Saturday, 9 February 2013

Salahkah dia atau kesiankan nasib mereka

Awal biasanya heboh dengan kenduri kendara, masa bercinta semua indah. Tapi sekali angin bertiup kencang sekali kompas hilang arah. Itulah kehidupan yang kita sendiri yang mendiami belum betul2 kenal. Dunia manusia yang bercinta semua indah, dunia manusia yang berpenyakit hari2 hanya berusaha untuk melawan virus, manusia yang pentingkan kerjaya hanya bergelumang dengan kerja 24 jam. Itulah dunia yang saya cuba karangkan... adakah sama dengan dunia yang anda cipta?

Persoalan itu biarlah mereka sendiri yang jawab. Cubalah fahami hati dia yang kadang-kadang terguris dengan sikapmu.Jangan cipta masalah kalau diri tidak pandai nak tanganinya. Manusia bila bercakap semua pandai, jangan kerana mulut nasib manusia lain yang binasa.
Adakah kerana salah dia, nasib mereka yang tergadai.Mereka masih belum mampu membuat keputusan sendiri, andai digolek ki kiri maka kirilah ia. Jika digolek ke kanan maka kananlah ia. Amat sedih kiranya nasib mereka sekali ke kiri dan sesekali ke kanan. Terhuyung hayang sebab nakhoda yang biasa memandu arah sering membuat hal. Sering mencipta masalah.

Entahlah, manusia ni bila nak beria-ria tapi bila dah tak nak sekelip mata buang. Adakah terlalu murah erti sebuah penghargaan. 7 tahun bersama harungi suka dan duka tapi kini hanya lesu memandang nasib diri. Andai salah, janganlah malu untuk perbetulkan. Buanglah keegoaan yang sebesar gunung kerana langsung tak memadai untuk mencerminkan nasib merrka yang masih bertatih. Jika dulu sayang, kenapa kini bukan makin menebal rasa sayang itu. Bukankah peribahasa 'sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit' jelas nak tunjukkan bila makin lama maka makin bertambah. Itulah yang sebaiknya, rasa sayang pun biarlah begitu. Setiap detik rasa sayang hadir dalam jiwa pasangan, belai pasangan dengan perasaan yang penuh kasih sayang.

No comments:

Post a Comment