Wednesday 11 September 2013

Belajarlah untuk bertabah


Semalam masa on the way datang sini, sampai dekat Lebuhraya Karak, jalan Genting Sempah menuju Gombak ada kemalangan. 2 buah bas bertembung, bayangkanlah banyak mana nyawa yang melayang.
Mengucap panjang kita bila tengok darah-darah yang masih baru di atas jalan raya dengan serpihan kaca bertaburan. Allahuakbar, tiba-tiba terdetik dalam benak kepala, " Emm, kesiannya dekat keluarga mangsa nahas". Apa boleh buat, kuasa Allah mengatasi segalanya. Siapalah kita untuk melawan percaturannya, hanya redha dan bersabarlah dengan ujian.

Memang kadang- kadang kita terasa sangat sakit dan pedih apabila diuji, namun siapakah kita untuk menyangkal segala peraturan yang telah tersurat. Ajarlah hati supaya berzikir dan bertasbih menerima ketentuan. Tidak ada manusia yang mahukan sesuatu yang buruk, andai kita mendapat yang buruk mungkin hanya buruk di pandangan mata kita namun tidak pada pandangan disisi Allah.

Usahlah menangis teresak-esak, mengenangkan nasib diri. Malah melangkahlah, jika Allah sayangkan orang yang kita cinta pasrahlah. Kerana hanya Dia yang berhak.
Semoga hati kita sentiasa bertabah dengan segala musibah. Ingat Allah hati pasti akan menjadi tenang.





No comments:

Post a Comment