Seni tertinggi dalam ilmu kehidupan adalah seni untuk hidup dalam redha Allah SWT. Firman Allah SWT, " Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaanNya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikkan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya". ( al syams : 7-10)
Sunday, 18 December 2016
Adakah cukup bahagia?
Adakah cukup selesa?
Adakah cukup segalanya?
Kita ada hak untuk bahagia dengan pilihan hidup kita. Kita berhak menentukan halatuju kebahagian yang ingin kita kecapi. Kita akan bahagia bila kita dapat apa yang kita impikan. Sebelum dapat kita perlu berusaha sedaya mungkin. Semangat dan kekentalan itu harus ada. Harus padat dan rapi dalam diri. Yakin bahawa kita mampu capai impian kita selagi kita tidak kenal erti putus asa dan mengalah.
Keselesaan kita pada hari ini bukan atas nasib kita tetapi sebab ketekunan kita pada saat kita bermula. Setiap kejayaan yang kita raih bukan usaha kita hari ini, mungkin usaha kita 3 bulan yang lalu. InsyaAllah yakinlah.
Tuesday, 13 December 2016
Sihat Itu Kebahagiaan
Salam Sayang dan salam kebahagian.
Sunday, 16 October 2016
Kembali Memegang Tinta
Alhamdulilah...alhamdulillah...alhamdulillah. excited boleh mengarang dalam nj masih tak hilang lagi. Tak pefcaya pun ada boleh jumpa balik blog ni. Sebenarnya kita kehilangan maklumat, tapi alhamdulillah sekali xah jumpa mudah pula. Dunia makin pantas kan....
Banyak fasa dah saya lalui sepanjang kesepian saya xari blog ni. Banyak perubahan yang dah jadi dan yang bakal terjadi tu saya tak pasti, kita hanya rancang kan... And the best planner ever is Allah s.w.t. apApapun nanti saya akan keep update cerita-cerita terbaru. Kisah kisah best dan bermanafaat untuk kita semua. Akhir kata untuk sesi post pertama untuk kali ini.
Yeayyyyy!!! Boleh blogging lagi. Happy tak kepalang macam mak jemah kat bawah ni sambil santai-santai. Good morning eveybody. Emuahhhh!😘
Sunday, 31 May 2015
Menulis Itu Satu Cara Untuk Ekspresi
Assalamualaikum... Selamat petang Semua!
31 May 2015 Mencatat Sejarah Lagi...
Sejarah Dan Pasrah.
Sedih Dan Hiba. Itulah Rasanya.
Malas Nak Fikir Keadaan Sekeliling.
Malas Nak Fikir Apa Orang Kata.
Malas Nak Layan Semuanya.
Aku Nak Cari Ketenangan Aku.
Maafkan Aku Andai Perbuatanku Mendatangkan Kesusahan.
Aku Hanya Aku,
Aku Wujud Untuk Mencari Kedamaian Diriku.
Masa Aku Untuk Hadapi Masalah Aku.
Siapa Kamu Untuk Mempersoalkan Hak Aku.
Sabar Ada Tahapnya.
Sabar Tak pernah berpenghujung.
Namun sesekali aku longlai layu jatuh.
Aku manusia biasa yang biasa terseliuh dan terjatuh.
Fahami Pribasi Aku.
Itu Sahaja Yang Aku Nak!
Tuesday, 1 April 2014
Usaha lagi!
Tapi bukan juga susah. Asal ada disiplin..
Wish me luck!
Ni sebulan lebih diet & guna produk BLINQ.
Monday, 24 February 2014
Perkembangan Diet
Sepatutnya memahami komitmen dia...
Sunday, 23 February 2014
apa khabar diet?
tapi tak sempat la sorry sangat-sangat..
mungkin lepas ni kita boleh bercerita tentang my bisnes...
hari ni tak rasa nak bercerita tentang bisnes mak bedah ke, bisnes kak tipah ke
sebab kita dalam mood bercuti...
bercuti sekali sekala sambil ikut cik abang kursus kan...
rindu nak aktif blogging tapi tak ada kesempatan...
bukan sibuk pun tapi ada benda lain yang lagi penting...
hope kawan2, silent reader i sihat- sihat selalu ya ;p
Saturday, 7 December 2013
Lamanya...
