Monday 22 April 2013

Hati Tiba2 Sayu Mengenangkan Dia


Segala benda yang bertulis tentang awak memang boleh dipadam,
Langsung tidak sama dengan kenangan awak dan saya. Sekali awak hadir 
dalam hidup saya bukan mudah untuk ia luput dari ingatan.
Awak buat saya risau,
Awak sunyi tanpa berita,
Awak sihatkah?
Awak sakitkah?
Semua tu saya tak tahu.
Saya rasa nak tanya khabar berita awak,
Tapi apa kan daya awak senyap tanpa berita.
Saya risau bila tak dapat lihat status awak,
Kadang2 awak berbicara tentang rasa, ia membuatkan saya sedikit memahami apa yang terjadi.
Entahlah, kadang2 saya keliru dengan perasaan yang datang.
Bila terlalu rapat ia menimbulkan perasaan yang negetif,
Bila berjauhan saya rasa rindu.
Ketahuilah awak, sebenarnya bukan niat hati untuk menjauh, bukan sekali kerana ingin membuang 
kenangan. Tapi, hati ini lemah untuk menerima kemesraan itu. Lemah untuk berfikiran positif antara kamu dan dia. Itulah hal yang perlu kamu tahu. Bertabahlah kamu disana, harap2 kamu sihat.
Jangan pernah berputus asa dengan dugaan hidup, bertabahlah kerana aku tahu kau mampu bertahan.

No comments:

Post a Comment