dan keinginan untuk berjaya, bahagia macam yang lain.
yessss!!!! if you think you can do it! yesss you can. ;p

No comments:

Post a Comment