Wednesday 18 July 2012

Perasaan yang hadir adalah untuk kita halusi dengan kasih sayang...

Selamat petang guys!
Sekarang jarum jam tepat di angka 7p.m. Macam biasa perasaan yang hadir tetap sama bahagia bersama si dia, dari pagi sampai ke petang. Saat saya menarikan keypad ni En. Suami ada kat laman rumah sedang buat sarang untuk burung dengan adik iparnya :). Burung tu sangat comel okey nanti ada masa saya uploadkan gambar tu...Sekarang tak sempat kot bateri fon dah zero. hehe ;p

Saja je petang ni nak santai2 rasa nak catatkan detik2 indah untuk hari ini. Mana mungkin hari ini datang lagi pada hari esok kan?...hehe. Hari ni macam biasa bangun2 je sarapan dengan nasi lemak. Fuuuuhhh!! bercerita pasal nasi lemak ni mmg sedap la, sambal dia mirip dgn nasi lemak yang paling kita suka. Nasi lemak ni nak kata special sangat tak la, tapi mungkin rasanya yang buat kita teringatkan nostalgia nasi lemak masa sek. rendah dulu. Mmg berselera lah tiap2 hari makan nasi tu pun tak pe ;)) hehe.

Hari ni kitorang tak keluar pun, hajat hati mmg teringin nak g Balai Islam. Sana ada aktiviti antara 4 panel. Tajuk 'Bicara Selebriti' dan yang dijemput adalah hero filem 'Ketika Cinta Bertasbih' mmg kita minat gak la cerita tu. Islamic loving style ;p Tapi hubby kita tak nak g lorhhh!! dia mmg tak suka tempat ramai orang ni lagi2 malam. Tapi kalau time ni ada kat Pasir Puteh sure dia g ni..hoho... takpeklah mungkin takde rezeki. Lain kali la kot ;). Kita okey je, banyak kali gak ajak dia hari ni. Mungkin 7 kali ada kot hahahah...last2 dia ajak g makan satay. Rasuah la tu, abang mmg macam tu dia suka mgusik tapi itulah abang... Sayang sangat2 kat dia..

No comments:

Post a Comment