Friday, 11 May 2012

Bila perasaan itu datang lagi.


Rindu kat buah hati la. Malam ni tiba-tiba je rasa sunyi.Walaupun mata duk layan tgk tv. Kalau abg ada sure dia buat lawak. Dayah lak mmg suka gelak. huuuuu tak taulah knp tp mmg gitu.
Petang tadi abg ada call masa tu macam tak sesui je nak gayut sbb dayah ada kerja. huuuu I miss you la.
Rindu nak dengar suara abang. Tadi abang janji nak call malam tapi tak sure la pukul brp. harapnya abang baca la apa yang ayang tulis ni. biasalah hanya internet je penghubung jiwa kami buat masa 2 minggu. Abang kalau abg dah siap buat kerja jangan lupa eh ;D

Tadi lepas abang call dlm pukul 6 lbh kot ma call, tengok la esok ayang g rumah. Tapi ma kata tadi lau esok benda tu tak siap lagi. lusa ma mai hantar umah dayah, maknanya ahad la... isnin selasa! yeayyyyyy! 
I love Selasa..... I miss you.

Timang-timang dua pupu, ambik berkat

Comelkan uwais ni. Memang best je pegang baby. Nak order baby lah !
Kalaulah sesenag tu mmg semua orang dah ada ramai baby. Uwais ni baru 2 bulan, asyik nak tidur je. tapi geram gila tengok pipi bambam dia. nak cuim2 je rasa. betullah kata orangbaby ni dia takde kerja lain selain tido. heaven la sangattttttt!.....

Buah hatiku Boboy & Gegurl

 aksi sugar glaider yang makin hari makin mencuit hati. Ada binatang ni hati mmg suka, nak dijadikan cerita masa dayah belajar kat Uitm Shah Alam, ada la roomate yang bela binatang ni secara haram kat kolej. hehe.
Ainna ni mmg suka binatang2 cam ni,dari situlah pasang impian nk bela juga. binatang ni sangat2 manja tau!
 dia juga suka mkn mknan yang pelik2. Dayah mmg suka masak, ni dayah buat pisang ala2 sedap gitu. combine dgn coco crunch susu hehe. Sebenarnya ni sarapan dayah sbb dia bau pisang yang manis tu dia main bedal je mknan tuan dia. hahahha. Tapi kitorang kongsi je sbb tak kisah pun. ;D
 kalau dia mkn telur mmg mcm ni la gayanya. Siap berebut laki bini ni tau. lapar kot! hahahha
Boboy dayah bagi mkn jarang2 je telur, biasanya banyak kpd buah lah kan, buah apple besar tu mmg fav dia selain anggur,jambu batu,ciku. hehe macam manusia dah. Hari tu dayah mkn goreng pisang! huh habis dibedalnya tau!....
 Ni lah tempat tidur saya. Papa saya yang belikan kata boboy. gegurl kat sebelah sana. Gegurl sejak preggy ni asyik nak tidur je tau! kesian boboy main sorang2.....Sayang boboy n gegurl. Tak sabar nak main dgn anak korang, nenek duk tunggu cucu ni hahahahha ;D

Thursday, 10 May 2012

Lost 5 kilo untuk 5 hari dan sangat bahagia.


Just wanna share something. Semua wanita mmg nak kan penampilan yang anggun dan cantik. Mustahil la kalau ada yang nk tampiul hodoh! Alhamdulillah sangat2, sbb berat badan dah turun, bayangkan kelmarin dayah timbang hilang 5 kg macam tak percaya. Tapi this fact!!!!!
Memang dayah disiplin sikit2 je, hahahah. tapi kurang la makan nasi buah pun dulu kadang2 je beli. Tapi skrg tiap kali keluar beli. Sbb baby dayah mkn buah sebenarnya heheheh. makan tu kadang2 jugak.
Tapi dayah amalkan semcell baru habis sekotak sbb bukan hari2 mkn. ngeeee ;p
Alhamdulillah masalah kulit pun dah hilang. dulu muka ni teruk naik jerawatr. Malu lah kalau org tgk sure dia kata pengotor sbb muka penuh jerawat. Tapi skrg dah kurang!....Dayah ada resdung sebenarnya. Mkn tomyam sikit je, haaa nahas la naiknya. Padahal bkn telan sotong pun, just hirup kuah. huhuhu.

TApi sekarang tiada lagi. YEAAAAH ! semcell terbaik ;p

Berjuanglah Wahai Isteri.

