Thursday, 14 February 2013

A Note For You

Kata-kata sayang tak akan berhenti. Sekalipun ianya tak sempat ku catatkan diruangan ini, namun ia tetap tersemat dlm memori. Kadang-kadang melalui penulisan aku mampu eksperesikan perasaanku, emosiku. Itulah dunia penulisan bagi aku. Bila aku bersendirian ada abjad-abjad ini yang menemani. Itulah hobi aku, melepak di ruangan blog ni.
Bila bosan aku terasa nak menulis. Mungkin dengan menulis aku rasa puas. Semua orang ada cara masing2 untuk hilangkan rasa bosan dan bila bosan aku akan ingatkan dia. Dia yang selalu ada, dia yang sentiasa buat aku tersenyum. Dia yang faham aku. Heee kalau dia ada ni mesti aku dah ajak dia keluar jalan2, masa yang berkualiti ketika berdua.
Selepas kawin kita tetap bercinta, bila malam berlabuh dia akan call. Aku faham kerjaya dia, tapi kadang2 aku perlukan dia untuk menemani aku. Biasalah kan, tapi demi mencari rezeki semua itu kami anggap cabaran. Walau sesekali jiwa faham tentang semua itu, tapi bukankan aku insan biasa. Yang tidak pernah lari dari sifat semulajadi manusia.
Hari ni dah 3 hari tanpa dia disisi. Aku tak sabar nak menghitung hari ke4 hingga hari ke7... tinggal beberapa hari je lagi. Ntah kali ini, rasa rindu macam awal2 dulu. Harap abang sihat kat sana, then boleh buat kerja & rehat secukupnya. I love you from deep of my heart.

No comments:

Post a Comment