Wednesday, 13 February 2013

Bila rasa nak bercerita...

Yes! Mood nak bercerita dah datang. Bercerita tentang hati yang ingin berbicara. Soal hati hanya aku dan dia yang tahu. Jarak yang memisahkan kita yg terasa seakan asing. Asing bila aku tidur tanpa teman, asing bila aku tengok tv sorang2, asing bila aku makan tak de kawan. Itu semua asing.
Biasa ada dia yang ceriakan hidup aku. Bangun je dari tidur mesti ada senyuman manis, tapi untuk seminggu ni aku terpaksa bangun dan mengadap teddy bear tu je dulu.

Dah lumrah bila jauh, hati saling merindu. Itulah ikatan yang jarang mampu dirasa oleh hati2 yang tak terkunci oleh cinta. Hati aku dikunci olehnya. Bila dah sayang segalanya rasa indah. Hari ni dah hari khamis, selasa ni balik la dia. Hehe... dah tak lama, just wait and see. Bila dia kerja aku kat rumah macam biasa, ni malas lagi nak buat bisnes aku tu, tunggu la. Rasa nak rehat lagi. Badan tak hilang penat lagi balik dari Melaka haritu hehe....

Bila dah ready barulah leh mulakan balik. Itu untungnya bisnes sendiri. Kerja ikut suka hati. Yang penting rezeki Allah itu tetap ada. Kita usaha kita dapat. Just ingat yang tu je....

Siapa yang pernah berjauhan pasti akan rasa apa yg aku ceritakan. Tapi aku tak pastila sejauh mana perasaan kamu. Sebab itu masing2 punya perasaan. Sejauh mana sayang kamu kepada mereka2 tu. Tapi bagi aku aku selesa berceloteh kat sini. Sekurang kurangnya dia baca apa yang aku ceritakan, biasalah kat platform sana nk online 24jam memang tak boleh. Tapi bila dia dah habis kerja, sekurang2nya dia tahu apa yang tersayang dia rasa dan luahkan. Ini je cara kamibercinta, namanya jauh. Lain la kalau suami isteri yang duduk bersama. Kerjaya dia tak sama, sebab itu lah keistimewaan cinta kami... yang penting kena saling percaya dan memahami. Berkahwin ni bukanlah susah. Semua yang kita nak buat biar selesa dan kena dengan kehendak kita.

No comments:

Post a Comment