Sunday 13 January 2013

Pandanglah dengan mata positif

Petang ni rasa nak rehat jap,janji dengan si dia tadi ptg ni nak start buat roti. Tapi takpelah rehat dulu karang kita start buat adunan. Alhamdulillah,sambutan agak baik. Memang dan plan hari tu, lepas birthday aku akan running bisnes bakery aku balik. Dengan izinNya segalanya teratur. Cuma masa je tak leh nak setting lagi, bayangkan lah hari pertama start buat dlm pukul 8 malam gitulah,cuba teka pukul brp siap?
Ohhhh mak aiiii ponat! Pukul 3 pagi baru siap okey. Masa tu mata dah bertukar jadi mata panda dah.Nasib baik masa tu si dia yang tercinta ada. Teman jugak isteri dia ni kat dapur. Hihi

'Saya tahu awak utamakan saya dalam hidup awak' :) Okey habis lah bercerita pasal tu,kita sembang pasal lain lak eh. Sementara nk berperang dgn tepung & dough jap g baik rehat2 santai2layan blog dulu hehe.
Mulanya hari nu nak start pagi, tapi kalau dah namanya manusia ni memang lumrah la kan?.

Kita hanya mampu merancang ~~ kebetulan ada kawan datang rumah borak punya borak sampai pukul 11 pagi jugak la baru habis.haha bayangkanlah sebelum ni asyik rehat je kat rumah,cuti dari bisnes hampir setahun. Memang ada la rasa liat2 sikit nk mula start tu hihi.
(Biasalah diriku ni bukan mesin) kalau mesin memang senang tekan je butang on jalanlah hihi...

Takpe aku berkerja 2 minggu time hubby offshore je,bila dia dah ad kat rumah kita buat la aktiviti lain lak. Lagipun sebelum ni memang tu yang kitorang planning. Aku tak nak kerja yang susah nak dapat cuti,so kesimpulannya aku buat bisnes sendiri. Semuanya aku handle. So senang la bila suami balik kita ada kat rumah,suami ajak keluar kita boleh ikut. Ni suami kerja kita kerja masa yang berkualiti entah hilang kemana. Hihi... Semoga semua yang aku buat ni diredhaiNya tu yang penting. Last tercapai impian aku... impian x leh share kat sini bahaya hahaha :p



No comments:

Post a Comment