Hai everyone!
Ni nak naikkan feel sebagai seorang isteri to be sebenarnya, hari ni kat rumah takde orang. Ummi keluar pergi invite menginvite terinvite...;D. saya percaya dengan sepenuh kepercayaan dan meyakini seada-ada keyakinan bahawadalam hidup ini, andai saja orang itu membuka mata seluas-luasnya macam ikan lolong mereka akan temui titik pertemuan tentang pembelajaran baru. Tak semestinya kat sek je kita belajar.

Apa jua yang kita lihat, kita sentuh dan kita rasa itu adalah proses pembelajaran. Semakin hari pintu kubur semakin melambai-lambai kita dengan panggilan keinsafan, panggilan kesyahduan. Kalau boleh ingin shj mereka tolong kkhabarkan wahai kamu kamu kamu semua. solatlah, kerana aku tak sanggup mendengar rintihan azab siksa mereka yang ingkar.

Demikian jugalah dalam melaksanakankehidupan berumahtangga. seriusly walaupun dah dekat. dayah masih tak percaya yang saya nak kawin...ohhhhhh!
Tapi insyaAllah dengan bantuan keluarga terutamanya ummi dayah mampu hadapi. Masa nak kawin semua org nampak dan bayangkan yang suka je, tapi tugas dan tanggungjawab tu yang penting. syurga isteri dibawah telapak kaki suami. ya Allah, lindungilah aku dari segala fitnah. jadikanlah aku hambamu yang selalu bertaubat. Aku sayang kamu.....

The reason why the love is here!

hai, selamat pagi dunia cinta!!!
bangun pagi ni mmg happy sbb sy ni mmg jenis happy go lucky... tapi ada sesuatu yang berbeza, nikmat kesihatan macam kurang okey! rasa macam nak demam la. Demam rindu ke deman kepenatah tak tahulah. Memang la sebelum ni org yang tersayang ada pesan jangan terlalu banyak fikir, kalau ada masalah terus je bagitau. Jangan biarkan lama terbuku dalam dada. Yes! Saya mmg tak stress cuma penat. Penat dgn persiapan untuk hari bahagia.

Macam biasa pagi ni awal2 pagi dah turun g hirup udara segar kat laman rumah, biasalah kan kalau kita sakit jangan nak manjakan

Tuesday, 8 May 2012

he is coming

Lelaki terakhir yang mampu membuatkan hatiku tenang dan bahagia. Mungkin terlalu stress jadi aku banyak menaip, aku banyak berinteraksi. Malam ni mungkin si dia sampaikan salam rindu zhulaikha sbb aku dapat rasai satu kekuatan aura rindu yang kuat. Ni betul bukan tipu atau reka dalam tempoh 2 minggu akan ada hari yang mampu aku rasai kelainan. Lepas ni ada la call tu tanya ada rasa apa-apa tak?....
hahhahahah....rupa nya mmg dia hantar melalui angin. Ya Allah hebatkan perasaan yang Allah ciptakan.
Saat rindu bertandang, tika itu hati menyanyi riang.

   Saat bahagia memang akan bakal menjelma, semua orang yang pernah melalui detik-detik ini akan rasa bahana aura cintanya. Ya lah, cinta yang selama ini disulam, dibajai dengan kemesraan dan kasih sayang akan bertaut dan bercantum mekar. Jalinan 2 keluarga yang pasti meriah. Tak sabar lak, persiapan tu nak kata banyak takdelah, tapi alhamdulillah semakin teratur. tunggu abang balik je, dulu tak rasa pun saat2 ni. Abang je yang call tanya hari ni brp hari, brp hari.. sekarang turn aku lak kot.
hoooooyeh!.....

   Macam tak percaya kot nak jadi isteri, tapi semua wanita akan bahagis dan suka apabila cinta terbalas, cinta dibelai dan disulam dengan kasih sayang insan yang terpahat. ohhhh fon dah bunyi.... muahhh!

Berbalaskah, dulang -dulang itu.


Aura-aura cinta dah lama ada, aura-aura nak kawin je slow-slow datang. Haish hantaran aku ni dah la banyak tapi langsung tak buat apa-apa lagi. Dah buat tapi baru 2 3 tu pun tak lengkap lagi hehe. Kalau dulu akulah manusia yang paling suka buat-buat benda ni. Aku mmg suka tengok pengantin dan pelamin. hehehehe...Kalau pergi kenduri memang aku lah yang lesap dulu, lesap ke mana lagi lau bukan hilang kat pelamin. Orang lain duk serbu makanan gulai kawoh pe semua kan, tapi aku tak heran la hehehe.....

