Seni tertinggi dalam ilmu kehidupan adalah seni untuk hidup dalam redha Allah SWT. Firman Allah SWT, " Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaanNya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikkan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya". ( al syams : 7-10)
Monday, 1 April 2013
Jika masih ada waktu.
Sebuah Hati
Sunday, 31 March 2013
Berbicara tentang orang itu
Tapi berwatakan seolah-olah dialah yang teristimewa,
Gayanya dialah yang paling tabah,
Tabah menghadapi kehidupan.
Siapa yang suka jika pelik dipandangan mata,
Mungkin berkata-kata hiba untuk menarik perhatian,
Menceritakan soal hati dengan mereka yang entah dari mana,
Jika hati dah sayang panjatkanlah kepada yang berhak,
Sayang bukan senang dimulut
Tapi ianya harus lahir dari hati dan seiringkan dengan perbuatan.
Bercakap tentang itu dan ini,
Hakikatnya dia hanya membuka kelemahannya sendiri,
Sedikit demi sedikit dia bercerita,
Lama kelamaan terserlah jua..
Jangan pernah tersalah cakap tentang soal hati,
Kalau mahu yang terbaik seperti orang lain miliki,
Berusahalah.,,
Jangan hanya tahu mengadu dan bersedih..
Seolah-olah dialah manusia yang paling sedih.
Tapi sedihnya hanya senjata untuk meminta belas..
Kebahagiaan harus hadir tika kita mampu tersenyum dan air mata
Masih bergenang...
Parahnya rasa itu
Lidah mana yang tidak tergigit,
Rambut mana yang tidak pernah putus,
Itulah hakikat yang perlu diketahui.
Aku berbicara bila aku rasa perlu,
Aku luahkan bila aku rasa aku perlukan ruang,
Aku cuba untuk fahami tapi seolah-olah tidak pernah dimegerti.
Aku pinta itu dan ini,
Hanya aku tahu itu perlu bagi aku,
Aku bukan nak menyusahkan,
Tapi engkau yang melebihkan apayang tak perlu,
Berlaku adillah jika kamu mahu,
Aku boleh miliki sendiri apa yang aku mahu,
Tapi kerana kata-katamu aku akur,
Aku cuba ikut rentakmu,
Tapi sekarang aku rasa aku mahu kayuh,
Kayuh apa yang telah aku lakukan,
Kayuhan aku terhenti seketika kerana tanggungjawab,
Aku mahu teruskan kayuhan yang terhenti demi satu destinasi.
Time for sharing
Tip top ..tip top jam kat dinding rupanya kita dah di hujung bulan mac.
April pasti muncul tak lama lagi. Masa ni kadang-kadang terlalu cepat meninggalkan kita.
Ntah la, petang ni tak tahu la rasa nak bercakap sorang2... buang tebiat eh?
Bukan la, kita nak berkata2 kat dlm blog ni je...
Ntah rasa bosan, sangat bosan. Tapi tak tahu kat mana kena mulakan...
Maybe kena ajak si dia bercuti kot...
Perlukan suasana lain untuk seketika.
Sihat ke tak? Huhu.. Harapnya dia sihat la. Bila kita tak hiraukan dia, kita rasa macam nak tahu perkembangan dia. Tapi bila kita ambik tahu semakin dia jadi mengada-ngada tanpa kawalan.
Aggghhh... yang tu kita tak suka sebenarnya. Tahap mengada2 yang tinggi, jadi cara selamat jauhkan diri dari dia.
Friday, 29 March 2013
Perasaan utk dilepaskan pergi
Lepaskan seolah-olah kamusudah tidak perlukannya,
Jika ia ada kesakitan itu kian menanah,
Kian membusuk di dalam hati.
Bagai beon yang terbang ditiup angin,
Biar ia tidak muncul lagi,
Biar ia pergi jauh membawa segalanya.
Baru kita tersedar akan sesuatu,
Tapi sekarang masih tidak pasti,
Tidak tahu apakah rasa itu,
Biarkan....
Pergi jauh dari rasa ini,
Rasa yang semakin parah di hati..
Sedia kala macam sebelum ini,
Tapi perlukan waktu utk pulih...
Sembuhah wahai perasaan.
Wednesday, 27 March 2013
Biru Love Hijau
Remember
Just For You
Tuesday, 26 March 2013
Me yang rajin ;)
Zzzz tak yah jawab la, sebab bukan kamu kenal kitapun. Kita n jenis yang mcm mana kan?... kalau kenal pun sbb dari cerita2 yang kita sharing kat sini je hehe...
Sebab tu jarang yang nak mempertaruhkan diri demi menelan ubat.. keh keh;)
Tapi kalau tanya kita memang kita jawab ubat tu tak rasa manis macam cadbury haha....
Kalau ubatpun susah nak telan, nasihat orang pun payah jugak.
Ke memang orang yang jenis payah mkn ubat ni tak suka dgr nasihat eh?...
Ye saya tinggalkan satu persoalan disitu..... bye2
Monday, 25 March 2013
Di suatu malam
Perasaan tidak puas hati tu selalu je datang bila aku kat sini.
Ntah la orang cakap kadang2 tempat pun kena sesuai dengan jiwa.
Bila dah tak suka macam2 boleh jadi.
Tapi itulah, nak jumpa yang sejiwa bila kan?
Hati sekarang rasa makin jauh,
Jauh dari keseronokan yang diri sendiri idamkan.
Mungkin harus di cuba dengan rasa berdikari.
Tidak terlalu bergantung.
Sebab bila ada rasa kebergantungan ianya seakan rumit.
Ntah la.. sukar nak di gambarkan melalui penceritaan.
Hanya tunggu masa untuk bertindak.
Bertindakmenggunakan akal dan usaha.
Untuk mendapatkan apa yang aku idamkan bukan macam sebiji kacang.
Memang memerlukan komitmen.
Takpelah, asal kesedaran tu ada.
Jika niat baik, insyaAllah ada yang membantu.
Setakat ini aku harus redha dan bersabar.
Perkara sekeliling yang tak menyenangkan aku...
Benda alah ni la yang bukan aku takde jiwa...
Takde perasaan rasanya.
Tapi apakan daya, selagi mampu ku tahan...
Akan cuba untuk bertahan.
Tapi bukan bertahan membabi buta.
Tapi bertahan mengikut rentak sendiri.
Deria Penglihatan
Kata pujangga, dari mata turun ke hati.
Hebatnya panahan mata yang membawa terus ke hati dan melekat terus di dalam jiwa.
Mata juga adalah organ yang mudah terangsang.
Justeru sebagai isteri, jamulah pandangan suami dengan penampilan kemas, cantik dan menarik.
Lelaki mudah tertarik pada kecantikan yang dipamerkan.
Berhiaslah agar si dia tidak berpaling kepada yang lain.

.jpg)