Lepas n blog ni akan jadi medan berbisnes...
Harap ada yang sudi singgah ;)
Tuesday, 5 November 2013
Aku Seorang Anak dan Kakak
Assalamualaikum.
Cuaca hari ni mendung dan redup.
Aku tak tahu kenapa hati ini tersentuh.
Terlalu lembut dan rapuh,
Rapuh seperti biskut....
Mungkin Allah menyayangi aku,
Membuka pintu hati dan taubat untuk hambanya,
Aku hamba yang perlu bersyukur,
Bersyukur kerana mempunyai keluarga,
Mempunyai suami, umi dan ma yang baik,
Masih ada adik dan adik ipar yang memahami.
Sesekali aku merindui walid,
Aku rindu nasihatnya, aku rindu ajarannya,
Aku rindu keletahnya,
Namun siapalah aku untuk memiliki kesempurnaan,
Aku tak mampu memuaskan hati semua pihak,
Aku sabar mendengar kejian dan kata-kata dari belakang.
Aku tersentuh dengan apa yang kau utarakan.
Aku sememangnya seorang anak,
Seorang anak yang mempunyai tanggungjawab.
Tanggungjawab terhadap keluarga,
Tanggungjawab kepada kedua ibu...
Ibu sendiri dan ibu mertua tiada bezanya,
Bagi aku kedua2nya adalah ibu.
Ibu sendiri adalah ibu yang menjaga aku,
Ibu mertua adalah ibu yang menjaga insan separuh jiwaku.
Kedua-duanya adalah sama.
Siapa kamu dan kamu yang sesuka hati melemparkan kata2,
Seolah-olah kamu tahu semuanya.
Kamu mengerti sebuah rasa,
Berkata-katalah sesuatu yang kamu tahu,
Bukannya berkata perkara yang kamu rasa.
Sudahlah menjaga perilaku orang,
Tetapi jagalah perilaku sendiri.
Lidah ibarat pedang,
Andai terkena lukanya parah.
Sebelum mengeluarkan kata2 berfikirlah.
Jika kamu mampu, kamulah yang laksanakan.
Bukan hanya mampu bercakap tapi tindakannya kosong.
Aku dah lali dengan mereka yang berkata2 bijak,
Tapi aksinya hanya debu berterbangan.
Hati aku terguris,
Tapi aku tahu Allah ingin memberi peringatan,
Aku tahu Allah tetap bersamaku,
Andai aku lalai,
Allah menyedarkanku.
Aku berusaha untuk melakukan yang terbaik
Untuk mereka2 yang tersayang,
Aku mahu menjadi anak yang menjaga ibu bapanya,
Aku mahu menjadi anak dan menantu yang baik kepada keduaNya.
Selagi aku mampu, aku laksanakan.
Jika aku tiada ruang dan waktu
Aku harapkan Allah ampuni aku,
Kau peliharalah kedua-dua ibu bapaku,
Hanya Engkau tempat meminta pertolongan,
Mulut-mulut manusia yang tidak bertanggungjawab,
Engkau hentikanlah,
Bercakaplah sesuatu yang engkau tahu bukan engkau rasa.
Saturday, 28 September 2013
Cinta Aku Pada 'Sihat'.
Tuesday, 17 September 2013
Gigih untuk tempoh dua minggu dan seterusnya.
Pagi ni dah datang semangat nak burning fat. Aku ni dalam hati memang ada keinginan nak kurangkan berat badan, tapi setakat ni hangat2 tahi ayam je. Rasanya dah tiba masanya, hangat2 tahi ayam tu aku tukar jadi suam2 air terjun. Hahaha... Kenapa suam2 air terjun eh? Meh nak habaq, suam2 tu cam slow la kan tapi air terjunlah air yg paling berani. Terjun dr tempat tinggi tu. Kuasa loncatan x tau la berapa... bunyi hebat kira jadilah. Hehe.



.jpg)