Lagi lawa lagi suka, hantaran ni mmg aku design sendiri sbb nak puas hati, maknanya majlis ni banyak buat sendiri. Tapi pelamin mmg tak lah kan, ummi siap cakap janganlah besar-besar sangat. Haiiii anaknya ni mmg suka ambik gambar, pelamin tu mmg untuk posing kenangan dengan keluarga sahabat-sahabat la. bukan nak bersanding sangat pun!....mmg tak bersanding la. ;p

Sunday, 6 May 2012

Memburu impian demi sebuah kejayaan

'Apa cita-cita awak?' atau "besar nanti awk nk kerja apa?'....Demikianlah soalan;soalan hotspot yang biasa kita dengar kan. mustahil tak pernah dgr. Lagi bijak kalau kanak-kanak yang masih muda diusia tadika dah didedahkan dengan persoalan demikian. Bagi dayah persoalan ini mmg penting bagi setiap individu. Tapi jangan terapkan persoalan itu diminda mereka sebaliknya, bagi pendedahan itu yang lebih bijak.

Jangan biarkan pemikiran yang sepatutnya difikirkan oleh mereka yang baya -baya dayah utk mencari solusi terpinga-pinga. Cita-cita itu boleh dilentur. Yakinlah, gagal mengejar cita-cita bukanlah penamat kepada sebuah kehidupan. Kita masih boleh mengubah situasi itu sebenarnya dengan syarat kita betul-betul mahu.

Cita-cita perlu dinamik sebenarnya, ianya boleh dikembangkan diajar dan dipamerkan supaya timbul minat untuk memiliki cita-cita yang hebat. Dayah bercakap dari sudut diri sendiri. Kalau ada dikalangan pembaca yang kenal dayah dari awal persekolahan dia tahu sedikit sebanyak sejarah hidup dayah.

Tapi Alhamdulillah kejayaan kita sendiri yang cipta. Yang penting dalam diri masih ada keyakinan dan keinginan untuk berjaya, bahagia macam yang lain.
yessss!!!! if you think you can do it! yesss you can. ;p

Bila mendung berarak kelabu, balutan salji membalut tubuh.

hai guys!
jumpa lagi kita kan, dayah sebenarnya boleh dikatakan sibuk la. tapi petang ni rasa nak menyibukkan diri nak menari-narikan keyboard lappy ni dengan alunan lagu balada. Suka dengan lagu ala2 yuna tu. merdu smooth je... tadi bukan main syok duk layan astro 132...gelak habis kau peah!...hahahahha. 
Mmg tu fav channel la, lucu mmg siapa yang ada penyakit pun comfirm hilang sbb duk asyik gelak. hahaha. 

Okeylah petang ni hujan bukan main lebat, guruh pun sama naik dgn hujan. Sampaikan rumah kita ' blackout' tapi lappy ni kita usung bawa masuk dalam bilik. so ummi tak perasan la lappy dia hilang. hehhehe.....
pinjam ya ummi. k.long bosan abang pun tak call lagi hari ni. biasa malam2 baru abang sayang call. 


 Biasalah darah tengah manis, ntah aku pun tak pernah rasa darah. huhu... okey kalau sahabat-sahabat nak kad kahwin kitorang jangan la segan-segan bagi alamat eh. nanti dayah poskan kat korang. Bila dah dapat kad tu jangan lupa datang eh.... tema kitorang weeding dlm taman. hihi. harapnya semua berjalan lancar. ameen.

ohhh sebut sal call ni jadi rindu pulak. yeayyy! dah tak lama abang nak balik. katanya dia nak minta cuti awal. nak balik awal maknanya leh jumpa awal. dah tak lama hubungan kitorang nak tukar status dari haram jadi halal hehe.....

Saturday, 5 May 2012

Tetap Cinta Ketika Berbeza

Tiada yang lebih bermakna bagi pasangan yang mersa dan ceria kecuali hubungan yang dilimpahi kasih sayang yang mesra. Alhamdulillah Allah anugerahkan aku insan yang paling bagus. Aku sayang dia sangat-sangat Ya Allah. Terima kasih atas anugerahMu ini. Hari berganti hari, segalanya cepat berlalu. Tanpa aku sedar hanya 19 hari lagi aku akan bergelar PUAN HIDAYAH. Ohhhhh! masih tak percaya okeeey!.......

