Thursday, 14 February 2013

Fitrah Cinta

Cinta yang bertandang di lubuk hati itu fitrah.
Suamiku yang sangat setia,
Biarlah aku sentiasa teringatkan wajahmu yang jernih,
Aku akan berasa tenang dengan pancaran cintamu yang lahir
Dari raut wajah yang bersihmu.
Itulah yang membuatkan aku tidak mahu berpisah dari dirimu.

Adakah kau pernah mendengar atau terbaca kata-kata daripada
Sayidina Umar R.A, kebajikan yang ringan adalah yang menunjukkan
Wajah berseri-seri dan mengucapkan kata-kata yang lembut.

Tetapi sayangku, bahagiakanlah dirimu terlebih dahulu
Dengan melakukan perkara-perkara yang diredhai oleh Allah.
Sudah pasti engkau akan dapat membahagiakan diriku pula.

Sayangku, kebahagiaan yang terindah adalah apabila engkau
Senyum akan jelas keikhlasan timbulan pada tulang pipimu
Dan terpancar cahaya dari matamu.

Kekalkanlah senyumanmu itu di dalam istana kita.
Senyumanmu itu sangat penting buat diriku dan iringilah
Dengan sentuhan lembut jari jemarimu.
Engkaulah pembalut kasih sayangku...

No comments:

Post a Comment