Thursday 10 January 2013

Cinta Manusia


Sekiranya kita cinta kepada manusia

Tidak semestinya manusia itu cinta kepada kita
dengan sepenuh perasaan yang tulus dan suci,
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Ya Rabbul Jalil
nescaya cinta Allah tidak ada penghujungnya.
Kita sentiasa dilindungi dan disayangi.

Sekiranya kita cinta kepada manusia,
Kita akan cemburu kepada sesiapa sahaja yang mencintai
orang yang kita cintai itu,
Tetapi sekiranya kita cintai kepada Allah


kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya
kepada Allah juga tanpa ada sedikit rasa cemburu.

Maka campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah keranaMu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cintanya kepadaku adalah keranaMu

Keranaa bagiku Engkaulah
yang mengukuhkan ikatan kasih sayang antara kami.
Dengan satu pertemuan yang kamu takdirkan
Cinta kami dua insan bersatu.
Kukuhkanlah kekuatan cinta kami 
atas titian jalanMu

Suburkanlah ikatan abadi ini,
Ikatan yang indah dan bahagia di dunia
dan temukanlah kami di Jannah Ilahi.



No comments:

Post a Comment