Saturday 12 January 2013

Istanbul Aku Datang


Aduiii,buat pertama kalinya hari ni baru aku boleh tengok cerita yang gembar-gembur orang duk cakap romantik la sweet la tu. Memang femes dekat facebook aku kawan2 duk bercerita pasal cerita tu. Maybe sebab heroin dia lawa kot, mana taknya Lisa Surihani kot hehe... Memang comel la lisa bawa watak sweet2 gitu hehe. Tapi watak Azad yg dilakonkan oleh Tomok tu bagi aku tak berapa nak mantap ngeh2...(mcm aku lak pengarah) hihi~~ tapi takpelah sekadar nak bercerita,malam2 camni dgn elektriknya takde mmg sesuai sgt la aku nk blogging.

Istanbul memang ada view yg cantik, senireka binaan kat negara diorang mmg aku salute!
'tergamam,menggamam dan beberapa jenis gamam lagi la yg aku teruja tengok' hihi
Scene yg lisa duk atas kapal tu lawa jugak,masa dia sibuk nak cari rumah sewa sbb azad tak bagi duduk serumah. Masa tu gambar yg fotographer shoot mmg cun habis, biru laut dia dgn pemandangan bangunan kat belakang tu memang mantap.

Tak kisah la kalau nk cakap cerita ni dah basi pun, yang penting kita tengok sambil tersengeh2 (minat la sangat kalau bab cinta cintun ni kan? ) >.< hihi. Lagi satu dalam ceritani bila lisa merajuk macam2 mimik muka yg dia buat, ada sekali time dia merajuk sebab azad warning tak nk kasi berpeganggan tangan masa kat kampus, huhhh!
time tu bukan main comel lagi gayanya. hihi

Tak sabar nk tunggu si dia balik, nak nonton sama2 lah pulak! ~nmpak sangat teruja kan?
Memang teruja pun, saje je nk ajak si dia tengok cerita2 cam gini. Biasa tengok cerita hantu je kan? ngeh2. Si dia minat cerita seram,yg sorang lagi jenis penakut memang kesian la. tiap2 kli layan movie seram kita yg jadi mangsa usikan dia.

Menonton tu bagus jugak untuk eratkan perhubungan. Utamakan aktiviti bersama,kat situ kita boleh cipta keserasian. Bukan masa bercinta je nak luangkan masa tengok wayang & berhibur dgn pasangan,dah kawin pun lagi banyak aktivitu macam tu lagi bagus. heeeee ~~

No comments:

Post a Comment