Wednesday 2 May 2012

Bumi tetap berputar dipaksinya dengan aturan Ya Khalid

Segalanya bagaikan cepat berlaku, tanpa aku sedar segalanya dah melewati masa. Aku yang banyak dosa, lagi banyak yang mampu dan harus aku lakukan. Tanpa rahmat dan pertolongannya tidak bisa aku mampu bernafas di bumi indah ini. Namun bagi aku segalanya mmg sudah fitrah, ketentuanNya tidak mampu dilangkau. Kun fa yakun, jika benar ia bakal terjadi insyaAllah tanpa diduga ianya tetap berlaku. Siapa aku untuk halang segala aturannya.

      Semalam sudah cukup bagi aku untuk berfikir dan hadapi hari mendatang dgn hidayah Allah, aku mahu laksanakan tanggungjawabku dengan sempurna. Niat semua manusia mahukan yang terbaik, mahukan perubahan dalam hidup untuk menjadi insan yang kamil lagi intelektual. Jika Allah berkehendakkan semuanya mampu terjadi walau sesaat. Jemputlah aku sebagai tetamu istimewaMu ya Allah, jemputlah aku datang ke rumahMu, Aku rindukan syafaat Rasulku... Aku Rindu BITILLAH....

     Semalam nyawaku nyaris terangkat ke langit, aku pulang dari Kerteh. Mata sangat2 mengantuk. aku mmg rehat dan tidur 'nap' sekejap dibahu jalan. mungkin 3 4 kali bhenti tidak cukup bagi badanku rehat. Allah maha kaya, Mungkin aku tak mampu bertaubat or bernafas jika aku bertembung dengan wish smlam dgn kelajuan wish mybe 110km/j maybe. aku mengagak.Itulah kuasa tuhan, tanpa pertolongan perlindungan siapalah aku.

     Ya Allah, aku hambamu yang hina, aku hambamu yang daif, aku hambamu yang sangat lemah. Bantulah aku pimpinlah aku untuk menjadi insan yang taat kepada perintahmu, insan yang rajin menunaikan syariatmu.
Aku mahu menjaga kewajipanku sebagai muslim yang taat melaksanakan solat, berpuasa, menunaikan zakat, menunaikan haji Ya Allah, Engkau cantikkan keperibadianku secantik namaku.

       Aku mampu untuk melakukan segalanya hanya dengan izin Allah. Jika hari ini aku bahagia dengan kesenangan yang engkau Anugerahkan aku bersyukur. Hanya padaMu yang selayaknya. Aku bersyukur dengan anugerah kekayaan jiwa dan harta yang engkau limpahkan.

       Jika diibaratkan pokok, ia mempunyai daun yang lebat. maka begitulah juga syukurku padaMu.
sekarang aku semakin kuat dan gagah meniti hari yang mendatang, sakit yang engkau anugerahkankpdku membuatkan aku matang, segalanya adalah bukti kekuasaanMu. Aku mampu meniti hari-hari yang paling membahagiakan bersama insan yang tersayang.

                                             THANK YOU ALLAH, I LOVE YOU....

1 comment: