Monday 14 May 2012

Cinta Hadir untuk membahagiakan bukan untuk membawa kesedihan.


Hadirnya cinta akan membuat kan manusia makin bersemangat, hidup akan jadi indah,masa akan berputar laju. Itulah hebatnya cinta, namun kita seharusnya meminta pertolongan Allah untuk memberikan jodoh yang paling sesuai dalam hidup kita. Jangan pernah ada kesal setelah anda telah lalui cinta itu, jangan mengada2 nak mengungkit. Berani pilih beranilah hadapi segalanya.

Bukan aku tak pernah bercinta sebelum ini, bukan juga aku tak pernah kecewa namun aku anggap perkara tu biasa. Patah tumbuh hilang berganti. Buat apa nk meraung, menangis dengan lelaki yang tak guna. Aku hairan sebenarnya jika aku lihat ada sesetengah wanita yang sanggup bermandikan air mata setiap hari demi kerana seorang yang di cintai.

Tolong la buka mata, untuk apa cinta hadir tapi untuk membinasakan diri sendiri. Bukankan cinta itu indah sehinggakan shah jehah membina istana kepada mumtaznya. Namun jangan dianggap jika suami bagikan segala hartanya itu adalah kayu pengukur kehidupan. Tidak, bahagia ni adalah subjektiktif tanpa mengguris hati dan perasaan. Hidup kena hadapi dan jalani dengan ceria barulah masalah mampu ditangani.

Jangan nak menangis kerana lelaki tak guna, wanita kamu kena bangkit jangan hari2 nak mengadu damba pasal masalah, sampai bila masalah itu nak hilang jika kamu sendiri yang tidak mahu bangkit. Sekarang wanita harus bijak, bijak dan kental. I wish you luck ;D

No comments:

Post a Comment