Namun siapalah aku yang tak mahu menerima hakikat kan?....dalam hati mestilah gembira sbb akan HALAL hubungan kami. Halal dan barakah itu yang kami mahukan, mmg usia 24 tahun sesetengah orang anggap itu usia yang muda, tapi bagi aku itu terpulang pada rezeki. Aku memang perlukan kasih -sayang insan yang bergelar suami.

Lagipun aku memang ada plan yang terbaik untuk hidup aku. harap Allah kabulkan doaku malam2. Aku cinta dia, aku sayang dia, aku rindu dia. I LOVE U Abang!..... ;p

Love in Paris.


Masa semakin hampir, impian dah nak jadi kenyataan. Sebelum tu mmg dah lama tak update blog.huhu..
lappy rosak la, skrin pecah gara-gara bgaduh! hahahaha...
habis aku lempar lappy sayang, sorry!... 

Dah tak lama aku nak naik pelamin lol..badan cam badak air lagi ni. haisshhh!..
Kesian dekat future hubby badak bang! hahahhaahha....
bukan apa asyik mkn je tahu kan gini la jadinya, so korang jgn masak sedap-sedap nanti susah nk control selera makan. susah la kan?.....
Tapi memang bila dah makan, mmg tak ingat dunia. tapi tadi dah start jogging. maintain dah sikit. lallala.
nak g honeymoon sini boleh tak?.....
ehem2...nak gi sini...lallalala.

Wednesday, 2 May 2012

Bumi tetap berputar dipaksinya dengan aturan Ya Khalid

Segalanya bagaikan cepat berlaku, tanpa aku sedar segalanya dah melewati masa. Aku yang banyak dosa, lagi banyak yang mampu dan harus aku lakukan. Tanpa rahmat dan pertolongannya tidak bisa aku mampu bernafas di bumi indah ini. Namun bagi aku segalanya mmg sudah fitrah, ketentuanNya tidak mampu dilangkau. Kun fa yakun, jika benar ia bakal terjadi insyaAllah tanpa diduga ianya tetap berlaku. Siapa aku untuk halang segala aturannya.

      Semalam sudah cukup bagi aku untuk berfikir dan hadapi hari mendatang dgn hidayah Allah, aku mahu laksanakan tanggungjawabku dengan sempurna. Niat semua manusia mahukan yang terbaik, mahukan perubahan dalam hidup untuk menjadi insan yang kamil lagi intelektual. Jika Allah berkehendakkan semuanya mampu terjadi walau sesaat. Jemputlah aku sebagai tetamu istimewaMu ya Allah, jemputlah aku datang ke rumahMu, Aku rindukan syafaat Rasulku... Aku Rindu BITILLAH....

     Semalam nyawaku nyaris terangkat ke langit, aku pulang dari Kerteh. Mata sangat2 mengantuk. aku mmg rehat dan tidur 'nap' sekejap dibahu jalan. mungkin 3 4 kali bhenti tidak cukup bagi badanku rehat. Allah maha kaya, Mungkin aku tak mampu bertaubat or bernafas jika aku bertembung dengan wish smlam dgn kelajuan wish mybe 110km/j maybe. aku mengagak.Itulah kuasa tuhan, tanpa pertolongan perlindungan siapalah aku.

     Ya Allah, aku hambamu yang hina, aku hambamu yang daif, aku hambamu yang sangat lemah. Bantulah aku pimpinlah aku untuk menjadi insan yang taat kepada perintahmu, insan yang rajin menunaikan syariatmu.
Aku mahu menjaga kewajipanku sebagai muslim yang taat melaksanakan solat, berpuasa, menunaikan zakat, menunaikan haji Ya Allah, Engkau cantikkan keperibadianku secantik namaku.

       Aku mampu untuk melakukan segalanya hanya dengan izin Allah. Jika hari ini aku bahagia dengan kesenangan yang engkau Anugerahkan aku bersyukur. Hanya padaMu yang selayaknya. Aku bersyukur dengan anugerah kekayaan jiwa dan harta yang engkau limpahkan.

       Jika diibaratkan pokok, ia mempunyai daun yang lebat. maka begitulah juga syukurku padaMu.
sekarang aku semakin kuat dan gagah meniti hari yang mendatang, sakit yang engkau anugerahkankpdku membuatkan aku matang, segalanya adalah bukti kekuasaanMu. Aku mampu meniti hari-hari yang paling membahagiakan bersama insan yang tersayang.

                                             THANK YOU ALLAH, I LOVE YOU....